Rabu, 30 April 2014

Kisah Seram - Hotel Putra Brasmana

Kejadian seram di Hotel Putra Brasmana, Kuala perlis



Sabtu masa kitorg menginap kt Hotel Putra Brasmana lepas dorg jemput aku tu, rupanya ada kisah misteri yg bukan aku sorg je yg kena:) Masa kat umah ni, tengah makan2, abah tiba2 buka cerita. Abah cakap, masa tidur kat hotel tu, ada 'benda' tepuk bahu dia. Sebelah abah ada laluan kt katil tu. So mustahil kalau nak kata adik aku yg ter mengigau ke, dia punya tangan ke yg terkena.


Aku pun buka la cerita juga. Cmni, kitorg ambik bilik berkembar yg boleh buka pintu sebelah menyebelah tu. Ayah aku tidur dengan adik aku kt bilik sebelah. Abang dgn adik aku sorg lagi tu tidur kt bilik sama dgn aku sebab dorg nak tengok bola. Aku tidur awal sebab nak bangun kejap lagi. Sebab kat poli pun aku cmtu, tidur awal untuk stay sampai pagi.

Aku tiba2 terjaga, tv bilik aku mmg dorg tak tutup. So siaran bola tu terbuka cmtu jela. Volume tv slow je.
Tiba2 aku terdengar kt bilik ayah aku tidur, ada bunyi orang main tekan2 suis tv tu. Pastu dengan tv terbuka siaran rosak. Tak kan la ayah aku nak main2 suis tv kot. Padahal ayah aku tidur masa tu. Aku dengar bunyi orang kibas2 surat khabar. bila bunyi dah makin pelik..aku pun bangun jela.

Tapi, aku bangun bukan utk ke bilik sebelah, aku bangun cari remote utk kuatkan volume tv. Yg aku pelik, aku tak rasa seram sangat, sikit tu  ada lah.. Tapi diri aku seakan tak nak gerak pergi bilik sebelah. Selalunya kalau tidur kat mana2 hotel, dengar pelik sikit je, mesti aku akan pergi tempat yg ada bunyi pelik tu. Bila dah kuatkan volume tv, aku pun tertidur macam biasa.

Tiba2 masa kt umah ni, adik aku lak buka cerita. Muka dia nampak takut. Mula2 dia tak nk cerita sebab dia takut kitorg ingat dia main2 je. Paksa dia cerita, dia pun cakap la. Masa malam tu, dia tengah tulis diari kat katil bilik ayah aku tidur tu. Sebelah katil kan ada balkoni. Tiba2 dia terdengar bunyi ketukan kt sliding door arah balkoni tu. Bila dia pandang, benda putih nampak macam terbang keluar dari situ. Dia kata tengah fokus tulis diari sbb tu dia tak rasa apa2. Dia ingat tu orang yg nak kacau kat balkoni-,-'

Nampak sangat otak budak2. Mana boleh orang naik ke balkoni aras 3 tu-,-'' . Kira nya, cerita bersambung-sambung la, lepas adik aku, baru ayah aku kena pastu aku lak yg kena. huhh..

Masa nak booking hotel tu pun org tu dah kata bilik tu je tinggal. Kitorg pun tak tau apa, pergi ambik jela. Tak sangka pulak cmtu jadinya. Dengan sensor suiz utama rosak dengan tiba2 nya kat dua2 bilik. Hotel tu hotel 4 bintang tapi perkhidmatan macam hotel bajet je.

Lagisatu, toilet dekat bilik aku bau pelik. Bau busuk yg teramat. Bukan busuk sebab ada orang pakai ke, masalahnya dah cuci pakai sabun pun still bau bangkai.

Lepas ni mmg kitorg tak kan duduk hotel tu lagi dah. Cukup la sekali.

Aku buat research pasal hotel tu.. tiba2 terjumpa si blogger ni cerita pasal pengalaman dia kat hotel tu.

38 ulasan:

  1. salam, may i ask something? youve been to putra brasmana before? which room you stayed? aras 3...number bilik?

    pls respond immediately ��

    BalasPadam
  2. errr...tak silap blogger yg tu pun ddk aras 3. Room 303. dia pun ckp ade bau busuk kat toilet.

    BalasPadam
  3. Aku pernah duduk kt bilik tu ....x de ape pun..hotel yg sama jugak

    BalasPadam
  4. benda nak jadi bukan semua pernah alami, dya kacau bila dya suka.. so kalo stay situ xda apa², bersyukurlah..

    BalasPadam
  5. Tak apa apa pun selama saya duduk kat hotel ini. Sekarang tengah respond berada hotel ini.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Aku baru je duduk awal bln 8 aritu.. bilik 301.. hahaha mmg seram.. sebab masa tu kitorg check in sbb esoknya nak ke langkawi. Mmg seram. Rasa mcm ada bnda dok jnguk. Bl nk ke toilet naik bulu roma abis.. nsib baik smlm je huhuhuhu smpi skrg tringat2

    BalasPadam
  8. aku selalu tinggal di hotel tu. Hampir setiap tahun sebanyak dua atau tiga kali aku menginap di hotel ini. Bolehlah dikatakan sebagai pelanggan tetap.

    Pada 25/11/2017 aku akan ke sana lagi menginap bersama keluarga. Sepanjang aku mula suka bermalam di hotel ini semenjak 7 tahun yang lalu, tiada pernah aku dan keluarga diganggu perkara menyeramkan. Rasanya dah banyak bilik yang aku duduk cuma seingat aku hanya sekali sahaja aku dapat tempah bilik yang mengadap belakang itupun kerana kehabisan bilik sebab lewat buat booking.

    Insyaalah, akupun tak mahu diganggu macam tu. Tapi Alhamdulillah aku dan keluarga selesa dan tenang bermalam di hotel ini

    BalasPadam
  9. Klu bukan di hotel ...di mana mana pun ada benda ni..yg penting kita selalu ingat diri dan Allah.. in shaa Allah...

    BalasPadam
  10. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam
  11. hotel ni sebelah ofis aku kat kuala perlis ni. Tgk hotel ni tak menyeramkan pon.

    BalasPadam
  12. Saya pernah tinggal sorang selama seminggu di hotel Brasmana tu kalau tak silap bilik 301 tu la bilik bekembar tu... Toilet memang ada bau mcm busuk selut..lain2 gangguan takdak pon. Gangguan tu Mungkin segan kot sebab anak antu jugak dok bilik tu heeee.

    BalasPadam
  13. Hotel ni pd aku nice... aku tk pernah menginap pun. cuma pernah sekali buat event. everything ok je. and alhamdulillah

    BalasPadam
  14. ciplak cerita kakak aku ni dalam blog taksukelantaklah.blogspot

    BalasPadam
  15. Saya sbg orang Kuala Perlis mohon maap naa ataih pengalaman tu...
    Benda nak kacau, dia kacau jugak...
    Moga2 saudari tetap mai Perlis

    BalasPadam
  16. Baru survey brasmana bln 8 nk g arau anak g bljar sana

    BalasPadam
  17. Baru je tido 2 mlm di brasmana urusan kerja. Ok je. Stayed at level 3.

    BalasPadam