Memaparkan catatan dengan label Kisah Seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Seram. Papar semua catatan

Rabu, 2 September 2015

Kisah Seram - Kucing Hantu



 
Dunia Seram - Kisahnya bermula di suatu pagi lebih kurang pukul 10 pagi dan kalau tak silap hari tu 10 tahun yang lalu hari cuti.Surau kat rumah Ustaz UAB lama tu ada mengadakan gotong royong dan ustaz pun ada sama-samalah jadi tukang buat sibuk.

Tetiba ustaz dapat panggilan dari kawan  minta tolong anak jiran beliau ada masaalah sikit dan diminta datang ke rumah.Pergilah ustaz ke rumah beliau yang tidak beberapa jauh dari surau dan dari luar rumah lagi sudah kedengaran teriak tanggis kanak-kanak.Lalu masuklah melihat apa sebenarnya yang berlaku,kelihatan ada di sana ialah jiran di depan rumah beliau dan isterinya sedang mendukung anak kecil yang sedang kuat menanggis
Anaknya dibawa ke rumah kawan Ustaz yang kebetulan AJK Surau juga kerana beliau sudah tidak tahu ke mana arah hendak dibawa.

Setelah dilakukan ikhtiar pada anak kecil berumur lingkungan 7-8 bulan itu,Alhamdulillah Allah Ta'ala izinkan sembuh ketika itu juga.Lalu macam biasalah ustaz cari punca awal kejadian itu.Menurut jiran ini, tidak ada apa-apa yang berlaku atau anaknya itu atau dibawa kemana-mana.Tetapi ustaz tegaskan , mengikut pengalamanlah,tidak akan berlaku sesuatu perkara itu tanpa ada puncanya.

Jiran itu mengakulah bahawa ketika mahu keluar bekerja sebelah paginya, dia terlanggar seekur kucing liar ketika mengundurkan keretanya.Dia tidak sedar ada seekur kucing sedang duduk dibawahkeretanya.Mungkinlah kucing itu masuk setelah dia membuka pagar rumah.Sesudah menyedari beliau terlanggar kucing itu,lalu diambilnya bangkai kucing tersebut dan dibuangnya ke dalam semak berhampiran dan dia terus ke tempat kerja.
Tidak lama selepas itu, isterinya memintanya balik ke rumah kerana anak mereka tidak berhenti-henti menanggis.Dia pun bergegas balik dan mencuba beberapa ikhtiar tetapi tidak berjaya.Mungkin dia menggagak sesuatu yang pelik tanpa menyangka ada kaitan dengan kucing yang dilanggarnya lalu dia membawa anaknya ke rumah jiran didepan rumahnya.

Jadi,fahamlah Ustaz bahawa punca anak menanggis itu adalah gangguan dari hantu/jin atau penjaga kucing liar tersebut.Setelah menambah sedikit ikhtiar lagi termasuk pergi melihat bangkai kucing itu,Alhamdulillah anaknya sembuh seperti sediakala selepas itu.
Inilah kejadian sebagai iktibar,bahawa iblis syaitan itu ada dimana-mana dan bersedia untuk menganggu anak cucu Adam pada bila-bila masa..any time any place.
Hati-hatilah dengan kucing liar yang datang bertandang ke rumah.Ada yang datang bawa rezeqi danMungkin juga ada yang datang pakai jokey..tuannya jin atau hantu !
Credit:Sumber

Kisah Misteri - Ditindih lembaga hitam



Dunia Seram - KETIKA itu dinihari. Ishak yang sedang tidur lena tiba-tiba didatangi satu lembaga hitam yang dipenuhi bulu. Sepantas ia datang, sepantas itu juga ia menerkam dan menindihnya.
Ishak, yang berusia awal 20-an, tidak mampu berbuat apa-apa. Dia cuba membuka mata dan bangun, tetapi gagal. Seluruh tubuhnya bagaikan ditindih satu beban yang amat berat. Kelopak matanya tidak berupaya dibuka walau sedikit pun. Nafasnya sesak. Dadanya seperti dihempap sebongkah batu.
Ishak tidak dapat bersuara, jeritannya tersekat di kerongkong. Hanya perasaan saja yang meronta sedangkan setiap inci tubuhnya tetap kejang dan kaku.
Hanya selepas menyeru nama Tuhan dan membaca ayat-ayat suci al-Quran di dalam hati, barulah Ishak dapat menggerakkan jarinya. Dan sejurus jari itu digerakkan, beban yang menindih tubuhnya juga serta-merta hilang.
Ishak segera bangun, tubuhnya berpeluh. Pemuda itu melihat sekeliling, hanya dia seorang di atas katil. Lembaga itu ghaib entah ke mana. Ishak adalah kenalan lama saya dan kini berusia awal 50-an. Menurut Ishak, dia telah banyak kali ditindih lembaga hitam. Paling kerap ketika usianya 20-an. Mimpi? Tidak. Kata Ishak, ia terjadi antara jaga dan lena.
Benar, ia bermula di dalam mimpi, namun apabila terjaga, Ishak dapat merasakan dengan jelas tubuh lembaga hitam itu menindih badannya. Malah dia dapat merasakan helaian-helaian bulu yang memenuhi tubuh lembaga itu. Setiap kejadian berlangsung sekitar 10 hingga 15 saat.
Seorang lagi kenalan, Humaizah Ahmad, juga pernah beberapa kali ditindih lembaga hitam ketika tidur. Bagaimanapun, pengalaman guru berusia 45 tahun itu sedikit berbeza kerana sewaktu ditindih, dia turut mendengar lembaga itu berbisik di telinganya. Namun dia tidak dapat memahaminya.
‘Ditindih lembaga hitam’ ketika tidur adalah kejadian misteri yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Bagaimanapun, anda jangan terkejut kerana ia turut terjadi dalam kalangan masyarakat lain.
Di Fiji, mereka percaya ia dilakukan oleh kana tevoro, iaitu roh seseorang yang baru saja meninggal dunia. Tevoro muncul kerana ada perkara penting hendak diberitahu kepada orang yang ditindih, juga masyarakat yang ditinggalkannya.
Apabila melihat kejadian itu, orang yang berada berdekatan dengan mangsa akan menjerit, ‘Kania! Kania!’ (Makan! Makan!) untuk memanjangkan lagi tempoh kerasukan. Tujuannya supaya mereka dapat berhubung dengan roh dan bertanya mengapa ia kembali ke dunia.
Misteri hantu tindih turut berlaku dalam masyarakat Thailand (Phi Am), Mexico (Se me subio el muerto), Jepun (Kanashibari), Korea (Gawi nulim), Mongolia (Khar darakh), Vietnam (Made), Filipina (Bangungut) dan sebagainya.
Di Newfoundland, South Carolina dan Georgia pula, masyarakat di sana mengatakan gangguan itu disebabkan oleh syaitan bernama Hag. Manakala di New Guinea mereka percaya ia dilakukan oleh Suk ninmyo, iaitu pokok yang dianggap suci dan hidup dengan memakan semangat manusia.
Mengikut kepercayaan masyarakat ini, pokok tersebut mencari mangsanya pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Malangnya, ada mangsa yang terjaga ketika semangat mereka dimakan, menyebabkan badannya tidak dapat digerakkan.
Dalam kajian sains dan paranormal Barat, kejadian misteri ini dinamakan kelumpuhan tidur (sleep paralysis). Apa itu sleep paralysis?
Halusinasi
Ia merujuk pada ketidakmampuan kita untuk bergerak ketika sedang tidur ataupun ketika bangun tidur. Bukan sekadar tidak mampu menggerakkan badan, malah kita juga tidak mampu bersuara dan mengalami halusinasi seram serta mimpi yang menakutkan.
Untuk pengetahuan anda, tidur mempunyai banyak tahap. Kelumpuhan tidur terjadi dalam keadaan separuh tidur, sedang tidur nyenyak, ataupun terjaga.
Fasa tidur Rapid Eye Movement (mata berkedip dengan pantas) adalah tahap tidur yang paling lena. Ketika ini jantung berdegup perlahan, otot dalam keadaan yang sangat lemah manakala otak melakukan hal-hal yang ‘mengarut’ serta di luar kawalan.
Pada tahap inilah mimpi terjadi dan kita dapat ‘merasainya’ dengan jelas sekali. Kita mahu menjerit dan melepaskan diri daripada jelmaan-jelmaan menakutkan, namun setiap sendi dan anggota tubuh tidak mampu digerakkan.
Ini terjadi kerana otak kita sebenarnya masih dalam keadaan tidur tapi tubuh ingin bangun. Ketiadaan hubungan (disconnection) antara otak dan tubuh inilah yang menyebabkan tubuh kita terasa lumpuh.
Sebuah kisah misteri: Lewat malam sekitar tahun 1997, Ishak Ahmad yang bekerja sebagai penjaga Rumah Api di Port Dickson, Negeri Sembilan, merebahkan badan di atas katil bujangnya, di tingkat atas rumah api tersebut.
Sedang lena dibuai mimpi, Ishak tiba-tiba terjaga. Dia terasa seperti ada seseorang meletakkan tangan di atas dadanya. Tangan siapa pula yang mendakap dadanya itu? Seingat Ishak, tadi dia tidur seorang diri.
Ishak cuba membuka mata, namun kelopak matanya tidak mampu diangkat. Mujurlah tangannya boleh digerakkan. Lantas jari-jemari Ishak meraba-raba tangan yang sedang memeluknya itu. Halus. Lembut. Jarinya runcing.
Tangannya terus merayap. Kali ini Ishak dapat merasakan muka seseorang yang baring di sisinya. Kulitnya halus, hidung mancung dan bibirnya mongel. Ishak juga dapat merasa helaian-helaian rambut yang panjang mengurai.
Sah, perempuan! Dada Ishak berdebar. Takut ada, seram pun ada. Ingin benar Ishak melihat wajah perempuan yang begitu ghairah memeluknya pada waktu malam begitu. Tetapi dia bimbang pula ‘akan berlaku sesuatu yang tidak diingini.’
Ishak terus meraba. Tangannya menjalar ke bawah lagi, ke dagu, leher, bahu dan dada. Dia mula berasa seronok. Tangannya merayap ke bawah lagi. Ke pinggang, kemudian punggung dan… tetapi belum sempat Ishak mencuit ‘kawasan larangan’ itu, perempuan berkenaan mengeratkan pelukannya. Terasa ada dua bonjolan segar dan lembut melekap ke badannya.
Apabila dipeluk erat sebegitu, tidak ada ruang lagi untuk jari-jemari Ishak merayap. Tangan Ishak terhenti di situ, tidak mampu meraba lagi. Dalam masa yang sama, Ishak juga semakin takut sebab dia yakin yang memeluknya itu bukan perempuan, tetapi…!
Ishak segera membaca ayat-ayat suci dan membiarkan saja tubuhnya dipeluk erat. Ishak tidak berani membuka mata kerana dia takut untuk melihat wajah sebenar makhluk berkenaan.
Entah pukul berapa dia terlelap, Ishak tidak tahu. Apabila membuka mata, dilihatnya hari sudah pun terang. Perempuan tersebut tiada lagi di sisinya.
Kejadian aneh itu berulang beberapa kali lagi, tetapi berakhir selepas Ishak mendirikan rumah tangga setahun kemudian. Suatu malam, Ishak bermimpi didatangi seorang gadis yang sangat cantik, persis sang puteri. Gadis itu berdiri di depan pintu rumah api sambil menundukkan mukanya.
“Sampai hati abang, tak pernah nak tegur saya. Kalau jalan depan saya pun buat tak nampak saja," kata si gadis lalu menghilangkan diri.
Sejak itu, Ishak tidak lagi ditindih atau dipeluk oleh gadis berkenaan.
Siapakah `gadis’ tersebut? Hantu tindih? Sleep paralysis? Bunian? Atau…?
Kongsi Konten di :

Rabu, 19 Ogos 2015

Kisah Seram - Kranji Dam



Dunia Seram - Nama saya, Faddy Seah. Saya ingin berkongsi pengalaman saya. Ini terjadi sekitar dua tahun lalu. Saya merupakan seorang penunggang motosikal. Saya ni jenis degil sedikit. Kalau saya marah atau bersedih, saya gemar beronda-ronda seorang diri ke satu tempat yang digelar "Kranji Dam". Tempat itu berangin, sunyi, dan boleh melihat kawasan perairan Selat Johor. Apabila saya duduk di sana seorang diri, tenang hati saya.
Ada satu malam, saya tak ingat hari apa, teman baik saya S, mengajak saya lepak di "Kranji Dam". Oleh kerana saya bosan di rumah, saya ikutkan saja. Boleh panaskan enjin motosikal saya sekali. Saya tak fikir apa pun kerana dah biasa beronda di tempat itu. Bila lepak, tak ada apa-apa yang terjadi. Apabila sampai waktu untuk pulang, saya terpaksa menggunakan tandas untuk sahut seruan alam. Oleh kerana dah lewat sekitar pukul 1 atau 2 pagi, dan tempatnya sunyi, saya suruh S tunggu saya betul2 di depan pintu masuk tandas wanita. S seorang lelaki, jadi tak boleh teman hingga ke dalam tandas.

Tandas mempunyai dua ruang kecil, satu yang ada jamban duduk, lagi satu yang menyangkung. Bila saya masuk, saya perasan hanya saya seorang yang menggunakan tandas, saya pilih ruang yang ada jamban duduk. Bila saya sedang hendak keluar dari tandas, saya perasan di ruang sebelah bunyi jamban dipam, saya tak fikir apa-apa, mungkin orang lain menggunakan tandas sebelah. Bila saya dah selesai, nak cuci tangan, saya perasan pintu tandas sebelah tutup. Saya panggil S, dan bertanya:

"Ada orang masuk tandas eh?"
S kata, "Tak, tak ada orang yang masuk tandas ni tadi..."
Saya bertanya lagi, "Awak dari tadi tunggu di luar pintu tandas ni ke awak ada jalan2 ke tempat lain bila saya dalam tandas?"
S kata lagi, "Dari tadi saya di sini tak ada sesiapa yang masuk kecuali awak, lepas awak, tak ada orang lagi."

Saya tak percaya kata-kata S, kerana kalau tak ada orang yang masuk selepas saya, siapa pula yang berada di dalam tandas sebelah kan? Kalau S memang dari tadi tunggu saya di luar pintu tandas wanita, mesti dia tak akan terlepas melihat sesiapa saja yang masuk. Saya pula tak mudah percaya benda-benda ghaib sangat. Saya kata pada S dalam bahasa Inggeris, "There is someone in the cubicle next to mine..."

S pun pelik kerana betul-betul merasakan bahawa tiada sesiapa yang masuk tandas selain saya seorang. Saya pun cuba membuka pintu tandas sebelah yang tadi terbuka. Kini pintu itu sudah dikunci. Kami berdua rasa pelik sangat, kerana pintu itu hanya boleh dikunci daripada dalam. Kalau tiada sesiapa yang masuk, macamana pintu terkunci? Bila saya sedang siasat, masih kedengaran bunyi air di dalam. Saya tak mahu endahkan sangat jadi saya cuci tangan di sinki, dah sedia nak keluar. Tiba-tiba kedengaran bunyi pam di tandas sebelah tadi, lepas itu pintu ruang tandas itu terbuka sendiri!

Saya lihat S, S pandang saya balik daripada pintu tandas itu, muka masing2 terperanjat. Selepas itu, kedengaran paip air diputar dari sinki sebelah. Saya dah mula panik. Apa lagi, saya cabut lari, dengan S sekali lari secepat mungkin ke arah motosikal masing-masing. Naik motor terus kami pecut, tak pusing belakang pun, saya perasan S sedang menggigil sambil tunggang motosikalnya. Sampai di jalan utama dekat dengan kawasan perumahan baru kami berdua hentikan motosikal.

S masih menggigil dan dalam keadaan ketakutan berkata, "WHAT WAS THAT MAN, WHAT HAPPENED BACK THERE? IT WASN'T FUNNY!" Saya kata saya tak pasti, mungkin benda halus. Saya tak begitu panik kerana saya pernah mengalami peristiwa-peristiwa peribadi dengan benda halus sejak kecil lagi, untuk S, itu pertama kali beliau alami. Nasib baik tidak ada apa-apa terjadi pada kami bila sampai rumah. Kami lepak lagi sekejap di kolong blok kami sebelum pulang ke rumah masing2. Selepas pengalaman itu, saya masih ronda2 di tempat yang sama tapi saya tak akan menggunakan tandas di sana.

Rabu, 12 Ogos 2015

Kisah Seram - Jual Kuih

Dunia Seram - Selesai mengaminkan doa Azizul pantas menuruni anak tannga surau untuk pulang ke rumah.Dia perlu segera sampai di rumah untuk menolong isterinya menyiapkan nasi lemak dan kuih muih sebagai sumber rezeki mereka.

Tidak sampai hati dia membiarkan isterinya hanya seorang diri menyiapkan itu ini sedangkan usaha itu dilakukan untuk menambahkan pendapatan mereka. "Hai Zul awal lagi takkan dah nak balik..marilah berborak dulu"sapa tapa apabila melihat Azizul sudah berada di atas motor."Tak bolehlah Pa..aku kena balik nak siapkan nasi lemak dan kuih-kuih tu..sian bini aku buat keje sorang-sorang,bukan macam korang "balas Azizul. "Ha jaga-jaga sikit Zul kang terjumpa langsuir"celah Nordin cuba menyakat ."Ala Din tu cite zaman pelita minyak tanah,skang zaman moden..mana ada lagi semua tu" "Cakap besar nanti jumpa baru tau!"dalam deruman enjin motorsikalnya Azizul masih dapat mendengar tempelakan Nordin kepadanya,tapi dai buat tak tahu saja.Malas nak melayan kerenah mereka.Yang penting dia segera sampai di rumah.

Dia bukan mahu cakap besar,sudah berbulan dia berulang alik ke kawasan perumahan Taman Sejati untuk menghantar kuih kepada penjaja di situ dan acapkali itulah juga dia melalui selekoh Tok Soh yang dikatakan keras dan langsuir menjelma disitu.Namun dia tidak pernah terserempak.Acapkali juga telinganya mendengar cerita berkenaan lengsuir di situ namun apabila ditanya kepada yang membawa cerita mereka menafikan pernah menjumpainya sendiri.Sekadar mendapat cerita dari orang lain. Jadi pada Azizul cerita itu sekadar dibuat untuk menakutkan orang yang melalui selekoh itu pada malam hari. "Esok pagi abang keluar awal sikit"kata Azizul pada isterinya ketika sedang memotong daun pisang untuk dijadikan pembungkus nasi lemak."Kenapa pula?Kan masih sempat abang keluar macam biasa?"tanya isterinya dari sudut dapur. "Bos abang tu asyik pandang abang semacam jer kebelakangan ni sebab kerap sangat abang lewat" Azizul bekerja sebagai tukang kebun di sebuah loji air di pinggir pekan Sungai Petani. Azizul sedar setia pagi dia berkejar menghantar kuih ke Taman Sejati yang jaraknya 13 kilometer dari rumah kemudian berpatah balik untuk menghantar anakanya ke sekolah.Selepas itu barulah dia dapat bertolak ke tempat kerja.Memang setakat ini bosnya belum bersuara tapi sekadar menjeling,jadi faham-fahamlah maksudnya itu. Keesokkan hari awal-awal pagi lagi Azizul telah bersiap-siap memasukkan nasi lemak ke dalam bakul sementara isterinya subik menggoreng karipap di dapur."Awal sangat ni bang,jalan raya masih sunyi lagi"isterinya menyuarakan kebimbangan. "Dah pukul 5 awal ape lagi,van kilang pun dah keluar amik pekerja masa ni.Dahla mintak kuih tu"balas Azizul sambil mengikat raga di pelantar motornya. Azizul menhidupkan enjin motornya dan meredah kegelapan pagi untuk ke Taman Sejati.Memang benar kata isterinya jalan masih sunnyi.Tiada satupun van kilang yang berselisih dengan pagi itu.Rupanya hari itu hari Ahad,semua pekerja kilang bercuti.

Pagi itu suhu amat sejuk membuatkan Azizul mengeletar kesejukan.Pandangannya terhad kerana cuaca berkabus. Namun dia tidak berani menambah kelajuan motornya kerana bimbang terlanggar lembu-lembu yang mungkin tidur di tengah jalan raya.Biasanya lembu itu gemar tidur di atas tar untuk memanaskan badan. Ketika melewati Selekoh Tok Soh seorang gadis menahan motorsikalnya.Azizul memberhentikan motornya di hadapan gadis itu.Pada fikirannya mungkin gadis itu pekerja kilang yang keluar untuk bekerja pada hari minggu bagi mendapatkan duit lebih. "Nak beli kuih?"Gadis itu mengangguk, baunya sungguh harum.Namun Azizul tidak ambil pusing kerana padanya gadis dan wangi-wangian memang tidak dapat dipisahkan. Azizul sudah lali dengan bau pewangi gadis pekerja kilang apabila mereka singgah di gerai tempat dia meletakkan kuih.Bila lima gadis turun serentak bau wangi itu takkan hilang walaupun van kilang telah berlalu pergi. Oleh kerana suasana masih gelap Azizul mennyalakan lampu suluh yang dibawanya bagi membolehkan gadis itu memilih kuih yang dikehendakinya.Gadis itu mencapai plastik yang tersangkut di raga motor lalu mengambil 2 bungkus nasi lemak dan 3 ketul kuih seri muka. "Dua ringgit semuanya"kata Azizul.Gadis itu menghulurkan dua keping wang kertas dan berlalu pergi.Azizul memasukkan wang itu ke dalam kocek seluar sebelum meneruskan perjalanannya. Ketika mebuat pusingan dia sengaja menghalakan cahaya lampu motornya ke arah gadis itu.Boleh tahan cantiknya,getus hati Azizul. "Cuti-cuti pun kerja juga?"Azizul sengaja melontarkan soalan itu. Tetapi tidak dibalas,hanya senyuman yang terukir id bibir.Azizul kembali meneruskan perkjalananya.Dalam hati terdetik betapa beraniya gadis itu menunggu van kilang dalam kegelapan malam di tengah-tengah kebun getah pula. Biasa dia melihat gadis menunggu van kilang di awal pagi seperti itu tapi mereka tidak berseorangan, biasanya berkumpulan atau ditemani oleh seorang lelaki. "Jangan-jangan itu langsuir yang dikatakan Nordin semalam""Ah mengarut jer,kalau langsuir pasti dia dah pamerkan muka sebenar masa aku berenti tadi.Takkan langsuir nak makan nasi lemak.Kuih seri muka tu nak buat tambah seri muka dia ker?"kata Azizul seorang diri sambil tergelak kecil. "Awal pagi ni?"tegur penjaja menyedari dia tiba awal dari kebiasaan. "Nak cepat Bang Man.Hari ni kuih seri muka kurang 3 ketul dan nasi lemak kurang 2 bungkus,ada orang beli tengah jalan tadi."Beritahu Azizul sebelum meninggalkan tempat itu. Azizul bergegas pulang ke rumah untuk menghantar anak ke sekolah pula.Dia mengerjakan solat Subuh sambil menunggu anaknya menyiapkan diri. "Ayah ,mak suruh minta duit belanja dengan ayah sebab hari ni mak takde duit kecil,"katanya anak sulungnya apabila mereka tiba di depan pintu pagar sekolah. Azizul menyelok kocek seluarnya untuk mengambil duit 2 ringgit yang diberikan oleh gadis pagi tadi.Tapi dia hairan tiada duit cuma daun getah kering 2 helai terdapat disitu.

Tercenggan seketika Azizul dibuatnya.Merasa tak puas hati dia menyeluk pula kocek sebelah lagi,kosong. "Dari mana datangnya daun getah ni,seluar ni baru aku keluarkan dari almari,"akalnya ligat berfikir. Sesusuk tubuh gadis tadi terbayang di matanya.Barulah dia sedar gadis tadi bukan gadis biasa,mungkin jelmaan langsuir. Buktinya 2 helai daun kering ditangannya kini. Seminggu juga Azizul dilanda demam terkejut dan selepas kejadian itu dia tidak akan keluar menghantar kuih selagi belum jam 6 pagi.

Kisah Seram - Bunyi Orang Mandi Dalam Bilik Air.



 

Dunia Seram - Cerita ni pun berlaku kat aku, 7 tahun yang lalu. Masa tu aku join satu aktiviti peringkat kebangsaan dan kami ditempatkan kat sebuah maktab perguruan yang femes di Sarawak (nama dirahsiakan). Untuk pelajar pompuan sekolah kami dan tiga sekolah yang lain, kitorang ditempatkan di sebuah hostel lama yang berdepan dengan padang berkumpul. Wah~ kitorang hepi sangat sebab kat situ la makanan diedar dan bas ambik kitorang, jadi tak payah susah2 kejar bas.

Nak dipendekkan cerita, malam ke-3 atau ke-4 kalu tak silap, kitorang berlatih untuk hari merdeka sampai lewat malam. Kitorang naik bas pertama yang datang pada pukul 12:30. Jalan masa tu sunyi sangat jadi bas tu pecut laju giler sampai ke maktab. Dengan mata telepuk layu dan mengigau cari bantal, kitorang (aku dan Hajar, kawan aku) pun naik tingkat satu, buka suis, tuka baju lalu terus tidur. Aku tak sedar berapa lama aku tidur tapi aku terdengar bunyi alarm clock dari henpon kawan sebilik aku, Appy yang tidur kat katil ke-3 kalu tak silap. Appy selalu set jam pukul 2 pagi jadi aku terus bangun dalam keadaan separuh sedar dan bergegas nak ke tandas. Biasanya, waktu macam tu budak pompuan sekolah lain yang duduk tingkat bawah dah sapu semua bilik air dan tak kasi peluang untuk kitorang mandi (dah la tak senonoh, jalan pakai spender je...cis).

Jadi, aku pun pergi la kat tingkat bawah dengan baldi merah aku. Entah apa pasal, hari ni tak ramai pulak yang rushing. Cuma ada beberapa bilik air yang ada orang tengah mandi. Aku biasanya mandi dalam tandas sebab boleh kencing berak semua sekali jadi aku malas la nak kisah pasal bilik air. Tapi pagi tu, aku mandi agak cepat. Tak sampai 10 minit pun. Aku pun tak berak pagi macam biasa. Sampai je kat bilik, Appy dan Hajar pergi ke bawah, tinggallah kawan aku yang lagi sorang masih tidur tak bangun2. Habis je kawan aku mandi, aku tanya, siapa yang mandi dalam bilik air berdepan dengan pintu masuk (sebab aku tiba2 rasa musykil). Tapi kawan aku kata lantai bilik air kering dan pandang muka aku dengan wajah konpius.

Jadi, adalah lebih baik aku tak tau sapa yang mandi seangkatan dengan aku pada pagi tu.


Credit:Sumber

Kisah Seram - KUCING HITAM DI MUKA PINTU


Dunia Seram - Kisah kali ini adalah berkenaan dengan kucing.Aku pasti ramai antara pembaca yang menyukai kucing sepertiku.Aku obses dengan kucing kerana ia haiwan yang manja dan penyayang.Ada juga kucing yang nakal dan berpura-pura baik didepan kita...sebab itulah ada peribahasa mengatakan " alim Kucing".Maksudnya berpura-pura baik ..kalau korang semua nak kenal kucing yang pura-pura biak nie senang aje...pandang mata kucing tu..kalau mata dia terkelio-kelip macam nak mengorat kita..haa...tu adalah maksudnya..nak curi ikan atau nak mintak makanan ....
Kisah kucing wujud tak diketahui pulak aku kecuali yang aku tahu kucing adalah sahabat nabi.Walaupun ada ketika kita naik menyampah jika kita pergi ke warung tetiba ada pulak seekor...dua ekor kucing mengeselkan badannya ke kaki kita dan buat muka kesian nak ikan..kita ni yang pemurah bagilah kucing tu makan....hahaha...baiknya hati..tapi ada jugak rasa nak marahkan? kalau kucing tu memilih pulak....taknak makan itu...taknak makan ini...Pengalaman aku aku pernah kena cakar dengan kucing betina nih sampai terbenam kukunya di kulit tangan aku dan darah mengalir bercucuran...uhh...terasa pedih sangat dan aku terperanjat sangat dia cakar aku macam wolfrine......

Tapi aku tak salahkan kucing tu sebab bagiku kucing tu lapar kot.Takperlah...bukan tak boleh baik pun luka aku nih....tapi bagaimana ada manusia yang kejam macam video dibawah ini
kejammnya manusia itu..tapi walaupun ianya hanyalah seekor kucing..jiwanya tetap tabah..kita bolehkah setabah itu...
Kisah kucing memang boleh membuatkan kita marah ,sayang dan terharu tetapi jika menyeramkan...bagaimana pula ??

Kucing hitam banyak dikisahkan didalam novelis seram yang menyatakan bahawa kucing boleh menjadi belaan ataupun makhluk halus yang menyamar sebagai menjadi haiwan untuk menjadi pemerhati kepada tuannya agar dapat mengawasi tingkah laku mangsa.kisah aku ini diceritakan ini adalah dari sedutan kisah terperinci dari kakak ku berkenaan dengan kucing ini sehinggakan aku dapat mengambarkan dan mengzahirkannya di kotak fikiranku bagaimana kejadian yang berlaku itu sehinggakan aku dapat merasai keseraman tatkala berlaku dihadapan mata...yang selama ini tidak pernah aku duga...

Selalunya keluarga kami amat sukakan kucing dan pernah membela seekor kucing jantan yang yang dinamakan "untung".Kucing kami ini sombong sikit dan tidak berapa gemar bermanja-manja tetapi jika ia pulang atau pergi keluar rumah...ia pasti akan mengiaw seakan membertahu bahwa ia hendak keluar atau meberikan salam bila balik ke rumah...Kakak ketiga aku sudah berkahwin dan berpindah ke bangi dan menetap disana.Di kawasan kejiranan flat yang dihuni dalam keadaan bertingkat-tingkat..selalunya penghuni hanya membela haiwan perliharaan di dalam rumah sahaja dan jarang dibiarkan bebas merayau di koridor agar kucing tidak membuang kotoran atau kencing merata-rata....

Bila dibela di dalam rumah kucing selalu akan manja sangat dan kadang-kadang takut dengan dunia luar..tetapi sekali kita ajar dia keluar..hari-hari macam ' KUCING KEPANASAN' sebab ada ramai "awek" kat luar....mana best duduk dalam rumah....macam orang jugak....hahahaha..

Suami kakak aku pun ada membela seekor kucing hitam yang katanya dia jumpe di bawah tangga rumah..Anak kucing yang mempunyai mata yang galak dan berwarna hitam pekat itu dibawa naik atas dasar kasihan.Kebetulan kakak aku tinggal dirumah seorang diri dan surirumah tangga sepenuh masa dan atas sebab itu abang ipar aku pikir bolehlah dibuat sebagai haiwan peliharaan..

Pada mulanya kucing yang dinamakan " tam " itu okay sahaja...manja,pandai bawak diri dan jarang membuat bising atau merayau di dalam rumah yang banyak penjuru atau ceruk-ceruk.Tam hanya berbaing di kawasan kegemaran dia dan akan bermain dengan abang ipar aku.Abang ipar aku pun amat senang dengan sikap tam yang nampak kurang mengada-ngada.

apabila sampai waktu malam waktu kakakku masuk ke bilik..pasti kakak aku akan melihat tam sudah tidur di tempatnya.Bila tam ada di ruang tamu..kakak aku pun masuklah tidur macam biasa.Kadang-kadang kakak ku cerita ada malam-malam yang tetentu kedengaran bunyi seakan bising dan pinggan berlaga didapur.Bila kakak aku bangun dan menjengah ke ruangan dapur...tiada apa-apa yang bergrak atau terjatuh.Kakak aku terus menuju kebilik setelah pasti tiada apa yang terjadi.Khuatir juga jika ada pencuri masuk dan menyelongkar rumahnya..

Semasa melintas di ruang tamu..kakakku terpandang kelibat kucing hitam seakan tam berlari pantas ke dapur..kakak aku menoleh tetapi melihat tam tidur di tempatnya..Sangkaan kakakku..matanya mengantuk..jadi mungkin dia salah tengok..mungkin juga tikus yang berlarian riang setelah tuan rumah dah tidur.....Masa berlalu kakakku telah terlupa tentang kejadian itu.Pada suatu malam..abang iparku bali lewat kerana mengantikan pekerja yang ponteng pada malam itu.Jadi mungkin hanaya esok pagi sahaja abang iparku pulang,Kakak ku seperti biasa..pada malam jam 8.30..kakakku menonton televisyen serta menyiapkan makan malam.Sambil memasak didapur..suara penyampai tv3 membaca berita amat jelas kedengaran.Rumah flat kakakku itu pintunya tebal dan kedap bunyi..dan jika radio terpasang kuat pun..hanya berkumandang di dalam rumah sahaja..dan tidak menganggu jiran sebelah menyebelah...kakakku sengaja memasang kuat TV itu kerana kadang -kadangkala kakakku merasa seperti dirinya sedang diperhatikan oleh sesuatu....Apabila ada bunyi-bunyian di dalam rumah kakakku tidak terasa sunyi dan seram...

Tam seperti biasa baring dan melihat skrin televisyen yang memeaparkan gambar yang bergerak-gerak.kakakku tiba -tiba terlihat seperti seekor kucing menyelinap di celah kerusi.Kakakku terpandang sekilas dan segera mencari arah kucing ( yng disangkakan Tam) di mana kali terakhir ianaya dilihat.Kakakku tersangat haitan kerana Tam masih ditempatnye..khusyuk melihat tv.Hati kakakku tak sedap dan segera menyudahkan kerja di dapur dan segera ke depan televisyen untuk menonton.Kakakku melihat Tam tiba-tiba bangun dari tempatnya dan menyembunyikan dirinya di celah kaki kakakku.Kakakku bertanya kepada Tam yang kelihatan mengeram perlahan dan merenung di sekitar seperti ada sesuatu yang menganggu matanya...

Tiba-tiba..terpaku dan mengigil kakakku melihat susuk kucing yang besar berwarna hitam merenung kakakku dengan tajam.Mata kucing itu bersinar dan berwarna merah merenung tepat ke arah kakakku.Kakakku masih terpaku kerana terlalu terperanjat dan takut.Bagaimana kucing yang agak besar itu boleh masuk ke rumah sednagkan kakakku telah mengunci pintu sedari pukul 7.00 malam tadi???

Kakakku teus beristigfar..dan cuba bertenang.Tam seperti agak takut melihat kucing yang boleh dikira sekali besar dari saiznya..Segenap kekuatan kakakku cuba melawan cara halus...

kakakku membacakan ayatul kursi dengan kuat dan cuba membacanya dengan betul walaupun terlalu gugup...semakin kakakku membaca dengan kuat...kucing itu bagai melangkah kedepan..menghampiri kakakku yang kecemasan...

Matanya yang merah menyala bagaikan ada nyalaan api didalammya amatlah menyeramkan..suasana yang agak tegang menengelamkan segala bunyi televisyen.Kakakku cuba sedaya upaya menghabiskan bacaannya dan mengulanginya beberapa kali..Sambil itu kakakku cuab menghalau kucing misteri itu

" aku tak kenal kau...buat apa kau datang sini..." kata kakakku..
" baik kau keluar dari rumah ini dan balik ke rumah tuan kau.." sambung kakakku lagi yang telah mula berani..

kakakku segera mencapai sebatang kayu yang ada di tepi kerusi iaitu kayu seakan rotan padu yang memang disimpan didalam rumah untuk menghalau binatang berbisa.Kakakku mengacukan kayu itu ke arah kucing misteri itu.

Kucing misteri itu berhenti dan memandang dengan marah.Mulutnya terbuka mempamerkan taringnya yang panjang dan tajam.Sekali lagi kakakku terpaku kerana amat panjang dan luar biasa taringnya.kakakku telah pasti itu bukan kucing biasa...dan jelmaan daripada makhluk halus..Kakakku terus menghayunkan kayu dan bangun mengejar kucing misteri itu.

Kucing itu tiba-tiba terus melompat ke arah tingkap dan menghilang begitu sahaja..Kakakku yang pucat lesi kerana amat terkejut kucing itu tiba-tiba melompat keluar terus terduduk dan mengucap beberapa kali..



Credit:Sumber

Kisah Seram - Diganggu Roh





tentera jepun

Tentera Jepun – Diganggu Roh

Dunia Seram - Ketika ditawarkan memasuki sekolah berasrama penuh, hati Zaliah sudah berbunga bunga. Seronoknya tidak dapat diluahkan dengan kata kata. Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk memasuki asrama dan belajar berdikari si rantau orang.
Hari pertama masuk ke sekolah tersebut, Zaliah berasa tidak sedap hati. Pertama kali dalam hidupnya terasa demikian, namun dia tidak mengendahkannya. Mungkin kerana terlalu seronok, ujar Zaliah didalam hati. Matanya meligas memandang bangunan asrama yang kelihatan agak usang. Menurut teman temannya, sekolah itu dibina dikawasan bekas markas tentera jepun. Pelbagai kisah misteri pernah dikaitkan dengan sekolah tersebut membuatkan Zaliah seram sejuk.
Suatu malam ketika semua penghuni asrama telah lama diulit mimpi, secara tiba tiba Zaliah dikejutkan dengan suara orang berkawat dipadang sekolah. Dia cuba untuk melelapkan mata, namun suara itu terlalu kuat hingga menggangu tidurnya. Sambil memejamkan mata, Zaliah membebel bebel tidak puas hati, mengharapkan suara itu senyap. Tapi suara itu tidak juga berhenti.
Sambil mengosok gosok mata, Zaliah lantas bangun menuju tingkap yang menghala ke padang sekolah. “Siapalah yang pagi pagi buta dah berkawad ni?” getusnya geram. Dengan perlahan dia membuka cermin tingkap. Matanya yang layu terkebil kebil memerhatikan suasana padang yang lengang. Eh, suara bukan main kuat. Tapi mana orangnya? Desis Zaliah didalam hati. Puas dia mencari, namun hampa belaka.
Suasana dingin tiba tiba mencengkam malam. Zaliah mula merasa seram. Fikirannya mencari cari alasan logik dari mana datangnya suara itu, namun dia buntu. Angin malam yang tiba tiba menderu ke arahnya membuatkan Zaliah kalut. Dengan pantas jemarinya segera menutup tingkap dihadapannya.
Bila diamati suara itu, Zaliah dapat mendengar bait bait ayat yang dituturkan. Namun dia gagal memahaminya kerana ia tidak dlam bahasa melayu mehupun inggeris, sebalinya bahasa jepun! Tidak menunggu lama, Zaliah bergegas ke katilnya. Sambil berselebung, dia cuba untuk melelapkan mata.
Apa yang menghairankannya, tidak ada seorang pun diantara rakan rakannya yang terjaga. Walhal suara itu begitu kuat. Malisa, Wati, Amnah, semuanya seolah olah telah dipukau. Belum sempat tidur lena, tiba tiba tidurnya diganggu sekali lagi. Kedengaran jelas dicuping telinganya bunyi orang berjalan diluar dorm sambil mengheret rantai besi, seolah olah mangsa tahanan yang telah dirantai kaki.
Hati Zaliah mula berdebar debar. Fikirannya mula menerawang teringatkan kata kata orang tentang sekolah itu. Sekolah yang bertapak di kawasan bekas markas jepun itu dikatakan telah banyak kali ‘memakan’ mangsa, namun Zaliah tidak mengendahkan kata kata mereka kerana terlalu ingin memasuki sekolah berasrama penuh.
BElum hilang debaran yang mencengkam dadanya, tiba tiba Zaliah merasakan bunyi tapak kaki itu berhenti dihadapan pintu dormnya. Serentak itu kedengaran pintu dorm dibuka orang. Jelas diruang mata Zailah sesusuk tubuh besar setinggi pintu dorm berdiri dihadapan pintu. Tubuh Zaliah menggigil menahan rasa takut. Hampir hampir dia terjerit tatkala sesusuk tubuh itu malengkah masuk ke dorm sambil megheret rantai besi dikakinya.
Sambil berselubung, Zaliah dapat melihat rupa lembaga itu yang sungguh mengerikan. Matanya terjojol keluar, kulit tubuhnya yang terkoyak disana sini dan baunya yang cukup hanyir membuatkan Zaliah hampir termuntah. Namun dia cuba bertahan. Mulutnya terkumat kamit membaca ayat ayat suci al Quran dengan harapan lembaga itu tidak akan mengapa apa kannya.
Semakin lama sesusuk tubuh yang berpakaian tentera inggeris lama itu semakin hampir dengan katilnya. Serta merta bau busuk mula menyusuk hidung. Hatinya tambah berdebar apabila melihat lembaga itu cuba menyentuh Malisa yang tidur disebelahnya. Dia cuba untuk bersuara untuk megejutkan temannya itu, namun suaranya seolah olah tersekat dikerongkong.
Zaliah menjadi benar benar tidak berdaya. Badannya terasa lemah longlai.. Syurlah ketika itu hatinya masih dapat membaca ayat ayat al-Quran. Berkali kali lembaga itu cuba menyentuh Malisa, namun tidak berjaya hinggahlah akhirnya ia hilang begitu saja. Manakala Zaliah pula tiba tiba pengsan tidak sedarkan diri.
Keesokan paginya, kecoh satu sekolah apabila Zaliah tidak sedar dari tidur. Dia terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Zaliah bagaimanapun telah sedarkan diri lewat petang itu dan dibawa pulang ke kampung untuk berubat secara tradisional.

Sabtu, 1 Ogos 2015

Kisah Seram - Kak Lang


Kak Lang hampir diculik 
 .......
Dunia Seram - Dalam sekitar tahun 1980-1996, Mak dengan abah membela lembu bagi menampung ekonomi keluarga. Anak ramai, 7 orang semuanya. Dah la ramai yang bersekolah lagi. Setiap kali nak start musim sekolah tahun baru je, mesti mak n abah jual seekor lembu bagi membiayai yuran sekolah, beli barang2 sekolah. Pada mulanya, lembu yang dibela hanya kurang dari sepuluh ekor, Alhamdulillah, semakin meningkat tahun semakin bertambah bilangan lembu-lembu peliharaan orang tuaku. Paling banyak mak cakap adalah sampai mencecah 50 ekor.
Pada sebelah pagi, kakak2 n abang2 ku semua pergi sekolah... Mak n abah pula pergi menoreh getah. Bila tengahari, budak2 balik sekolah, mak aku akan membawa anak2 nya pergi menjaga lembu. Tapi, mak aku dia tak bawak semua anak2 dia. Along aku kuat ngelat, dia malas jaga lembu. dia selalu bagi alasan nak masak kat rumah n menjaga adik2 yg kecil lagi. So, yg selalu jadi mangsa jaga lembu time tu adalah kak lang n abang ngah aku. kak tih, abang meon, kak cik dan aku masih kecil lagi masa tu. so, kitorang duk umah main konda kondi je lah.
Lokasi kandang lembu kitorang tu terletak di dalam kebun getah milik mak aku. Kebun getah tu pulak bersambung dengan kebun getah jiran2 aku. Boleh diklafikasikan sebagai ladang getah jugak la. Bila selepas waktu Zuhur, mak akan bawa abang ngah n kak lang aku yang masih besekolah menengah tu pergi ke kandang lembu. Pintu pagar dibuka, maka lembu2 mak aku pun dengan riangnya keluarlah selepas seharian dikurung. Mak aku akan membawa lembu2 ni pergi meragut rumput lalang yang segar bugar di kawasan yang tak berapa jauh dari kebun getah kitorang tu. kiranya masuk kawasan kebun getah orang lain la ni.
Lembu2 tu dibiarkan makan kat situ. Mak, abg ngah n kak lang duduk kat satu port yang redup untuk membuat kerja sekolah sambil memerhatikan lembu2 tu makan. Bila dah lewat Asar, mak aku mengajak abang ngah n kak lang balik. Maka, lembu2 tu pun menuruti arahan mereka bertiga. Semua lembu dah masuk dalam kandang. Mak aku dah kira siap2, semua cukup.
Tiba-tiba abang ngah jerit kat mak, cakap yang kak lang dah hilang. Mak aku ni dah rasa lain macam dah. Dia tau ada satu tempat dalam hutan tu mcam keras sikit. So, tampa bazir masa mak aku suruh abang aku setelkan lembu yg dalam kandang tu dulu. Mak aku gi kat lokasi yang keras tu. Sah! Kak Lang tengah berjalan nak masuk dalam "kawasan" itu. Nasib baik mak aku sempat panggil n tarik akak aku sebelum masuk dalam belukar tu. "Orang nak cari Dara, tadi nampak dia masuk dalam hutan ni," Ujar akak aku sambil ditarik mak aku menuju ke kandang lembu kitorang. Untuk pengetahuan semua, Dara tu adalah nama untuk satu lembu betina kitorang. Mak yakin yang Dara dah masuk dalam kandang dah tadi. Abis, lembu ke apa ke yang kak lang aku nampak tadi tu? Nak kata babi hutan, menurut kak lang, dia memang nampak jelas Dara masuk dalam hutan tu.
Menurut mak, mungkin makhluk halus yang mendiami belukar tu berminat nak menculik akak aku. Dan dengan itu, dia menjelmakan lembu supaya akak aku terpedaya. Nasib baik tak ada apa2 yang terjadi. Syukur Alhamdulillah

Kisah Seram - Pondok Pisang



Dunia Seram - Lepas kene selubung dengan ustaz Salleh,amin sedar2 die terbaring kat bawah pokok pisang dalam satu kawasan kampung..mase tu dah siang..lepas tu datang sorang pakcik..ntah ape name..amin ade sebut,tapi aku tak ingat..xpe,kite letak la name die Pak Man la eh…
Pak Man ni owner kebun pisang tu…agak die nampak amin macam lost,die bawak la amin balik…dalam perjalanan balik ke rumah pak man,amin tengok keliling sume orang kampung tu pakai kupiah…perempuannya pun macam tu…semua bertudung..takde yang free hair dari kecik hingga ke dewasa..amin kebetulan pakai ‘suit’ ngaji die malam tadi..memang cun r masuk channel..suasana kampung pun agak
purba..sebab motor kereta semua antik2 belake…sampai kat rumah pak man,amin kenalkan diri…pak man tanye die datang dari mane…amin sebut la name taman tempat kitorang duduk..pak man cakap takde name taman yang amin cakap tu kat situ…pak man assume amin sesat..amin jadi makin gelisah la…die menangis sepanjang hari kenangkan parents die..sebab amin ni anak tunggal…pak man cube la pujuk amin dalam satu hari tu…malam tu,pak man janji esoknye akan cari ‘taman’ yang amin cakap tu..
Seperti dijanjikan, lepas sarapan pagi,pak man bawak la amin untuk cari ‘taman’ die tu…pak man tanye la orang2 kampung yang berselisih dengan mereka..takde sorang pun tau pasal ‘taman’ tersebut..mereka berdua kecewa…pak man cakap,kalau 3 hari cari rumah amin masih tak jumpa,pak man janji akan amek amin sebagai anak angkat..dan duduk dengan pak man selagi tak jumpa rumah amin…memandangkan anak pak man semua perempuan dan belum ade anak lelaki lagi mase tu…
3 hari berturut2 cari ,masih tak jumpa…confirm la amin jadi anak angkat pak man..since hari tu,pak man jage amin macam anak sendiri…jage makan / pakai amin….hantar amin gi sekolah…pak man membesarkan amin dengan penuh kasih sayang katenye…walaupun berat hati,lame2 die selesa dan amat serasi dengan keluarga baru die tu..
bak kate pepatah,orang berbudi,kite berbahase,tamat sekolah zaman sekolah Amin,dia lah yang usahakan kebun2 pak man demi menyambung warisan pak man..memandangkan pak man dah makin tua dan Amin satu2nya ‘anak’ lelaki pak man.
dipendekkan cerite, dewasanye si amin,pak man satukan amin dengan salah sorang anak pak man..hasil hubungan diorang,amin dikurniakan seorang cahaya mata…’hero’ katenye…so,mereka bahagia la hidup hingga anak mereke ni mule sekolah…
nak di jadikan cerite,satu hari, anaknye pulang dari sekolah dan terus mencari amin di kebun..kebetulan mase tu amin tengah kutip buah pisang untuk di jual….agak terkejut si amin,sebab anaknya tu tak terus pulang ke rumah..tiba anaknya,terus ditanya “ayah,ape beze manusia nyata dengan kite yang ‘BUNIAN’ ni ayah??” amin pun,”haaaaaa??!!!!” amin terus tak sedar…sedar2 die dalam rumah ustaz salleh….
Macamtu la kisah si amin…
agak mengarut kan??
Berpuluh tahun hidup kat situ rupenye satu hari pun tak sampai duk kat rumah ustaz salleh…
Tapi,lepas dari haritu,perubahan yang sangat ketara terhadap diri amin…’lurus’nye dah hilang…amin nampak lebih matang dari kitorang..kadang2 kite buat bende tak betul sikit,die akan nasihat…dah macam orang tua dah si amin tu…padahal sebaye je..nasihat2 die semuanye logik dan boleh diterime…mungkin sebab die dah ade ‘anak’ kot..tu yang mematangkan die…
Tak tau la samade amin hanye mimpi waktu tu,atau die betul2 pergi ke alam ‘bunian’…wallahualam…Allah je yang tau sejauh mane kebenaran perjalanan si amin…. Ustaz salleh pun takde komen banyak pasal benda ni…mungkin amin agak istimewa…tp die memang dah banyak berubah…die seolah2 bukan rakan sebaye aku time tu…
Bile sekarang ni aku fikir balik pasal hadiah yang selalu ustaz salleh bagi (barang2 antik), untuk murid die yang cemerlang tiap2 minggu tu,besar kemungkinan ustaz salleh ade kaitan dengan ‘mereke’…1- sebab kalau barang antik tu ustaz salleh punye,takkan die boleh bagi suke2…pade aku,ade sentimental value tu….2- die boleh hantar amin ke ‘sane’..

Rabu, 27 Mei 2015

Kisah Hantu - Kalimantan Timur

 


Dunia Seram - Kalimantan Timur yang luas wilayahnya satu setengah kali Pulau Jawa, adalah sebuah kawasan yang berpenduduk sangat sedikit dari daerah pulau pulau lain di Indonesia. Tentu daratan ini memiliki hutan yang sangat luas. Dalam sebuah desa atau dusun ada yang hanya berpenduduk paling banyak dua puluh jiwa.

Walau hutan hutan di Kalimantan Timur telah porak poranda akibat illegal logging dan ’banjir kap’ sejak tahun 70-an yang dilakukan berbagai perusahaan kayu, tetap saja hutan hutan ini tak pernah habis. Kerusakan ekosistim akibat pembabatan memang ada, namun tak banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat pedalaman yang tinggal diberbagai pelosok desa atau dusun.

Pada waktu tahun-tahun 70-an ke bawah, hutan di Kaltim sangat kaya dengan hasil hutan ikutan seperti damar dan rotan. Belum lagi hasil yang terkandung di dalam buminya. Dan setiap hutan sudah tentu ada penunggu atau penghuni yang tak terlihat, dengan sebutan lain kalau bukan orang Gaib atau Bunian, pastilah disebut “Hantu Hutan”. Begitulah kepercayaan masyarakat yang berdiam di daerah pedalaman yang hingga sampai saat sekarang masih sering menjadi buah bibir.

Kalau yang disebut orang bunian atau orang gaib hanyalah satu. Tetapi kalau yang disebut hantu, sangatlah banyak dan beragam. Ada Hantu Orang, yang kalau berjalan dengan rambut terurai ke depan menutupi wajahnya. Ada Hantu Kuyang, yang kerjanya mengincar orang beranak atau mati muda.

Hantu yang satu ini senang mengisap darah orang yang hendak melahirkan atau memakan mayat wanita muda yang meninggal karena melahirkan. Ada Hantu Penanggalanan. Hantu yang satu ini berbentuk kepala tanpa badan dan terbang ke sana ke mari dengan incaran yang sama seperti Hantu Kuyang. Bedanya dia dapat bepergian jauh dengan kepalanya yang bisa terbang.

Ada lagi yang disebut Hantu Bangsi. Hantu ini keberadaannya di dalam hutan dan berbentuk wanita menggendong anak memburu siapapun yang bisa jadi mangsanya. Anak yang digendongnya masih dengan tali pusar yang terjulur dari kemaluan hingga ke pusar si anak yang digendong. Hantu ini memberi tanda pada mangsanya yaitu dengan setumpuk bercak bercak darah di atas tanah sebanyak tujuh tumpuk.

Jadi siapapun yang menemukan bercak darah tersebut jika tak cepat kembali, atau terus berjalan hingga ketumpukan yang ke tujuh, maka jadilah dia korban si hantu. Anak bayi yang digendong dilemparkannya ke arah korban. Anak tersebut langsung melengket dan mengisap darah korban dengan darah yang disalurkan melalui tali pusar kepada ibunya. Korban akan mati kehabisan darah dengan sangat mengerikan karena selain kehabisan darah korban bagai mengering keriput seperti mayat yang dikeringkan.

Ada lagi yang disebut Hantu Kesot. Hantu ini tidak berjalan dengan kakinya tetapi dia berjalan dengan pantat yang dikesotkan di atas tanah. Hantu ini kebanyakan menunggu mangsa yang lewat ditempat dia tinggal. Sasarannya bukan hanya manusia tetapi juga binatang seperti rusa dan babi.
Dia baru pindah dari tempatnya ke tempat yang baru jika sudah dapat mangsa. Tetapi jika belum selama itu pula dia berada di sana. Bentuknya seperti Orang Hutan, tetapi dia bisa tak terlihat dan mampu mempengaruhi mangsa agar mendekat kepadanya.
Ini kata cerita, namun ada pula yang mengatakan Hantu Kesot ini adalah Orang Utan yang sudah tua dan tak lagi mampu berjalan sehingga dia hanya menanti mangsa yang melaluinya. Namun jika benar mahluk tersebut adalah orang utan yang telah ketuaan, tentu jika dia mati ada yang pernah menemukan bangkainya. Benar tidaknya hingga sampai sekarang tak ada yang pasti mengetahuinya.

Masih lagi cerita tentang hantu. Kali ini ada yang disebut Hantu Lungun. (Lungun adalah semacam peti mati suku Dayak pedalaman yang masih menganut agama kepercayaan). Ceritanya jika ada orang yang meninggal, mayatnya dimasukkan ke dalam Lungun tersebut yang kemudian ditaruh bersandar pada sebatang pohon besar, tidak dikebumikan seperti orang yang sudah memeluk agama Islam atau Kristen.

Lungun tersebut tidak selamanya berada di tempat itu. Pada waktunya Lungun tersebut dibawa dan dikuburkan pada suatu lubang di tebing pinggir gunung. Kalau orang lagi bernasib sial, dia bisa berjumpa dengan hantu Lungun ini. Tetapi bukan berarti yang jadi hantu adalah orang mati yang dibuat ke dalam Lungun tersebut.

Hantu yang disebut hantu Lungun ini akan mengejar mangsanya dengan jalan seperti bertumbang lesung. Korban yang dikejar akan ditimpa peti Lungun tersebut hingga tewas. Tentu saja tewas, karena yang menimpa adalah Lungun yang terbuat dari sebatang kayu yang cukup berat.

Ada lagi cerita lain tentang hantu hutan di Kalimantan Timur. Hantu yang satu ini bukanlah hantu pemangsa manusia. Tetapi hantu yang satu ini adalah hantu nakal yang kerjanya mengganggu dan menyesatkan manusia jika berada di dalam hutan. Menurut cerita orang yang pernah bertemu, hantu tersebut amatlah kecil bagai anak anak yang baru berumur lima tahun, namun wajah mereka tua-tua dan kebanyakan berambut merah.

Namun ada pula yang mengatakan kalau Hantu yang disebut “Belau“ ini bukanlah hantu. Tetapi bisa disebut manusia kerdil yang sangat liar. Kerjanya bermain di pinggiran sungai sambil mencari ikan sebagai makanan pokoknya. Dalam bahasa pedalaman “Belau“ itu adalah arti dari sebutan kata liar.

Kesukaan hantu Belau ini menyesatkan orang yang berjalan di dalam hutan. Apalagi kalau si orang tersebut memang sesat. Orang tersebut tambah disesatkan ke arah berlawanan dari asal datangnya. Sering Belau ini meniru suara seseorang dengan menyahuti jika orang yang tersesat memanggil-manggil nama temannya yang terpisah.

Makin sering memanggil dan berteriak. Belau pun makin sering menyahut dan meminta agar menyusuri arah suara sehingga orang yang tersesat tambah sesat dan berhari-hari berputar di situ situ saja.

Menurut cerita, kalau di pinggiran sungai yang berpasir banyak terdapat jejak kaki seperti anak-anak, maka dapat dipastikan jejak tersebut adalah jejak kaki Hantu Belau tersebut. Apalagi jeriji telapak kakinya hanya ada empat jari saja.

Nah hal ini hanyalah merupakan petunjuk kalau sekali waktu memasuki hutan. Jika tersesat jangan berteriak supaya tidak disesatkan oleh Hantu nakal yang bernama Belau ini. Namun kalau ingin mencoba, silakan masukilah hutan di pedalaman, siapa tahu dapat pengalaman dan bertemu dengan manusia atau hantu yang disebut “ Belau “. *habis

Khamis, 23 April 2015

Cerita Seram - Langsir Bergoyang Kuat


Dunia Seram - Kali ni aku nak cite pengalaman aku kat dalam bilik tidur aku kat rumah ayah aku ni..aku memang tak pernah nampak clear lah benda ni. Just kena gangguan, dengar bunyi-bunyi jelah. Setakat bayang-bayang tu ada lah. Hantu yg real tak pernah nampak..
Aku tido bilik sorang-sorang je sebab aku tak suka kongsi apa-apa dengan orang lain..rumah aku ni selalu sunyi sebab ayah dan kakak aku selalu pulang lewat. Adik lelaki aku pula selalu merayap ntah kemana. So aku tinggal kat umah sorang-sorang lah selalu,especially waktu malam..

Kejadiaan ni berlaku pada malam jumaat, tak silap aku tahun lepas kot. Aku kan suka tengok cite-cite hantu so malam tu aku pasang lah dvd cite exorcism; emily rose tu. Aku ni kekadang berani tak bertempat juga. Aku bukak volume cite tu kuat gak. Aku tutup lah lampu bilik. Aku tak suka tido dalam keadaan yang terang.


Dengan berbekalkan cahaya tv tu je lah yg menerangi bilik aku ketika itu. Aku siap tutup pintu bilik aku lagi. Konon tak nak gangguan even aku memang tinggal sorang pun masa tu. Aku pun tengok lah sambil baring kat tilam aku. Sedang aku baring sambil menonton filem tu tetibe aku nampak bayang-bayang yang melintas di depan aku!!!!secepat kilat bayangan tu hilang dari pandangan mata aku.


Aku tergamam sekejap sebab aku terkejot gile. Hati aku dah berdebar-debar, takut. Maklum lah tinggal sorang pulak ketika tu. Yang lagi seram sebab malam jumaat pulak, faham-faham je lah malam jumaat ni memang banyak kisah-kisah angker kan. Aku tengok sekeliling memang takda ape-ape pun.aku kembali berbaring kat tilam tu. Aku kecikkan sikit volume tv aku tu rakot tak dengar kalau orang bagi salam ke apa ke kan. Dah lah umah aku ni luas sebab tak banyak perabot, memang bertambah seram.


Tetiba aku tengok langsir tingkap aku bergoyang kuat seakan-akan ribut akan melanda. Makkk aiiii!! Tak mungkin sebab aku hanya bukak kipas meja je, mana bukak aircond or bukak kipas syiling pun. Aku segera bangon dari tempat tido sebab nak pastikan aku dah tutup tingkap. Mana tau tingkap terbuka ke. Aku check tingkap aku tertutup!!! Dan aku bukak sedikit tingkap aku dan tengok keadaan malam tu. Angin tak kuat pun tau tak!!! Langsir aku terus berkibaran macam ada angin kuat yang menerpa masuk ke bilik aku ketika tu.


Punya lah seram aku, aku pun lupa dah mana suis lampu sebab dah terlampau panik masa tu. Aku kuat kan hati dan start baca ayatul qursi sebanyak 3kali. Punya lah takot aku masa tu hanya Allah jelah yang tau.aku meraba-raba dalam gelap nak cari tombol pintu sbb nak keluar dari bilik tu. Dgn cahaya tv je mmg ssh skt nak nampak. Aku try bukak pintu bilik tetapi gagal. Aku try hampir 6kali,akhirnya setelah aku membaca bismillah baru dapat bukak pintu bilik tu.


Berterabur aku lari ke tangga menuju ke ruang tamu. Aku rela tunggu ayah aku balik dari tinggal sorang dalam bilik aku tu. Bila mereka balik, aku pun dok cite lah kat dieorg, habis aku diegelakkan. Bila belum kena mmg lah tak percaya kan. Kalau dah kena baru tau rasa.sampai sekarang pun aku kalau nk tido pun dalam bilik aku tu, aku akan pastikan lampu tido aku terpasang sebab takot kena benda-benda mcm tu lagi.

Kisah Seram - Jenazah Balik Ke Rumah

 

Dunia Seram - Kisah ini terjadi pada akhir tahun 1990an di sebuah kampung di Selangor. Kisah ini diceritakan semula oleh rakan penulis kepada penulis untuk dijadikan iktibar. Yusuf (bukan nama sebenar) dan Maryam (bukan nama sebenar) tinggal di sebuah kampung yang aman damai. Pada suatu hari Maryam telah mengajak Yusuf menemaninya ke Pekan untuk membeli barang dapur yang sudah kehabisan . Yusuf memang sangat memahami isterinya  yang sangat rajin memasak, sementelah dia bersetuju untuk menghantar Maryam membeli barang dapur di pekan. Setelah penat membeli belah, mereka berdua pun pulang dengan membonceng motosikal ke rumah. Maryam sangat gembira kerana pada hari tersebut dia telah berjanji ingin memasak sedap untuk anak-anaknya. Tiba-tiba tanpa di duga motosikal mereka bergoyang dan beg tangan yang dipegang Maryam di sentap oleh peragut bermotosikal , berlaku tarik menarik dan pada masa itu Maryam jatuh ke tas jalan raya dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Yusuf yang pada masa itu mengerang kesakitan. Jenazah Maryam telah disempurnakan oleh penduduk kampung dan ramai penduduk kampung yang mengucapkan takziah pada Yusuf. Pemergian Maryam sangat dirasai anak-anaknya yang masih kecil dan bersekolah. Setelah di sembahyangkan jenazah Maryam telah di bawa oleh van jenazah ke kubur untuk dikebumikan.
         Sebelumnya lubang kubur khas untuk jenazah Maryam telah digali oleh Pak Kadir sementelah di mengetahui kematian Maryam seperti yang di amanahkan oleh Tok Imam Majid. Van membawa jenazah bergerak perlahan menghampiri kawasan perkuburan dan berhenti di satu sudut kawasan tersebut. Pintu bonet van dibuka , kelihatan adik beradik dan kaum keluarga arwah Maryam dan Yusuf mengusung jenazah ke lubang kubur. Kerja-kerja mengebumikan telah berjalan dengan sempurna jenazah dimasukkan dan dihadapkan ke kiblat. Tiba-tiba hujan turun denga lebatnya tanpa da petanda. Tanah ditimbus dengan segera supaya kubur arwah tidak di masuki air. Pak Kadir dan ahli keluarga jenazah bertungkus lumus menimbus liang lahat arwah Maryam. Sesudah di timbus Tok Imam Majid segera membaca talqin untuk jenazah dalam keadaan hujan lebat dan petir tanpa menghiraukan keadaan jubah putihnya yang basah kuyub. Akhirnya , selesai sudah urusan mengebumikan jenazah tersebut.
        Malam esoknya kenduri tahlil di adakan di rumah Yusuf untuk arwah Maryam , Selesai sahaja kenduri tahlil dibuat...Yusuf yang keletihan sejak petang tadi melayan saudara mara yang melawatnya tertidur di katil. Malam itu Yusuf bermimpi didatangi oleh arwah Maryam yang meminta dia membuka tali kapannya yang terlupa dibuka sewaktu dikebumikan. " Abang, tolonglah maryam..tolonglah bukakan tali kapan maryam....tolonglah". Yusuf terjaga dari tidur dan berfikir sejenak, adakah dia belum membuka tali kain kapan Maryam? Persoalan itu bermain di fikiran Yusuf berulang kali pada malam itu dan menyebabkan Yusuf tidak lena tidur. Yusuf juga terlupa ketika itu...kerana pada masa itu dia hanya memerhatikan dan sedang kesakitan dan tidak dapat membantu menurunkan jenazah Maryam. Tugas itu diambil oleh adik arwah dan beberapa kaum keluarga yang lain. Mimpi itu tidak diceritakan oleh sesiapa, sehinggalah hari yang ketiga berturut-turut dia bermimpi yang serupa. Yusof menjadi tidak tenteram, lalu menceritakan pada Tok Imam Majid.
              Tok Imam Majid menyarankan Yusof membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Setelah laporan telah dibuat oleh Yusof , Pihak Polis, Tok Imam Majid dan beberapa penduduk kampung yang dijemput Yusof datang untuk membantu Yusof menggali semula kubur Maryam. Walaupun berat hati , tetapi bagi Yusof , dia cuba menghuraikan apa yang telah terjadi di sebalik mimpinya. Setelah kubur digali, ternyata benar sangkaan Yusof...tali kain kapan Maryam masih belum dibuka, masing-masing yang berada disitu diam membisu dan tergamam dengan apa yang terjadi ke atas Maryam. Subhanallah !!! Kuasa Allah menentukan segala-galanya. Tali kain dibuka dan tanpa berlengah jenazah dikebumikan semula. Tok Imam membaca talqin semula untuk menghomati jenazah simati.
            Petang itu, gempar cerita mengenai jenazah Maryam digali semula. Namun, bagi Yusof dia redha dengan ketentuanNya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Cerita ini sudah 13 tahun berlaku, tetapi ia sentiasa di ingatan penulis.Kuasa  Allah mengatasi sgala-galanya.

Cerita Hantu - Toilet

Toilet Di Stor Sheila 


Dunia Seram - Sheila ni dah setahun bekerja di sebuah syarikat C ni yang terletak di damansara( aku tak nak sebut mana tempatnya k)..sheila ni penakut sbb tu sifat die dr dulu pun.di pendekkan cite, Kat tempat die bekerja ni di bawah bangunannya ade satu bilik stor yang akan di renovate lah( blm start renovate lg. Ntah bile die pun tak tahu).. So sheila ni terpaksa turun ke bawah selalu untuk check stock and buat kerja-kerja die lah kat sana.


Jadi bekalan air ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja baik pulih, so kire takkan ada air lah kat stor tu..disebabkan tangki di toilet tu bocor juga lah bekalan air terpaksa ditutup..dah banyak kali bahagian management discuss nak renovate tapi sampai sekarang habuk pun takda.satu hari tu sedang sheila menjalankan tugasnya seperti biasa tetiba dia lupa ada barang dia yang tertinggal kat stor bawah tu. So dia pun bergegas lah turun ke stor.


Sampai je kat stor tu, die pun ambil lah barang yang dia lupa nak ambil tadi..tetiba tu dia terdengar bunyi orang sedang flush toilet!!! ( Kalau kite dah habis guna toilet kan kite flush, mcm tu lah). Sheila ni ingat salah satu staff kat situ sengaja on kan kejap, yelah mana tau ada org nak buang air ke apa kan. Dia pun buat tak tahu dan ingin mencuci tangan di singki stor tu. Stor kan berhabuk..dia pun pusing lah kepala paip..


Alangkah terkejutnya Sheila yang air takda!! Waduhhhh!! Dah lah sheila ni penakut. Habis gigil satu badan die. Apa lagi dia pun cepat-cepat blah dari situ dan mengunci semula pintu stor tu dan cepat-cepat berlari menuju ke officenya semula..sampai sahaja diatas dia terus duduk dan menyambung semula tugasnya tetapi otaknya masih ligat berfikir, siapakah yang flush toilet tadi???

Kisah Misteri - BILIK MAYAT


Dunia Seram - Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di sebuah hospital kerajaan di Selangor. Semoga dapat kita ambil iktibar dan tauladan.



 








Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik mayat berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.” Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. “Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!” Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Wallahu’alam…. 


Credit:Sumber

Selasa, 21 April 2015

Kisah Misteri - Kondomanium

 Image result for Kisah Misteri Kondominium

Dunia Seram - Kisah Misteri Kondomanium Kelana Jaya
Pada minggu lepas ilah tido kat umah kawan ilah kat kelana jaya..sebab
ada hal sikit?dia sewa kat condo di kelana jaya dekat ngan giant
lama..
Kawan ilah sewa bilik yang berhampiran ngan dapur..dan tingkapnya
(sliding window) kalau bukak leh nampak dapur ngan tempat sidai baju
dan dekat ngan tempat sidai baju tu ader ruang kecil tenpat buang
sampah Tapi ader pintu berkunci dari dalam .dimana kalau nak buang
sampai..just letak kat situ..dan esok pagi pihak maintenance akan
ambil melalui pintu sampah diluar umah...

Pada malam tu..kami berbual sampai lewat malam siap tutup lampu bilik
.dan hanya bukak lampu tidur jer ..masa tengah berbual tu..kami dengar
macam ada org buka pintu sampah .time nie kami ok lagi sebab kami
fikir mungkin tu kawan serumah kawan ilah kat bilik depan....
Selepas tu ..kami dengar bunyi..org meyelongkar kat dapur..macam cari
sesuatu..ilah nagan kawan ilah dah pandang sesama sendiri bunyi
tersebut makin lama makin kuat siap berlaga2 pinggan mangkuk

"Eh!lain macam jer bunyi kat dapur.". ujar ilah kat kawan ilah... yang
kawan ilah lak muka dia dah lain macam


Ilah pun bangun nak gi kat tingkap sebab nak tengok sapa kat
dapor..tetiba kawan ilah tarik tangan ilah sambil wat signal tangan
kat bibir dia sruh ilah senyap?.pas tu dia bisik kat ilah Ilah jangan
tengoklah ntah apa tah kat dapor tu kita dok diam jerk kat sini "
pujuk kwn ilah sambil peluk tangan ilah...yang ilah dah rasa lain
macam jer..biler tengok muka kawan ilah terketar..pas tu dia bisik kat
ilah.."sebenarnya aku selalu gak dengar bunyi org kat dapor time2
macam nie..sebab tu tingkap tu ..aku tak ..pernah bukak" jelas kawan
ilah

.tetiba bunyik kat dapor ..berhenti dan kami dengar bunyik gelang kaki
perempuan dari arah dapur terus ke ruang tamu...kebetulan masa nie
pintu bilik kami tak tertutup rapat..hanya terkuak sedikit sahaja
bunyi gelang kaki ..semakin lama semakin menghampiri pintu bilik
kami..kawan ilah dah pucat..ilah lak..dah naik bulu roma kat belakang
tengkuk..aduih!..tak leh jadi nih.. tanpa buang mase cepat2 tilah utup
pintu bilik tu dan kunci....


Bunyik gelang kaki tu tetiba terhenti serentak bila ilah menekan punat
tombol pintu dan time nie ilah bersandar kat pintu tu..bila bunyi
gelang tu berhenti..cepat2 ilah..tonggeng sebab nak tengok..kalau 2
leh nampak kaki ker apa ....

tengah dok tonggeng tu tetiba tombol pintu bergoncang ..macam org nak
masuk...terkejut ilahkawan ilah dah menjerit halus..siap tutup mulut
lagi dan start menangis ...Ya-Allah...menyesal gak ilah sebab tido kat
sini

Cepat2 ilah gi kat dia..dan suruh dia bacer apa yang patut..ilah
tengok dia tul 2gabra..last2 ilah suruh dia ikut baca ayatul kursi
ngan ilah..time nie ilah peluk dia dan baca ayatul kursi sama2 ngan
dia..sambil ilah picit kedua belah dibahagian bawah ibu jari dia

Kali yang ketiga kami habis baca ayatul kursi...alhamdullilah .tombol
pintu bilik kami tak bergegar lagi...

Kemudian tanpa disangka..bunyi gelang kaki tu berbunyi kembali..tapi
dari ruang tamu..menuju ke arah dapor...aduih.... janganlah tetiba dia
melekap kat tingkap nie lak...kawan ilah dah pejam mata sambil peluk
ilah cepat2 ilah bacer pendinding..ilah bacer berulang2 kali..sebanyak
33 kali dan tekan ibu jari kaki ilah kelantai..manakala ibu jari jari
ilah masukkan kedalam gengaman ..time nie ilah tul..tawakal...



tetiba kami berdua dengar bunyi pintu besi kat tempat ruang sampah
dihempas dengan kuat..dan bunyi hembusan angin hmmm macam nie
bunyiknay ok..kalau korang dok dalam bangunan..dan time nie..ader ujan
ributt kat luar..pas tu ader angin melanggar dinding bangunan..dia
ader kelurkan bunyikkan aaaaa macamnielah..Cuma lagi sayuuuuuuuu lagi)



Bila pagi..kami berdua gi dapor..dan tengok..pintu besi sampah.tu ada
kopak ker aper..sebab bunyi hentaman yang kami dengar malam tadi kuat
tul hmmmm..terkejut kami berdua..sebab pintu besi tu dalam keadaan
elok..dan siap berkunci lagi.....

Pagi tu..juga..kawan ilah bercerita yang dia memang selalu dengar org
selongkar dapur tapi dia membungkam..jer...dan ader kalanya kena
tindih..tapi malam tadi kira gangguan plg .klimaks lah

Lepas tu..kami bertanya ngan housemate kawan ilah aaaa sorang budak
Brunei..manakala lagi tiga org sabah..dan kesemuannya budak student
UNITAR

Biler kitaorang bukak citer..barulah..dorang bukak citer

Housemate kawan ilah cerita yang dorang selalu dengar org masuk bilik
air tengah2 malam?pastu bunyi air pancut langgar dinding bilik aircm
ader org mandi lama lak tu..dan salah sorang daripada mereka nak guna
bilik air sebab nak buang kecil..siap tunggu dalam bilik ..last2 tak
tahan tunggu keluarlah dari bilik..sebab nak sound org kat dlm bilik
air suruh keluar....

Biler kuar tengok bilik air tu gelapppp jer dan terus dia masuk bilik
tak jadi buang air kecil...

Dorang juga citer..adakalanya ader org ketuk pintu bilik dorang tengah
malam sebanyak tiga kali jerila bukak pintu takder org tapi macam ader
angina lalu pastu..siaplah memang kena tindih bila nak tido


Ilah lak bila dengar..takdernya..ilah nak tido kat umah tu lagi siap
sebelum keluar umah tu..ilah dah bacer apa yang patut..pastu tepok
pintu umah dorang (hu..hu..petua..dan doa abah kasi..biar bende kat
umah tu tak ikut ilah balik .haaaa yang nie jangan tanya..lak camner
ilah wat..tak leh kasi kat org sembarangan)