Memaparkan catatan dengan label Cerita Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Melayu. Papar semua catatan

Jumaat, 10 April 2015

Kisah Seram - Ada Nampak Suami Saya Tak?

Image result for alam gaib

Dunia Seram - Salam seram dr aku..
Jam menunjukkan pd pukul 3.04pg..Di pagi yg dingin ni,aku ingin
berkongsi satu cerita..dimana cerita ini ada sangkut pautnya dengan
bulan ramadhan atau bulan puasa.Orang ckp,bila tibanya kedatangan
bulan ramadhan ini..semua makhluk halus(termasuklah setan) telah
digari..

Jenab(bkn nama sebenar) merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan
baru 8bulan mendirikan rumah tangga dengan pasangan hidupnya iaitu
Jamil sorang nelayan.Mereka baru shja pindah dirumah pangsa ditingkat
6,kerana sebelum ini mrk tinggal bersama ibubapa Jenab.Ibu Jenab
terkenal dgn 'kelazeran' mulutnya hinggakan menjadi buah mulut sekitar
kampung tempat mrk tinggal.Dan krn mulut ibu Jenab jglah menyebabkan
Jamil terpaksa mencari rmh baru..kerna tidak sanggup menerima cercaan
drp ibu mertuanya itu.Dgn berpindah ketempat baru..bermakna bertambah
jauhla utk Jamil berulang alik turun ke laut mencari rezeki. Namun
bergitu mrk kelihatan bahgia skali biarpun masih belum menimang
cahayamata lagi.Oleh kerana hasil pendapatan Jamil tidak menentu,dia
terpaksa bekerja dengan lebih keras lagi utk menyara kehidupan mrk
berdua.Setiap pagi Jenab akan menyediakan ubi kayu rebus dgn kopi
pekat sebagai bekal utk suaminya Jamil bila berada dilaut
nanti.Walaupun Jenab ditinggalkan oleh suaminya berhari2 lamanya,namun
begitu dia masih mampu utk menjaga maruah dirinya.

Tidak jauh dari flat mereka,ada sorang pemuda.. Karim namanya..Beliau
merupakan sorang jagoan rempit(lumba motor)dan sorang jiwang karat
roman picisan dikalangan gadis2 kilang.Karim bukan shaja
'terer'(hebat)dijalan raya,malah dia jg 'terer' mengayat awek2 diflat
tempat dia tinggal..dia tdak mgira muda, tua,bujang,janda ataupun
istri org semuanya dia sapu.Dia amat berdedikasi dgn 'kerjayanya'
itu..Namun begitu..hatinya sungguh terusik sejak 2 3 hari ini.Dia
tidak mampu utk melupakan sorang isteri muda yg cantik lagi gebu yg
selalu ditinggalkan oleh suaminya..ya..tidak lain lagi iaitu Jenab.

Hampir setiap pagi..dgn berbekalkan motor kapcai yg berbulan
'sangkut'(tdk dpt byr ansuran)..Karim akan mengayat Jenab dan cuba utk
bermain cinta dengannya.Namun begitu cintanya tidak berbalas,kerna
Jenab sangat setia dengan suaminya Jamil..dan menganggap Karim itu mcm
adik kandungnya sendiri.

Hari berganti minggu..ninggu berganti bulan..Jenab mulai risau dgn
suaminya yg belum lagi balik dari laut.Kerana kesetiaannya,Jenab tetap
menunggu dengan tabah dan percaya suaminya akan balik kerumah jg pd
satu hari.Sehinggalah pd satu hari,Jenab telah jatuh sakit,kerana
terlalu rindu dgn suaminya itu.Ibubapanya cuba membawa Jenab tinggal
ditempat mrk..tetapi Jenab selalu berkata"Takpe la mak ayah,Nab nak
tunggu juga abang Jamil..lagipun Nab dah sediakan makanan kegemaran
abang Jamil ni".kata Jenab kepada ibubapanya.Serba salah ibubapa Jenab
dibuatnya.

Setelah berbulan2 menanggung derita kerana rindunya kepada
suaminya..Jenab telah menjadi orang kurang siuman..Kanak2 diflat
tempat tinggalnya selalu mengacau Jenab dan menggelarnya bermcm2 spt
Jenab gila laki dan Jenab hantu.Namun begitu Jenab tidak peduli dgn
kanak2 itu..Hampir setiap hari..tidak kira siang atau malam..Jenab
akan pergi kerumah2 sekitar flat tempat tinggalnya dan bertanyakan
prihal suaminya.."Assalamualaikum,kamu ada nampak suami aku tak?"cam
tu la ayat yg dia slalu guna.Tidak kirala la,kalau orang tidur skali
pun..dia akan tetap mengetok tingkap atau pintu dan bertanyakan
suaminya.Bila waktu malam sahaja..hampir setiap rumah di flat itu akan
mdpt 'kunjungan' Jenab.

Sehinggalah pada satu pagi,penduduk flat itu dikejutkan dengan berita
kematian Jenab yg terjatuh dari tingkat 6.Menurut autopsi yg
dijalankan,Jenab meninggal dunia ditempat kejadian disebabkan tulang
rusuk dan tengkoraknya remuk.

Setelah begitu lama,kisah ttg kematian Jenab telah mula
berkurangan..kerana penduduk flat mulai sibuk dengan kehidupan harian
mereka..lebih2 lagi pada bulan ramadhan.Karim yg pada dulunya sorang
mat rempit tlh mulai berubah,kalau dahulunya dia menjadikan waktu
senja sebagai waktunya utk melakukan onar dan maksiat..tapi sekarang
bila tibanya bulan ramadhan..dia lebih gemar berada di surau membaca
al-quran serta sembahyang berjemaah.

Satu mlm,semasa Karim asyik menonton berita jam 9.00mlm..Dia terdengar
spt ada orang berjalan diluar pintu rumahnya..tetapi dia tidak
mempedulikannnya.Tok!tok!tok!..pintu rumahnaya diketuk"Hish!siapala
lagi yg datang mlm2 ni"kata hati Karim.Dia tetap tidak berganjak dari
tempat duduknya.Tidak cukup dgn itu,tingkap rumahnya lagi
diketuk"Hish!tadi di pintu.skg ditingkap pula..diorang ni tak tau ke
aku nak layan cd ke tv ke ha?"kata Karim lagi."Hoi..dah orang tak
jawap tu,maknanya tak nak layan la..esok nak puasa lagi"Karim memarihi
orang diluar tingkapnya.Selepas itu dia terdengar orang bagi
salam"Er..Assalamualaikum..maaf menggangu..ada nampak suami saya tak..
Jamil".Eh!Suara tu mcm kenal..tapi dia kan dah lama meninggal".kata
hati Karim yg mulai takut."Ada nampak suami saya tak?"suara itu masih
lagi ada diluar tingkapnya.Karim tidak berani untuk menjenguk tengok
keluar tingkapnya..dia membiarkan sahaja suara itu berlalu pergi.

Sehingga kini roh Jenab masih lagi merayau2 kesetiap rumah untuk
mencari suaminya.Tidak kiralah..bulan ramadhan ka,bulan rejab
ka..kerana kesetiannya..roh Jenab akan mencari suaminya tidak kira
dimana sahaja.Dan jika pd satu mlm, janganla korang berani menjenguk
dipintu atau tingkap..jika mendengar ketukan dan salaman
"Assalamulaikum,ada nampak suami saya tak?"...
......

Khamis, 19 Mac 2015

Cerita Hantu - \Jelmaan Hantu Tanpa Kepala Di Tepi Jalan

gambar hiasan

Dunia Seram - Ada dalam kalangan kita menolak kewujudan alam misteri dan mistik. Tidak kurang yang menyatakan ia hanya tahyul dan tidak seharusnya dipercayai. Bagi penduduk Terap Daerah Kulim Kedah, penemuan mayat tiga beradik tanpa kepala beberapa tahun lalu, meninggalkan kesan kepada mereka apabila jelmaan hantu lembaga tanpa kepala sering ditemui berdiri di tepi jalan apabila menjelang waktu tengah malam terutama ketika waktu hujan.


Ada juga penduduk kampung yang pernah melihat lembaga itu pada waktu pagi, terutama yang bekerja di ladang getah. Seorang Penoreh Getah, En. Abu Hassan Ismail yang tinggal di Terap sejak 54 tahun lalu berkata, hanya mereka yang pernah bertemu dengan lembaga hantu itu sahaja akan mempercayai kewujudannya. Menurutnya, sehingga kini, ramai penduduk sudah melihat sendiri dan ada antara mereka yang sampai demam kerana terkejut.
“Sekitar tahun 2007 dan 2008, penduduk kawasan ini digemparkan dengan penemuan mayat tiga beradik tanpa kepala di dalam kawasan ladang getah. Mereka dipercayai dibunuh di tempat lain dan mayat mereka dibuang disini.”
“Selepas kejadian itu berlaku, ada penduduk kampung, terutama penoreh getah yang keluar bekerja seawal jam 4 pagi, ternampak lembaga tanpa kepala berdiri di tepi pagar kawasan ladang atau di tepi jalan. Sejak itu laluan dari Terap ke Sungai Tengas dikatakan berpuaka” kata En.Abu Hassan.
Sementara itu, seorang penggemar burung yang sering masuk ke kawasan hutan berdekatan berkata, dia turut menemui lembaga itu kira-kira jam 12 tengah hari. Ketika sedang leka mengunggu, dengan tiba-tiba burung yang dijadikan umpan bertukar menjadi liar.
Sedang dalam kehairanan itu, dia merasa seram sejuk dan seakan ada orang sedang memerhati. Apabila dia menoleh ke belakang, lembaga hantu tidak berkepala itu telah ada di belakangnya.
Selain itu, kawasan misteri berkenaan juga sering berlaku kemalangan. Penunggang motosikal, pemandu kereta, bahkan pemandu lori treler juga dilaporkan sering terbabas kerana cuba mengelak daripada lembaga tidak berkepala yang sedang melintas jalan.
Anggota-anggota polis dari Pondok Polis Terap yang sering membuat rondaan juga menyatakan yang kawasan berkenaan amat menyeramkan terutama apabila tiba di puncak bukit.
Sumber dari kedah2u dan wootmedia

Selasa, 17 Mac 2015

Cerita Seram - Malam



Assalamualaikum...

Dunia Seram - Bila menyebut perkataan malam,bermain-main difikiran kita pelbagai bayangan
mahupun ilusi..Kadang-kadang,ilusi itu mengawal pemikiran kita
sehingga kita merasakan ada sesuatu yang sedang memerhatikan kita pada waktu malam yang sunyi sebegini..


Beberapa tahun yang lalu,aku ditempatkan di sebuah sekolah berasrama penuh 
di sebuah negeri yang dahulunya kaya dengan biji timah..
Aku memang tahu,sekolah itu adalah sekolah lama dan pelbagai kisah seram diceritakan kepada kami oleh senior..
Cuma,kami tidak pasti adakah itu sekadar bahan gurauan ataupun realiti..



Satu malam yang nyaman,tepat pukul 2 pagi..
Aku terasa ingin membuang air kecil..Ketika di asrama,kami tidur di atas katil double-decker..dan aku dapat katil pada bahagian bawah..
Aku kejutkan kawan sekatil aku yang berada di katil atas untuk menemanku,
tapi,sedih..Dia sudah tidur nyenya tanpa menghiraukanku..


Mahu tidak mahu,aku terpaksa menggagahi langkahku untuk ke bilik air..
Tandas dan Asrama bagi tingkatan 1 berada di blok berlainan tetapi ia rapat dan tertutup antara satu sama lain..
Lampu waktu itu terang benderang di koridor dan di dalam bilik air..Jadi,kurang sikit rasa takutku..

Aku memasuki bilik air seperti biasa..
bilik air itu sangat besar,memuatkan beberapa shower, banyak tandas,tempat basuh baju dan kolah mandi..
Almaklumlah kami semua tingkatan 1 mandi di situ dan kami tinggal di asrama..
Tandas berdekatan dengan pintu utama bilik air..
Jadi,senang untuk ke tandas..

Ketika sedang membuang air kecil,tiba-tiba aku terdengar bunyi orang memberus,,
seolah-olah memberus baju..hairan aku,siapa yang rajin membasuh baju waktu itu..
Sedangkan semua pelajar dilarang keluar dari dorm pada waktu sebegitu..
Fikiranku berkata,mungkin pengawas yang menjaga kami membasuh baju itu..

Selepas aku membuang air kecil,aku terus pulang ke dorm..
tapi,terasa anda benda menarikku untuk ke tempat basuh baju..
aku dengan langkah perlahan ke tempat membasuh baju..
aku mengintai dari dinding ..
aku terkejut!!


YA ALLAH!!
Aku ternampak satu lembaga sedang membasuh kepalanya..
bayangkan dia cabut kepalanya dan basuh menggunakan berus aku
yang lebih menakutkan,muka kepala tu menghadap aku..
aku lihat dia menggunakan baldi aku..

YA ALLAH!!
hanya dia yang tahu apa perasaanku waktu itu..
badanku berpeluh seperti orang baru lepas berlari dan aku terus membaca ayat al-Quran yang aku tahu
aku terus lari ke dorm..
Dalam perjalanan aku lari,terasa seperti anda benda mengejarku..
Aku terus baring ke katilku dan aku tutup mata rapat-rapat..
terasa ada benda mengelilingiku..

Tapi,Alhamdulillah..aku tersedar pagi esoknya dan semuanya sudah tiada..
tapi,aku terus buang berus dan baldi aku jauh-jauh..
aku takut ia datang lagi..

Credit:Sumber

Sabtu, 14 Februari 2015

Kisah Seram - Di Kem Putrajaya

Image result for kisah seram di india
 
Dunia Seram - Bulan Julai lepas kelas aben adakan kem di Putrajaya.Lokasi kejadian dirahsiakan sebab takut disaman.[hehe]
Tapi aben akan bagi hint sikitlah pasal tempat ni.Dia terletak bersebelahan dengan Perkampungan Orang Asli & dekat2 dengan PICC.
Masuk2 je dekat kawasan ni memang rasa mcm best sbb pemandangan dia yg cun+ade tasik dkt lokasi kem kami.One thing, bila check in je dlm bilik, semua melompat-lompat sambil menjerit atas katil.Dalam happy2 tu, tiba2 kami terdengar orang menjerit "Woi!!" dengan kuat.Kami pun tergamamlah and tanya each other sapa yg menjerit tadi.Semua terdiam and cepat2 manage luggage masing2.
Tepat 7.20 p.m. kami decide utk mandi.So, aben offer utk mandi dulu sbb badan dah berlengas memandangkan siang tu kami ada trip ke UPM.At last, semua berebut utk mandi malangnya aben kena tunggu turn.
[Dalam bilik tu ada 7 orang.6 melayu seorang india.]
Sebaik tiba turn aben utk mandi, bulu roma sudah meremang sebaik saja masuk ke dalam toilet tu.Disebabkan aben ada kelebihan utk melihat benda alah ni, jadi aben buat tak tahu saja sebab dah biasa.Tengah syok mandi sambil nyanyi lagu
"Masih Jelas" tiba2 mata aben tergerak utk pandang ke arah tingkap yg terletak sebelah cermin.Dalam kegelapan senja tu, aben ternampak ada sepasang mata berwarna merah sedang menjenguk ke arah aben.Semakin aben tekun melihat, semakin jelas wajah lembaga tersebut.Makin lama muka dia kian ternampak+bau yg sangat meloyakan mengalahkan bau shower foamku.[huhu]

Dalam ketakutan itu, aben membasuh muka yg dipenuhi dgn facial foam cepat2.Then, terus aben buka pintu.Semasa buka pintu, aben terdengar orang ketawa perlahan dari arah tingkap tadi.
Kawan2 aben semua terkejut tengok aben mandi dengan keadaan pintu terbuka.Sebaik selesai mandi, aben pun terus keluar and capai baju dalam bag.
Lepas keluar bilik utk sembahyang maghrib berjemaah, kawan2 aben semua tanya kenapa aben mandi sambil buka pintu.Aben pun ceritalah dekat mereka apa yg terjadi.Bertambah takutlah mereka memandangkan aben mempunyai kebolehan utk tgk benda2 ni.
Dalam perjalanan ke surau, aben ternampak kawan perempuan aben tgh berlari2 ke arah aben.Masa yg sama, aben tak sedar yg aben telah ditinggalkan oleh kawan2 aben.Kelibat kawan aben tu kelihatan semakin dekat dgn aben.
Kelibat tadi semakin laju bergerak menuju ke arah aben.Lama-lama ia kelihatan seakan terbang and terus dia ambush aben sampailah aben terjatuh atas tanah.Kebetulan, cikgu aben lalu dekat situ and cepat2 dia bantu aben.
Malamnya, aben tak dapat tidur.So, kami pun decide utk borak2 cerita hantu.Sedang seronok berborak, tiba2 kawan aben menjerit nama aben.Dia kata, dia terasa ada tangan berbulu peluk dia dari arah belakang.Aben pun katalah dekat dia jgn panic and biar je dia buat mcm tu.
Tapi disebabkan kawan aben ni degil ya amat, dia pun berlari ke arah aben.Maka benganglah makhluk tadi + dia pun menganggu lah kami sebilik.Malam tu, kami membaca surah yassin beramai-ramai.Then, kami pun tidurlah.
Tengah sedap dibuai mimpi, tiba2 aben dikejutkan oleh sesuatu.Bila aben terjaga, aben ternampak suatu lembaga berambut panjang memutih[uban lah tu],mengerbang mcm tak pernah diurus.Dia pakai baju putih yg lusuh dgn kesan macam tanah dekat baju dia tu.Sah2 lah benda tu Cik Pon.Dia ajak aben keluar bilik.
Kami berborak each other.Sepanjang conversation kami tuh, dia asyik menangis teresak2.FYI, tangisan dia tu mcm kita psg hi-fi dkt rumah.Mcm bergema sayup2 gitu kan.
Dia kata dekat aben,
"kenapa kau dtg sini? ini tempat aku.Kawan2 kau dah cemarkan tempat aku!!!"Dia menjerit bagai nak rak tu yg buat aben takut tu.Aben pun dengan tenang kata dekat dia,
"kami sekadar dtg utk menuntut ilmu.Kami tahu ini tempat kau, tapi tolonglah jgn ganggu kami".mcm tulah lebih kurang aben ckp.
"kawan2 kau dgn kau dtg ke sini tanpa minta izin! kawan2 kau jugak ada yg suka2 kotorkan tempat tinggal aku!!"sambil tu dia tunjuk ke arah satu pokok yg dekat bawah dia mcm ada tempat pembuangan sampah.
aben pun balaslah,
"baiklah kalau engkau tidak suka,esok kami akan beredar.Kami jugak akan bersihkan tempat tinggal kau"
maka menangis kuat lah Cik Pon tersebut sambil melayang2 di udara.berlari 120km/h lah aben masuk ke bilik lepas tu.
Esoknya[hari last kem], aben suruh cikgu buat activity gotong-royong around lokasi kem tu lah.Lepas tu, kawan aben tanya kenapa aben keluar malam2 buta tu.Aben just diam coz takut mereka akan takut.

Berakhirlah story aben disitu.
Back to school, kawan2 aben semua cerita pengalaman masing2.Antaranya;
Cerita Budak Pompuan
1. Dengar tangisan bayi dari dalam toilet.
2. Kaki kena geletek sedangkan tak da sapa dekat bawah katil
3. Kena kacau masa mandi

Cerita Budak Laki
1.Terakam gambar hantu dalam surau.[ada asap dlm gambar tu sdgnkan surau tu non-smoking area.kalau nak kata vibration, sekeliling gambar tu memang clear and cantik.]------sori gambar tak leh paste sebab budak tu da lama tak dtg sekolah.Dialah satu2nya indian dkt kelas kami.
So far, itu jelah cerita yg aben dgr dari kwn2 n yg aben alami sendiri.Hope korang enjoy nan story yg mungkin does not make sense ni.Tapi, inilah apa yg dialami oleh aben dgn kwn2.
FYI, masa nak tinggalkan lokasi kem, nampak mcm horror je.Sedangkan masa nak pergi, indah kemain.

Sabtu, 3 Januari 2015

Sebelum Merdeka



salam

kat sini saya ingin berkongsi beberapa cerita seram yang mungkin menyeramkan

cerita yang saya ceritakan ini benar benar berlaku ada sebahagian dari pengalaman hidup saya dan ada sebahagian saya dapat dari ornag lain

cuma terpulanglah pada anda untuk mempercayai atau tak kerana perkara misteri ini sangat sukar dirungkaikan dengan akal fikiran kita

ini adalah cerita yang pertama dari saya

tapi sebelum saya meneruskan cerita ini terlebih dahulu saya ingin meminta maaf sekiranya cerita ini mungkin mengandungi unsur unsur kelucahan yang mungkin boleh mengganggu keselesaan sebahagian pembaca

cerita ini berkenaan dengan wak darmo (nama samaran)

pak darmo ini adalah seorang yang telah mempunyai beberapa orang cucu dan beliau ini terkenal dengan sikap nya yang suka cakap besar lebih lebih lagi berkenaan hal hal misteri ini

pada satu hari beliau telah mengadakan kenduri perkahwinan anak perempuan beliau setelah seharian penat melayan tetamu dari kalangan orang kampung dan sanak saudara dimalam nya beliau bercadang untuk pergi kepekan untuk mengeteh (bahasa jawa bermaksud duduk duduk di kedai kopi)

memang menjadi tabiat nya setiap malam beliau akan minum bersama sama rakannya dikedai kopi sambil berbincang perkara kosong untuk menghabiskan waktu malam yang terluang

al maklumlah diwaktu itu mana ada lagi telivisyen apalagi internet seperti zaman kita sekarang ini jadi itulah antara hibuaran penduduk kampung disamping itu juga salah satu cara penduduk kampung bersosial

ketika beliau hendak melangkah keluar rumah isteri beliau telah membantah rancangan beliau itu dengan alasan masih ramai lagi sanak saudara yang berada dirumah lagi pun awan yang sarat seperti hendak menurunkan kandungannya (hehehehe pakai bahasa sastera lak dah dah nak ujan lah maksudnya)

tapi semua leteran isterinya itu langsung tidak diendahkan oleh nya dan beliau hanya terasa dilidahnya keenakan kopi mamak ismail dan beliau telah melangkah pergi menghala kepekan

sampai dipekan beliau telah meminta secawan kopi dari mamak ismail dan menghabiskan waktu malam itu bersama rakan rakan beliau dengan berbual kosong sambil menghisap rokok lenteng (sejenis rokok yang digulung dengan tembakau jawa dan dicampur cengkeh yang digunting)

keasyikan bersembang dengan rakan rakan telah membuatkan beliau lupa malam telah lewat itu pun hujan renyai renyailah yang telah menyedarkan malam telah semakin larut dan telah melalui tengah malam

kerana takut hujan semakin lebat beliau telah membayar harga kopi yang diminumnya dan beliau hendak berlalu dari situ

semasa hendak berlalu dari situ mamak ismail telah menasihati beliau untuk tidur sahaja dikedai kopi itu dan beberapa orang kawan kawan nya telah menakutkan beliau dengan pelbagai cerita seram

dengan angkuhnya beliau bercakap

"ini darmolah kalau hantu datang aku selak kain aku semua hantu cabut lari"

sambil ketawa mengekek perbuatannya itu telah membuatkan rakan rakannya meluat dengna sikap ego beliau itu

dengan berbekalkan lampu suluh beliau telah berjalan sambil menyanyi kecil untuk menghiburkan hati

ketika beliau melalui sepohon pokok nipah secara tiba tiba pohon nipah itu bergoyang goyang seperti didalam rimbunan pohon nipah itu seperti ada sesuatu

beliau buat buat tidak melihat sambil menyanyi lebih kuat lagi untuk menghilangkan perasaan takut dihati namun apa yang mengecewakan goyangan pohon nipah itu semakin kuat

beliau terus menjerit kepada pohon nipah itu

"kau jangan buat hal nanti aku selak kain aku menyesal kau"

dengan tak semena mena satu tangan yang berbulu lebat telah keluar dari pohon nipah tersebut

pak darmo terpaku sebentar sambil menggeletar ketakutan seluruh tubuh apabila suluhan lampu suluhnya menerangi tangan berbulu tersebut

dalam ketakutan yang teramat sangat beliau menjerit kepada tangan tersebut

"kau ni tak faham bahasa lah aku selak kain aku nanti taulah kau"

tangan itu terus memanjang dan menghala kearah beliau yang lebih menghairankan badan tangan tersebut tidak kelihatan menyorok didalam pohon nipah ditepi jalan itu

dalam ketakutan yang amat sangat itu pak darmo telah menyelak kain nya dengan harapan tangan yang berbulu lebat itu akan hilang selepas beliau menyelak kainnya

namun

lebih malang lagi apabila beliau menyelak kan kainnya tangan itu semakin memangjang kearahnya

dan apa yang lebih mengecewakan apabila tangan itu telah meraba kemaluannya

tanpa membuang masa dengan ketakutan yang teramat sangat beliau mula melakukan langkah seribu sambil menjerit jerit ketakutan seperti gegak gempita sepanjang jalan larian wak darmo lalui

dalam larian itu wak darmo masih terasa kemaluannya masih diraba oleh tangan berbulu tersebut semakin diraba semakin kuat wak darmo menjerit dan berlari

sesampai dirumah wak darmo telah menerpa pintu rumahnya yang diperbuat dari atap nipah dan duduk kepenatan

seluruh ahli keluarga dan sanak saudara tidak ketinggalan jiran tetangga yang terkejut dengan suara wak darmo telah membawa lampu masing masing kearah wak darmo lantas masing masing menyuluh wak darmo

aduhai malang seribu kali malang rupa rupa nya ketika beliau lari dari tangan berbulu itu beliau telah melucutkan kain yang diselakkannya kerana kain yang diselakkannya telah menggannggu larian nya itu

seluruh kaum keluarga sanak saudara dan jiran jiran yang hadir dari kalangan perempuan bertambah terkejut melihat wak darmo hanya memakai songkok baju melayu dan tak berkain sambil duduk berlunjur melayan kepenatan

mereka menjerit jerit malu manakala yang lelaki pula terus menoleh kan muka menghala kelain

anak anak wak darmo kelam kabut mengambil kain dari biliknya untuk menutup tubuh wak darmo dan wak darmo terpingga pinga

selepas kejadian itu wak darmo telah mengalami demam yang sangat teruk selama seminggu

Sumber

Isnin, 8 Disember 2014

Kisah Misteri ~ Ani angkat jemuran!!!...



Dunia Seram - Selamat tengahari teman2 momok semua. Disini ingin saya berkongsi satu cerita yg berlaku kira2 dua tahun lalu. Cerita ni tak lah berapa seram sangat tp kalo di ingatkan semula, sehingga sekarang ia menjadi tanda tanye? *pause..tengok light bulb yg blinking kat sebelah kiri kepala* (sambung ceriter). Ceriternye begini...

Seperti yg selalu saya buat tiap2 pagi selepas hubby pergi keje, saya akan bangun dan mula berkemas. Kemas tempat tido, kumpulkan baju2 kotor utk dicuci, sbb dah menjadi habit tk suker cuci baju lambat2 esp bila cuaca cerah dan panas (baju garing..best!!). Sambil menantikan baju dicuci oleh mesin pencuci baju, saya pun vacuum rumah. Ketika berdiri di perantaraan bilek dan dapor saya ternampak seluar 'jeans' hubby berlonggok di atas katil (jeans bersih). Hmmmmmm...dengan perasaan pelik saya masuk ke dlm bilek dan periksa. Memang pelik, sebab cara longgokkan seluar tu pun seperti longgokkan yg baru ditanggalkan (tak hapi bukak terus campak atas katil) dan bukan longgokkan berlipat. Dan hanger masih tergantung di bahagian tingkap.

Saya terus talipon hubby dan bertanyakan pada beliau walaupun saya tau hubby won't do that coz dia tahu what i will do bila dia buat mcm tu. Dah menjadi habit saya juga tidak suka melihat apa2 benda di letakkan di atas katil selepas saya mengemasnye, lebih2 lagi kain baju yg tidak dipakai (tak pakai terus hanger la..!!) So, mustahil seluar tu bole berlonggok di atas katil selepas saya mengemas tempat tido. !

Until now kalo saya ingat2kan semula...memang pelik!!!

Rabu, 3 Disember 2014

Kisah Seram - Kaki Judi


Dunia Seram - 'Aku tak puas hati!!!!!Duit kita dah bayar dia RM900!!!!Apa pun takda!!Paranawei!!!!' luah Yusop pada kawan sehobinya,Sabtu.Menggeleng dia teringatkan sami Tok pekong yang mengenakan pelbagai syarat dan bayaran untuk mengadakan upacara tarik nombor.
Bukan takat duit,masa juga terbuang kerana selepas mengadakan upacara perlu pula menunggu 8 hari.Siap dengan pantang larang lagi.Namun nombor yang hadir cuma kosong kosong kosong kosong kosong (baca: takda nombor naik la tu).Sami tersebut bila ditanya cuma mengatakan dewa-dewa tak mahu bagi.
'Aku pun tak puas hati.Sia-sia aja kita terbongkok-bongkok depan patung botak gendut tu.Satu nombor pun tak dapat.Menyesal pun iye.'kesal Sabtu pula.
'Jadi apa kaedah kita lepas ni?' tanya Sabtu sambil asyik memikirkan nombor-nombor yang cantik susunannya.Ditulisnya 9 sempena RM900.
'Kalau kita jumpa Lebai Junid, macam mana?' jawab Yusop sambil membetulkan cermin matanya.Sabtu menulis 2 pula sempena 2 kanta cermin mata.
'Orang tua tu duduk mana?Lebai ke?Kau tak takut kena tampar ke minta nombor kat lebai?'tanya Sabtu sambil melilau mencari nombor yang cantik berdasarkan keadaan semasa.
'Kat kampung bini aku, nu di Batu 34.Belum cuba belum tau.' Yusop membalas, menyampah mengenangkan sami yang pasti tersenyum mendapat habuan duit, tapi hasilnya ke laut. Sabtu tergelak kecil, ditulis '34' maka lengkaplah 4 digit nombor untuk dibelinya di kedai Toto karang.
'Kita pergi hujung minggu ni' ajak Yusop. Sabtu mengangguk dan menyambar motornya, ke kedai Toto pula di pekan. Nombor yang akan dibeli?9234.
Hujung minggu pun tiba.
Dengan menaiki Pajero Yusop, mereka pun bertolak.Mereka turut disertai seorang lagi kawan sehobi mereka, Bunyamin.
'Macam mana kau kenal Lebai Junid tu?' tanya Sabtu bagi menghidupkan suasana perjalanan yang senyap dari awal tadi.
'Dulu motor aku habis minyak. Waktu tu aku nak ke rumah mertua aku, bini aku bersalin anak aku nombor 3 tu. Ni cerita 5 ke 6 tahun lepas la.Jadi motor aku tu dah habis minyaknya, aku pun menolak lah.Kebetulan waktu malam, aku singgah berhenti di surau Lebai Junid tu. Kebetulan orang tua tu jengah surau nak buat Tahajud malam tu.
'Kau tau apa dia buat? Bila aku kata motor aku habis minyak, dia cedok sikit air tempayan guna tin milo. Disuruhnya aku buka tangki minyak motor. Mula-mula mestilah aku tak bagi, karang rosak pulak enjin aku. Tapi dia senyum aje. Aku entah macam mana buka juga tangki minyak aku, lalu dituangnya air dalam tangki tu.
'Bila aku cuba 'start' motor, eh!!!!!! Hidup enjinnya!!!' cerita Yusop panjang lebar.
'Eh ye ke?Pelik juga dengar cerita kau. Handal orang tua tu. Tu pasal kau ajak kami jumpa dia ni?Oooo' kata Sabtu sambil diangguk Bunyamin.
'Jadi kejap lagi macam mana kita nak bercerita dengan dia?Aku pun serba salah jugak nak cakap terang-terang hajat kita nak minta nombor ni' celah Sabtu.
'Kita tengok nanti macam mana. Kalau ada peluang, kita minta lah. Mana lah tau' senyum Yusop. Perjalanan diteruskan. Yusop kemudian membelok ke kanan.'Kejap lagi sampai la kita ni' kata Yusop tersenyum membayangkan nombor yang mungkin diperoleh nanti.
'Eh, bukan ni dah Batu 35?Kau kata kampung bini kau Batu 34 itu hari? kata Sabtu kehairanan.
'Eh ye ke?Bukan aku kata kampungnya di Batu 35 sini?' jawab Yusop mencebik bibir.
'Aduhhh. Melepas satu nombor.Aku tikam 9234, yang keluar 9235!' tepuk dahi Sabtu mengenangkan nombor ekor yang dibelinya tempohari.Tergelak besar mereka semua.
Pajero kemudian memasuki perkarangan surau Lebai Junid. Bangunan kayu dengan 5 anak tangga batu. Keadaan sunyi sepi.Lalang tumbuh separas tulang kering.
'Aku pun tak tau ada ke tidak orang tua ni di surau tu lagi' jawab Yusop membalas pertanyaan Bunyamin kalau-kalau Lebai Junid ada atau tidak. Mereka bertiga kemudian masuk ke dalam surau. Sawang-sawang lelabah memenuhi alang kayu. Keadaan dalam surau elok tersusun.
'Macam mana ni?Kau tak tau rumahnya ke? Kita ke rumah lebai tu la senang. Segan aku nak tanya nombor dalam surau' gesa Sabtu pula.
'Aku rasa kita tunggu dulu, kejap lagi nak masuk Zuhur dah. Dia mesti datang punya.Alahhh.Mesti punya.' balas Yusop.
'Assalamualaikum' kedengaran suara lembut orang tua di laman surau.
Mereka bertiga memandang ke bawah surau. Tersenyum Yusop. Datang sudah Lebai Junid. Bersalamanlah mereka semua. Peliknya Lebai Junid lebih banyak mengerutkan dahi setiap kali antara mereka bertiga bertanya dirinya. Namun mereka tak pedulikan sangat.
Usai solat. Mereka diminta tunggu hingga habis Isyak. Lebai Junid kemudian berlalu pergi. Dipesan juga kalau mahu buat kopi dan cecah biskut ada bahan-bahannya di stor belakang.
Jam menunjukkan 11 malam. Lebai Junid masih tidak habis lagi berzikir semenjak siap solat Isyak. Jemaah cuma mereka bertiga dan berimamkan lebai. Mereka bertiga terus bertahan sabar. Menunggu peluang.
'Assalamualaikum' laung satu suara dari laman surau.
Dijawab salam serentak oleh mereka semua. Kemudian Lebai Junid turun ke bawah, kedengaran perbualan dalam Bahasa Arab. Lalu dibawa naik ke surau oleh Lebai Junid seorang lelaki yang berjubah dan bertutup kepalanya. Mereka kemudian bersolat sunat secara berasingan.
'Psstt Sop oi, macam mana ni?Dah ada orang lain,segan la kita macam ni' tanya Sabtu berbisik. 'Entahlah, aku pun dah penat menunggu dari tengahari tadi.' jawab Yusop.
'Anak-anak semua...kemari' panggil Lebai Junid kepada mereka bertiga. Memberi isyarat supaya menghampirinya dan lelaki berjubah tersebut.
'Perkenalkan. Ini Syeikh Haji Idris. Kenalan lama saya di madrasah di India dulu.' kata Lebai Junid. Mereka bertiga kemudian bersalaman dengan lelaki tersebut. Terasa halus saja tapak tangan Syeikh tersebut.
'Anta semua cukup-cukuplah berbuat munkar diatas dunia milik Allah ini.Judi adalah haram. Dan semua yang haram adalah neraka gantinya.' tiba-tiba Syeikh bersuara dalam pelat-pelat Arab Melayu.
Mereka bertiga tersentak. Apakah syeikh tahu tujuan mereka ke surau lebai? Macam mana boleh diketahui? dan pelbagai lagi persoalan.
'Dari awal kamu bertiga datang siang tadi aku dah tahu hajat kamu ke mari. Jawapan aku tidak. Tidak ada kuasa aku untuk memberikan kamu kelebihan. Semua rezeki berpunca daripada Allah Taala.' kata Lebai Junid selepas keadaan menjadi sepi.
'Anta bertiga tahukah keburukan berjudi?Kita ini Muslim. Terpilih. Kenapa mahu berseronok dengan benda-benda dosa? Allah tidak suka. Silalah hentikan. Insya Allah selamat' tambah Syeikh tersebut.
Kemudian mereka bertiga ditazkirahkan oleh Lebai Junid sambil sekali sekala ditambah Syeikh Idris. Menjelang jam 1 pagi, Syeikh Idris meminta diri. Selepas bersalaman dan berpelukan sebagai galakan bertaubat, beliau turun dari surau dan menghilang dalam kepekatan malam.
'Kamu tahu siapa Syeikh Idris itu?' tanya Lebai Junid.
'Tak tahu Lebai' balas Yusop.
'Dia dah berumur lebih 300 tahun. Subhanallah. Segala keistimewaan adalah kurnia Allah. Bukan dengan kelebihan yang diberi kita gunakan ke arah maksiat. Tapi kita anggap sebagai pinjaman untuk kita beribadat sebanyak-banyaknya.' terang Lebai Junid.
Mereka bertiga kemudian mengambil keputusan bermalam di surau tersebut. Lebai Junid tidak membantah hajat mereka. Menjelang Subuh, mereka berjemaah bersama. Usai solat, Lebai Junid meminta diri.
Mereka kemudian bergerak meninggalkan surau tersebut selepas jam 7, menuju ke rumah mertua Yusop. Kedatangan mereka
disambut mertuanya. Kemudian mereka bersarapan bersama-sama.

'Ayah, dimana rumah Lebai Junid dalam kampung ni?' tanya Yusop kepada mertuanya.
'Kenapa kamu nak tahu? Lebai Junid dah meninggal waktu raya puasa lepas. Aku sendiri turut jenazahnya ke kubur.' jawab mertua Yusop.
Tersembur keluar sarapan yang dimakan mereka bertiga.
p/s- Firman Allah :
“Adapun jika ia termasuk golongan yang dekat (kepada Allah). Maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga kenikmatan. Dan adapun jika ia termasuk golongan kanan. Maka keselamatan bagimu dari golongan kanan”.(11 Surah Al-Waqi’ah ayat 88-91)

Khamis, 27 November 2014

Kisah Seram - KEPALA GHAIB DI BALIK LANGSIR

TOK AWANG NGAH

 
Dunia Seram - Kebimbangan dan ketakutan penduduk-penduduk di kampung di Chenor sudah diberitahu kepada ketua kampung mengenai ada lembaga menceroboh masuk ke dalam rumah, tetapi boleh menghilangkan diri apabila mangsanya terjaga dari tidur. Bagaimanapun ketua kampung enggan melaporkan kepada polis kerana perkara itu belum sahih.

Setengahnya mengatakan orang minyak, tetapi mangsa yang pernah diceroboh tidak pula mengatakan orang minyak. Katanya, lelaki biasa berdiri dekat tempat tidurnya, kemudian hilang di sebalik langsir tingkap, sedangkan tingkap masih berkunci rapat dari dalam.

Ketua kampung menyuuh beberapa orang pemuda kampung berkawal malam bagi memerangkap penceroboh berkenaan, tetapi sudah 10 hari mereka berkawal gangguan penceroboh itu masih juga mengancam. Dia sempat naik ke rumah Derih Gagap makan minum sebelum tidur berbaring di sebelah isteri Derih Gagap. Dia telah menanggalkan pakaian Kak Senah, tetapi tidak melakukan apa-apa.

Apabila tersedar dari tidurnya kira-kira jam 11 malam, Kak Senah mendapati pakaiannya sudah dilucutkan, manakala lelaki itu terbaring di sebelahnya terlentang.Disebabkan cahaya lampu pelita samar-samar Kak Senah tidak cam mukanya, sebaliknya dia hanya menjerit saja sekuat hati. Ketika ini Derih Gagap ikut sama berkawal.

Lelaki itu tidak tergopoh-gopoh lari. Dia hanya berjalan longlai kemudian melompat ke atas tingkap. Dia hilang di sebalik langsir tingkap , walaupun tingkap berkunci dari dalam. Kak Senah memang tidak dapat bangun untuk memukul lelaki berkenaan kerana pakaiannya sudah terlucut. Kelam kabut pula dia menarik cadar tilam untuk membungkus tubuhnya.

Kak Senah mengaku dia tidak dicabul oleh lembaga tersebut. Bukan Kak Senah saja, malah Jenab, Mirah, Ibah, Seli yang pernah diceroboh juga mengaku tidak dinodai oleh lelaki yang melucutkan pakaiannya itu. Dia hanya berbaring saja dan lari menghilangkan diri apabila mangsanya terjaga dari tidur.

Puas juga ketua kampung memikirkan apakah bencana yang menimpa kampungnya. Untuk dilaporkan pada polis pula, perkara sia-sia saja kerana tidak ada bukti. Malah dia pula akan dimarahi oleh penghulu Mukim kerana seolah-olah mengadakan cerita saja dan mahu menyusahkan pihak polis.

"Ini perbuatan orang biasa " kata Aki Kidam apabila diberitahu oleh Derih Gagap mengenai rumahnya yang diceroboh. "Inilah padahnya menuntut ilmu syaitan , buat saja apa yang disuruh syaitan" dia mencemuh.

"Kalau dapat aku hentak kepala dia" Derih Gagap menggertap bibirnya.

Aki Kidam tersenyum mendengar kata-kata Derih Gagap yang terlalu geram kerana rumahnya diceroboh. Mujurlah isterinya tidak ternoda. Bagaimanapun dia merasa malu juga lelaki itu berani tidur di sebelah isterinya . Kalau lelaki itu berani menunjukkan diri,memang dia akan tumbuk mukanya . Siapa kalah siapa menang dia tidak peduli.

Dia menjadi lelaki dayus kalau membiarkan isterinya ditiduri oleh lelaki lain, sekalipun lelaki itu tidak menodainya. Sebab itulah Derih Gagap meminta nasihat Aki Kidam bagaimana mahu menentang penceroboh tersebut.

"Mau melawan orang gunakan ilmu setan, jangan cepat marah" ujar Aki Kidam mengingatkan dia. " Setan memang suka kita marah, sebab dia boleh melemahkan kalau kita cepat marah" Aki Kidam tersengih-sengih melihat Derih Gagap yang terlalu marah dengan peristiwa isterinya diceroboh oleh lelaki tersebut.

Di rumah Jenab juga berlaku sebelum rumah Derih Gagap dinaiki oleh lelaki berkenaan.
Ketika ini suami Jenab, Safar Iguk ada tidur di sebelahnya. Lelaki itu boleh tidur di sebelah Jenab sedangkan Safar Iguk ada tidur di situ. Safar Iguk hanya terkebil-kebil biji mata melihat lelaki itu melucutkan pakaian isterinya, kemudian tidur di sebelahnya.

Hanya apabila Jenab menjerit barulah Safar Iguk boleh bangun, tetapi sudah lambat bertindak. Dia nampak lelaki itu terjun ikut tingkap. Sebaliknya apabila diperiksa tingkap itu ternyata masih berkunci kuat dari dalam.

"Safar Iguk macam kena pukau, sampai dia tak cam orang tu" rungut Derih Gagap masih tidak dapat menahan sabar.

"Memang dia pakai pukau" sahut Aki Kidam perlahan. "Dia nak mencubakan ilmunya, itu aje" katanya menambah.

"Anjang Hak adalah bagi tangkal" beritahu Derih Gagap menunjukkan kain kuning selebar dua jari kepada Aki Kidam. Aki Kidam hanya mengerling saja kain kuning yang dikatakan tangkal itu. Dia tidak pun mencapai untuk membeleknya.

"Emmm, simpanlah tangkal tu" Aki Kidam menyuruh Derih Gagap menyimpan tangkal yang diberi Anjang Hak itu baik-baik.

Orang-orang kampung semua diberi oleh Anjang Hak tangkal yang bertulis ayat dari Surah Al-Qalam, disuruh pakai waktu tidur. Setelah diberi tangkal oleh Anjang Hak pun, masih juga ada gangguan. Malah rumah-rumah yang pernah dicerobohnya juga dinaiki lagi. Bagaimanapun dia tidaklah mengganggu tangkal yang diikat pada lengan.

"Nampaknya dah melampau ni" keluh Usup Kecih ketika minum di kedai kopi Sidin Bular. "Dah tak dapat ditahan-tahan lagi. Lat-lat dua tiga malam dia menceroboh juga, walaupun kita berkawal" katanya menggertap bibir.

"Hai kita berkawal malam, rumah kita pula dicerobohnya" ujar Derih Gagap menggertap bibir.

"Tak boleh jadi macam ni" sampuk Sidin Bular tercongok tidak jauh dari Derih Gagap. Semua orang kampung bercerita mengenai gangguan ini di mana-mana saja. Perempuan-perempuanlah yang berada dalam ketakutan. Mereka mahu membasuh ke sungai atau ke telaga juga menjadi takut.

Di samping itu cerita mengenai lelaki menceroboh itu berlaku juga di lain-lain kampung seperti Kampung Awah, di Kampung Belawan dan lain-lain. Malah ada orang datang dari Pelangai juga menceritakan juga lelaki seperti itu mengganggu juga di Pelangai dan di Mancis.
Sejauh mana dakwaan itu benar tidak pula diketahui kerana tidak siapa pun yang membuat aduan kepada polis.

"Kita repot aje pada polis" Usup Kecih mencadangkan. "Ketua kampung kata jangan..." cepat saja Derih Gagap menegah. "Kita tak boleh biarkan" gerutu Usup Kecih tidak puas hati dengan ketua kampung tidak mahu membuat aduan kepada polis.

"Saya setuju dengan ketua kampung" sahut Sidin Bular pula. "kalau perkara ini dah lepas ke tangan polis, habis budak-budak tak bersalah pun kena tangkap, kena soal. Orang yang bersalah tetap terlepas juga. Lebih baik kita bersabar untuk menangkapnya" dia terangguk-angguk macam mempertahankan pendirian ketua kampung.

"Sampai habis orang kampung kena perkosa?" Usup Kecih mencemuh. "Takat ni, belum ada yang kena" kata Sidin Bular macam memujuk supaya Usup Kecih bersabar.

Ketakutan seperti ini pernah juga berlaku di kampung Hulu Cenderak di Jelebu dalam Negeri Sembilan. Pernah juga berlaku di Segamat, Johor. Orang-orang di Cangkat Jong di Teluk Intan pun pernah juga gempar dengan cerita-cerita seperti ini. Tetapi semuanya disenyapkan saja oleh penduduk-penduduk kampung hingga akhirnya gangguan itu lenyap begitu saja.

Memang benarlah kata Aki Kidam, mereka yang melakukan perbuatan itu untuk menguji ilmu yang dituntutnya. Apabila amalan itu sudah sempurna mereka pun tidaklah lagi melakukannya. Inilah sebahagian dari ilmu-ilmu yang di dampingi oleh syaitan yang masih menjadi kegemaran orang-orang yang mengejar ilmu kebatinan dengan tidak berpandukan kepada ajaran islam. Demikian kata Aki Kidam semasa berbual-bual dengan saya di pondok buruknya.

Aki Kidam memberitahu saya peristiwa yang berlaku ketika dia tinggal di Chenor dulu memang diketahui siapa yang melakukannya. Tetapi orang-orang kampung tidak tahu siapa yang melakukan kerana orang berkenaan bukan dari kampung tersebut. Setelah dapat ditangkap oleh Aki Kidam, dia melepaskan semula pemuda berkenaan.
Sejak itu tidaklah berlaku lagi gangguan menceroboh rumah orang di situ.

"Buat apa Ustaz nak tanya hal-hal macam tu, Aki rasa Ustaz lebih banyak mengetahui" dia enggan menceritakan kepada saya bagaimana dia boleh menangkap pemuda yang menceroboh itu.

"Saya ni mencari-cari saya tak mengetahui" balas saya perlahan. Kadang-kadang saya malu bila orang tua-tua seperti Aki Kidam ini menganggap saya lebih mengetahui darinya, padahal orang-orang kampung semua tahu mengenai kebolehan dia selama ini.

Memang saya sudah mengenali Aki Kidam sejak dia berpindah ke situ. Ketika tingal di Chenor, Pahang katanya dia bertukang kayu. Tetapi selepas uzur dan tidak berupaya lagi membuat kerja-kerja berat, Aki Kidam berpindah ke kampung yang didiami sekarang. Dia berpindah ke situ kerana mengikut anak saudara isterinya, dan dia sudah pun membeli sekeping tanah sawah di situ.

Jadi, dia menceritakan kisahnya di Chenor itu pun, kerana saya mendesak sangat mahu mendengar kisah dia berjaya menghindar bencana tersebut. Anak Derih Gagap yang berkawan dengan saya di Kuala Lumpur itu memberitahu saya mengenai peristiwa tersebut. Dan dialah memberitahu mengenai Aki Kidam yang didengarnya khabar sudah berpindah ke kampung yang kami tujui itu.

Dengan adanya Tumin anak Derih Gagap tidaklah dapat Aki Kidam menyembunyikan kisah dia di Chenor dulu. "Inilah Tumin, Aki. Tumin ini anak Derih Gagap yang Aki tolong tu" jelas Tumin mengingatkan dia.

Disebabkan Tumin ada bersama saya, mahu tidak mahu Aki Kidam mengakui juga yang dia bertanggunggjawab menangkap pemuda yang melakukan perbuatan menceroboh rumah orang itu. Mula-mula Derih Gagap mahu memenggal leher pemuda berkenaan, tetapi dilarang oleh Aki Kidam. Itulah syaratnya kalau mahu pertolongan dari Aki Kidam.

Setelah orang-orang kampung kelam kabut dengan bencana menimpa mereka, Derih Gagap bersama ketua kampung menemui Aki Kidam yang pada masa itu bertukang membuat rumah. Satu hari kakinya telah terpijak paku menyebabkan kakinya membengkak dan tidak dapat dipijakkan. Aki Kidam mengambil minyak kelapa yang direndamkan dengan paku, kemudian dia mendoakan sesuatu. Lepas itu disuruhnya gosok pada bahagian ditusuk paku itu. Sebaik saja disapu minyak tersebut Derih Gagap boleh memijakkan tumitnya semula. Sakit pada bahagian ditusuk paku itu juga berkurangan. Tiga hari kemudian luka tusukan paku tidak menyakitkan lagi.

Sejak itulah Derih Gagap sering menemui Aki Kidam kalau dia sakit atau memerlukan doa orang tua itu.

Ketua kampung bersetuju dengan cadangan Derih Gagap untuk menemui Aki Kidam. Dalam pertemuan itu ketua kampung juga bersetuju dengan syarat yang diberi oleh Aki Kidam supaya tidak memberitahu orang kampung, apakah yang harus dibuatnya. Sementara itu dia menyuruh semua orang memakai tangkal yang diberi oleh Anjang Hak.

Malah apa yang disuruh buat oleh Anjang Hak juga mereka lakukan seperti yang diingatkan oleh ketua kampung. Mereka dikehendaki merentang benang hitam pada tiap-tiap tingkap dan pintu. Kata Anjang Hak sekiranya orang itu menceroboh juga dia akan dapat dilihat, ilmu ghaib tidak akan menjadi lagi. Lebih sebulan mereka melakukan seperti yang disuruh oleh Anjang Hak iaitu merentangkan benang hitam pada pintu dan tingkap, sejak itu lenyaplah cerita lelaki menceroboh itu.

Setahu orang-orang kampung usaha Anjang Hak itulah yang membantu mereka menghindarkan malapetaka itu. Rahsia sebenarnya hanya diketahui oleh ketua kampung dan Derih Gagap. Mereka berdua teguh memegang janji dengan Aki Kidam supaya tidak memberitahu mengenai usaha Aki Kidam itu kepada orang-orang kampung.

Sudah berpuluh tahun berlalu barulah Derih Gagap menceritakan pada anaknya Tumin. Dialah berpesan kepada Tumin supaya menjengok-jengok orang tua itu kalau masih hidup. Puas juga Tumin mencari barulah ditemuinya orang tua itu. Dia pula mengajak saya menemui orang tua tersebut, kerana dia tahu saya sangat gemar menemui orang tua seperti Aki Kidam ini.

Aki Kidam sudah dapat mengagak bahwa kekacauan di kampung tempat dia menumpang itu dilakukan oleh orang yang baru mencuba amalannya. Walaupun setakat itu lelaki berkenaan belum melakukan kejahatan, tetapi ianya amat membimbangkan orang-orang kampung.

Memang Aki Kidam tahu bahwa amalan itu tidak boleh mencabul kehormatan mangsanya. Dia hanya dikehendaki melucutkan pakaian mangsanya dan berbaring di sebelahnya beberapa ketika sehingga mangsanya terjaga dari tidur. Jika itu berjaya dilakukannya barulah amalannya dikira berjaya sepenuhnya.

Bagi Aki Kidam amalan itu bukanlah asing kepadanya. Malah dia juga pernah melakukannya, tetapi tidak mahu diteruskan kerana diketahuinya bertentangan dengan ajaran islam. "Ilmu ini tidak memberi manafaat, kecuali untuk tujuan jahat dan ditunggang oleh setan" katanya menyesali perbuatan pemuda itu.

Kelebihan pada pemuda itu sudah dapat dirasakan oleh Aki Kidam. Di mana saja ada bahagian yang boleh lulus angin, maka di situlah dia boleh masuk. Oleh itu tidak semestinya dia masuk melalui tingkap atau pintu saja. Pemuda itu itu boleh masuk ke dalam rumah melalui celah-celah dinding juga.

"Tetapi tiap-tiap ilmu setan, ada kelemahannya. Kita mesti cari tempat lemahnya" jelas Aki Kidam.

Dia tidak menerangkan di mana kelemahan yang mesti dicari. Tetapi setakat ini memang Derih Gagap tahu bahawa rumah Aki Kidam tidak pernah diganggu oleh lelaki tersebut. Malah semasa orang-orang kampung heboh dengan pencuri, rumah Aki Kidam tidak pernah diganggu. Pernah juga Usup Kecih mengesyaki perbuatan Aki Kidam, sebab itulah rumahnya tidak diganggu.

Aki Kidam hanya mengajak ketua kampung dan Derih Gagap saja berkawal malam. Orang-orang lain hanya disuruh menunggu rumah masing-masing saja setelah mendapat tangkal dari Anjang Hak.

Malam pertama mereka bertiga berkawal, tidak ada tanda lelaki berkenaan masuk menceroboh. Ketua kampung dan Derih Gagap dibawa oleh Aki Kidam berjalan di sekeliling kampung, dan menunggu di jalan masuk ke kampung itu. Setelah jam 12 malam Aki Kidam mendapati tidak ada apa-apa tanda. Dia pun mengajak kedua-dua rakannya itu balik saja.
Tiga malam berkawal masih belum ada tanda-tanda yang diagak oleh Aki Kidam. Dalam masa tiga malam itu juga tidak ada orang yang gempar kerana diceroboh.

"Agaknya dia dah tahu kita berkawal" bisik Derih Gagap. "Boleh jadi juga" Aki Kidam mengangguk. Orang seperti itu memang ada gerak sendiri. Sekiranya dia mendapati nahas di pertengahan jalan, dia tidak akan meneruskan perbuatannya. Dia akan menunggu orang-orang kampung terlalai barulah dia bertindak semula.

"Aki kena usahakan juga, hindarkan dia dari mengganggu" ujar ketua kampung gelisah dengan bencana yang menimpa kampungnya. "Kalau tak dapat kita halang, orang-orang kampung tak senang nak buat itu dan ini" katanya dengan penuh harapan.

Aki Kidam menggigit ibu jarinya macam memikirkan sesuatu, tetapi sebenarnya ada petua dia lakukan demikian. "Kita lorongkan dia ke rumah kau ajelah Derih" Aki Kidam tersengih-sengih.

Mula-mula Derih Gagap gelisah juga dengan permintaan Aki Kidam itu. Mana tahu pemuda itu lebih dari Aki Kidam. Orang jahat mesti ada muslihatnya sendiri untuk melepaskan diri. Tetapi kerana nekadnya untuk mengetahui apakah kesudahan penceroboh itu dia bersetuju dengan apa sahaja cadangan Aki Kidam.

Mereka bertiga menuju ke rumah Derih Gagap. Samapai di kepala simpang Aki Kidam menghentakkan tumitmya tiga kali ke bumi, kemudian barulah mereka terus ke rumah Derih Gagap. Dia menegah Derih Gagap dari membangunkan isterinya, sebaliknya dia menyuruh Derih Gagap duduk di bawah rumah bersetentang dengan tempat isterinya tidur. Manakala ketua kampung duduk di bawah serambi.
Derih Gagap nampak Aki Kidam mengelilingi rumahnya dengan mengguriskan kelengkeng ke tanah, sebanyak tiga kali pusing. Apakah yang dibuatnya mereka berdua tidak tahu. Lepas itu barulah Aki Kidam masuk ke bawah rumah di bahagian dapur. Sebelum itu dia berpesan kepada dua orang rakannya itu jangan buat apa-apa kalau terlihat sesuatu, kecuali apabila dia memberi isyarat supaya keluar dari bawah rumah.

Kira-kira 1 jam mereka bertiga tercangkung di bawah rumah, barulah Derih Gagap terdengar bunyi orang mendehem. Pada mulanya dia menyangka Aki Kidam. Begitu juga ketua kampung, dia menyangka Derih Gagap yang mendehem. Marah juga dia pada Derih Gagap kerana melanggar arahan Aki Kidam supaya jangan berbunyi sedikit pun.

Tetapi jelas bunyi orang mendehem itu jauh di luar kawasan rumah. Kemudian dehemnya lebih kuat kerana sudah dekat dengan kawasan rumah. Lepas itu terdengar pula bunyi pasir diserakkan ke atas bumbung rumah itu sebanyak tiga kali. Tetapi Derih Gagap belum melihat sesiapapun melakukan perbuatan itu. Bagaimanapun dia tetap memegang teguh amaran Aki Kidam supaya jangan berbunyi sedikit pun kalau terdengar atau terlihat sesuatu yang ganjil.

Dia memerhati ke arah bawah rumah serambi, ketua kampung mengangkat tangan sambil meletakkan jari telunjuk ke mulut menyuruh dia mendiamkan diri. Apabila melihat ke bawah rumah di bahagian dapur, Aki Kidam juga menyuruh dia mendiamkan diri. Barulah lega hati Derih Gagap, kerana dia yakin penceroboh itu tidak akan dapat lagi masuk ke rumahnya.

Setelah beberapa minit bunyi pasir dilemparkan ke atas atap itu berhenti, sekali lagi terdengar orang mendehem tiga kali. Kemudian barulah ternampak oleh Derih Gagap, seorang lelaki berjalan mengelilingi rumahnya di dalam kawasan yang diguris oleh Aki Kidam sebelum tadi.

Lelaki itu memakai seluar hitam dan berbaju teluk belanga biru tua, berjalan saja sambil matanya terlangah-langah seperti mencari sesuatu. Dia berlegar-legar saja di sekeliling rumah, teapi tidak terkeluar dari kawasan yang diguris oleh Aki Kidam dengan kelengkengnya.

Selepas itu barulah Aki Kidam merangkak mendapatkan Derih Gagap. Mereka berdua terus pula mendapatkan ketua kampung di bawah rumah serambi.

"Biarlah dulu, tak ke mana larinya" bisik Aki Kidam mengeluarkan rokok dari sakunya. Dia menghisap rokok macam tidak menghiraukan lelaki di halaman rumah berlegar-legar.

"Biar aku ajar dia, Aki" ujar Derih Gagap menyimpan dendam. "Hah, kau dah lupa Derih...!" Aki Kidam mengingatkan. "Betullah kau ni tak sabar kan dek apa" ketua kampung memarahinya, menyebabkan Derih Gagap terdiam. Memang dendamnya masih membara kerana pemuda berkenaan telah tidur berbaring di sebelah isterinya, walaupun dia tidak memperkosa tetapi sudah tentu mencabar dirinya sebagai seorang lelaki.

Kalaulah tidak mengenangkan janjinya dengan Aki Kidam, memang dia tidak dapat bersabar. Tetapi janji itu mesti dipegang teguh kerana masalah yang dihadapi bukanlah dirinya seorang, sebaliknya untuk kepentingan semua penduduk-penduduk kampung. Bila mengenangkan hal-hal seperti ini, Derih Gagap terpaksa menahan perasaan dendamnya yang terbuku di hatinya.

Mereka bersama-sama menghisap rokok daun yang dibawa oleh Aki Kidam dengan tidak memperdulikan lelaki itu berpusing-pusing sekeliling rumah. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku di situ. Derih Gagap bersandar kepada sendi tiang, terlelap juga beberapa ketika sampai ke pagi. Dia tertunggu-tunggu juga apa yang akan dilakukan oleh Aki Kidam seterusnya.

Setelah pagi cerah, barulah mereka bertiga keluar dari bawah rumah. Aki Kidam mengajak mereka berdua sembahyang subuh saja di rumah Derih Gagap, kemudian sembahyang sunat syukur. Sebelum itu Derih Gagap sudah membangunkan isterinya supaya perempuan itu tidak terkejut. Dia membisikkan tentang lelaki yang sedang berlegar-legar di sekeliling rumahnya.

"Memang dia tu laa" bisik Kak Senah pada Derih Gagap apabila terlihat lelaki itu melalui tingkap. "Sudah, kau masak air. Nanti buatkan kopi pekat untuknya. Aki Kidam yang suruh buat macam tu" dia memberitahu isterinya.

Perempuan itu tidak membantah. Dia terus ke dapur untuk memasak air seperti yang disuruh suaminya. Lagi pun ketua kampung akan membuat keputusan mengenai lelaki yang sudah dikira masuk perangkap itu. Tetapi dari raut mukanya, Kak Senah tidak mengenali lelaki berkenaan. Ternyata dia bukanlah berasal dari kampung tersebut.

Setelah selesai sembahyang, Aki Kidam duduk di muka tangga dengan berjuntai kaki. Apabila lelaki itu melintas di depan halaman , Aki Kidam memukul kedua-dua lututnya dengan penumbuk. Lelaki itu tiba-tiba berhenti dan berpusing mengadap Aki Kidam di muka tangga.

"Hai, nak kemana awak ni?" tegur Aki Kidam memerhati lelaki yang berumur kira-kira 25 tahun itu. "Nak cari jalan keluar, sekeliling ni tembok batu. Entah mana pintunya tak jumpa" sahut lelaki itu lemah."Awak ni siapa, datang dari mana?" Aki Kidam bertanya, manakala ketua kampung dan Derih Gagap sudah tercegat di belakangnya. Kak Senah juga berdiri di tingkap keheranan melihat peristiwa tersebut.

"Nama saya Johar dari Kampung Pesagi" ujarnya ketakutan. "Hah, jauh awak ke mari" kata Aki Kidam macam mengejek. Pemuda itu terdiam. Dia terkelip-kelip mata mendongak ke arah Aki Kidam yang masih duduk di muka pintu dengan dua tapak tangannya menekan kepala lutut.

"Tolonglah lepaskan saya, saya minta ampun" dia terketar-ketar meminta perlindungan. "Naiklah dulu..." Aki Kidam menyuruhnya naik.

Dia tidak membantah dan terus naik ke rumah. Kemudian dia menyuruh Kak Senah mengeluarkan kopi O. Mereka berempat pun minumlah bersama-sama. Setelah disoal oleh ketua kampung pemuda bernama Johar itu mengaku telah melakukan perbuatan tersebut. Dia telah menuntut satu ilmu kebatinan yang mengikut pesan gurunya mesti melakukan perbuatan tersebut sampai genap 44 malam.

"Awak berjanji tak ganggu lagi kampung ni!" kata Aki Kidam. Pemuda itu mengangguk. Dia juga melihat ke tengah halaman, tidak ada tembok batu yang dikatakannya itu. Barulah dia menyedari bahawa ilmu setan yang dituntutnya boleh dikalahkan juga.

"Ilmu setan boleh dikalahkan, kerana ianya terbatas" ujar Aki Kidam mengingatkan dia. "Tetapi ilmu Allah tidak dapat dikalahkan oleh sesiapapun, apatah lagi oleh setan. Ilmu Allah meliputi tujuh petala langit tujuh petala bumi dengan tidak ada batasnya" dia menasihatkan pemuda berkenaan.

Selepas itu dia menyuruh pemuda itu balik ke kampungnya dengan tidak membenarkan Derih Gagap membalas dendam. Sejak itu tidak ada lagi gangguan seperti itu di kampung tersebut. Memang menjadi syaratnya orang yang ditawan secara demikian tidak boleh dicederakan, sebaliknya diberi makan dan wang sebanyak dua ringgit sebagai sedekah.

"Insya Allah, dia akan insaf dan kembali kepada jalan Allah" beritahu Aki Kidam menutup ceritanya kepada saya dan Tumin.