Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.om.my
Q-LENG dikatakan memiliki deria keenam yang diperoleh semasa kecil.
SEBELUM ini nama Ong Q Leng tidak pernah dikenali oleh masyarakat
Melayu. Sehinggalah beliau muncul menawarkan diri membantu keluarga
Zainab Sulaiman dari Kampung Penambang Bunga Emas dekat Kota Bharu,
Kelantan yang menjadi mangsa serangan api misteri Januari lalu.
Biarpun tidak pernah mengenali Zainab, 73, namun kisah keluarga itu
yang dibacanya melalui sebuah akhbar berbahasa Cina menarik perhatian
Q-Leng atau lebih dikenali sebagai Master Ong untuk ke sana.
�Naluri saya begitu kuat mendesak agar menemui Zainab untuk membantunya,� ujar ahli spritual berusia 35 tahun ini.
Q-Leng yang dikenali di negeri-negeri sebelah utara kerana menawarkan
khidmat pemulihan, penyucian secara rohaniah dan khidmat runding turut
mengakui kehadirannya ke rumah Zainab kelihatan janggal di mata penduduk
tempatan.
�Saya faham situasi itu tetapi niat saya ikhlas membantu Zainab. Saya
jelaskan kepada keluarganya bahawa proses �pembersihan� yang saya
lakukan nanti menerusi kaedah meditasi tidak melibatkan mereka.
Kuasa kurniaan
�Berdasarkan pengamatan, kemunculan api tersebut berpunca daripada
kehadiran jin dipercayai dihantar seseorang atas niat yang tidak baik.
�Telahan saya tepat kerana sebaik melangkah masuk ke rumahnya, saya
boleh merasai kewujudan makhluk halus. Jin-jin yang kecil berada di
dalam rumah manakala yang besar pula diletakkan di luar.
�Mulanya saya sendiri terkejut melihat api-api kecil muncul secara
tiba-tiba daripada pakaian dan di sebalik dinding simen rumah Zainab.
�Saya berjaya menghalau jin-jin kecil ini dan mewujudkan suatu
�perlindungan� tetapi ia mungkin akan kembali lagi lalu membuat
keputusan datang semula ke sana keesokan harinya sebelum pulang ke Pulau
Pinang,� kata Q-Leng.
Dua hari kemudian, nalurinya sekali lagi memberitahu agar kembali ke
Kota Bharu walaupun beliau tidak pasti mungkinkah api misteri sekali
lagi menyerang keluarga Zainab.
Tidak seperti dijangka, kunjungan kali ini lebih mencabar kerana
sebaik tiba di rumah Zainab kira-kira pukul 2.30 petang, Q-Leng melihat
sendiri satu gumpalan api marak secara tiba-tiba di bilik menantu wanita
itu.
Walaupun berjaya dipadam dengan mentera, ia tidak berakhir di situ
apabila satu persatu gumpalan api muncul tiba-tiba di tikar, kain dan
dinding menjadikan suasana kelam-kabut.
Api misteri hanya selesai kira-kira pukul 10 malam iaitu setelah hampir 8 jam bertarung.
KISAH pemburu hantu muda dari Pulau Pinang ini sering mendapat tempat di dada akhbar pelbagai bahasa di negara ini.
Kuil
Gemar mengenakan pakaian berwarna gelap atau putih semasa menjalankan
tugasnya, Q-Leng yang mudah mesra dan tidak lokek dengan senyuman
menjelaskan �ilmu� atau deria keenam yang dimilikinya bukan dipelajari.
Sebaliknya, ia kurniaan Tuhan kerana seawal usia kanak-kanak lagi
beliau boleh merasai serta melihat kehadiran mereka yang datang dari
dunia berbeza.
Menganggapnya sebagai gangguan, hanya sejak empat tahun lalu wanita
bertubuh langsing dan berperwatakan menarik ini mengambil serius
kebolehan tersebut setelah diberi petanda agar merawat datuknya yang
menghidap kanser.
Menerusi rawatan secara spiritual, datuk kesayangan berusia 82 tahun ini berjaya disembuhkan.
Kebiasaannya, beliau akan memohon petunjuk sebelum menerima seseorang
pesakit kerana menurutnya, gangguan atau masalah yang dihadapi
seseorang turut berkait dengan karma (kehidupan masa lampau) atau
berkaitan unsur-unsur lain.
Akui Q-Leng, walaupun telah berjaya menyembuhkan banyak pesakit
antaranya kesukaran bertutur, lumpuh dan masalah kesuburan, beliau
tidak memiliki kuasa ajaib untuk menyembuhkan segala-galanya.
�Apa pun penyakit, saya nasihatkan (pesakit) rujuk kepada doktor
terlebih dahulu kerana mungkin (penyakit) berkaitan kesihatan dan
memerlukan rawatan doktor.
�Jika berkaitan kerohanian sekali pun, saya perlu melihat (secara
spritual) sama ada boleh disembuhkan atau tidak, jika boleh pun saya
akan beritahu peluangnya 50 peratus sahaja kerana selebihnya adalah atas
ketentuan Tuhan,� tuturnya.
Ujar anak bongsu daripada enam beradik ini lagi, sejak tiga bulan
lalu beliau menjadikan rumah dua tingkat yang terletak di Fettes Park
dekat Tanjung Bungah sebagai pejabat dan lokasi bertemu klien.
Bagaimanapun sesekali beliau turut berada di sebuah tokong lama berusia kira-kira 150 tahun di Relau untuk mengubati pelanggan.
Kuil yang terletak tidak jauh dari sebuah banglo usang yang didakwa
banyak pihak sebagai berpenunggu itu bagaimanapun telah �dibersihkan�
dan sering menerima pelawat.
Sepanjang pengalamannya, peristiwa paling sukar dihadapi ialah semasa
�penyucian� sebuah rumah yang didiami satu keluarga di Johor Bahru yang
menjadi mangsa gangguan jin.
Katanya, jin tersebut berbuat demikian agar rumah tersebut
ditinggalkan dan itu merupakan cara biasa makhluk halus mencari
kediaman.
Ditanya tentang kawasan �keras� di Pulau Mutiara, jawapan ringkas
Q-Leng adalah tanah perkuburan, rumah tinggal atau kawasan yang jauh
daripada manusia kerana di situlah banyak �kuasa kotor� atau roh jahat.
�Kuasa atau roh jahat ini juga mudah mendekati tiga jenis individu iaitu penagih dadah, kaki botol serta kaki perempuan.
�Nasihat saya, jauhilah perkara-perkara ini,� ujar beliau.
Sumber
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?