Assalamualaikum.
Hari ini tiada idea untuk menulis. Jadi, saya kongsikan ulasan buku ini yang pernah disiarkan di Mingguan Malaysia dengan tajuk Kisah Hantu yang Bukan Hantu.
Ulasan buku yang pernah disiarkan di Mingguan Malaysia telah pun
disunting oleh editor yang barangkali ruangnya yang terhad yang
menyebabkan hanya sebahagian sahaja dapat disiarkan. Ini merupakan
ulasan buku penuh saya.
Ulasan buku ini merupakan ulasan buku pertama yang pernah saya tulis
sewaktu saya berjinak-jinak membuat ulasan buku. Saya tidak akan
mengulas sesebuah buku itu jika buku itu tidak ada sesuatu. Jadi, saya
berasakan penulis ini sangat hebat dengan hasil karyanya ini. Tidak rugi
membeli dan membacanya, sebaliknya amat rugi jika kalian tidak membeli
apatah lagi tidak membacanya.
Kump. Cerpen Gunting |
Judul: Gunting
Pengarang: MARSLI N.O
Penerbit: INSTITUT TERJEMAHAN DAN BUKU MALAYSIA
(ITBM)
Harga: RM 20.00
Tahun : 2012
Tebal: 109
Membaca
Cerita Hantu
Hantu sememangnya menjadi suatu makhluk
atau entiti yang sering digeruni mahupun ditakuti oleh masyarakat Melayu.
Entiti ini dikatakan tidak wujud dalam bentuk susuk tubuh yang mampu dilihat
oleh mata kasar. Sifatnya yang sering digembar-gemburkan mempamerkan wajah yang
hodoh, bergigi taring dan tidak terurus itu menguatkan lagi bahawa makhluk
hantu ini tidak disukai oleh masyarakat apatah lagi untuk dijadikan sebagai
teman.
Sebaliknya, individu bernama Marsli
N.O atau nama sebenarnya Ramli Selamat seorang penulis yang didakwa bersuara
lantang ini menjadikan hantu sebagai subjek cerita dalam kumpulan cerpen
terbaharunya, Gunting. Sebelum ini
Marsli N.O pernah muncul dengan kumpulan cerpennya seperti Biduan (DBP, 1994), Penipu
(1997), Politikus, Badut & Sebuah
Cermin (1997), Demi (DBP, 1998), Menanti Buraq (DBP, 2008) dan Masihkah Aku Bermimpi (2012). Selain
kumpulan cerpen, Marsli N.O juga pernah muncul dengan kumpulan puisi dan novel.
Benarkah hantu yang didakwa dalam
sejumlah cerpen dalam kumpulan ini benar-benar hantu? suatu makhluk yang
ditakuti itu atau penulis memberi sifat hantu itu kepada manusia atau merujuki
sifat manusia itu sama seperti sifat yang dimiliki hantu? Persoalan-persoalan
ini menarik untuk diperhatikan kerana setiap penulis mempunyai langgam
penceritaannya yang berbeza. Adakalanya, “Aku” dalam kumpulan cerpen ini
dilihat bukanlah mewakili suara penulisnya, sebaliknya, dialog hantu itulah
barangkali.
Kumpulan cerpen ini memuatkan 12 buah
cerpen yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) pada
tahun 2012. Cerpen yang termuat dalam kumpulan ini seperti Bintang, Tamparlah Mukaku, Menternak Hantu, Peminat Hantu, Penggembala
Hantu, Mencari Merdeka, Gunting, Mimpi Warga Pulau, Hantu atau Penyair, Peah
dan Kisah-kisah Lain, Kisah-kisah di Negeri Angin, Keranamu, Sinta dan Syawal
nan Lucu. Cerpen-cerpen ini ditulis dalam lingkungan tahun 2000 hingga
2011. Hanya cerpen Mimpi Warga Pulau ditulis pada tahun1989 dan Keranamu, Sinta,
1990 seperti yang dicatat di akhir cerpen tersebut.
Perhatikan daripada sejumlah cerpen
yang termuat dalam kumpulan ini mengambil subjek hantu sebagai judulnya. Betapa
penulis menjelmakan hantu itu sebagai makhluk yang memegang watak untuk menggerakkan
cerita, sebagai makhluk yang diajak berdialog mahupun makhluk yang
dipercakapkan akan tentangnya.
Cerpen Menternak Hantu memberi gambaran akan keterbalikkan sifat manusia
yang normal. Selalunya, manusia hanya menternak, itik, kambing, ayam, mahupun lembu.
Sebaliknya, dalam cerpen Menternak Hantu
penulis memberitahu bahawa sekarang ini orang boleh sahaja menternak apa-apa
yang disukai. Menerusi cerpen ini, pembaca dibawa untuk melawat “Ladang
Menternak Hantu” yang diusahakan oleh rakannya. Benarkah yang diternak itu
hantu? Rakan penulis memberitahu bahawa hantu yang diternak itu untuk tujuan
dijual atau disewakan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat
hantu-hantu itu. Hantu-hantu itu pula akan mengabdikan diri kepada tuan
baharunya iaitu kebanyakannya orang yang membelinya adalah terdiri daripada orang
kaya dan ahli politik serta persatuan penulis.
Jika orang kaya membeli hantu itu
untuk menjaga keselamatan keluarga serta harta benda mereka, sebaliknya
persatuan penulis membeli hantu untuk mengganggu atau pergi mengerkah musuh
sesama penulisnya. Sementara ahli politik membeli hantu untuk menjaga kedudukan
mereka supaya tidak ada yang berani mengganggu kedudukan mereka serta
menakutkan musuh-musuh mereka.
Seperti yang didakwa, hantu-hantu ini
tidak memakan darah, najis lembu tetapi hantu-hantu ini suka akan kertas surat
khabar dan majalah. Oleh itu, tuannya akan membeli surat khabar tidak kira
surat khabar dalam bahasa Cina, Tamil, Siam ataupun orang putih untuk diberi
hantu ternakannya itu makan. Jadi, jangan hairan. Memetik kata-kata penulis,
“Dalam keadaan dunia seperti sekarang ini, mana ada yang peliknya? Bukan
setakat hantu, kuman dan virus pun orang boleh ternak. Kau ini memang tak ikut
perkembangan dunia langsung. Benda macam ini pun kauboleh rasa pelik. Heh,
kawan! Untuk pengetahuan kau. Lagi banyak benda pelik dalam dunia pun ada. Apa
hendak dihairankan?”
Ada sesiapa pembaca yang berhasrat
untuk menjadikan hantu sebagai teman? Tidak pun sekadar menjadi peminat hantu?
Dalam cerpen Peminat Hantu, penulis
menceritakan penulis sering ke acara seperti acara sastera secara bersendirian.
Dalam acara sebeginilah pelbagai kalangan manusia dan gelagat yang dapat
diperhatikan. Sekiranya bertuah, akan bertemulah dengan rakan lama mahupun
baharu. Perhatikan dialog sapaan ini.
“Apa khabar? Kamu kelihatan semakin
gemuk.
“Apa khabar? Wah, kamu sudah berminat
bercerita mengenai hantu ya?”
“Apa khabar? Sajakmu mengenai bayang
lagi.
Walau sesiapapun anda kata peminat hantu,
“Seorang sasterawan itu mesti berpendirian teguh. Tetapi, kalau sekali ke timur
dan sekali ke barat, samalah sikapnya itu seperti hantu. Kerana kakinya tidak
menjejaki bumi. Apa gunanya menjadi sasterawan, kononnya manusia yang penuh
dengan idealisme dan kejujuran? Kalau pendiriannya dalam sekelip mata boleh
berubah, semata-mata kerana mahu mendapatkan sesuatu daripada pihak lain? Atau,
berubah menyokong faham atau aliran lain kerana mahu mencari populariti?”
Apa bezanya penternak, peminat dengan
penggembala hantu? Saya kira cerpen Penggembala
Hantu merupakan sekual kepada cerpen Menternak
Hantu. Menjadi penternak hantu pendapatannya lebih lumayan berbanding
penggembala hantu. Penggembala boleh saja tidak menjadi tuan kepada subjek
belaannya itu sebaliknya mengambil upah untuk menjaganya. Benarkah hantu itu
suatu komoditi yang boleh diperdagangkan untuk menafkahi hidup? Ternyata penternak
hantu telah menyatakan terang-terangan bahawa, “Sebenarnya kuakui silapku.
Hantu bukanlah boleh dibuat sahabat atau apa pun. Begitu berada berhampiran
kita, lama kelamaan kita pun cuba hendak dikerkahnya serta mahu diajaknya sama
menjadi hantu. Kerana itu jugalah perniagaanku lingkup. Kaubayangkanlah. Kalau
sampai pada satu tahap hantu-hantu itu berani menyamar menjadi diriku dan
meniru apa sahaja perbuatanku, tidaklah itu sesuatu yang amat keterlaluan?”
Hantu boleh saja menyerupa sesiapa
sahaja hingga wajah yang diserupai itu tidak mengetahuinya melainkan orang yang
terlihatkan wajah itu memberitahunya. Itulah sifat hantu yang sukar dimaafkan.
Cerpen Hantu atau Penyair, telah
mendedahkan bahawa hantu-hantu itu boleh menyerupai sesiapa sahaja termasuklah menyerupai
penyair. Hantu yang sering disebut hantu ini dikatakan terlibat dalam
kemalangan jalan raya dan jasadnya hancur tidak berbentuk dan rohnya terbang ke
mana-mana. Hantu ini telah menyerupai penyair lalu hadir ke sebuah hotel untuk
menerima hadiah. Namun tidak semua penyair menyerupai hantu. Perjuangan mereka
dalam dunia sastera ini ikhlas dan tidak mengharapkan sebarang sanjungan
murahan, tidak seperti hantu yang menyerupai penyair itu setelah hantu itu
memilih untuk menyusup masuk semangatnya ke dalam batang jasad seorang manusia
semata-mata untuk merealisasikan cita-citanya hendak menjadi penyair.
Cerpen Gunting yang menjuduli kumpulan ini, memberi amaran bahawa “Gunting
yang kukirimkan itu sebenarnya isyarat supaya kautunaikan segala janji terhadap
sekalian bawahan. tetapi, kau kelihatannya tetap asyik membesarkan tembolokmu sendiri.”
Makanya, seseorang yang tidak pernah menunaikan janjinya, lidahnya perlulah
dipotong dengan sebilah gunting. Jadi jangan persoalkan kepada siapa gunting
itu akan diberi dan siapa pula yang akan ditugaskan untuk memotong lidah itu?
Sebaliknya, jika tidak pernah hendak menunai janji, jangan suka menabur janji.
Janji hanya untuk orang yang tahu menunaikannya.
Menerusi kumpulan cerpen Gunting ini, Marsli N.O memberitahu bahawa cerpen yang dihasilkan bukan sahaja hasil cetusan kreativiti dan imaginasinya semata, bahkan cerita itu boleh saja hidup dalam dunia realiti mahupun cerpen itu terhasil daripada subjek realiti lalu diterjemahkan dalam bentuk fiksyen. Di tangan Marsli N.O, sesuatu kenyataan yang benar tidak harus diselindungkan dengan memakai topeng kepura-puraan semata untuk meraih pujian dan sanjungan. Kebenaran yang jelas lagi terang harus didedahkan dan dipertontonkan kepada khalayak agar perbuatan menconteng kebiadapan terhadap keikhlasan dan kesucian dalam berkarya tidak terlepas bebas sewenang-wenangnya. Prakata dalam kumpulan cerpen ini, Marsli N.O telah menyatakan secara terang-terangan bahawa, penulis rindukan kebenaran. Betapapun relatif dan subjektif.
Sumber
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?