Memaparkan catatan dengan label Kisah Nyata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Nyata. Papar semua catatan

Selasa, 24 Mac 2015

Kisah Hantu - Tiga Kisah Misteri


Dunia Seram - Sedapnya kalau dapat tido hujan-hujan macam ni kan..aku pun mengantuk je ni..perot pulak lapar..aishkkk..hari ni aku nak cite pasal pengalaman adik aku.kisah ni dia dengar dari rakan-rakan die.. Adik aku ni penakot tau tak, kalau malam-malam dia takkan berani nak pegi dapur sorang-sorang, penakut kan??kat sini ada 3 kisah yang ingin aku kongsikan bersama korang di blog seram aku ni..KISAH 1#
Kawan adik aku yang cite ni, aku gelar kan die Maya k. Maya ni dah berumahtangga dan warak orangnya..satu hari tu masa bulan puasa die terdengar azan berkumandang.. Sangkaannya mungkin die dah terlepas waktu sahur. So dia kejutkan lah suaminya yang sedang nyenyak tido tu. Suami maya ni pun kelam kabut pegi ke surau berdekatan rumahnya tu. Maya ni pun nak amik wudhu tetapi.... Bila die memandang ke arah jam di dinding rumahnya, baru pukul 3.30pagi!!! Hah??? Mana ada azan pepagi buta macam ni kan??!! Yamg suaminya pula syok punya masuk surau, tengok-tengok surau sunyi je..dia pun kehairanan..kat surau tu ade sorang musafir yg berbaring di dalam surau tu. Suami maya ni dok tegur la. Pastu pak cik yg berumur lingkungan 60an tu mendakwa tiada azan dilaungkan sebab masih awal lagi waktu subuh..paginya Maya pun tanya lah jirannya, jiran dia cakap mana ada azan pagi tadi.. Bulan ramadhan tu beb!!!

KISAH 2#
Yang ni kawan adik aku, Nana punya pengalaman pulak..suami nana ni selalu outstation jauh-jauh dan kekadang memakan masa berbulan-bulan kalau outstation..kebiasaannya dia memang tgl sorang je kalau laki die takda di rumah..satu hari tu seperti yang dijanjikan die menunggu kepulangan suami tercinta dia tu. Mengikot kata suaminya, beliau akan pulang hari ni..Ting Tong..bunyi bell kedengaran.dia pun bukak lah pintu dan menyapa suaminya. Rindu lah kot. Seperti biasa lah dia akan melayan suaminya,menjalankan tanggungjawap seorang isteri kepada suaminya. Tetapi yang pelik suami Nana ni dok diam je. Tak bercakap walaupun sepatah kata.muka pun pucat je. Nana tak nak menegur sikap suaminya itu takot mana tau suaminya itu keletihan akibat perjalanan yang jauh sehingga la keesokkan paginya nana menyediakan sarapan untuk suaminya tu..tuk tuk tuk..nana mendengar ketukkan dipintunya. "Sapa lah yang datang pepagi ni"..dia pun bukak lah pintu dan alangkah terkejutnya dia apabila suaminya tercegat didepan pintu dengan membawa bagasinya!!! " Eh, abang pegi mana bawa bagasi ni?" Tanya nana hairan. " Abang baru balik lah ni, letih", jawap suaminya. " Aiiii bukan abg dah balik ke smalam?"Tanya Nana lagi. " Awak jangan nak mengarut". Sepantas kilat nana berlari masuk ke bilik dan melihat dimana bagasi suaminya yang semalam suaminya bawak. TAK ADA!!! Die mencari-cari ole-ole yang suami die berikan padanya semalam juga tidak ada!!! Siapa yang die nampak semalam??? Sebab die yakin tu adalah suaminya..


KISAH 3#
Kisah terakhir ni diceritakan oleh seorang kawan adik aku yang bernama Fiza. Fiza ni mempunyai seorang anak lelaki berusia lingkungan 5 tahun. Pada hari kejadiaan tu suami fiza ni keluar lah bersama anak lelakinya tu dengan menaiki kereta untuk pergi ke masjid dan melakukan ibadat. Masa tu fiza tak boleh solat dan sedang menonton tV di ruang tamu..belum sampai 5minit suaminya itu keluar dia mendengar pintu dibuka, die melihat suaminya menjengah beliau tanpa berkata apa-apa..tak berkedip pun mata suami fiza tu. Fiza lantas bertanya, " abang tertinggal songkok ke?" Tetepi suaminya hanya memandang fiza sahaja. Fiza pelik kenapa suaminya tak berkata sepatah pun. Kemudian suaminya berganjak dari pintu tu dan menutup pintu. Fiza terus berlari untuk melihat suaminya itu. Pehhhh die tengok kat tingkap kereta dan suaminya tiada di situ!!! Siape yang die lihat tadi??? Bila suami dia pulang ke rumah cepat-cepat die bertanya suaminya tentang kejadian itu dan suaminya menafikan sekeras-kerasnya yang die ada patah balik ke rumah..kejadiaan itu membuatkan fiza berasa takut jika tinggal bersendirian di rumahnya itu..

Ni je kisah yang aku dapat kongsikan dengan korang pada pagi ni..ni pun aku tak letak nama yang sebenar tau sebab mereka tak izinkan..diharap korang dapat iktibar dari kisah-kisah yang aku paparkan di sini..

Khamis, 19 Mac 2015

Kisah Nyata - Gangguan Sihir



Dunia Seram - Pertengahan Mei, selepas kesemua penyiksaan menjadi terlalu biasa buat kami, suami saya didatangi Ustaz Alwi, yang membeli sebahagian besar stok cincin suami saya. Suami saya bertanya tentang makhluk asing, gangguan jin, sihir dan sebagainya. Suami saya juga bercerita kepada beliau bagaimana setiap malam dia diganggu dengan mimpi yang menyeramkan. Selalu juga dia mengingau, berlawan dengan serigala, dengan anjing hitam, bertemu ular tedung dan macam-macam lagi. Ustaz ALwi menyarankan agar suami saya mengamalkan ayat-ayat Manzil dan membeli buku tentang sihir dan gangguan jin tulisan Dr Harun Din terbitan Dewan Bahasa. Bagi Ustaz ALwi, sihir dan jin tidak dapat dipisahkan biarpun dunia kini amat moden. Disebabkan kemodenan ini, makanya ramai di antara kita yang tidak mengendahkan perlunya mempelajari ilmu menghalang sihir. Ramai di antara kita yang tidak percaya kemungkinan mereka disihir kerana logic akal mengatakan “mana mungkin ada orang dengki dengan aku. Kita sama saja”. Kita terlalu lurus dan jujur menghadapi semua orang. Itu sesuatu yang amat baik, namun, tidak semua manusia baik seperti kita.
Suami saya membeli kitab Manzil yang hanya berharga RM2. Dia mula mengamalkannya. Di kedai, dipasangnya CD Yassin dan surah-surah pilihan sambil dia dan pekerja-pekerjanya mengikut bacaan dan menghafal. Satu pagi, lebih kurang pukul 9 pagi, suami saya menalipon saya dengan suara begitu teruja.

‘You know what? Tadi ada customer datang, sembang-sembang dengan Abang. Dia ni Makcik tua, serebeh-serebeh orangnya. Jalan pun dok seret-seret kaki. Abang ajak dia duduk, sambil tu Abang baiki gelang dia. Dia cerita pasal anak-anak dia, bla bla bla….Pastu, dia bagi Abang cincin kayu kokka. Cantik cincin ni. Abang takut gak kot-kot dia suruh Abang beli, tapi dia kata dia bagi. So, nak elakkan dari terhutang, Abang bagi satu cincin kat dia….Pas tu dia jalan je.”
Saya cuak mendengar cerita suami saya. “Biar betul Bang…orang betul ke? Baru pukul 9 ni. Dari mana dia datang?” Tanya saya.

“Dia kata dia dari Perak. Macam orang susah je. Tudung senget menget, mulut pun macam banyak putih-putih…Tapi, dah dia bagi, Abang ambik je la cincin ni. Cantik.”
Bila dah suami saya kata begitu, saya hanya diamkan diri saya. Malam itu, suami saya balik dan memberitahu yang Makcik tadi datang balik ke kedainya mencari serkupnya yang tertinggal. Dia memang tak dapat cam Makcik ni kerana parasnya yang telah berubah. Pakaiannya bersih, tidak lagi jalan terseret-seret dan cantik. Bila suami saya tunjukkan cincin yang diberi pagi tadinya, dia hanya mengerutkan dahi, seolah-olah dia tidak dapat mengingat langsung kejadian yang telah berlaku di sebelah pagi tadi.

Sejak kehadiran Ustaz Alwi dan Makcik special tu, jualan suami saya di kedai bertambah baik. Suami saya semakin yakin yang selama ini dia memang diuji dengan gangguan jin. Suami saya semakin rajin ke surau dan setiap ada waktu terluang, dia akan menghabiskan bacaan ayat-ayat Quran. Namun, keadaan kesihatan suami saya agak tidak baik. Dia sering sakit tengkuk, mengantuk yang melampau setiap kali masuknya waktu solat dan sendi-sendinya sentiasa dalam keadaan sakit. Cuti sekolah bulan Mei, kami sekeluarga bercuti ke Kuantan. Sedang asyik memandu, suami saya memberhentikan kereta dan menyuruh saya memandu. Dia terlena sebaik sahaja kami bertukar tempat….Nyenyak sungguh tidurnya. Jam pada waktu itu menunjukkan pukul 4 petang…Oh! Waktu Asar akan tiba sekejap lagi….

Dua malam di Kuantan amat menyeksakan buat saya kerana anak kecil saya, Abo, asyik menjerit-jerit dan menangis. Sebelum ke Kuantan, Abo memang menangis dan menjerit setiap malam sambil matanya tertutup. Abo langsung tidak mahu tidur di sebelah suami saya, yang mana akhirnya, saya terpaksa meribanya sambil duduk di atas lantai sepanjang malam.
Sekembalinya kami dari Kuantan, suami saya mendapat tahu yang Apet, sepupunya, juga diserang sakit misteri. Suami saya mencari Apet dan Apet menceritakan apa yang dialaminya, yang hampir sama dengan apa yang suami saya alami. Malangnya, Ustaz yang mengubat Apet telah pulang ke Thailand. Kebetulannya, Ustaz tersebut datang menziarah adiknya yang berjiran dengan Apet. Kata Apet, dia teruk dikenakan oleh rakan sepejabatnya.

Satu malam, kedai suami saya dikunjungi pelanggan wanita jelita yang datang bersama emak dan suaminya. Selepas wanita tadi memilih barang-barang yang dikehendakinya, dia bertanya kepada suami saya tentang cincin yang suami saya pakai. Suami saya menceritakan apa yang dialaminya, siapa yang memberi cincin tersebut dan sebagainya.

Wanita tadi meminta izin suami saya untuk ‘scan’ suami saya. Rupanya beliau pandai mengubat orang. Beliau belajar dari ayahnya yang berketurunan Wali Songo dari Indonesia. Katanya lah…

Selepas sahaja wanita ini duduk di hadapan suami saya, tona suara dan pelat bahasanya bertukar menjadi seperti orang Indonesia. Kata beliau, suami saya dihantar dengan sihir dari Siam. Bukan hanya kepada suami saya, tetapi juga ke kedainya. Teruk dah situasinya. Alang-alang orang yang kena, dah lama tumbang. Sihir ini dihantar oleh sahabat suami saya sendiri. Agak rapat, kerana suami saya selalunya bersalam dengan orang ini. Biarpun teruk, suami saya bertuah kerana beliau punya ‘pendamping’. Alamak….takut dengarnya. Hanya ada 2 orang yang boleh mengubat suami saya, Ustaz Harun Din dan Ustaz Zul dari Muar…. Mana nak jumpa mereka ni? Wanita tersebut juga berkata bahawa cincin yang diberi oleh makcik tua itu ‘berisi’. Makcik tu hanya wakil seorang kiyai….Macam Misteri Nusantara pulak.

Seperti biasa, kami memang agak keberatan untuk percaya dengan perkara-perkara mistik ini. Tak masuk akal…

Pagi Isnin, 11 Jun 2007, Adli, sahabat karib suami saya menalipon dan memberitahu yang dia baru sembuh dari sakitnya yang panjang. Dia berubat dengan seorang Ustaz di Cheras. Adli baru pulang dari menunaikan umrah beberapa minggu sebelumnya. Bagi Adli, doanya dimakbulkan Tuhan bila dia dikenalkan dengan Ustaz tersebut sekembalinya dari umrah.
Lepas Maghrib hari itu juga, saya dan suami ke Kelana Jaya menjemput Adli dan Nomi untuk ke rumah Ustaz tersebut. Dalam perjalanan Nomi menceritakan apa yang telah dialaminya. Saya bantai ketawa kerana cerita-cerita Nomi macam tak lojik. Nomi marah betul dengan saya. Katanya, dia tau ada yang tak kena dengan suami saya kerana bulu romanya sentiasa berdiri sejak kami sampai ke rumahnya tadi!!!

Sesampainya kami di rumah Ustaz (biar saya rahsiakan namanya. Hubungi saya jika perlu), Alhamdulillah tidak ada orang lain. Ustaz bertanya kepada suami saya apa sakitnya. Suami saya bercerita sedikit….termasuk kisah Makcik yang memberinya cincin.

Ustaz membuka helaian Al-Quran yang terletak di sampingnya sambil membaca beberapa ayat. Dada saya berdebar kencang. Entah mengapa, tiba-tiba saya merasa takut yang melampau. Meremang-remang bulu tengkuk saya duduk di belakang suami saya.

Ustaz berdiam diri seketika sambil memejamkan mata. Suasana sekeliling begitu sunyi dan menyeramkan. Nomi dan Adli di sebelah saya mengangguk-angguk, seolah cuba menenangkan hati saya yang seperti dilanda badai.

Kamu ada amalan yang ditinggalkan ye? Sebab itu bolos. Kamu memang disihir, dah lama. Sejak awal tahun lepas?

Amalan apa Ustaz? Tanya suami saya.

Wah! Banyak amalan kamu? Tersenyum simpul Ustaz, begitu juga Adli dan Nomi.

Yelah, makan, minum…tu kan amalan?

“Zikir Munjat”, jawab ustaz.

Kami yang mendengar tercengang. Hanya kerana zikir itu tidak diamalkan, kita jadi bolos?

Kamu dihantar ‘sihir pelalau’. Yang menghantarnya sepasang suami isteri. Mereka tidak suka kamu senang. Mari kita scan, kata Ustaz.

Suami saya diminta berbaring. Fikirannya diminta dikosongkan dan matanya dipejam. Sambil itu, Ustaz memicit jari hantu tangan kiri suami saya. Suami saya menjadi marah. Dia mengherdik Ustaz. Macam-macam yang dikatakannya, namun dia tidak mahu memberitahu apa-apa. Ustaz agak terkilan dengan keadaan itu. Kaki dan tangan suami saya sejuk, namun dia betul-betul berada dalam kemarahan.

Ustaz kemudiannya memberikan beberapa bahan yang perlu dibawa balik ke rumahnya dalam masa tiga hari. Saya mencatatkan kesemuanya dan kami pulang dengan seribu satu persoalan. Ustaz juga berkata yang suami saya akan mimpikan seseorang malam itu.

Di dalam kereta, Adli cuba memcahkan suasana. Dia agak kecewa kerana suami saya seolah menurut kata jin yang bersarang di badannya yang tidak mahu diketahui siapa yang mengupahnya. Tanpa ssesiapa menduga, suami saya menengking Adli. Dia berkata Ustaz tu pembohong, tidak mengikut sunnah, dan macam-macam lagi. Aiikk… kenapa mamat ni? Malunya saya…Kalau tak setuju dengan Ustaz ni, kenapa datang tadi? Kenapa bersusah payah mencari ubat jika tidak setuju dengan semua benda?

Saya mula takut. Saya dapat rasakan yang suami saya telah dikuasai. Ketakutan saya semakin menjadi-jadi. Kami singgah di kedai mamak dan selepas beberapa ketika, wajah suami saya agak kendur. Tidak lagi setegang awal tadi. 


   Credit:Sumber

Selasa, 17 Mac 2015

Kisah Seram - Salah Naik Lift

Image result for ROH TAK TENTERAM

Dunia Seram - Ni pengalaman aku sendiri tau... Aku ni takda lah jumpa hantu ni face to face but aku banyak kali kena gangguan-gangguan macam ni..aku pun confuse sama ada itu hanya perasaan aku or itu realiti..syaitan ni suke kat orang yang penakot tetapi aku bukan dari golongan hati kecik gitu..
Masa kejadiaan tu aku ni nak pergi umah kawan aku yang terletak di KL, aku taknak nyatakan nama tempat ni..die punya rumah jenis penthouse..so mestilah tinggi dan besar. Plus suasana pun best gile..kawan aku ni kire somebody punya keturunan lah kan..penthouse die tingkat 23..so aku fikir naik lift je sebab before that dia dah bagi akses kad untuk naik terus ke penthouse die..aku melangkah menuju ke arah lift penthouse tersebut..aku menekan butang naik..
Setelah beberapa ketika lift tu pun terbuka dan aku terus melangkah masuk dan menekan tingkat 23. Baru sahaja lift tu tertutup, aku dapat merasakan seperti orang meniup telinga aku!! Aku pun terus berpaling untuk melihat jika ada sesiapa di lift tu, tp seingat aku tadi memang takda orang..aku perhatikan sekeliling memang takda orang..meremang bulu roma aku, dah lahg lift die besar..selepas tu aku dapat merasakan bahu ku disentuh oleh seseorang dan tanpa berlengah aku pun memandang ke belakang, masih takda orang pun..aku dapat rasakan lift ni lambat sangat bergerak . Dalam hati aku, aku hanya sempat menyebut ALLAHUAKBAR!!
Hati aku memang tak sedap lah semasa memasuki lift ini sebentar tadi..


Sekarang baru tingkat 10..bermacam-macam perasaan bercampur baur ketika tu, hanya Allah sahaja yang tahu. Dah lah handphone aku signal takda..kali ni yang paling menakotkan..aku dapat mendengar dengan jelas bunyi suara orang sedang berbisik-bisik.semakin lama semakin kuat..aku tak dapat membaca apa-apa ketika tu. Mulut aku seakan terkunci dan begitu berat sekali ketika itu. lagi 2 tingkat dah sampai..aku dah stanby untuk berlari keluar bila lift terbuka nanti. Yang aku hairan takda orang pun yang naik lift tu, hanya aku sahaja..pelik bin ajaib kan. Aku dapat rasakan yang kaki dan lututku terketar-ketar, dengan bau bangkai lagi..issshkkkkk aku benar-benar ingin keluar dari situ..


Sampai je di tingkat 23, lift tu terbuka dan aku dengan pantas berlari keluar menuju ke kediaman kawanku itu. Setelah sampai aku pun menceritakan apa yang telah terjadi di lift tadi dan kawanku menerangkan yang lift aku gunakan tadi sedang dibaik pulih!!! Sudah lebih setahun tidak digunakan!!! Juga pernah berlaku kejadian ngeri dimana ade pekerja mati di dalam lift akibat terperangkap dan lemas. Aduhaiiii aku salah naik lift ke tadi???!!!!

Sabtu, 7 Mac 2015

Cerita Hantu - Panggilan Dari Siapa???

 Image result for cerita hantu

 Assalamualaikum KKSM,
Dunia Seram - Cerita ini bukan berlaku pada saya tetapi berlaku pada pakcik saya yang bekerja di bilik mayat, di sebuah hospital di bandar Johor Bahru. Kisah yang diceritakan ini berlaku semasa pakcik saya mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital yang mengatakan ada satu mayat dalam perjalanan yang harus diuruskan. Pakcik saya pun terus pergi ke bilik mayat untuk membuat persiapan dengan kawan kerjanya, tetapi pakcik saya orang pertama yang sampai di bilik mayat tersebut.
Bila sampai, pakcik terperasan macam ada orang sedang berdiri di depan pintu bilik mayat tersebut tetapi pakcik saya tak fikir apa-apa masa itu. Sebab pakcik saya ingat itu kawan sekerjanya. Bila pakcik saya menghampiri bilik tersebut, lelaki itu terus beredar dan berjalan ke bangunan lain. Pakcik saya tak fikir apa-apa terus membuka pintu. Baru saja pakcik saya hendak melangkah masuk ke dalam bilik mayat itu, tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. "Astaghfirullahal'azim..." pakcik saya terus mengucap. Bila pakcik saya toleh belakang, terperanjat apabila yang berada di belakangnya merupakan orang yang dia nampak tadi, yang berdiri di depan pintu, tetapi mukanya terkopek, kulit kepala tersiat sampai nampak tulang tengkorak.
Pakcik saya terus membaca ayat2 suci dan terus membaca. Makhluk itu terus hilang dari pandangan. Pakcik saya terus menelefon kawannya sebab tak sampai-sampai dari tadi. Nak tahu apa kawannya cakap??? "Apa kau merepek ni, aku tak dapat apa2 panggilan pun..." Pakcik saya pun dah mula menggelabah, terus cepat2 tutup pintu bilik mayat itu. Ketika menutup pintu, terdengar suara orang menangis betul2 di belakang pakcik saya. Masa itu hanya Tuhan saja yang tahu perasan pakcik saya. Menggigil tangan pakcik saya semasa hendak kunci pintu itu. Pakcik saya menguatkan diri cuba menoleh ke belakang. Benda itu betul2 muncul di depan muka pakcik saya dan pakcik saya lantas menjerit, "Ya Allah..!!!" dan terus pengsan. Sekarang pakcik saya sudah berhenti kerja sejak kejadian yang menyeramkan itu. Yang peliknya siapa yang menghubungi pakcik saya???

Kisah Benar - Budak Misteri

 Image result for hantu seram giler

Dunia Seram - Cepat sungguh masa berlalu...tuptuptup (kata orang utara), seminggu dah hampir berlalu. Tiba-tiba Khamis datang lagi, cepatnya!! Dan malam ini malam Jumaat, kata orang malam Jumaat malam penuh berkat. Tapi ada pula yang mengaitkan malam Jumaat dengan cerita hantu!
Hari Khamis malam Jumaat lepas JR ada ceritakan mengenai kisah JR terjumpa pocong di pekan Air Itam, Kedah beberapa tahun lepas. Ini ada satu lagi cerita hantu, kali ini hantu yang JR jumpa di Pulau Pinang pula.
Peristiwa itu sebenarnya dah lama berlaku tapi kerana ia membabitkan satu peristiwa pelik, JR tak dapat melupakannya hingga kini. Ketika itu JR tinggal dan masih belajar di Tingkatan Lima di sebuah pekan kecil di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Suatu hari ibu JR meminta JR ke kedai yang terletak lebih kurang 1 kilometer dari kampung kami. Yang paling tak best arahan meminta ke kedai itu keluar dari mulut ibu ketika waktu maghrib telah hampir tiba. Tapi apa nak buat, JR sebagai anak yang taat kepada perintah ibu bapa mengikut saja perintah ibu. JR pergi ke kedai dengan menaiki basikal...
Untuk ke kedai, kami penduduk kampung terpaksa melalui satu kawasan sawah yang agak luas. Begitulah JR pada malam itu...terpaksa melalui kawasan sawah yang luas itu untuk ke kedai. Memandangkan ketika itu dah masuk waktu maghrib, tiada kenderaan di jalanan. Tiba-tiba ketika tiba betul-betul di tengah sawah, JR terlihat seorang kanak-kanak yang kelibatnya seperti di kenali.
"Oh, Abang Cik, buat apa di tengah sawah ni?" tegur JR apabila melihat kanak-kanak itu ialah adik lelaki JR yang kami panggil "Abang Cik".
Tapi adik lelaki JR itu diam saja, tak menjawab apa-apa.
"Mai la naik basikal ni, kita ke pekan temankan abang" ajak JR. JR memberhentikan basikal dan adik JR bernama Abang Cik itu terus membonceng JR di belakang.

"Beratnya hang hari ni Abang Cik, hang makan apa?" tegur JR kerana merasakan berat badan adik JR itu agak berat malam itu. Tapi adik JR itu diam saja. Tak apalah, kata hati JR, dia penat kot sebab tu dia diam saja sepanjang perjalanan.
Bila saja tiba di depan kedai hari telah beransur gelap. Sebaik saja JR memberhentikan basikal, JR terkejut besar kerana adik JR yang membonceng di sepanjang perjalanan tadi tiada di atas basikal. Aiit budak ni, pikir JR, masa mana pula dia terjun dari basikal?
Selepas membeli barang yang dipesan ibu, JR terus pulang ke rumah. Bila memasuki rumah, JR bersua dengan adik JR yang bernama Abang Cik tu.
"Haai... hang ni Abang Cik, tadi ikut abang ke kedai, lepas tu bila sampai ke kedai hang hilang pula. Masa mana hang terjun dari basikal, buat orang terkejut saja?" tanya JR.
"Apaa..ikut abang naik basikal? Tak lah!! Mana ada ikut abang naiki basikal. Tadi orang pi main bola...ni baru sampai ke rumah ni, mana pula orang ikut abang?" kata Abang Cik penuh hairan.
"Jadi sapa yang ikut abang tadi?" tanya JR.
Abang Cik cuma ketawa, "Hantu kot yang ikut" katanya.