Ahad, 27 April 2014

Kisah Kisah Seram Misteri

MISTERI
1. Haiwan Di dalam Batu
Pada 1821, ketika memecahkan sebuah batu besar, seorang tukang telah menemui seekor cicak terlekat di dalam batu tersebut. Cicak yang disangka telah mati itu didapati hidup semula setelah 5 minit terdedah dengan udara. Sejak itu, penemuan lain seperti katak turut direkodkan dan ada juga haiwan yang masih hidup setelah dikeluarkan. Ini menimbulkan persoalan: Bagaimana haiwan-haiwan itu masuk ke dalam batu dan kekal hidup? Bagaimana batu boleh mempunyai kesan bentuk haiwan tersebut? Dan berapa lama haiwan itu telah berada di dalam batu tersebut?
2. Kecacatan Binatang Ternakan
Pada 1990, C.E. Potts, seorang penternak, terkejut apabila mendapati haiwan ternakannya telah kehilangan organ pembiakan, mata dan bulu mata. Kecacatan haiwan itu menjadi tanda-tanya kerana semua organ itu dikeluarkan dengan sempurna dan langsung tiada kesan pemangsa dan darah di kawasan berdekatan. Kejadian ini mula direkodkan apabila semakin banyak kes yang sama berlaku di sekitar Minnesota dan Kansas. Teori yang dikaikan dengan kes-kes ini ialah ajaran sesat, makhluk asing, eksperimen rahsia kerajaan US (kemunculan helikopter hitam di tempat penemuan haiwan) dan wabak merbahaya
3. Dengungan Misteri
Penduduk di Britain dan sebahagian barat daya US telah membuat aduan tentang bunyi dengungan yang tidak pernah hilang. Para pengkaji pula gagal mencari punca bunyi yang telah menyebabkan penduduk-penduduk di dua kawasan itu sukar tidur, mengalami gangguan kesihatan dan tumpuan. Kes yang paling popular ialah Dengungan Taos yang berlaku dia Taos, New Mexico pada 1993 yang mendorong Kongress Amerika membuat rayuan agar punca dengungan itu dicari secepat mungkin. Namun hingga ke hari ini, punca dengungan itu masih lagi menjadi misteri. Satu teori yang boleh diterima ke hari ini ialah kaitan dengungan itu dengan sistem komunikasi tentera semasa menghubungi kapal selam.
4. Bebola Kilat
Pada Januari 1984, bebola kilat berdiameter empat inci memasuki ruang pesawat penumpang Rusia dan terbang di atas penumpang. Ekor bebola kilat itu berpecah kepada dua dengan bentuk bulan sabit sebelum bersambung semula dan terus keluar dari pesawat itu. Ia meninggalkan dua lubang pada dinding pesawat. Apa yang menghairankan, bebola itu seolah-olah bijak mengelak dari melanggar sebarang objek di hadapannya. Rekod lain tentang bebola ini juga mengatakan ada kalanya ia meninggalkan lubang pada objek yang dilanggar dan ada juga langsung tidak meninggalkan sebarang kesan.
5. Cahaya “Hantu”
Fenomena ini pernah dikaitkan dengan bebola kilat tetapi tiada bukti kukuh perkaitan kedua-duanya. Kes paling popular ialah Marfa Light yang berlaku di Marfa, Barat Texas. Cahaya misteri ini boleh dilihat hampir setiap malam sejauh 15 batu selama beberapa generasi. Ia mula menjadi misteri apabila penyiasat gagal mengesan cahaya itu apabila mendekatinya. Cahaya “hantu” lain yang popular ialah The Tri-State Spooklight berdekatan sempadan Oklahoma, Kansas dan Missouri. Teori yang selalu dikaitkan ialah aktiviti makhluk asing, logamaya dan kewujudan hantu.
6. Awan Aneh
Pada September 1814 di Agen, Perancis, kemunculan awan berbentuk sfera yang berpusing dan bergerak laju menjadi tanda-tanya penduduk di situ. Menurut mereka, ketika itu cuaca cerah dan tiba-tiba awan tersebut muncul, menghasilkan bunyi guruh lalu menghujankan batu-batu kecil. Awan itu kemudian bergerak perlahan-lahan meninggalkan pekan kecil itu. Di Oyster Bay, Long Island pula, seorang lelaki diserang oleh “spitting cloud”. Hingga kini masih tiada jawapan untuk kes-kes sebegini
7. Hujan Ikan
Kes yang paling menarik berlaku ketika musim panas 2000 di Ethiopia apabila berjuta-juta ikan tiba-tiba jatuh dari langit. Ini pernah direkodkan oleh pengkaji paranormal, Charles Fort yang turut merekodkan kejadian hujan katak, siput malah buaya yang pernah berlaku. Fenomena ini dikatakan berpunca dari angin yang kuat telah menarik haiwan kecil dari kawasan berair sebelum dijatuhkan di tempat yang berbatu-batu jauhnya. Cuma yang menjadi persoalan, mengapa hanya sejenis haiwan sahaja yang ditarik oleh angin tersebut bagi setiap kes?
8. “Crop Circle”
Fenomena ini semakin dikaitkan dengan manusia kerana ramai yang mengaku membuat “crop circle” tersebut. Tetapi masih ada yang percaya ia mempunyai kaitan dengan fenomena yang sukar dijelaskan kerana terdapat ‘crop circle’ yang mempunyai persamaan: tangkai yang dianyam, perubahan pada struktur tangkai dan kejadian pelik yang berlaku kepada pengkaji seperti peralatan tidak berfungsi, kesan pada fizikal dan pendengaran.
9. Letupan Tunguska
Setelah 90 tahun kejadian letupan di Tunguska, Siberia berlaku, ia masih menjadi bencana alam yang paling misteri. Pada 30 Jun 1908, satu bola api yang dianggarkan 1000 kali lebih kuat dari bom atom Hiroshima menghentam bumi melibatkan satu kawasan sebesar 2,150 km persegi. Kejadian ini bukan sahaja memusnahkan tumbuhan di situ, malah kebakaran di situ kekal selama berminggu-minggu dan bunyi hentaman itu boleh didengar dari tempat yang jauh. Teori yang dikaitkan dengan kejadian itu ialah letupan meteor atau UFO yang mempunyai reaktor nuklear, hentaman komet dan senjata berkuasa ciptaan Nikola Tesla yang tersalah sasaran.
10. “Rods”
“Rods” pertama kali ditemui oleh pembuat filem, Jose Escamilla apabila dia ternampak objek panjang terbang dalam filem yang sedang dirakam di beberapa lokasi. Objek ini hanya boleh dilihat melalui rakaman yang telah diperlahankan kerana ia bergerak terlalu laju untuk dilihat dengan mata kasar. Menurut Escamilla, objek ini berbentuk silinder yang terbang dengan kelajuan tinggi dan seolah-olah hidup ketika terbang di udara. Ia mempunyai sayap dan badannya membengkok ketika terbang
-sumber blog private-

Sumber

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam