Kalaulah
bukan datuk yang mengejutkan saya di tengah malam buta itu sudah pasti
kena penendang sulung saya. Kerana datuk, saya tidak dapat berbuat
apa-apa. Terpaksa saya terima dengan manis muka, mestipun hati meradang
dengan perbuatannya.
“Kenapa tok?” tanya saya sambil mengesel-gesel kelopak mata. Datuk
tersenyum sambil meraba-raba misai bengkoknya yang macam tanduk seladang
jantan. Sekali-kali misainya turut bergerak.
“Kita sudah hampir pada matlamatnya.”
“Matlamat apa tuk?”
“Mencari orang yang jadi tuan toyol.”
“Kalau kau faham baguslah.”
Datuk merebahkan badannya di sisi saya. Memang saya tidak sedar waktu
mana datuk bangun. Bila saya buka kelopak mata, datuk sudah sudahpun
selesai sembahyang subuh. Dia memaksa saya pergi ke perigi sendirian
untuk mengambil air sembahyang. Saya patuh dengan cakapnya itu.
Datuk tidak dapat dapat melupakan kebiasaannya berjalan berbatu-batu
sambil membasuh muka dan badannya dengan air embun waktu pagi. Datuk
pula tidak mengambil semua air embun di daun kayu untuk membasuh muka
dan badannya. Dia memilih jenis daun yang tidak miang atau gatal. Cara
dia menyapu air ke muka juga agak ganjil. Dia memulakan dari pangkal
dagu membawa ke atas hingga sampai ke gigi rambut. Kemudian baru dia
membasuh kedua belah keningnya. Paling akhir sekali dilakukannya ialah
memasukkan air ke dalam lubang hidung hingga bersin.
Kemudian datuk akan memijak rumput hijau tujuh kali ke arah matahari
naik dan enam langkah ke arah matahari jatuh. Kebiasaannya itu,
dibuatnya juga semasa dia berada di Ulu Kuang dekat Chemor, apa yang
datuk lakukan saya terpaksa membuatnya dan datuk berjanji, pada suatu
hari kelak, bila umur saya genap dua puluh satu tahun dia akan memberi
beberapa mentera yang perlu dibaca bila mandiair embun.
Pagi itu, berjalanlah saya bersama datuk di pinggir Kampung Ulu Kuang
sambil mandi air embun. Saya terasa seronok melihat matahari pagi dengan
sinar yang kilau-kilauan di celah-celah pokok besar. Bila sinar
matahari itu menikam air embun di hujung daun, kelihatan bermanik-manik
dan sungguh menarik sekali.
Damai dan terhibur hati saya mendengan bunyi kicau beburung hutan yang
bermacam ragam dan bermacam rupa yang terbang dan melompat dari dahan ke
dahan. Sambil berjalan datuk memberitahu nama-nama burung yang saya
nampak. Bilan matahari mula meninggi satu galah, saya dan datuk sudah
jauh meninggalkan pinggir Kampung Ulu Kuang. Kami memasuki satu lorong
kecil menuju ke arah sebuah anak bukit. Di kaki bukit itu ternampak
sebuah pokok berdinding tepas dan beratapkan daun rumbia. Tiangnya dari
kayu hutan jenis bulat. Dalam jarak lima puluh langkah mahu sampai ke
halaman pondok itu datuk berhenti berjalan.
“Kenapa datuk?” tanya saya ragu-ragu. Datuk diam, kedua belah tangannya
dilekapkan atas dada. Kedua belah kelopak matanya dirapatkan. Datuk
melangkah tujuh tapak ke depandan berdiri atas kedua belah tumit kakinya
beberapa detik. Bila mata dibuka dan kedua belah tangan diluruskan
serta tapak kaki memijak bumi, datuk kelihatan tersenyum.
“Memang tidak salah penglihatan aku malam tadi, cahaya dari tanah kubur
itu menuju ke sini, “dengan tenang datuk bersuara. Saya jadi
termanggu-manggu.
“Kita balik, kalu kita maju, kita bahaya,” datuk pun menarik tangan saya. Kami berpatah balik menuju ke rumah adik datuk.
Sepanjang jalan pulang itu datuk tidak banyak bercakap. Dia lebih banyak
memerhatikan gerak geri rumput dan dedaun. Saya faham benar, bila datuk
berbuat demikian ertinya dia menumpukan seluruh perhatinnya pada
sesuatu benda yang tidak dapat dijangka oleh akal fikiran manusia biasa.
Saya kira, fikiran dan perasaannya tertumpu ke satu alam yang lain.
Saya tidak berani bertanya padanya tentang hal itu. Saya takut dia naik
angin. Kalau datuk naik angin, saya kena maki dengan percuma. Kalau
datuk tidak maki, dia akan menjegilkan biji matanya sebesar telur ayam
hutan.
“Jauh berjalan pagi ni,” soal adik datuk sebaik saja kami tiba di kaki
tangga. Dia baru saja melepaskan ayam di reban. Saya tidak menjawab
kecuali tersenyum panjang.
“Macam biasa,” balas datuk. Kami terus membasuh kaki dan memijak tangga naik ke rumah.
Di rumah tengah rumah sudah tersedia sarapan. Air kopi pekat dan rebus ubi kayu serta kelapa parut.
“Rumah siapa dekat belukar tu,” datuk mengkemukakan soalan. Adik datuk terdiam mengingati sesuatu.
“Rumah Kidon.”
“Orang sini jati?”
“Tidak, macam kita juga berasal tanah seberang.”
“Orang Padang ke orang Jambi.”
Pertanyaan datuk itu segera dijawab oleh adiknya. Saya sudahpun berhenti
makan ubi rebus, Isteri adik datuk sudah turun ke tanah pergi ke
ladang. Bila pertanyaan itu tidak mendapat jawapan, datuk tidak lagi
mahu mengemukakan pertanyaan. Dia terus menghirup air kopi dengan
tenang.
“Dari Sumatera katanya dari keturunan Batak,” tiba-tiba saja adik datuk bersuara.
“Ada bini tak?” cara tidak sengaja saya bertanya. Datuk menjeling tajam pada saya.
“Dah mati, bininya orang Kedah, emak bapanya bininya menetap di Kuala Kangsar” terang adik datuk dengan jujur.
“Ada anak?’ cepat-cepat datuk meningkah.
“Tak ada, bininya tu mati bersalin anak sulung,”
“Hummmm…,” suara datuk perlahan. Dia menekan pipi kirinya dengan tangan
kanan. Terus-terang datuk menyatakan pada adiknya, bahawa dia perlu
duduk di Ulu Kuang paling kurang enam bulan. Datuk juga meminta adiknya
membuat sebuah pondok untuk diri dengan alasan senang untuk beramal
ibadat serta berusaha menghancurkan tuanpunya toyol jadi-jadian.
Permintaan datuk itu tidak keberatan untuk dipenuhi oleh adiknya.
Seminggu kemudian, terpacaklah sebuah pondok baru di Ulu Kuang Chemor
yang didirikan secara gotong-royong oleh penduduk-penduduk di situ. Saya
dan datuk pun pindahlah ke pondok baru.
Perkara yang tidak menyenangkan hati saya, bila duduk di pondok baru,
ialah bila bulan menggambang penuh. Ketika itu kelihatanlah beberapa
ekor harimau besar di depan pondok. Dari atas pondok datuk melompat ke
tanah lalu bersilat dengan harimau-harimau itu.
Sekiranya, datuk malas ke tanah kerana badannya terlalu letih.
Harimau-harimau itu akan menjulurkan ekornya dari celah lantai buluh.
Datuk akan mencium atau mengurut-urut ekor harimau itu sambil
membelitkan ke batang lehernya. Bila terdengar bunyi suara burung jampok
atau burung hantu, barulah datuk memerintahkan harimau-harimau
perliharaannya pulang.
“Ambilkan aku kain putih, mangkok putih, taruh air dalam mangkok putih
separuh, kain putih letakkan ke dinding,” datuk mengeluarkan perintah
pada saya malam itu. Kalau tidak silap, malam itu malam Rabu kira-kira
pukul sepuluh. Apa yang diperintahkan datuk saya lakukan dengan senang
hati.
Datuk duduk bersila di tengan pondok, Asap kemenyan dari dupa
melintuk-liuk memenuhi ruang pondok. Baunya semerbak. Datuk mengatur
tujuh piring di depan. Piring tepi sebelah kanan ditaruh batang
lengkuas, sementara di sebelah kiri ditaruh sebatang serai. Piring
tengah ditaruh darah ayam yang disembelihnya petang tadi.
Tiba-tiba seekor kucing hitam melompat masuk ke tengah pondok melalui
pintu yang terdedah. Kucing itu merenung muka datuk dengan tajam. Datuk
menghalaunya, kucing itu tidak mahu bergerak. Saya lihat datuk
mengeluarkan secekak tualng-tulang ikan dari karung yang terletak
sebelah kanannya. Datuk melemparkan tulang-tulang ikan kering itu pada
kucing hitam. Dengan tiba-tiba batang lilin yang menyala padam. Saya
menyalakan lilin tersebut. Saya lihat kucing hitam sudah hilang dan
tempatnya diganti oleh sebungkus kain hitam. Saya kenal, kain hitam itu
kepunyaan datuk.
Datuk menyuruh saya memadamkan lampu minyak tanah. Sebatang lilin yang
bercahaya dipadamkannya. Keadaan dalam rumah jadi agak samar-samar dan
sepi sekali. Bunyi katak dan cengkerik jelas kedengaran. Sayup-sayup
terdengar suara burung hantu ganas di ranting. Atap pondok bagaikan
bergerak-gerak ditempoh angin. Serentak dengan itu terdengar bunyi air
menimpa atap pondok. Bulu roma saya tegak berdiri bila terdengar bunyi
suara orang perempuan ketawa dan menangis tersedu-sedu, dekat pokok
tembusu di belakang pondok.
“Suara langsuir, bertenang cucuku, bertenang kitan mencari jalan kebaikan dan bukan jalan jahat,” bidik datuk ke telinga saya.
Datuk tidak bergerak bila seketul batu besar meluru masuk ke dalam
pondok. Batu itu tepat mengenai pangkal bahu kiri datuk. Bila batu jatuh
atas lantai, pondok kecil bergegar datuk tidak peduli. Dengan
pertolongan cahaya lilin saya merenung ke muka pintu. Satu lembaga besar
tanpa tangan, tanpa kaki dan kepala berdiri di situ.
Datuk menarik muka saya. Dia suruh saya melihat air dalam mangkok putih.
Di luar guruh bersahut-sahutan sedangkan cuaca malam itu cukup baik.
“Pedulikan semuanya itu, sekarang kau tengok kain putih tu, apa yang kau
lihat, jangan kau ceritakan pada sesiapa, kalau kau buat juga padahnya
kau tanggung sendiri,” kata datuk, dia terus menabur kemenyan atas bara
dalam dupa.
Saya terpaku, saya hampir tidak percaya dengan apa yang saya lihat pada
kain putih. Saya raba ibu jari kaki saya, saya raba telinga kanan saya,
semuanya ada dan saya tahu, bahawa apa yang saya lihat itu bukan mimpi.
Saya melihatnya dalam keadaan sedar dan siuman.
Saya melihat pada kain putih itu, batang tubuh seorang lelaki sedang
menggali kubur. Lelaki itu melakukannya waktu malam, Badannya kelihatan
berpeluh.
“Itulah Kidon mengorek kubur anaknya,” datuk memberi tahu saya.
Saya lihat mata cangkul Kidon menyentuh papan keranda. Kidon meletakkan cangkul ke tepi lalu menyapu peluh di dahi sebentar.
Kidon mengambil sebatang besi lalu mencungkil papan keranda. Bau busuk
membuat dia hampir-hampir muntah. Kidon tidak peduli semuanya itu. Dia
turun ke dalam lubang kubur. Dia menatang mayat anaknya keluar dari
dalam kubur. Diletakkan dekat pokok.
Kidon masukkan papan keranda kembali, kemudian menimbus lubang kubur
seperti sedia kala. Kidon masukkan mayat anaknya ke dalam guni plastik
berwarna hijau. Dia memikul cangkul dan besi di bahu kiri. Tangan
kanannya menjinjing mayat anaknya, macam menjinjing ikan dari pasar.
Sampai di rumah Kidon membuka kain kapan anaknya. Mayat anaknya
diletakkan atas para yang sudah disiapkannya terlebih dahulu. Dia
membasuh mayat anaknya dalam baldi besar.
“Air basuh mayat itu, diambil dri tujuh kuala anak sungai,” beritahu
datuk pada saya. Saya angguk kepala. Mata tidak berkelip melihat kain
putih, macam menonton wayang gambar, cuma tidak ada iringan muzik saja.
Datuk hanya menerangkan sesekali saja pada saya. Anehnya datuk tidak
melihat apa yang terjadi pada kian putih. Kedua matanya pemjam rapat
seperti orang tidur, dengkor nafasnya macam orang yang sedang tidur
lena.
Ketika itu, saya seperti tidak berada di dalam pondok. Saya berada di satu tempat asing sungguh sunyi sepi sekali.
“Air itu diambil ketika remang-remang senja, bersama bunyi gagak,” ujur datuk.
Saya lihat Kidon membuka semua pakaian di badan. Dia sudah bogel. Tujuh
bunga yang berlainan warna dimasukkan ke dalam baldi. Selesai memandikan
mayat anaknya, Kidon merenjiskan pula dengan air sebanyak tujuh kali,
mulutnya membaca susuatu Kidon basuh muka dan minum air yang telah
digunakan membasuh mayat anaknya tadi.
Saya perhatikan,. Kidon melakukan semuanya itu dengan teliti. Setitik
air pun tidak jatuh ke atas lantai. Mayat anak itu diletakkan atas para.
Kidon ambil air mandi mayat anaknya. Disiramkannya ke atas kepalanya
hingga ke hujung kaki.
Selesai dengan tugas itu, Kidon melumurkan mayat anaknya dengan abu
dapur dan minyak kelapa. Mayat anaknya tiu dibawa masuk ke dalam satu
bilik. Disitu sudah tersedia sebuah salai tergantung. Mayat anaknya
diletakkan atas salai tersebut dan ditutup dengan kulit kambing.
Kidon keluar dari kamar itu. Masuk semula dengan membawa zing buruk.
Zing itu diletakkan di bawah salai. Atas zing itu ditaruh kayu arang dan
habuk-habuk papan. Kidon menghidupkan api. Bila kayu arang sudah
menjadi bara, barulah dia beredar.
“Mayat itu disalaikan selama empat puluh empat hari, dan Kidon terpaksa
berpuasa selama tujuh hari tujuh malam, amalan itu dikenali dengan nama
puasa pati Geni,” datuk membisikkan ke telinga saya. Di kain putih saya
lihat Kidon duduk dengan meletakkan kedua belah tangannya atas lutut
kiri dan kanan. Dia membilang biji tasbih. Menurut datuk pekerjaan itu
dilakukan tanpa diketahui oleh orang lain, selepas menjalani puasa tujuh
hari barulah Kidon keluar rumah membuat pekerjaan biasanya iaitu
menoreh getah di kebun Haji Ahmad Alam Shah. Bila mayat bayi sudah cukup
disalai selama empat puluh empat hari, Kidon pun mencari dan
menyediakan manisan lebah, pisang emas dan pisang embun. Kidon juga
menyediakan sebuah katil lengkap dengan cadar dan bantal untuk seorang
bayi.
Waktu tengah malam mayat itu pun diturunkan dari tempat salai,
panjangnya cuma sejengkal dan besar lebih kurang sama besar dengan anak
yang berusia dua tahun, sambil memangku bayinya di tangan kiri, Kidon
membasahkan tubuhnya dengan air dengan tangan kanan. Dia terus berbisik
dengan tenang ke telinga anaknya begini :
“Dengarlah anakku,
Perasaan dan hatimu
Bersatu dengan aku
Dua tubuh Satu harapanku
Kaulah yang mengerjakannya
Tujuh lapis bumi,
Tujuh lapis langit,
Bersatu di bukit Kaf
Bersemadi dalam diri kita."
Selesai Kidon membisikkan pada telinga anaknya, dia menarik nafas
panjang-panjang, kemudian bibir bayi yang kering itu ditiupnya. Dia
melakukan ini selama tujuh pagi dan tujuh malam. Mayat bayi kering itu
diletakkan di tempat tidur dengan berteman lampu yang terus menyala
selama dua puluh empat jam. Kidon yang berbadan kurus itu, bertambah
kurus kerana kurang tidur. Taou dia merasa pusa. Dalam tempoh beberapa
hari lagi mayat anaknya akan dapat digunakan untuk mencari harta orang
kampung. Dia terus membayangkan tentang kemewahan dan kesenangkan
dirinya sendiri.
Masa yang ditunggu pun tiba. Kidon masuk ke dalam bilik bayi keringnya.
Dia mencium ubun-ubun bayi kering itu. Tiba-tiba ubun-ubun bayi kering
itu mengeluarkan asap setelah Kidon menggunakan jampi serapah. Bayi
kering itu menjelma menjadi kucing jantan hitam. Menjilat-jilat tapak
tangan Kidon. Kidon pun menepuk-nepuk kepala kucing hitam. Kidon
menjilat kaki kucing dengan lidahnya. Kemudian Kidon memberikan belut
kering pada kucing itu. Dalam masa beberapa saat saja, belut kering itu
habis dimakan oleh kucing itu.
“Kau pergi ke rumah orang kaya, kau ambil wangnya separuh dan bawa kemari,” Kidon memerintah kucing hitam.
Kucing itu menggaru-garu paapn lantai akhirnya terjun ikut tingkap.
Tugas Kidon setiap malam ialah menumpukan perhatian pada pelita minyak
tanah di depannya. Jika api pelitanya bergoyang tanpa angin ertinya
toyol jelmaannya dalam bahaya, bagi mengatasinya dia harus memadamkan
api pelita itu dengan secepat mungkin. Toyol jelmaannya akan ghaib dari
pandangan orang. Saya terkejut bila melihat Kidon tersungkur di kain
putih.
“Ilmunya sudah aku tawarkan,” suara datuk keras.
Dia membuka mata. Air dalam mangkok putih tertumpah dengan sendirinya.
Lilin yang padam menyala sendiri begitu juga dengan pelita minyak tanah.
Saya lihat dari kain hitam keluar asap berkepul-kepil. Tulang-tulang
ikan yang berserakan atas lantai berkumpul dengan sendiri dan bergerak
masuk ke dalam karung di samping datuk. Bila asap dari kain hitam
hilang. Datuk pun mengangkat kain hitam itu.
“Kau lihat,” ujar datuk pada saya. Saya menggigit bibir. Saya lihat
mayat kering terdampar atas lantai pondok. Baunya cukup busuk. Tekak
saya jadi loya dan mahu muntah dibuatnya. Datuk membiarkan mayat kering
itu di situ.
“Kau pulangkan pada yang berhak,” datuk bersuara lagi sambil menyiramkan
darah ayam pada mayat kering. Saya perhatikan mayat kering itu bagaikan
bergerak-gerak. Bila datuk melangkah mahu duduk di tempat asalnya.
Seorang lelaki muncul di muka pintu membawa parang panjang. Badannya
kurus. Di luar bunyi suara burung hantu kembali menguasai malam yang
sepi. Di bawah pondok terdengar bunyi suara perempuan menangis.
“Kau datang Kidon,” lantang suara datuk.
“Jangan buat aku begini, aku mahu hidup, jawab Kidon.
“Kerjamu salah di sisi agama. Kau menyiksa mayat anakmu. Kau jadi tuan
pada toyol jelmaan ini. Aku tahu dalam minggu ini kau mahu mencari
pasangannya, bukan begitu Kidon.”
“Memang benar, bergitulah rancangan aku, tapi aku terpaksa
membatalkannya, kerana menurut firasatku ada oang yang tahu rancangan
aku tu, orang itu adalah kau.”
“Sekarang, apa yang kau mahu dari aku Kidon?”
“Pulangkan toyol jelmaan itu pada aku, aku sembah kau, aku sujud pada kau, janganlah perkara ini dihebuhkan.”
“Aku tidak mahu menghebahkan pada sesiapa tapi toyolmu akan aku
pulangkan ke tempatnya malam ini juga.” Datuk memberi keputusan
muktamad.
Kidon terdiam seketika. Dia melompat turun dan menghilangkan diri dalam
kegelapan malam. Suara langsuir ketawa kedengaran dengan jelas. Bila
suara itu hilang, saya terdengan suara orang menjerit meminta tolong.
Saya renung muka datuk. Dia kelihatan muram. Niat saya mahu bertanya
padanya suara siapa yng menjerit itu jadi terbantut melihat wajahnya
dalam keadaan begitu. Suara siapa itu? Saya bertanya dalam hati. Datuk
bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada saya. Dia pun rapat pada
saya.
Sumber:
SBDJ Jilid 1 Siri 12
12. Toyol Jadi-Jadian (http://tamarjalis.blogspot.com/2008/01/12-toyol-jadi-jadian.html)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9eOat-VHJorP9-604xNEEtC9hrprdqs4BxYEj1n9rk1iRRAXVSf8bJrIwgtzf_rKsxkeRLhZSiCbGcpeovVKWtKw6G9LvrZDRNX9BpImDBAm_5b04MRPWIcnQfZGs-xMIBr2HacO3JCM/s200/Buku1.JPG
(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9eOat-VHJorP9-604xNEEtC9hrprdqs4BxYEj1n9rk1iRRAXVSf8bJrIwgtzf_rKsxkeRLhZSiCbGcpeovVKWtKw6G9LvrZDRNX9BpImDBAm_5b04MRPWIcnQfZGs-xMIBr2HacO3JCM/s1600-h/Buku1.JPG)
Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?