Jumaat, 18 April 2014

Terserempak jiran yang sudah seminggu meninggal






Sudah jadi kemestian buat Tina untuk pulang ke kampung sebulan sekali. Tapi sebenarnya kalau diikutkan hati mahu saja dia pulang menjenguk orang tua di setiap minggu. Namun apakan daya, perjalanan pulang yang mengambil masa lebih empat jam dan juga keadaan kerja yang tidak menentu jadualnya menghalang Tina berbuat demikian. Tina sebenarnya tidak sedap hati meninggalkan kedua ibu bapanya yang sudah tua sendirian, di kampung yang terletak di negeri pantai timur. Kerana itulah sekerap mungkin dia mahu pulang menjenguk mereka. Apatah lagi Tina sendiri cukup manja dengan keduanya.

Perjalanan pulang pada cuti hujung minggu kali ini memang menyeronokkan buat Tina terutama bila mengingatkan dia diberi cuti hingga hari Isnin, jadi dapatlah meluangkan lebih masa untuk ayah dan ibunya. Sambil menyanyi mengikut rentak lagu yang diputarkan di stesen radio kegemarannya, sesekali Tina mencuci mata melihat rumah-rumah kampung di kiri kanan jalan. Terasa tidak sabar pula untuk sampai ke kampung.

Tapi apapun Tina ingat akan pesanan ayahnya yang berkali-kali memintanya jangan sesekali memandu laju. Ayahnya cukup risau apabila Tina memberitahu bahawa dia akan pulang selepas tamat waktu kerja. Bimbang apa-apa akan terjadi dalam perjalanan yang sudah pastinya di tengah kegelapan malam.

Jam sudah menunjukkan pukul hampir pukul sembilan malam. Dia sudahpun melepasi lebuh raya dan kini memasuki jalan biasa. Walaupun pulang berseorangan dan suasana gelap namun dia tidaklah kalut kerana sudah biasa dengan jalan tersebut. Perjalanan ke kampungnya masih ada beberapa jam lagi, Tina tidak berhasrat singgah di mana-mana kerana mahu tiba seawal mungkin. Lebih-lebih lagi ibunya sudah tiga kali menghubungi telefon bimbitnya kerana risau. Bagaimanapun sesudah hampir empat jam memandu dan ketika melewati pekan berhampiran kampungnya, Tina tidak dapat mengelak untuk memberhentikan kereta. Rasa tidak tahan untuk ke tandas menyebabkan Tina berhenti di sebuah masjid di pekan kecil tidak berapa jauh dari kampungnya.
Masjid baru agaknya nih, tapi bulan lepas masa aku balik tak de pulak masjid ni. Ahh belasah lah, dah tak tahan ni, bisik hati kecil Tina.

Masjid itu seperti baru dibina. Cat putihnya masih menyerlah tanpa sebarang cacat cela. Masjid itu sederhana besar dan nampak cukup cantik diterangi cahaya bulan. Waktu Tina singgah ke masjid itu, jam tangannya menunjukkan hampir pukul 12.00 tengah malam tapi agak menghairankan Tina. Keadaan masjid terang benderang dan masih ramai lagi orang di dalamnya. Tina terus menuju ke bilik air yang terletak di luar masjid. Tak sampai lima langkah keluar dari bilik air itu, Tina terdengar suara memanggil namanya. Dia berpaling. Terkejut Tina melihat Mak Jah bersama cucu lelakinya yang bersekolah darjah satu, berdiri di belakangnya.

Tina, kau dari mana malam-malam buta ni? Tanya Mak Jah.

Baru sampai dari K.L. Mak Jah nak ke mana ni? Kalau nak balik mari saya hantarkan, pelawa Tina.

Tak mengapalah, Mak Jah jalan kaki saja, balas wanita yang berumur separuh abad ini.

Kalau gitu saya balik dululah, Mak Jah. Mak tengah tunggu kat rumah tu, risau pulak dia kalau lambat sampai nanti, kata Tina sambil melangkah ke kereta.

Timbul pula rasa pelik di hati Tina bila melihat Mak Jah dan cucunya yang berpakaian serba putih daripada tudung hinggalah ke kain. Tapi perasaan tersebut dibiarkan saja kerana fikirannya lebih banyak teringatkan rumah. Tidak sampai setengah jam dia sudah tiba di perkarangan rumahnya. Terasa lega hati, kerana perjalanan yang jauh berakhir jua. Seperti yang dijangka, ibu dan ayah menunggu kepulangannya.

Cepatlah masuk, dah pukul berapa ni! Kata ayah Tina sambil membantunya mengangkat beg dan juga buah tangan yang dibawa.

Lewat sikit singgah kat pekan sekejap tadi sebab nak ke tandas, jawabnya ringkas. Ayahnya cuma mengangguk. Masuk ke rumah Tina terus saja melabuhkan punggung ke kerusi rotan yang ada di ruang tamu.

Kot ye pun penat pergilah mandi dulu, bersihkan badan lepas tu barulah berehat, kata ibunya sambil menggeleng kepala melihat Tina tidak menyempat-nyempat untuk duduk berehat.

Kau singgah di mana tadi? tanya ayah Tina sambil turut sama duduk bila melihat anaknya berada di ruang tamu.

Ala dekat masjid baru kat pekan tu. Besar jugak masjidnya ye. Bila masjid tu siap abah, tak perasan pulak Tina, terangnya.

Masjid mana pulak ni, setahu abah tak ada masjid baru pun kat pekan tu. Yang ada cuma masjid lama dekat rumah kita ni aje. Kau singgah tempat lain kau kata dekat pekan, tu lah balik lagi malam-malam buta. Mana tempat berhenti pun dah tak perasan, bebel ayahnya.

Betul bah, saya berhenti masjid baru dekat pekan. Saya ingat lagi, siap jumpa Mak Jah dengan cucunya sekali kat situ, balas Tina.

Mak Jah dengan cucu dia? Ulang ayah Tina. Mak Jah dan cucunya dah hampir seminggu meninggal. Kemalangan dekat pekan waktu balik dari masjid, kata ayahnya dengan suara perlahan.

Tina terkejut. Peristiwa bertemu Mak Jah dan cucunya kembali bermain di fikirannya. Tina yakin orang yang ditemui di masjid memang Mak Jah dan cucunya dan masjid yang disinggahinya memang di pekan berhampiran kampungnya. Tapi bila mendengar cerita ayahnya, dia jadi bingung.

Habis siapa yang Tina jumpa tadi? Tanya Tina dengan wajah terkejut. Ayah dan ibu Tina hanya mendiamkan diri. Tak tahu apa jawapan yang harus diberi.



Sumber: Majalah Mingguan Wanita Bilangan 1050




Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club 

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam