Ayah Jo punya kisah yang ingin diketengahkan. Mungkin ada pendengar yang pernah dengar atau lebih tahu tentangnya.
Apa
yang AyahJo ingin bicarakan adalah tentang Pukau atau Santau Rangau.
Kita biasa dengar tentang Orang Minyak, Hantu Raya atau Gondorowo yang
suka mencari mangsa wanita untuk memuaskan nafsu syahwatnya. Namun
seperti Santau Rangau juga kecenderungannya sama malah bukan hanya pada
‘wanita’ malah pada ‘lelaki’ juga. Mereka sebenarnya adalah manusia
biasa yang mempunyai kemampuan untuk menyantau sesiapa sahaja yang
diinginkan.
Apabila
mendatangi kepada yang dipukau, ia akan menyerupai dirinya sendiri
(tuannya) tetapi dengan wajah yang bertompok hitam. Seperti tompokan
harimau bintang atau belang. Hanya dengan bercawat. Seperti yang
dikatakan sebelumnya, kalau wanita dipukau maka yang datang jantinanya
‘Jantan’ dan begitu juga sebaliknya. Perlu diingat semua jenis yang
dipanggil wanita dan lelaki. Tidak kira ‘Status’.
Sedia
maklum, manusia mengamal ilmunya tetapi ‘Makhluk Jin’ yang mendapat
kepuasannya. Pada ilmu ini kepuasan pengamal sekadar dapat membayangi
apa yang dilakukan oleh ‘Makhluk Jin’ jelmaannya. Kerana semangatnya
dibawa bersama atau dipinjam oleh makhluk ini. Oleh kerana itulah
jelmaan makhluk ini hanya menyerupai bentuk dan raup wajah pengamalnya
sendiri, yang membezakannya adalah pada warna tubuh dan tompokan pada
wajahnya. Wallahu'alam bissawab...
Seorang
mangsa telah mendatangi AyahJo. Dari sinilah AyahJo dapat tahu sedikit
sebanyak tentangnya. Maka harap jadikan ini satu pengetahuan dan dapat
berjaga-jaga kerana mereka masih berkeliaran di luar sana. Namun yang
ada membayangi ciri-ciri terkena sepertimana yang disebutkan di atas
maka cepat-cepatlah cari penawarnya.
Sekian,
Terima kasih...
Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club