Memaparkan catatan dengan label Puntianak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puntianak. Papar semua catatan

Selasa, 1 Disember 2015

Cerita Hantu - DISAMPUK PONTIANAK


  Image result for DIGANGGU DI GUNUNG PULAI



Dunia Seram - Kisah ini terjadi dirumah nenekku masa itu aku umur 12 tahun darjah 6. kebetulan cuti sekolah jd sepupu2 pun balik kmpung bersama keluarga mereka masing2.aku masih lagi tnggal dngan nenekku.keluarga ku menetap di KL aku pula tnggl di sabah. ini adalah pengalaman benar ku dan nak jadikan
cerita..

Masa tu makcik aku yg bongsu dirasuk hantu disebuah pohon dibelakang kebun.sebelum kejadian..nenek ada menyuruh maksu ngan makngah p cari sayur di kebun.maksu menyangka makngah telah pergi dulu meningglknnya walhal makngah tengah bersiap dlm bilik.maksu pergi sorang2 masa tu da hampir senja.pulang dirumah maksu diam dn lansung pergi ke biliknya.nenek yg sedar perubahan sikap maksu tu menyuruh makngah bgtau datuk dn pkcik2 ku berjaga.jelas dimata maksu agak merah galak serta raub wajah seakan pucat. .nenek aku ni orangnya pandai mengubat juga dikenali sebagai bidan kampung serta pengamal perubatan tradisional.jd tidak hairan lah jika nenek aku ni banyak pengalamn serta kisah2 'menarik' sepnjang dia ' berkerier' dlm bidng brkenaan. mak su meracau2 tidak keruan sewktu di ubati oleh nenek juga dibantu datuk serta 2 org lg pakcik ku..aku melihat mak su ketawa mengilai2 seperti bukan dirinya nenek dengan tangkas membaca berapa ayat suci seraya berkata, "hai,mahluk terkutuk!keluar lah dikau dari tubuh anak ku jika tidak mahu dibinasakan!"mak su yg sedari tadi ketawa mengilai2 merenung tajam ke arah nenek.maksu meronta2 dengan kuat pakcik2 ku yg masa tu memegang tangan maksu terlepas dan lantas maksu cuba lari nmun sempat ditahan oleh datuk.makngah yg ada sekali menutup pintu bilik utk mengelakkn maksu yg kerasukkan terlepas lari.aku yg menyaksikan dari luar bilik merasa takut mengajak sepupu2 ku yg lain yg turut melihat kesurupan itu utk beredar pergi ke ruang tamu.adalh dlm sejam lbh kmi duduk diruang tamu tu.bermcm benda yg kmi dpt dngar.
seusai merawat mak su yg tersampuk nenek keluar pergi ke ruang tamu.nenek ckp maksu da pulih cuma dia dlm keadaan letih.datuk dn makngah jga.nenek ckp maksu tersampuk masa pergi cari sayur di belakang kebun dia ada jua ambil buah mangga luruh dibawah pokok dimana diatasnya tempat seekor puntianak bertenggek.nenek ckp,puntianak tu suka dengan maksu..tu yg dia ikut maksu balik rumah.aku tanya dengan nenek mcm mna nenek halau puntianak tu..nenek ckp dengan membaca berapa ayat suci Al-Quran serta picit di ibu jari kaki.dan kalau nak senang..ancam dengan menyebut namanya. kami yg musykil Tanya balik.nek,mcm mna pula puntianak ni ada nama?
nenek senyum dn ckp klau dulu dia pernah diberitahu ada kejadian masa dulu dia dengar dari mulut ke mulut dikampungnya masa tu nenek muda lg sebelum berkhwin bersama datuk.iaitu 2 beradik hilang di pulau penunggu.(nantilah sya ceritakan kisah ni.) nenek dapat tahu nama puntianak daripda kisah ini. nenek ckp setiap benda mesti ada namanya..seperti mana puntianak itu jelmaan daripda iblis syaitan.syaitan itu ada nma2nya bgtu juga jelmaannya sbgai puntianak.nenek ckp,masa picit ibu jari kaki maksu suara maksu berubah2 seperti nada haiwan diselang seli ketawa mengilai dn menangis.sungguh mengerikan sesiapa yg mendengar!ini benar sbb dari td kami duduk sblum nenek tiba kami mmg terdengar bunyi menyeramkan.kmi mmg sedia maklum itu mmg dtg dari bilik maksu namun suara maksu jauh berbeza. .meremangkan bulu roma kala itu.nenek lanjut lagi,puntianak tu berkeras enggan keluar dari tubuh maksu..ia berbicara mahu mengunakan tubuh maksu utk mendapatkn darah dan daging kmbing.jika tidk ia akan menggngu lagi.lalu nenek membantah bahawa perbuatan itu syirik tidk sekali akan akan melakukn hajat sedemikian.maka nenek mgunakan ayat2 suci yg ampuh serta menyebut namanya..
"AKU TAHU NAMA MU SIAPA DAN ASAL USUL MU DIMANA..DENGAN NAMA ALLAH MAHA KUASA SERTA IZINAN-NYA TERBAKAR LAH ENGKAU DIDALAM KHALIMAH2 SUCI NI.'CINDAI'..!!"
baru berapa potong ayat suci dibacakan tubuh maksu terketar2 dn menutup telinga.bilang nenek lg sejurus nama tu disebut atap zink rumah seperti ada 'benda' jatuh!dan kedengaran juga cakaran ditepi dinding bilik maksu.nenek lanjutkan bacaan dengan laungan kuat tidak lama pokok dibelakang jendela maksu seakan digocang2..rupanya puntianak tu dah keluar..suara puntianak mengilai terbang semakin menjauh.. keesokkan paginya..maksu pun pulih sepenuhnya.apa yg maksu ingat dia hanya memugut buah mangga yg jatuh dan masa tu banyak sngat buah bagus2.. tiba2 dia tak ingat dah.datuk dn pakcik2 ku pergi tebang pokok mangga lama dibelakang kebun tu.takut akan menjadi tempat tinggl mahluk berkenaan.2 hari kemudian nenek buat kenduri tolak bala...

TQ to Puteri hatiku
Credit:Sumber

Kisah Seram - Jelmaan bigfoot, pontianak usik pendaki




Dunia Seram - SELAIN cabaran bentuk muka bumi yang mencabar, golongan pendaki juga berdepan dengan pelbagai kejadian aneh dan misteri.
TERSEREMPAK bigfoot, pontianak bertenggek di atas batu, mendaki bertemankan 'pelanduk dua serupa', laluan mendaki dihalang tembok dan suara perempuan mengilai pada tengah malam.
Itu antara pengalaman yang pernah dikongsikan rakan-rakan sehobi sewaktu penulis masih aktif dalam aktiviti mendaki dan meneroka hutan beberapa tahun lalu.
Walaupun kedengaran seperti terlalu tipikal dan tidak masuk akal, kebenaran cerita itu tidak boleh ditolak mentah-mentah kerana dialami sendiri oleh rakan-rakan terdekat.
Malah satu daripada kejadian tersebut berlaku semasa aktiviti perkhemahan yang disertai sendiri oleh penulis di Hutan Lipur Berkelah di Maran, Pahang.
Dalam kejadian kira-kira lima tahun lalu itu, rakan sependakian yang sedang tidur di khemah berhampiran air terjun dikejutkan dengan lembaga seperti bigfoot di depan pintu khemahnya.
Kehadiran makhluk berbulu itu disedari beliau selepas terdengar bunyi degusan seperti binatang buas dan ranting kayu dipijak.
"Kami tidur bertiga dalam satu khemah. Dalam samar-samar, saya nampak seperti ada orang mencangkung di hujung kaki (di depan khemah).
"Badannya berbulu hitam dan mukanya memandang tepat ke arah saya. Bila saya toleh ke sebelah untuk kejutkan kawan, ia terus hilang,'' ujar beliau pada keesokan hari sebelum kami meninggalkan tapak perkhemahan.
Pengalaman bertemu dengan makhluk yang hampir sama turut dilalui oleh tiga lagi rakan pendaki semasa perjalanan turun dari puncak Gunung Nuang di Hulu Langat, Selangor, kira-kira 15 tahun lalu.
Dalam kejadian itu, makhluk yang mempunyai ketinggian manusia dewasa itu dikatakan muncul kira-kira 50 meter di depan mereka.
"Ketika itu hujan renyai-renyai, kami berjalan perlahan kerana jalan mendaki licin.
"Tiba-tiba makhluk berbulu hitam melintas di depan kami.
"Tak nampak macam Siamang kerana saiznya tinggi dan berjalan tegap seperti manusia,'' ujar salah seorang daripada mereka.
Walaupun jarang berlaku, pertembungan manusia dengan bigfoot bukan sesuatu yang baharu di negara ini.
Kisah penemuan kesan tapak kaki bersaiz luar biasa pernah beberapa kali dilaporkan di hutan negeri Johor dan Pahang.
Bahkan kewujudan orang mawas itu turut dipercayai oleh masyarakat Orang Asli yang menggelarkannya Ta'woi atau Bojos.
Selain bigfoot, kejadian misteri dan seram di hutan tidak dapat dipisahkan dengan kisah-kisah gangguan makhluk halus yang menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa.
Antara kejadian yang kerap dialami golongan pendaki adalah terdengar suara perempuan menangis, suara manusia berbual, kelibat manusia berjubah dan kerlipan lampu seolah-olah melihat sebuah perkampungan di tengah-tengah hutan.
Bagi yang kurang bernasib baik, makhluk halus kadangkala datang berdampingan dalam jelmaan 'pelanduk dua serupa'.
Kejadian pendaki bertemu rakan sependakian sedangkan individu sebenar berada di suatu tempat lain boleh dikatakan antara yang kerap berlaku.
Dalam kejadian di Gunung Irau, Pahang kira-kira 15 tahun lalu, rakan-rakan penulis pernah berdepan dengan situasi misteri apabila laluan pendakian mereka dihalang tembok batu yang sebenarnya tidak wujud di situ.
Menurut ketua ekspedisi, kejadian paranormal itu adalah bentuk amaran oleh makhluk bunian yang mendiami kawasan berkenaan supaya manusia tidak berjalan pada waktu Maghrib.
"Laluan denai hutan yang diselaputi lumut di situ tiba-tiba disekat oleh tembok yang entah dari mana datangnya.
"Sudah banyak kali saya naik ke Irau tapi tak pernah jumpa tembok di situ.
"Selepas berpatah ke belakang dan solat Maghrib, tembok itu hilang dan laluan ke puncak Irau 'dibuka' semula,'' tambah beliau.
Jelasnya, waktu pertukaran antara siang dan malam adalah masa 'paling aktif' bagi jin dan syaitan. Justeru katanya, pendaki dinasihatkan tidak meneruskan perjalanan pada waktu itu.
"Kalau jin Islam mungkin dia mahu kita berhenti sembahyang dahulu. Kalau kena yang kafir, mungkin kita dirasuknya,'' ujarnya.
Kisah-kisah pendaki dicuit dan ditepuk ketika sedang mendaki merupakan sebahagian daripada kejadian yang biasa berlaku.
Bukan itu sahaja, gangguan makhluk halus juga datang dalam 'gurauan' yang lebih agresif.
Penulis sendiri pernah melihat penderitaan rakan yang meneguk minyak petrol selepas meracau dipercayai akibat gangguan makhluk halus semasa di kampus.
Gangguan selama beberapa hari itu dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa yang membawa turun seketul batu dari Gunung Tahan.
Hakikatnya, kejadian-kejadian yang diceritakan di sini hanya mewakili sebahagian kisah-kisah yang dilalui oleh golongan pendaki dan peneroka hutan di negara itu.
Walaupun kebenarannya sukar untuk dijelaskan dengan bukti, hakikat kewujudan alam ghaib dan 'penghuninya' sudah menjadi kepercayaan masyarakat kita sejak sekian lama.
Kongsi Konten di :

Khamis, 20 Ogos 2015

Cerita Hantu - JELMAAN LANGSUIR

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

 

JELMAAN LANGSUIR DI RUMAH ANAK YATIM CHERAS

Dunia Seram - Rasanya dalam segmen seram serik belum pernah share kisah seram yang berlaku kat rumah anak yatim.. Jadi malam ni cerita terpilih malam ni adalah jelmaan seram seorang wanita berambut panjang & berjubah putih.. Kalau dah macam tu ciri ciri nya memang langsuir sebab cerita asal pun memang mengKlasifikasikan makhluk tu sebagai langsuir. Bukan lagi anggapan ku lah yer...

Alkisahnya di ceritakan oleh seorang bekas guru sambilan di rumah anak yatim yang terletak di Sri Damansara. Katanya sebelum anak murid dia tu di tempatkan kat rumah anak yatim sri damansara ni.. dia pernah menetap kat kompleks anak yatim cheras. Masa dia tinggal kat situ berlaku satu peristiwa seram yang rasanya selagi dia tak hilang ingatan mungkin dia takkan lupa. Gila kau! Sapa boleh lupa pengalaman jumpa hantu. Masuk rumah hantu pun trauma sampai 10 tahun inikan tengok live hantu perform depan mata. Ni bukan hantu ala2 makeup bebudak gothic atau black metal.. Yang tu tak seram sangat la beb!

Cerita bermula pada satu malam ketika budak ni & seorang lagi rakan yang dia panggil akak sedang jemur baju kat ampaian. Tengah dok jemur baju kat ampaian tetiba budak ni nampak seorang perempuan muda yang cantik dan berbaju kurung mundar-mandir di luar pagar, di kawasan belakang rumah mereka. Dia pun bagitau la si kakak tu.. ternyata si akak pun nampak apa yang si adik nampak tapi melarang dia menegur sebab katanya belakang rumah depa tu kawasan semak mustahil la ada orang yang dok jenjalan makan angin kat situ. Risau yang depa nampak tu bukan manusia jer. Gila kau semak.. orang shooting rancangan survivor je sanggup redah semak malam buta.

So, dia pun buat dono je la.. Malas dah nak ambil port pasal perempuan tu. Tapi tetiba perempuan tu menghampiri pagar & terjenguk2 dari luar pagar seolah2 mencari sesuatu dalam kawasan rumah mereka. Bukan tu jer tetiba dia ketawa mengilai ngilai.. Mengundang mood seram. Sebab perlakuan perempuan tu pelik & menyeramkan dia ajak la si kakak ni masuk.. Risau jugak kalau bukan hantu pun maybe orang gila. Risau tetiba dia ambil tindakkan luar dugaan..

Lepas dia ajak akak dia masuk belum sempat depa berdua ni masuk tetiba perempuan cantik berbaju kurung tadi mula berubah wajah.. dari putih jelita dah bertukar pucat. Baju kurung dah jadi jubah putih, panjang, lusuh & buruk. Tambah lagi dok mengilai.. bukan takat meremang boleh tercabut bulu roma jadinya. Bila dah nampak macam tu.. apa lagi depa pun siap2 nak lari tapi tak sempat lari kekdahnya.. tiba2 lembaga perempuan tu terbang kearah dorang parking betul2 atas ampaian depan dorang. Kaku kelu jadinya dua beradik tu. Tiba2.. masing2 padam..

Sedar2 je tengok dorang dah dalam bilik di kelilingi penjaga & kawan kawan yang lain. Menurut cerita penjaga mereka... masa dorang tengah tengok tv tiba2 dengar 2 beradik ni menjerit sambil berlari masuk ke bilik baring & terus tutup muka sambil dok cakap pasal hantu perempuan yang dorang nampak...

Ingatkan rumah anak yatim takde la hantu langsuir bagai nak menyakat.. Yelah kot2 hantu pun ada perikehantuan kan.. Tapi menurut pencerita ni memang benda2 macam biasa berlaku di rumah anak yatim. Maybe faktor lokasi rumah jugak kot..

Moral of the story... hantu pun setakat menyakat je tak makan harta anak yatim so jangan jadi keji lebih dari hantu dengan memakan harta anak yatim. Jadikan pengajaran kisah banglo tiba2 hilang akibat makan harta anak yatim. Peace yo!

Sumber cerita >> PENGALAMAN MELIHAT LANGSUIR <<

Rabu, 12 Ogos 2015

Kisah Seram - PONTIANAK YANG MENYAMAR

Dunia Seram - Selepas makcik selesai berubat,kini tiba giliran kawanku pula..kawanku itu memulakan bicara bahwa dia sering sakit dan bermimpi pelik dan menakutkan setiap malam.Aku mendengar setiap butiran Wati.Aku melirik ke arah dua kawanku Amy dan Mimi.Aku terperasan yang Amy bagaikan tidak selesa dan matanya meliar.Aku menegur Amy tetapi dia buat tak kisah aje.Hembusan nafasnya juga kencang apabila Wati mengadu kepada Pakcik M sedangkan aku dapat melihat Pakcik M memandang sekilas ke arah Amy.Amy mula gelisah.Pakcik M dan aku melihat keadaan Amy yang seperti serba tak kena.Aku hanya meneka dalam kesamaran...

Pakcik M memandang tepat ke arah Amy dan membuatkan rakan aku Wati terpinga-pinga.Aku mengajak Wati dan Mimi yang duduk bersebelahan dengan Amy berganjak dan pergi ke sofa yang berhampiran.Wati kehairanan...Lantas aku menarik tangan mereka supaya beredar segera dari duduk disebelah Amy.Aku masih lagi memerhatikan pergerakan Amy...Tiba-tiba Pakcik M bersuara dan berkata denganku " Kau pun tahu jugak ke...siapa pontianak dan siapa yang sakit sebenarnya kat sini?"aku tergagap.."tidak..saya cuma meneka kerana perangainya lain sekarang..."Tetapi dalam hatiku aku juga pelik bagaimana aku dapat perasan begitu pantas....

Mata Amy semakin meliar dan mula mengeram halus..mula resah dan secara tiba-tiba menyeringai...aku jadi takut.Amy mengcengkam kepala lututnya dengan kejap..aku pun tak tahu nak buat aper nih.Pakcik M bertanya siapakah namanya dan mengapa dia menganggu cucu adam??

Amy masih lagi dalam keadaan tadi dan hanya memandang sinis.Pakcik M telah bertanya berkali-kali tetapi Amy boleh buat 'dek' aje.Pakcik M pergi ke dapur mengambil sesuatu.Aku melihat Pakcik M mengeluarkan seseuatu yang bergumpal yang disimpan di dalam kotak kecil yang seakan-akan rambut.

Pakcik M bertanya untuk kali yang terakhirnya..siapakah di dalam badan Amy dan mengapa menganggu mereka sambil mengacukan gumpalan rambut dan dibawahnya tersedia lighter untuk membakar gumpalan itu...Mata Amy merah dan teragak-agak dan tunduk.Pakcik M mengertak lagi dan mengatakan padaku bahawa gumpalan rambut yang dipegangnya adalah gumpalan rambut pontianak.Bila Pakcik M bertanya lagi tentang kenapa dia mengacau rakanku watie.Amy masih bernafas keras..Pakcik M mengambil Lighter(pemetik api) dan mula hendak membakar rambut yang dipegang tadi...Amy bebunyi takut dan berkata-kata seakan mengilai...nadanya yang tinggi...menakutkan aku,watie dan beberapa tetamu yang ada..

Aku dan tetamu mulai waspada..Amy yang mengeletar cuba bangkit dan melangkah melepasi meja ruang tamu (meja yang selalu diletakkan antara sofa)dan jatuh.Pakcik M menerpa dan mengangkat rambut itu menghalakan pada Amy lalu dibakarnya rambut itu .Amy masih mengilai dan cuba merampas rambut itu tetapi tak berdaya dan menangis.......

Tangisannya amat mendayu dan meremangkan bulu roma.Pakcik M berjaga dan kembali bertanya..Amy berkata dia disuruh oleh seseorang.Pakcik M bertanya lagi siapa?? tetapi Amy menyambung nangisnya...tetapi Pakcik M tidak terpedaya dengan helah pontianak itu.Sambil sekali lagi menyalakan lighter dan merapati rambut itu,Pakcik M sekali lagi bertanya membuatkan Amy atau pontianak yang merasuknya memandang tajam ke arah pergerakan tangan Pakcik M..

Pakcik M bertanya lagi tetapi kali ini memintanya keluar dengan cara baik.Pontianak itu menjegilkan matanya dan berdegil..Pakcik M menyimpan rambut pontianak itu ke dalam bekas khas dan merapatkan tangannya sambil membaca ayat suci yang dibaca di permukaan air yang diberikan oleh isterinya selepas Pakcik M minta.Pontianak itu mengilai sekali lagi apabila ada ayat yang dibaca dengan kuat oleh Pakcik M yang membuatkan pontianak itu meraung kesakitan.Selepas bertarung 15 minit..Amy jatuh dan pengsan.Aku dari tadi memerhatikan tingkahlaku Amy ingin menolong Amy tetapi ditegah.Pakcik M menyuruhku bersabar seketika kerana Pakcik M ingin memastikan keselamatan aku.Pakcik M merenung Amy yang terbaring sambil menghembuskan nafasnya bersama ayat yang disebut olehnya...dan Amy masih disitu pengsan....Pakcik M memberikan isyarat kepadaku untuk mengejutkan Amy..

Aku menarik tangan Amy dan memapahnya.Watie yang dari tadi takut dan matanya terbalalak kerana tak percaya apa yang berlaku di depan matanya mula memberanikan diri menolong aku menarik Amy ketepi.Didalam hati kami masih tertanya siapa yang tidak puas hati dengan group kami?Aku disuruh oleh Pakcik M menyapukan air yang diberi oleh isterinya ke muka Amy.Daan dengan perlahan aku mengikut perintah.Amy mulai sedar dan terpinga-pinga..badannya lemah dan dia mengadu sakit.....aku hanya menyuruh Amy berehat sebentar dan minum air kosong.

kami bertanya kepada Pakcik M,pakcik M menyatakan bahawa benda yang merasuk Amy..pakcik M hanya menyatakan memang sebenarnya Watie yang sakit dan diganggu oleh pontianak itu tetapi apabila mengetahui bahawa Watie dibawa kesini,pontianak itu terus berpindah dan memerhatikan pergerakan kami.Itu sebabnya Watie merasakan biasa sahaja apabila ditanya oleh Pakcik M..

Aku masih inginkan jawapan dari pakcik M,kenapa Amy yang terkena atau dipilih oleh pontyianak itu sebab satahu aku...dari luaran Amy nampak cergas dan sedikit kasar.pakcik m hanya menyatakan bahawa Amy lemah semangat.Pontianak itu juga dikirim dari kampung yang bermaksud Orang dari Kampung Watie telah menyimpan dendam terhadap watie.

Watie maju kedepan dan bersungguh-sungguh bertanya siapakah orang yang sanggup melakukan perkara ini terhadapnya? Setahu Watie dia jarang balik ke rumah Mak ayahnya kerana jauh dan kerana atas tuntutan kerja.Watie hanya menjengukkan mukanya hanya ketika waktu dia dapat apply cuti panjang.Kebanyakn masanya hanya menelefon dan bertanya khabar keluarga.Itu sahaja....pakcik M enggan menyatakan siapakah gerangan orang yang menyihir Watie tetapi hanya memberikan klu bahawa ada sesuatu atau seseoang yang akan berhenti kerja dalam tempoh waktu terdekat.

PAkcik M membekalkan bunga 7 jenis dan dua biji limau purut kepada Watie dan Amy.Tujuannya ialah untuk membersihkan aura disamping menutup liang roma bagi menjauhkan pontianak tapi kembali merasuki atau menganggu mereka...Kami beransur untuk pulang dan jam menunjukkan pukul 12.00 malam...semasa aku melangkah dan melambai tangan ke isterinya Pakcik M berkata padaku seorang supaya menjaga tingkah laku kerana aku bukan keseorangan........Aku berkerut dahi..






ingin bertanya lebih lanjut tetapi rakanku telah memanggil aku segera masuk ke dalam kereta kerana malam semakin larut.......

Isnin, 22 Jun 2015

Kisah Seram - Terjumpa Cik Langsuir Di Masjid Ubudiah


Image result for kisah hantu seram

Dunia Seram - Kisah di berlaku di sekitar tahun 1996-97. Lama dah, tapi masih segar di ingatan, aku bersama rerakan bercadang nak memancing lampam di Sungai Perak. Sebenarnya sgt banyak port utk memancing lampam di sekitar bukit chandan, tapi kami semua bersetuju nak memancing di belakang masjid Ubudiah pasal sana sesuai untuk aktiviti memancing beramai-ramai. Walaupun dengar2 cerita tempat yg nak dituju agak keras. Tapi disebabkan ramai, dan musim lampam tgk rancak, hantu setan tolak tepi dulu... hehehe

Nak di jadikan cerita, dalam ramai2 tu, ada seorang yang last minit kensel, pasal ada hal peribadi. kami pun ramai2 mengutuk budak yg tak jadi pergi tu kononnya dia tu penakut la, anak emak la, memacam la kene kutuk budak yg tak jadi pergi tu.. hehehe... 

Malam tu, dalam jam 9 kami bertolak kesana, semuanya bawak motor pasal kereta mmg tak muat. mana muat 8 orang naik kereta beb... hehehe...

Sampai je ke destinasi, kami semua kene turun melalui lereng bukit yang agak curam sebelum sampai ke tebing sungai yg berdataran. Lokasi sesuai untuk memancing. turun je di tepi tebing, tanpa banyak cerita, semua pasang jorang dah letak umpan. Umpan pulak pakai perut ayam yg dah peram 2-3 hari, dia punya bau... wow, hehehe... tapi apa nak buat, itu makanan peberet lampam. hehehe...kami semua duduk berbaris di tepi tebing sungai, 

Masa terus berlalu, ikan lampam dah banyak naik kedarat. tapi aktiviti memancing diteruskan, ikan tgh main, takkan mau berenti kot.. 

tiba tiba.. jeng jeng jeng.....

plop ..!!! plopp...!!! 

Bunyi air dilempar batu2 kecil. Mula2 kami semua tak endahkan bunyi air tu, sebab ingatkan bunyi air sungai berkocak, tapi lepas diperhatikan betul2, kami dapati bunyi itu terhasil dari batu yang dibaling kedalam sungai...

Pada mulanya, semua orang pakat2 buat tak tahu je dengan kejadian tersebut, tapi makin dibiarkan makin menjadi-jadi... yang herannya, kami semua duduk sebaris dan kami semua duduk dekat dgn tebing sungai, kalau nak diikutkan logik akal, takkan sorang pun yang tak kena baling dgn batu. power betul orang yang baling tu.

dan kami mulanya ingatkan orang yg baling batu itu adalah kawan kami yg tak jadi pergi, tak puas hati kene kutuk punya pasal, saja je datang senyap2 dan nak takutkan kami semua. jadi, semua orang pun bangun dan berjalan kearah lereng bukit untuk melihat samada ada tak orang menyorok kat situ. cari punya cari tak ada. 
Ada la dua-tiga orang yang mulutnya mak babak dia tak ambil insuran dulu dah start maki hamun orang yg baling batu tu. hehehe... Hati memasing mula rasa tak sedap. kita orang pun patah balik ke tepi tebing dan duduk.Baru je letak punggung kat atas tanah, 

Bedebab..!!!! 

seketul batu sungai bersaiz lebih kurang bateri kereta jatuh betul2 dekat tempat kami berkumpul, besar bateri kereta beb, kalau kena kepala tak tau la.. terus semua bangun dah tengok ke tepi lereng, masa itulah kami nampak bebola api, sedang berpusing ligat betul2 di tepi tebing. aku pulak time tu dah tgk kira kanan, kalau sorang start lari.. aku pun lari jugak.. takkan nak tunggu kot.. tapi nak lari kemana, sungai? mana nak lari... tu yg terpacak je semua tu.. hahaha....

Nasib baik ada sorang yang agak brave, dia azan... elok jer dia melaungkan azan, bebola api tu terus berputar ligat dan..terus terbang melangkaui kepala kami semua menuju ke seberang sungai.... masa dia terbang atas kepala tu, semua otomatik meniarap atas tanah takut kene sambar, angin mmg kuat time tu dan kami memang nampak dia terbang menyeberang sungai perak menuju ke seberang...

Terus semua bangun packing barang pancing terus balik, yg kelakarnya, masa packing semua berlagak cool, masa nak naik lereng bukit, sekor2 kelam kabut nak naik dulu... hahahaha... dan yg paling tak bestnya, bila dah sampai ke motor, baru perasan yg ikan lampam tertinggal... hahaha... sorang pun tak berani nak patah balik amek... 
sumber : carigold

Selasa, 14 April 2015

Kisah Nyata - Penampakan Kuntilanak

    Image result for cerita seram singapura
     

    Dunia Seram - Cerita ini terjadi saat saya masih kecil. Saya tinggal di sebuah kota kecil yang jauh dari kebisingan kota besar. Seperti anak kecil yang tumbuh di kota-kota kecil di Indonesia, cerita-cerita mistis dan menyeramkan tentang hal gaib menjadi bagian dari hidup saya. Jika anak-anak di kota besar mengenal cerita Cinderella atau Putri Salju, saya lebih sering mendengar cerita tentang kuntilanak, genderuwo dan sebagainya. Mungkin Anda yang tidak terbiasa dengan cerita mistis meragukan cerita ini, tetapi inilah yang saya alami.
    Saat masih kecil, saya diwajibkan mengaji oleh kedua orang tua. Saya dan teman-teman sebaya (waktu itu usia saya 7 tahun) setiap sore selalu belajar mengaji di sebuah mesjid yang jaraknya 10 menit jika berjalan kaki dari rumah. Pelajaran mengaji dimulai pukul 3 sore dan berakhir jam 5 sore.
    Seperti anak-anak pada umumnya, saya sering tidak langsung pulang setelah selesai mengaji. Saya dan teman-teman sering bermain petak umpet sebelum pulang. Padahal saya tahu, ibu akan marah jika saya pulang ketika adzan Maghrib berkumandang. Peraturan ibu salah satunya adalah saya harus pulang sebelum Maghrib. Namanya juga anak-anak, saya sering melanggar peraturan itu untuk bermain bersama teman-teman. Sampai sebuah kejadian membuat saya kapok.
    Saat saya kecil, beredar cerita tentang kuntilanak yang mendiami sebuah pohon jambu. Karena saya tidak percaya, saya dan teman-teman cuek saja bermain petak umpet di sekitar pohon jambu yang dimaksud. Entah mengapa sore itu terasa berbeda dari hari biasanya. Udara terasa lebih dingin padahal tidak hujan.
    Saat giliran saya bersembunyi, saya memilih bersembunyi di balik pohon jambu. Saya menunggu hingga teman saya menemukan saya. Suasana sudah pasti sunyi, hanya sesekali saya mendengar langkah teman saya yang mencari-cari kami yang bersembunyi.
    Sayup-sayup, saya mendengar suara tangisan. Pelan.. pelan.. dan lama-lama menjadi makin jelas. Bulu kuduk saya merinding. Saya menyadari sumber suara berasal dari atas pohon. Sempat terpikirkan bahwa mungkin itu teman saya yang iseng. Tapi teman-teman perempuan saya tidak ada yang bisa memanjat pohon. Dengan sisa keberanian, saya melihat ke arah atas pohon jambu.
    Jantung saya seperti berhenti berdetak melihat makhluk aneh di atas sana. Makhluk itu seperti perempuan berambut panjang. Saya tidak melihat wajahnya, tetapi dia sedang mengusap-ngusap rambutnya yang sangat panjang. Mirip dengan hantu perempuan yang saya lihat di layar kaca. Suara yang awalnya menangis berganti menjadi suara tawa. Suasana menjelang senja membuat peristiwa itu puluhan kali lebih menakutkan.
    Otomatis saya menutup mata lalu berteriak ke arah teman-teman. Saya langsung menangis sejadi-jadinya. Untungnya seorang penjaga keamanan kampung lewat dan mengantar saya pulang. Sesampainya di rumah, saya menceritakan semuanya pada ibu dan ayah. Menurut mereka, itulah kuntilanak yang sering saya dengar ceritanya. Dia sudah lama menghuni pohon jambu tersebut.
    Mulai saat itu, saya dan teman-teman tidak berani lagi bermain di sekitar pohon jambu, bahkan untuk lewat saya masih trauma dan tidak berani melihat pohon itu. Kalaupun terpaksa lewat, saya akan membaca Ayat Kursi.
    Untungnya saya tidak pernah lagi melihat penampakan kuntilanak itu dan saya tidak mau hal itu terulang lagi, cukup sekali saja.

Khamis, 12 Mac 2015

Cerita Hantu - Disampuk "Kakak Cantik"

 Image result for cerita hantu singapura
Assalammualaikum Dzar,
Dunia Seram -Nama saya Kak Sri Surib. Kisah ini berlaku semasa saya berumur 17
tahun, 45 tahun yang lalu. Ia berlaku di kampung saya di Lorong
Maidin, dekat dengan MRT Kembangan. Ceritanya begini. Waktu itu, saya
bakal bersanding dengan suami. Pada malam Jumaat, saya menjalani
upacara berinai dan ia dipanggil "berinai curi" oleh orang-orang
dahulu.
Sebelum masuk waktu Maghrib, saya dipanggil oleh kakak saya. Kakak
saya sewaktu itu baru sebulan melahirkan anaknya yang keempat. Saya
dipanggil kakak untuk masuk ke dalam biliknya. Sewaktu saya baru
sahaja ingin memasuki ke dalam bilik, saya ditahan oleh kakak ipar
agar tidak masuk ke dalam bilik kakak. Kakak ipar seorang tukang ubat
dan dia tahu yang ada yang tidak kena dengan kakak saya. Sebelum saya
masuk ke dalam bilik kakak, kakak ipar berikan saya sesuatu.
Kakak ipar: "Kau ambil ini. Bawa masuk ke dalam biliknya. Kau suruh
dia minum. Aku tahu ada benda yang tak kena dengan kakak kau tu..."
Apa kakak ipar saya berikan kepada saya adalah secawan air putih yang
berisi paku yang telah diasah & dijampi. Nak tak hendak, saya terpaksa
masuk bilik kakak saya sambil menyembunyikan cawan tadi di belakang
saya. Tiba di bilik kakak, saya pun tanya, "Nak apa?"
Kakak: "Kau ada duit? Boleh pinjam? Aku sakit. Aku nak pergi klinik besok."
Saya pun tunjukkan cawan yang berisi air putih & paku yang diasah &
dijampi tadi kepadanya. Apa yang berlaku sangat mengejutkan saya. Ini
benar-benar terjadi di depan mata saya & saya tak bohong. Kakak yang
tadi terbaring terus menangis dan menjerit, "Tak mahu!! Tak mahu!!!"
Dia terus mengilai. Barulah saya tahu yang dia disampuk Cik Pon. Bila
kakak menjerit, ketawa dan menangis, saudara yang ada di rumah ketika
itu semua masuk ke dalam biliknya.
Kakak diubat oleh bapa saya sendiri. Bunyi kepak itik yang sangat kuat
boleh didengar di atap zing rumah kampung kami. 'Itik' itu
mengebas-ngebaskan kepaknya, mengilai lalu terbang dan hilang.
Mujurlah tidak ada apa-apa yang serius terjadi. Saya disuruh masuk ke
dalam bilik saya dan kata orang, pengantin baru ni darahnya manis dan
mungkin sebab itulah 'dia' datang untuk mendampingi saya.

Sabtu, 7 Mac 2015

Cerita Hantu - Kejadian Padil di ganggu pontianak


Dunia Seram - Kisah ini berlaku sekitar tahun 2004. zaman ini. zaman aku amik STPM
aku boleh di katakan super senior di sekolah ini. dari form 1 hngga form5 dan kemudian hingga form6 aku lepak di asrama
aku berasal dari Pekan SLim River. tak jauh dari Ipoh..
di asrama. aku ,menjawat jawatan sebagai Penolong Ketua Umum,jawatan num dua dalam organisasi asrama.

sememangnya. sekolah aku ini. boleh di kategorikan. sekolah yang lama.
sekolah melayu pertama di Ipoh.

hari minggu adalah hari paling bahagia bagi budak2 asrama. tnayalah mana2 budak asrama
OUTING! BOLEH BALIK KAMPUNG! MAKAN SEDAP LAUK NASI MINYAK! bla bla bla
dan sebagai kebanyyakan budak asrama.
aku keluar pada hari Sabtu tersebut. seperti remaja lain.pergi ke cyber cafe.
zaman itu zaman Ledakan MYSPACE!
gila myspace. siapa yang tak gila myspace ketika itu!


aku balik agak lewat.
jam 8 baru aku pulang. dan aku terlepas lauk nasi minyak!
arghh. takpela. aku dah beli maggi dan dah melantak nasi goreng tadi.
sampai sahaja di dorm ....

" Meor. mana yang lain?" tanya aku

"ramai balik beb. ngada la dorg. rindu mak bapak" perli mior.

"bior la mior..org ada mak bapak" celah Azuan. ntah datang dari mana suara itu. agaknya dari celah2 katil
(Azuan memang gemar lepak celah2 katil. nak caj hp. kalau warden datang.senang nak caver katenye)

aku tersenyum memerhatikan gelagat kawan2 aku.

jam hampir 12malam.
tv tiada cerita yang menarik. jumlah penonton malam itu memang kurang..
berbanding minggu lepas. ramai budak2.
dorg memg pakat balik...

dorm aku menempatkan semua pelajr senior
ya dorm aku semua form 5 dan form 6.
nak elakkan gejala buli kata warden

hampir jam 2am. aku melepak di kaki lima.
menghisap rokok. rasa bebas. budak2 junior takde
nanti mati aku di repotnya pada CIkgu Amir

aku lapar
ini lah maslah duduk di asrama.cepat lapar
aku mula menyelongkar loker aku
aku capai Meggi Ruski perasa tomyam

kitorg panggil Meggi Neraka
sebab pedas die melampau!!!!!
tak percaya.pegi la cari

turun kebawah. pegi ke watercoller. isi,rendam dan makan
jam 240 aku bercadg untuk masuk tidur..
sedang aku hendak menyusun bantal..
perut aku terasa sakit

"argh.. ni yang malas makan ruski ni" bebel aku seorg diri.

kedengaran Mior ketawa dari bawah.
tak tidur lagi rupanya

aku jenguk kebawh; kelihatan mior sedang bergayut dengan awek

"teman aku wei!"

"ahhh! maalas. aku tgh on call ni. busuk la padil teman ko berak"

aku malas nak menyambung percakapan.
perut dah tak tahan..

aku segera mengambil baldi dan menuju ke tandas....

sejuk.
tandas malam itu sunyi.
tiada budak2 overtime basuh baju senior...
dan aku sedikit cuak semasa melangkah masuk....

kebetulan. tandas faveret aku terletak di hujung.
sebab apa faveret? air laju. getah panjang dan agak bersih kurang lumut2
mungkin org jarang pergi. semua pergi tandas belah2 depan

cangkung
lepaskan apa yang patot.
kelihatan dari atas para tandas. ada senaskah majalah.
Majalah Gempak la ni!
getus aku dalam hati!

aku pastikan tiada yang nak keluar.( hahaha)
dan dengan kadar yang cepat aku cuba mencapai majalah tersebut

aku meletakkan tangan untuk menggapai!!


TIBA TIBA!!!
AKU MERASAKAN TANGAN AKU DI PEGANG DARI ARAH TANDAS SEBELAH!!!

SEMACAM ADA YANG MAHU MENGAPAI MAJALAH YANG SAMA.!!!!

SEMEMNAGNYA AKU NAMPAK TANDAS SEBELAH TERBUKAK
TIADA ORG

DAN AKU MULAI MERASA KAGET..

"AHH SUDAH...SIAPA LAK NI"

HAAAAAAAA ni mesti mior nak wat dajal kat aku!

"wei mior!! aku baling taik ni ke sebelah kang....!" jerit aku.
dengan harapan mior lari.
sebab aku memg di kenali sebagai gila2 dan aku penah buat benda yang aku cakap td!

senyap.sunyi
dan tiba tiba telinga ini menangkap bunyi

"HEEEEEEEEEEEE.HEEEEEEEEEE.HEEEE.HEEEEEEEEEEEEEEEE "

terdengar bunyi hilaian dari sebelah!
yang sememangnya suara perempuan!!
dan aku mula kecut!!!

dan tiba kedengaran bunyi org berdehem

secara kasar dan garau.

"errrrrrrrrrrrrrrm! hmmmmmmmmmmmmmmmmm!'

dan tidak semena mena.aku merasakan kotak tandas itu gelap!

semacam ada yang menghalang cahaya lampu!!!!!

dan sememangnya..

ada sesuatu di atas!!

dengan perlahan2.aku mendongakkan kepala ke atas dan!!!!!!!!

KELIHATAN SATU LEMBAGA BERAMBUT PANJANG! DAN MUKA SEPERTI TERBAKAR DAN BERDARAH!
MATANYA LOHONG DAN BERTARING GIGINY!!!
MELIHAT AKU DAN MENGILAI!!!!!!!!!!!!
HEEEEEEEEEEEEEEEEEEE.HEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!

SEAKAN MAHU MENERPA AKU!!!
AKU PITAM!!!


jam 6pagi. mior mengetuk pintu tandas
baru aku tersedar. dan aku tak tau apa yang terjadi pada aku!

aku cepat2 menyahutt!

"haa. ada ada.. sori beb. aku tertido la "

kedengaran mior ketawa.

sesudah selesai.aku keluar dan menuju ke dorm

dan sememangnya. aku rasa mahu demam!!!!

apa yang datang malam tadi????????!!!!! 
Sumber

Ahad, 11 Januari 2015

Kisah Seram - Buaian



Dunia Seram - Cik Ponti kesejukan dibuaian...
Dihadapan apartment di tanah rata ada taman permainan..disitu ada sepasang buaian yang betul2 berhadapan dengan bilik tidur ilah...
ilah suka membuka tingkap pada waktu mlm bila menginap disini kerana suka dengan udaranya nyaman gitew...angin sepoi2 bahasa ..gitew....
sambil menikmati keindahan malam tu ...sambil membaca novel....pada malam tu selalu nya bunyi bising sedikit,..ttapi pada mlm tu baru ilah perasan..bunyik unggas hutan tidak kedengaran...masa ni ilah ditingkat satu
tapi masa ni...ilah tak pikir apa2..sebab abah ngan mak ada diluar bilik menonton tv...isiap leh nampak dorang diruang tamu sebab ilah tak tutup pintu pada masa nie....jadi rasa selamat sedikit...masa nie langsung takder fikir bukan2..sebab ralit mambaca novel...
masa tengah ralit membaca tu tetiba ilah dengar bunyi berkeriut...begini bunyinya....kruittttttttt..kruittttttttttttttt...kruittttttttttttttt...kruittttttttttttttttt..dan diselangi..........sejukkkkkkkkkkkkkkkknyaaaaaaaaaaaaa.....sayup2...sayup....
eh! bunyi apa tu...cepat2 ilah bangun dr katil menuju ke tingkap...dan pandangan mata ilah dapat menangkap salah satu buaian ditaman permainan tersebut terhayun perlahan.-lahan dan bunyi keriut tersebut datang drpd buaian tersebut..dan tak syoknya ...bila ilah tengok lelama ilah lihat ada kelibat wanita berambut panjang membelakangi sedang dok main buaian tersebut sambil memeluk tubuh....dengan mengeluh...sejukkkkkkkkkkkkkkkk...sejukkkkkkkkkkkkk........dan diselangi
ngan kriutttttttttttt...kriutttttttttttt...

dan tak beshnya lagi bila tetiba wanita tersebut mulai ketawa.halus....macam nie bunyinya...hmm hi..hi.....hi...hi..sambil slow2 kepalanya berpusing ke belakang..erk! cik ponti...terus terkesima ilah..tetiba ada tangan menarik ilah dari tingkap....rupanya abah.....terus abah menyapu muka ilah sambil; membaca sesuatu.....kemudian abah terus laungkan azan dengan lantang...terus cik ponti tersebut terbang melayang sambil menjerit kesakitan melayang menuju hutan berdekatan........
malam tu abah tidur dibilik ilah dan ilah pula tidur bersama mak...

Jumaat, 12 Disember 2014

Kisah Seram - Pengalaman Di Sungai Api-Api...




Dunia Seram - Saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Lidya, lebih dikenali sebagai Yaya. Kisah yang ingin saya kongsi ini berlaku kira-kira lapan tahun lalu, semasa saya hamil anak pertama saya. Ianya berlaku di salah sebuah tempat berdekatan dengan Taman Pasir Ris atau lebih dikenali sebagai Sungai Api-Api.
Saya masih ingat lagi pada waktu itu hari Khamis, suami saya mengajak saya temankannya pergi memancing di sana. Walau sudah berkali-kali ibu dan ibu mentua memarahi kami dan melarang kami pergi memancing kerana saya sedang hamil anak pertama, maklumlah orang lama-lama ada banyak pantang-larangnya. Tetapi suami tak peduli juga kerana sudah berkali-kali kami pergi ke sana memancing.


Kami sampai di sana sekitar enam lebih petang. Suami pun siapkan barang-barang pancingnya dan saya menbentang tikar untuk duduk dan rehat. Suami saya ni gelojoh sedikit, memandangkan hanya dia saja yang pancing di situ, tapi dia menggunakan dua jorang satu di hadapan dan satu lagi di belakang kami. Di sana hanya ada saya, suami dan seorang lagi pakcik yang juga sedang memancing.

Waktu pun sudah malam, tiba-tiba saya terasa ingin membuang air kecil. Jadi saya beritahu suami agar dia temankan saya ke tandas. Tapi suami berkata, "Eh kalau kita dua-dua pergi siapa nak jaga barang-barang ni??? Takkan nak suruh pakcik ni, kita tak kenal dia, seganlah..." Saya balas, "Habis takkan nak pergi seorang diri, takutlah, sunyi je hari ni." Suami mencelah, "Habis takkan nak tahan...???" Saya tak mahu bertekak lalu berkata, "Oklah saya pergi sendiri, tawakal sajalah..."

Jadi oleh kerana tak tahan sangat saya pun pergi sendiri. Tandasnya taklah jauh sangat, tapi sunyi. Bila tiba di tandas yang sunyi itu, saya pun tak fikir apa-apa, dan terus masuk ke dalam. Terkejut saya tiba-tiba ada suara seorang makcik bertanya, "Beraninya kau seorang diri pergi tandas malam-malam macam ni, tengah mengandung pula tu." Saya menjawab, "Maaf ye cik saya ni tengah tak tahan..."

Saya terus masuk dan melepaskan hajat. Tiba-tiba tergerak hati hendak lihat jam tangan saya. Baru saya perasan malam itu merupakan malam Jumaat. Sewaktu saya ke tandas itu, jam di tangan menunjukkan sebelas lebih malam. Saya pun terfikir ada ke makcik bersihkan tandas hari biasa waktu macam ni? Saya pun keluarlah cepat-cepat. Kepala otak dah fikir macam-macam. Apabila saya hendak keluar dari tandas itu mula-mula tak perasan makcik lagi, alih-alih suara makcik tu lagi berbual dengan saya sesuatu. Dia berada di hadapan tandas lelaki sedang menyangkung.

Saya pun bertanya dengan dia lagi "Maaf cik, apa tadi makcik cakap???" Dia berkata, "Jalan baik-baik... " Saya hanya mampu membalas, "Yelah baik, terima kasih..." Bulu roma saya semua ternaik, dengan perut yang terboyak, saya lari macam dikejar dengan anjing gila. Suami ternampak lalu tanya dengan saya, "Kenapa dengan ayang ni?" Saya hanya diamkan diri. Mungkin rezeki atau satu kebetulan hari itu suami dapat banyak juga ikan dan pakcik yang ada bersama kami sudah pulang.

Suami pun menyuruh saya tolong kemas barang dan balik. Semua ikan-ikan yang ditangkap pada hari tersebut dibuang balik ke dalam air semula. Dan terus kami beredar dari sana.Sebenarnya sampai sekarang saya masih terpinga-pinga siapakah makcik tersebut, adakah dia itu manusia biasa atau pun kakak cantik.

 
 

Rabu, 3 Disember 2014

Kisah Seram - Tuihhhhh dari atas pokok

.


Dunia Seram - Cerita ini dieceritakan Moksu (Mak Usu) penulis, sewaktu dikampung. Begini.....

Suatu masa keluarga Moksu baru bertolak balik ke Segamat daripada Kuantan (atau Perak). Pemanduan tenang tenang awalnya. Waktu malam. Kalau waktu siang yang seram ialah JPJ.
Bebek (nama betul Azhar), adik sepupu penulis, becok mulutnya sepanjang perjalanan. Adik beradik yang lain dengar diam saja. Poksu (Pak Usu) menumpukan mengawal stering kereta Accord lama beliau.
Kalau penulis tak salah ingatan, waktu mereka melalui Jalan Pagoh, barulah terjadi sesuatu.
Pemanduan waktu malam memang selesa dengan sejuknya. Asal saja lampu kereta semua hidup terang. Yang lain minyak, angin tayar, minyak hitam biasalah.
Basah tiba tiba cermin kereta. Bukan setakat cermin depan, cermin sebelah tempat pemandu, penumpang sebelah, malah cermin belakang kereta, termasuk cermin kiri kanan penumpang belakang. Basah tiba tiba.
Jalan dilalui tiba tiba berkabus putih tebal. Senyap semua seisi kereta.
Moksu membaca ayat Kursi.
Alhamdulillah, mereka selamat sampai ke rumah di Segamat.
Malam itu Moksu bermimpi, diatas sebatang pokok, makhluk besar berbulu bermata satu. Meludah ke atas kereta Accord mereka.
Dengan angkuh memberi amaran- 'Kenapa kau lalu sini? Lain kali jangan lalu lagi!!'.
Sejak itu, Poksu sentiasa mahu melalui ulang Jalan Pagoh tetapi ditegah Moksu. Bukan takut syaitan, tetapi tak mahu jadi bukan bukan.

Khamis, 27 November 2014

Kisah Seram - KEPALA GHAIB DI BALIK LANGSIR

TOK AWANG NGAH

 
Dunia Seram - Kebimbangan dan ketakutan penduduk-penduduk di kampung di Chenor sudah diberitahu kepada ketua kampung mengenai ada lembaga menceroboh masuk ke dalam rumah, tetapi boleh menghilangkan diri apabila mangsanya terjaga dari tidur. Bagaimanapun ketua kampung enggan melaporkan kepada polis kerana perkara itu belum sahih.

Setengahnya mengatakan orang minyak, tetapi mangsa yang pernah diceroboh tidak pula mengatakan orang minyak. Katanya, lelaki biasa berdiri dekat tempat tidurnya, kemudian hilang di sebalik langsir tingkap, sedangkan tingkap masih berkunci rapat dari dalam.

Ketua kampung menyuuh beberapa orang pemuda kampung berkawal malam bagi memerangkap penceroboh berkenaan, tetapi sudah 10 hari mereka berkawal gangguan penceroboh itu masih juga mengancam. Dia sempat naik ke rumah Derih Gagap makan minum sebelum tidur berbaring di sebelah isteri Derih Gagap. Dia telah menanggalkan pakaian Kak Senah, tetapi tidak melakukan apa-apa.

Apabila tersedar dari tidurnya kira-kira jam 11 malam, Kak Senah mendapati pakaiannya sudah dilucutkan, manakala lelaki itu terbaring di sebelahnya terlentang.Disebabkan cahaya lampu pelita samar-samar Kak Senah tidak cam mukanya, sebaliknya dia hanya menjerit saja sekuat hati. Ketika ini Derih Gagap ikut sama berkawal.

Lelaki itu tidak tergopoh-gopoh lari. Dia hanya berjalan longlai kemudian melompat ke atas tingkap. Dia hilang di sebalik langsir tingkap , walaupun tingkap berkunci dari dalam. Kak Senah memang tidak dapat bangun untuk memukul lelaki berkenaan kerana pakaiannya sudah terlucut. Kelam kabut pula dia menarik cadar tilam untuk membungkus tubuhnya.

Kak Senah mengaku dia tidak dicabul oleh lembaga tersebut. Bukan Kak Senah saja, malah Jenab, Mirah, Ibah, Seli yang pernah diceroboh juga mengaku tidak dinodai oleh lelaki yang melucutkan pakaiannya itu. Dia hanya berbaring saja dan lari menghilangkan diri apabila mangsanya terjaga dari tidur.

Puas juga ketua kampung memikirkan apakah bencana yang menimpa kampungnya. Untuk dilaporkan pada polis pula, perkara sia-sia saja kerana tidak ada bukti. Malah dia pula akan dimarahi oleh penghulu Mukim kerana seolah-olah mengadakan cerita saja dan mahu menyusahkan pihak polis.

"Ini perbuatan orang biasa " kata Aki Kidam apabila diberitahu oleh Derih Gagap mengenai rumahnya yang diceroboh. "Inilah padahnya menuntut ilmu syaitan , buat saja apa yang disuruh syaitan" dia mencemuh.

"Kalau dapat aku hentak kepala dia" Derih Gagap menggertap bibirnya.

Aki Kidam tersenyum mendengar kata-kata Derih Gagap yang terlalu geram kerana rumahnya diceroboh. Mujurlah isterinya tidak ternoda. Bagaimanapun dia merasa malu juga lelaki itu berani tidur di sebelah isterinya . Kalau lelaki itu berani menunjukkan diri,memang dia akan tumbuk mukanya . Siapa kalah siapa menang dia tidak peduli.

Dia menjadi lelaki dayus kalau membiarkan isterinya ditiduri oleh lelaki lain, sekalipun lelaki itu tidak menodainya. Sebab itulah Derih Gagap meminta nasihat Aki Kidam bagaimana mahu menentang penceroboh tersebut.

"Mau melawan orang gunakan ilmu setan, jangan cepat marah" ujar Aki Kidam mengingatkan dia. " Setan memang suka kita marah, sebab dia boleh melemahkan kalau kita cepat marah" Aki Kidam tersengih-sengih melihat Derih Gagap yang terlalu marah dengan peristiwa isterinya diceroboh oleh lelaki tersebut.

Di rumah Jenab juga berlaku sebelum rumah Derih Gagap dinaiki oleh lelaki berkenaan.
Ketika ini suami Jenab, Safar Iguk ada tidur di sebelahnya. Lelaki itu boleh tidur di sebelah Jenab sedangkan Safar Iguk ada tidur di situ. Safar Iguk hanya terkebil-kebil biji mata melihat lelaki itu melucutkan pakaian isterinya, kemudian tidur di sebelahnya.

Hanya apabila Jenab menjerit barulah Safar Iguk boleh bangun, tetapi sudah lambat bertindak. Dia nampak lelaki itu terjun ikut tingkap. Sebaliknya apabila diperiksa tingkap itu ternyata masih berkunci kuat dari dalam.

"Safar Iguk macam kena pukau, sampai dia tak cam orang tu" rungut Derih Gagap masih tidak dapat menahan sabar.

"Memang dia pakai pukau" sahut Aki Kidam perlahan. "Dia nak mencubakan ilmunya, itu aje" katanya menambah.

"Anjang Hak adalah bagi tangkal" beritahu Derih Gagap menunjukkan kain kuning selebar dua jari kepada Aki Kidam. Aki Kidam hanya mengerling saja kain kuning yang dikatakan tangkal itu. Dia tidak pun mencapai untuk membeleknya.

"Emmm, simpanlah tangkal tu" Aki Kidam menyuruh Derih Gagap menyimpan tangkal yang diberi Anjang Hak itu baik-baik.

Orang-orang kampung semua diberi oleh Anjang Hak tangkal yang bertulis ayat dari Surah Al-Qalam, disuruh pakai waktu tidur. Setelah diberi tangkal oleh Anjang Hak pun, masih juga ada gangguan. Malah rumah-rumah yang pernah dicerobohnya juga dinaiki lagi. Bagaimanapun dia tidaklah mengganggu tangkal yang diikat pada lengan.

"Nampaknya dah melampau ni" keluh Usup Kecih ketika minum di kedai kopi Sidin Bular. "Dah tak dapat ditahan-tahan lagi. Lat-lat dua tiga malam dia menceroboh juga, walaupun kita berkawal" katanya menggertap bibir.

"Hai kita berkawal malam, rumah kita pula dicerobohnya" ujar Derih Gagap menggertap bibir.

"Tak boleh jadi macam ni" sampuk Sidin Bular tercongok tidak jauh dari Derih Gagap. Semua orang kampung bercerita mengenai gangguan ini di mana-mana saja. Perempuan-perempuanlah yang berada dalam ketakutan. Mereka mahu membasuh ke sungai atau ke telaga juga menjadi takut.

Di samping itu cerita mengenai lelaki menceroboh itu berlaku juga di lain-lain kampung seperti Kampung Awah, di Kampung Belawan dan lain-lain. Malah ada orang datang dari Pelangai juga menceritakan juga lelaki seperti itu mengganggu juga di Pelangai dan di Mancis.
Sejauh mana dakwaan itu benar tidak pula diketahui kerana tidak siapa pun yang membuat aduan kepada polis.

"Kita repot aje pada polis" Usup Kecih mencadangkan. "Ketua kampung kata jangan..." cepat saja Derih Gagap menegah. "Kita tak boleh biarkan" gerutu Usup Kecih tidak puas hati dengan ketua kampung tidak mahu membuat aduan kepada polis.

"Saya setuju dengan ketua kampung" sahut Sidin Bular pula. "kalau perkara ini dah lepas ke tangan polis, habis budak-budak tak bersalah pun kena tangkap, kena soal. Orang yang bersalah tetap terlepas juga. Lebih baik kita bersabar untuk menangkapnya" dia terangguk-angguk macam mempertahankan pendirian ketua kampung.

"Sampai habis orang kampung kena perkosa?" Usup Kecih mencemuh. "Takat ni, belum ada yang kena" kata Sidin Bular macam memujuk supaya Usup Kecih bersabar.

Ketakutan seperti ini pernah juga berlaku di kampung Hulu Cenderak di Jelebu dalam Negeri Sembilan. Pernah juga berlaku di Segamat, Johor. Orang-orang di Cangkat Jong di Teluk Intan pun pernah juga gempar dengan cerita-cerita seperti ini. Tetapi semuanya disenyapkan saja oleh penduduk-penduduk kampung hingga akhirnya gangguan itu lenyap begitu saja.

Memang benarlah kata Aki Kidam, mereka yang melakukan perbuatan itu untuk menguji ilmu yang dituntutnya. Apabila amalan itu sudah sempurna mereka pun tidaklah lagi melakukannya. Inilah sebahagian dari ilmu-ilmu yang di dampingi oleh syaitan yang masih menjadi kegemaran orang-orang yang mengejar ilmu kebatinan dengan tidak berpandukan kepada ajaran islam. Demikian kata Aki Kidam semasa berbual-bual dengan saya di pondok buruknya.

Aki Kidam memberitahu saya peristiwa yang berlaku ketika dia tinggal di Chenor dulu memang diketahui siapa yang melakukannya. Tetapi orang-orang kampung tidak tahu siapa yang melakukan kerana orang berkenaan bukan dari kampung tersebut. Setelah dapat ditangkap oleh Aki Kidam, dia melepaskan semula pemuda berkenaan.
Sejak itu tidaklah berlaku lagi gangguan menceroboh rumah orang di situ.

"Buat apa Ustaz nak tanya hal-hal macam tu, Aki rasa Ustaz lebih banyak mengetahui" dia enggan menceritakan kepada saya bagaimana dia boleh menangkap pemuda yang menceroboh itu.

"Saya ni mencari-cari saya tak mengetahui" balas saya perlahan. Kadang-kadang saya malu bila orang tua-tua seperti Aki Kidam ini menganggap saya lebih mengetahui darinya, padahal orang-orang kampung semua tahu mengenai kebolehan dia selama ini.

Memang saya sudah mengenali Aki Kidam sejak dia berpindah ke situ. Ketika tingal di Chenor, Pahang katanya dia bertukang kayu. Tetapi selepas uzur dan tidak berupaya lagi membuat kerja-kerja berat, Aki Kidam berpindah ke kampung yang didiami sekarang. Dia berpindah ke situ kerana mengikut anak saudara isterinya, dan dia sudah pun membeli sekeping tanah sawah di situ.

Jadi, dia menceritakan kisahnya di Chenor itu pun, kerana saya mendesak sangat mahu mendengar kisah dia berjaya menghindar bencana tersebut. Anak Derih Gagap yang berkawan dengan saya di Kuala Lumpur itu memberitahu saya mengenai peristiwa tersebut. Dan dialah memberitahu mengenai Aki Kidam yang didengarnya khabar sudah berpindah ke kampung yang kami tujui itu.

Dengan adanya Tumin anak Derih Gagap tidaklah dapat Aki Kidam menyembunyikan kisah dia di Chenor dulu. "Inilah Tumin, Aki. Tumin ini anak Derih Gagap yang Aki tolong tu" jelas Tumin mengingatkan dia.

Disebabkan Tumin ada bersama saya, mahu tidak mahu Aki Kidam mengakui juga yang dia bertanggunggjawab menangkap pemuda yang melakukan perbuatan menceroboh rumah orang itu. Mula-mula Derih Gagap mahu memenggal leher pemuda berkenaan, tetapi dilarang oleh Aki Kidam. Itulah syaratnya kalau mahu pertolongan dari Aki Kidam.

Setelah orang-orang kampung kelam kabut dengan bencana menimpa mereka, Derih Gagap bersama ketua kampung menemui Aki Kidam yang pada masa itu bertukang membuat rumah. Satu hari kakinya telah terpijak paku menyebabkan kakinya membengkak dan tidak dapat dipijakkan. Aki Kidam mengambil minyak kelapa yang direndamkan dengan paku, kemudian dia mendoakan sesuatu. Lepas itu disuruhnya gosok pada bahagian ditusuk paku itu. Sebaik saja disapu minyak tersebut Derih Gagap boleh memijakkan tumitnya semula. Sakit pada bahagian ditusuk paku itu juga berkurangan. Tiga hari kemudian luka tusukan paku tidak menyakitkan lagi.

Sejak itulah Derih Gagap sering menemui Aki Kidam kalau dia sakit atau memerlukan doa orang tua itu.

Ketua kampung bersetuju dengan cadangan Derih Gagap untuk menemui Aki Kidam. Dalam pertemuan itu ketua kampung juga bersetuju dengan syarat yang diberi oleh Aki Kidam supaya tidak memberitahu orang kampung, apakah yang harus dibuatnya. Sementara itu dia menyuruh semua orang memakai tangkal yang diberi oleh Anjang Hak.

Malah apa yang disuruh buat oleh Anjang Hak juga mereka lakukan seperti yang diingatkan oleh ketua kampung. Mereka dikehendaki merentang benang hitam pada tiap-tiap tingkap dan pintu. Kata Anjang Hak sekiranya orang itu menceroboh juga dia akan dapat dilihat, ilmu ghaib tidak akan menjadi lagi. Lebih sebulan mereka melakukan seperti yang disuruh oleh Anjang Hak iaitu merentangkan benang hitam pada pintu dan tingkap, sejak itu lenyaplah cerita lelaki menceroboh itu.

Setahu orang-orang kampung usaha Anjang Hak itulah yang membantu mereka menghindarkan malapetaka itu. Rahsia sebenarnya hanya diketahui oleh ketua kampung dan Derih Gagap. Mereka berdua teguh memegang janji dengan Aki Kidam supaya tidak memberitahu mengenai usaha Aki Kidam itu kepada orang-orang kampung.

Sudah berpuluh tahun berlalu barulah Derih Gagap menceritakan pada anaknya Tumin. Dialah berpesan kepada Tumin supaya menjengok-jengok orang tua itu kalau masih hidup. Puas juga Tumin mencari barulah ditemuinya orang tua itu. Dia pula mengajak saya menemui orang tua tersebut, kerana dia tahu saya sangat gemar menemui orang tua seperti Aki Kidam ini.

Aki Kidam sudah dapat mengagak bahwa kekacauan di kampung tempat dia menumpang itu dilakukan oleh orang yang baru mencuba amalannya. Walaupun setakat itu lelaki berkenaan belum melakukan kejahatan, tetapi ianya amat membimbangkan orang-orang kampung.

Memang Aki Kidam tahu bahwa amalan itu tidak boleh mencabul kehormatan mangsanya. Dia hanya dikehendaki melucutkan pakaian mangsanya dan berbaring di sebelahnya beberapa ketika sehingga mangsanya terjaga dari tidur. Jika itu berjaya dilakukannya barulah amalannya dikira berjaya sepenuhnya.

Bagi Aki Kidam amalan itu bukanlah asing kepadanya. Malah dia juga pernah melakukannya, tetapi tidak mahu diteruskan kerana diketahuinya bertentangan dengan ajaran islam. "Ilmu ini tidak memberi manafaat, kecuali untuk tujuan jahat dan ditunggang oleh setan" katanya menyesali perbuatan pemuda itu.

Kelebihan pada pemuda itu sudah dapat dirasakan oleh Aki Kidam. Di mana saja ada bahagian yang boleh lulus angin, maka di situlah dia boleh masuk. Oleh itu tidak semestinya dia masuk melalui tingkap atau pintu saja. Pemuda itu itu boleh masuk ke dalam rumah melalui celah-celah dinding juga.

"Tetapi tiap-tiap ilmu setan, ada kelemahannya. Kita mesti cari tempat lemahnya" jelas Aki Kidam.

Dia tidak menerangkan di mana kelemahan yang mesti dicari. Tetapi setakat ini memang Derih Gagap tahu bahawa rumah Aki Kidam tidak pernah diganggu oleh lelaki tersebut. Malah semasa orang-orang kampung heboh dengan pencuri, rumah Aki Kidam tidak pernah diganggu. Pernah juga Usup Kecih mengesyaki perbuatan Aki Kidam, sebab itulah rumahnya tidak diganggu.

Aki Kidam hanya mengajak ketua kampung dan Derih Gagap saja berkawal malam. Orang-orang lain hanya disuruh menunggu rumah masing-masing saja setelah mendapat tangkal dari Anjang Hak.

Malam pertama mereka bertiga berkawal, tidak ada tanda lelaki berkenaan masuk menceroboh. Ketua kampung dan Derih Gagap dibawa oleh Aki Kidam berjalan di sekeliling kampung, dan menunggu di jalan masuk ke kampung itu. Setelah jam 12 malam Aki Kidam mendapati tidak ada apa-apa tanda. Dia pun mengajak kedua-dua rakannya itu balik saja.
Tiga malam berkawal masih belum ada tanda-tanda yang diagak oleh Aki Kidam. Dalam masa tiga malam itu juga tidak ada orang yang gempar kerana diceroboh.

"Agaknya dia dah tahu kita berkawal" bisik Derih Gagap. "Boleh jadi juga" Aki Kidam mengangguk. Orang seperti itu memang ada gerak sendiri. Sekiranya dia mendapati nahas di pertengahan jalan, dia tidak akan meneruskan perbuatannya. Dia akan menunggu orang-orang kampung terlalai barulah dia bertindak semula.

"Aki kena usahakan juga, hindarkan dia dari mengganggu" ujar ketua kampung gelisah dengan bencana yang menimpa kampungnya. "Kalau tak dapat kita halang, orang-orang kampung tak senang nak buat itu dan ini" katanya dengan penuh harapan.

Aki Kidam menggigit ibu jarinya macam memikirkan sesuatu, tetapi sebenarnya ada petua dia lakukan demikian. "Kita lorongkan dia ke rumah kau ajelah Derih" Aki Kidam tersengih-sengih.

Mula-mula Derih Gagap gelisah juga dengan permintaan Aki Kidam itu. Mana tahu pemuda itu lebih dari Aki Kidam. Orang jahat mesti ada muslihatnya sendiri untuk melepaskan diri. Tetapi kerana nekadnya untuk mengetahui apakah kesudahan penceroboh itu dia bersetuju dengan apa sahaja cadangan Aki Kidam.

Mereka bertiga menuju ke rumah Derih Gagap. Samapai di kepala simpang Aki Kidam menghentakkan tumitmya tiga kali ke bumi, kemudian barulah mereka terus ke rumah Derih Gagap. Dia menegah Derih Gagap dari membangunkan isterinya, sebaliknya dia menyuruh Derih Gagap duduk di bawah rumah bersetentang dengan tempat isterinya tidur. Manakala ketua kampung duduk di bawah serambi.
Derih Gagap nampak Aki Kidam mengelilingi rumahnya dengan mengguriskan kelengkeng ke tanah, sebanyak tiga kali pusing. Apakah yang dibuatnya mereka berdua tidak tahu. Lepas itu barulah Aki Kidam masuk ke bawah rumah di bahagian dapur. Sebelum itu dia berpesan kepada dua orang rakannya itu jangan buat apa-apa kalau terlihat sesuatu, kecuali apabila dia memberi isyarat supaya keluar dari bawah rumah.

Kira-kira 1 jam mereka bertiga tercangkung di bawah rumah, barulah Derih Gagap terdengar bunyi orang mendehem. Pada mulanya dia menyangka Aki Kidam. Begitu juga ketua kampung, dia menyangka Derih Gagap yang mendehem. Marah juga dia pada Derih Gagap kerana melanggar arahan Aki Kidam supaya jangan berbunyi sedikit pun.

Tetapi jelas bunyi orang mendehem itu jauh di luar kawasan rumah. Kemudian dehemnya lebih kuat kerana sudah dekat dengan kawasan rumah. Lepas itu terdengar pula bunyi pasir diserakkan ke atas bumbung rumah itu sebanyak tiga kali. Tetapi Derih Gagap belum melihat sesiapapun melakukan perbuatan itu. Bagaimanapun dia tetap memegang teguh amaran Aki Kidam supaya jangan berbunyi sedikit pun kalau terdengar atau terlihat sesuatu yang ganjil.

Dia memerhati ke arah bawah rumah serambi, ketua kampung mengangkat tangan sambil meletakkan jari telunjuk ke mulut menyuruh dia mendiamkan diri. Apabila melihat ke bawah rumah di bahagian dapur, Aki Kidam juga menyuruh dia mendiamkan diri. Barulah lega hati Derih Gagap, kerana dia yakin penceroboh itu tidak akan dapat lagi masuk ke rumahnya.

Setelah beberapa minit bunyi pasir dilemparkan ke atas atap itu berhenti, sekali lagi terdengar orang mendehem tiga kali. Kemudian barulah ternampak oleh Derih Gagap, seorang lelaki berjalan mengelilingi rumahnya di dalam kawasan yang diguris oleh Aki Kidam sebelum tadi.

Lelaki itu memakai seluar hitam dan berbaju teluk belanga biru tua, berjalan saja sambil matanya terlangah-langah seperti mencari sesuatu. Dia berlegar-legar saja di sekeliling rumah, teapi tidak terkeluar dari kawasan yang diguris oleh Aki Kidam dengan kelengkengnya.

Selepas itu barulah Aki Kidam merangkak mendapatkan Derih Gagap. Mereka berdua terus pula mendapatkan ketua kampung di bawah rumah serambi.

"Biarlah dulu, tak ke mana larinya" bisik Aki Kidam mengeluarkan rokok dari sakunya. Dia menghisap rokok macam tidak menghiraukan lelaki di halaman rumah berlegar-legar.

"Biar aku ajar dia, Aki" ujar Derih Gagap menyimpan dendam. "Hah, kau dah lupa Derih...!" Aki Kidam mengingatkan. "Betullah kau ni tak sabar kan dek apa" ketua kampung memarahinya, menyebabkan Derih Gagap terdiam. Memang dendamnya masih membara kerana pemuda berkenaan telah tidur berbaring di sebelah isterinya, walaupun dia tidak memperkosa tetapi sudah tentu mencabar dirinya sebagai seorang lelaki.

Kalaulah tidak mengenangkan janjinya dengan Aki Kidam, memang dia tidak dapat bersabar. Tetapi janji itu mesti dipegang teguh kerana masalah yang dihadapi bukanlah dirinya seorang, sebaliknya untuk kepentingan semua penduduk-penduduk kampung. Bila mengenangkan hal-hal seperti ini, Derih Gagap terpaksa menahan perasaan dendamnya yang terbuku di hatinya.

Mereka bersama-sama menghisap rokok daun yang dibawa oleh Aki Kidam dengan tidak memperdulikan lelaki itu berpusing-pusing sekeliling rumah. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku di situ. Derih Gagap bersandar kepada sendi tiang, terlelap juga beberapa ketika sampai ke pagi. Dia tertunggu-tunggu juga apa yang akan dilakukan oleh Aki Kidam seterusnya.

Setelah pagi cerah, barulah mereka bertiga keluar dari bawah rumah. Aki Kidam mengajak mereka berdua sembahyang subuh saja di rumah Derih Gagap, kemudian sembahyang sunat syukur. Sebelum itu Derih Gagap sudah membangunkan isterinya supaya perempuan itu tidak terkejut. Dia membisikkan tentang lelaki yang sedang berlegar-legar di sekeliling rumahnya.

"Memang dia tu laa" bisik Kak Senah pada Derih Gagap apabila terlihat lelaki itu melalui tingkap. "Sudah, kau masak air. Nanti buatkan kopi pekat untuknya. Aki Kidam yang suruh buat macam tu" dia memberitahu isterinya.

Perempuan itu tidak membantah. Dia terus ke dapur untuk memasak air seperti yang disuruh suaminya. Lagi pun ketua kampung akan membuat keputusan mengenai lelaki yang sudah dikira masuk perangkap itu. Tetapi dari raut mukanya, Kak Senah tidak mengenali lelaki berkenaan. Ternyata dia bukanlah berasal dari kampung tersebut.

Setelah selesai sembahyang, Aki Kidam duduk di muka tangga dengan berjuntai kaki. Apabila lelaki itu melintas di depan halaman , Aki Kidam memukul kedua-dua lututnya dengan penumbuk. Lelaki itu tiba-tiba berhenti dan berpusing mengadap Aki Kidam di muka tangga.

"Hai, nak kemana awak ni?" tegur Aki Kidam memerhati lelaki yang berumur kira-kira 25 tahun itu. "Nak cari jalan keluar, sekeliling ni tembok batu. Entah mana pintunya tak jumpa" sahut lelaki itu lemah."Awak ni siapa, datang dari mana?" Aki Kidam bertanya, manakala ketua kampung dan Derih Gagap sudah tercegat di belakangnya. Kak Senah juga berdiri di tingkap keheranan melihat peristiwa tersebut.

"Nama saya Johar dari Kampung Pesagi" ujarnya ketakutan. "Hah, jauh awak ke mari" kata Aki Kidam macam mengejek. Pemuda itu terdiam. Dia terkelip-kelip mata mendongak ke arah Aki Kidam yang masih duduk di muka pintu dengan dua tapak tangannya menekan kepala lutut.

"Tolonglah lepaskan saya, saya minta ampun" dia terketar-ketar meminta perlindungan. "Naiklah dulu..." Aki Kidam menyuruhnya naik.

Dia tidak membantah dan terus naik ke rumah. Kemudian dia menyuruh Kak Senah mengeluarkan kopi O. Mereka berempat pun minumlah bersama-sama. Setelah disoal oleh ketua kampung pemuda bernama Johar itu mengaku telah melakukan perbuatan tersebut. Dia telah menuntut satu ilmu kebatinan yang mengikut pesan gurunya mesti melakukan perbuatan tersebut sampai genap 44 malam.

"Awak berjanji tak ganggu lagi kampung ni!" kata Aki Kidam. Pemuda itu mengangguk. Dia juga melihat ke tengah halaman, tidak ada tembok batu yang dikatakannya itu. Barulah dia menyedari bahawa ilmu setan yang dituntutnya boleh dikalahkan juga.

"Ilmu setan boleh dikalahkan, kerana ianya terbatas" ujar Aki Kidam mengingatkan dia. "Tetapi ilmu Allah tidak dapat dikalahkan oleh sesiapapun, apatah lagi oleh setan. Ilmu Allah meliputi tujuh petala langit tujuh petala bumi dengan tidak ada batasnya" dia menasihatkan pemuda berkenaan.

Selepas itu dia menyuruh pemuda itu balik ke kampungnya dengan tidak membenarkan Derih Gagap membalas dendam. Sejak itu tidak ada lagi gangguan seperti itu di kampung tersebut. Memang menjadi syaratnya orang yang ditawan secara demikian tidak boleh dicederakan, sebaliknya diberi makan dan wang sebanyak dua ringgit sebagai sedekah.

"Insya Allah, dia akan insaf dan kembali kepada jalan Allah" beritahu Aki Kidam menutup ceritanya kepada saya dan Tumin.