Ahad, 30 Mac 2014

Teman Meninggal Setelah Memuja Makhluk Halus











Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh,

Nama saya Didi. Ingin saya ketengahkan sebuah kisah yang benar-benar terjadi kepada diri saya ketika saya berusia belasan tahun.

Sekitar tahun 2000, saya dan dua orang teman, Hafiz dan Wan, telah menaiki kereta, pergi ke salah sebuah tanah perkuburan di Singapura. Motif kami semua, bukan untuk "adventure" atau jalan-jalan. Salah seorang teman saya ni penuntut ilmu hitam. Kalau ilmu yang baik, takkan sampai ke kubur pulak kan? Pada mulanya, saya tak ada perasaan takut atau gelisah. Saya rasa macam biasa saja. Kami ke sana sekitar jam 8-9 malam.

Kawan saya Hafiz, belajar ilmu ini dari seorang pakcik yang boleh dikatakan terkenal juga pada tahun itu. Ramai budak-budak samseng mengambil ilmu penggerun, ilmu pendinding, ilmu penumbuk, ilmu kebal, ada juga ilmu pemikat perempuan. Kawan saya ini ambil ilmu pendinding. Tetapi ilmu pendinding yang diberi dan dituntut oleh kawan saya ini, terus terang saya katakan, ilmu yang terpesong.

Hari itu hari Khamis malam Jumaat, masih saya ingat lagi. Si Hafiz meminta saya dan Wan temankan. Bila kami tiba, sekeliling semua sudah gelap, cuma cahaya bulan saja yang menyinari kegelapan malam itu. Waktu itu kami tidak mempunyai perasaan takut. ''Eh, kalau apa2 terjadi, jangan tinggalkan aku eh...!!!'' kata Hafiz. ''Engkau tu yang jangan tinggal kan kita...'' kata Wan sambil kami ketawa. Hafiz keluarkan beberapa batang Pati, sebotol air, dan sebagainya dari beg.

''Aku duduk sini, kamu duduk sebelah aku," kata Hafiz. Kami pun buat apa yang disuruh. Saya tengok Hafiz masa itu sedang khusyuk membaca ayat yang saya dan Wan tidak pasti apa yang dia baca. Proses ini memakan masa yang agak lama, sampai saya dan Wan naik mengantuk dibuatnya. Penat ada, marah pun ada. Dalam keadaan saya dan Wan berbisik di antara kita, demi tuhan, kami bertiga terdengar seperti seorang budak kecil, sedang ketawa seolah2 geli hati. Sama macam seorang budak kecil ketawa! Saya tengok Wan, Wan tengok saya. Hafiz pulak tertanya, ''Eh....!!! Biar betul ni...!!??" Pertama kali dalam hidup saya, saya tak boleh begerak, bukan dikunci, tetapi kerana terasa badi!!! Lat beberapa minit, bunyi ketawa itu berada di tempat lain pula. Umpama benda ini mampu bergerak ke sana ke sini.

Hafiz menyuruh kami ikutnya beredar dari tempat itu. Kami jalan rapat2, bayangkan, keadaan kubur yang macam itu, tidak ada lampu, kecuali cahaya bulan. Kami meletak kenderaan di tempat yang pada kami, agak dekat, namun apabila hendak jalan balik, terasa amat jauh. Kami seolah-olah dikawal. Bile kami lalu di salah sebuah longkang besar, kami bertiga semua ternampak ada Pontianak sedang berdiri di atas tong sampah berwarna hijau!!! Jarak kami dan makhluk itu sekitar beberapa tapak saja. Bayangkan, jantung terasa macam nak putus. Kami pusing balik dan cabut lari. Keadaan sungguh kelam-kabut pada masa itu. Nasib baik ada kereta lalu, kami menahan sampai pemandu itu naik takut dibuatnya.

Kami meminta tolong dengannya menghantarkan kami ke tempat kami meletakkan kereta. Saya beritahu pemandu itu apa yang terjadi apabila dia bertanya kenapa kami seolah2 tergesa2. Tak sampai beberapa minit, kami pun sampai di tempat kami meletakkan kereta. Pemandu itu pun sebenarnya, sedang berpusing2 dengan isterinya. Selepas mendengar cerita kami, dia pun ikut kami keluar dari kawasan tanah perkuburan itu.

Sampai saja kawasan rumah kami, Wan & Hafiz naik rumah saya. Semua takut hendak balik rumah masing2. Dalam masa seminggu kemudian, saya dan Wan dapat berita dari ibu Hafiz mengatakan Hafiz jatuh sakit yang tak dapat dikesan oleh doktor. Kami pergi menziarah Hafiz. Sedih sangat keadaannya. Badan Hafiz, kurus sangat. Matanya seperti hendak terkeluar, kulitnya kering, kukunya hitam, rambut keguguran. Dalam masa seminggu saja!!! Tak lama kemudian, Hafiz kembali ke Rahmatullah pada tahun April 2000, akibat perbuatannya yang memuja makhluk itu. Saya dan Wan, bernasib baik tidak mengalami keadaan sama seperti Hafiz. Itulah kisah saya. Sekian. Wasallam...

Yang benar,

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam