Memaparkan catatan dengan label Penunggu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penunggu. Papar semua catatan

Rabu, 12 Ogos 2015

Cerita Hantu - Teksi

Dunia Seram - Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun yang lalu dan sukar dipercayai. Tetapi ia adalah suatu kejadian yang benar benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent. Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang.

Waktu itu selepas maghrib, saya bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid Alsyahidah kami. Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba tiba membuat ragam. Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya. Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapat bantuan. Malangnya beliau berkerja shift malam hari itu. Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari esok. Kami terus berjalan perlahan lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambil melihat lihat kalau kalau ada teksi kosong. Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi. Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak sebuah teksi pun kelihatan. Dalam keadaan bosan menunggu, tiba tiba entah dari mana, muncul sebuah teksi yang berhenti betul betul dihadapan kami sedangkan saya tidak pun menahannya. Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambilo mengucapkan rasa syukur.

Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan. Setelah saya melihat jam ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ketempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent hanya memakan masa kurang dari 20 minit sahaja. 
Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang dilalui benar benar tidak kami kenali langsung. Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat al-quran yang kami tahu. Terkumat kamit mulut kami. Sempat jugak saya bertanya, "Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak kemana ni?" Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya. Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya saya. Kami cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat ayat yang kami ingat. Tiba tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain. Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent. Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi itu terus berhenti betuk betuk dihadapan blok kami. Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjun sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada pemandunya. 

Waktu saya menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya saya apabila mmenyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar benar sudah lanjut usianya. Kelihatan sejuta kedutan ditangannya. Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung wajahnya. Dia seperti cuba memalingkan mukannya ke arah lain. Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan isyarat. Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak sya menyuruh saya turun dari teksi waktu itu dengan segera. Saya, yang dari tadi terasa seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutp pintunya kembali. Alangkah terperanjatnya kami, kerana hanya beberapa tapak sja kami melangkah apabila kami menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi. Menurut penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi, dia terperanjay apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi, tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangan nya, Waktu itu saya melihat jam tangan hampir puku; 11.30 malam. Alangkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent mangambil masa tiga jam.

Kisah Seram - KUCING HITAM DI MUKA PINTU


Dunia Seram - Kisah kali ini adalah berkenaan dengan kucing.Aku pasti ramai antara pembaca yang menyukai kucing sepertiku.Aku obses dengan kucing kerana ia haiwan yang manja dan penyayang.Ada juga kucing yang nakal dan berpura-pura baik didepan kita...sebab itulah ada peribahasa mengatakan " alim Kucing".Maksudnya berpura-pura baik ..kalau korang semua nak kenal kucing yang pura-pura biak nie senang aje...pandang mata kucing tu..kalau mata dia terkelio-kelip macam nak mengorat kita..haa...tu adalah maksudnya..nak curi ikan atau nak mintak makanan ....
Kisah kucing wujud tak diketahui pulak aku kecuali yang aku tahu kucing adalah sahabat nabi.Walaupun ada ketika kita naik menyampah jika kita pergi ke warung tetiba ada pulak seekor...dua ekor kucing mengeselkan badannya ke kaki kita dan buat muka kesian nak ikan..kita ni yang pemurah bagilah kucing tu makan....hahaha...baiknya hati..tapi ada jugak rasa nak marahkan? kalau kucing tu memilih pulak....taknak makan itu...taknak makan ini...Pengalaman aku aku pernah kena cakar dengan kucing betina nih sampai terbenam kukunya di kulit tangan aku dan darah mengalir bercucuran...uhh...terasa pedih sangat dan aku terperanjat sangat dia cakar aku macam wolfrine......

Tapi aku tak salahkan kucing tu sebab bagiku kucing tu lapar kot.Takperlah...bukan tak boleh baik pun luka aku nih....tapi bagaimana ada manusia yang kejam macam video dibawah ini
kejammnya manusia itu..tapi walaupun ianya hanyalah seekor kucing..jiwanya tetap tabah..kita bolehkah setabah itu...
Kisah kucing memang boleh membuatkan kita marah ,sayang dan terharu tetapi jika menyeramkan...bagaimana pula ??

Kucing hitam banyak dikisahkan didalam novelis seram yang menyatakan bahawa kucing boleh menjadi belaan ataupun makhluk halus yang menyamar sebagai menjadi haiwan untuk menjadi pemerhati kepada tuannya agar dapat mengawasi tingkah laku mangsa.kisah aku ini diceritakan ini adalah dari sedutan kisah terperinci dari kakak ku berkenaan dengan kucing ini sehinggakan aku dapat mengambarkan dan mengzahirkannya di kotak fikiranku bagaimana kejadian yang berlaku itu sehinggakan aku dapat merasai keseraman tatkala berlaku dihadapan mata...yang selama ini tidak pernah aku duga...

Selalunya keluarga kami amat sukakan kucing dan pernah membela seekor kucing jantan yang yang dinamakan "untung".Kucing kami ini sombong sikit dan tidak berapa gemar bermanja-manja tetapi jika ia pulang atau pergi keluar rumah...ia pasti akan mengiaw seakan membertahu bahwa ia hendak keluar atau meberikan salam bila balik ke rumah...Kakak ketiga aku sudah berkahwin dan berpindah ke bangi dan menetap disana.Di kawasan kejiranan flat yang dihuni dalam keadaan bertingkat-tingkat..selalunya penghuni hanya membela haiwan perliharaan di dalam rumah sahaja dan jarang dibiarkan bebas merayau di koridor agar kucing tidak membuang kotoran atau kencing merata-rata....

Bila dibela di dalam rumah kucing selalu akan manja sangat dan kadang-kadang takut dengan dunia luar..tetapi sekali kita ajar dia keluar..hari-hari macam ' KUCING KEPANASAN' sebab ada ramai "awek" kat luar....mana best duduk dalam rumah....macam orang jugak....hahahaha..

Suami kakak aku pun ada membela seekor kucing hitam yang katanya dia jumpe di bawah tangga rumah..Anak kucing yang mempunyai mata yang galak dan berwarna hitam pekat itu dibawa naik atas dasar kasihan.Kebetulan kakak aku tinggal dirumah seorang diri dan surirumah tangga sepenuh masa dan atas sebab itu abang ipar aku pikir bolehlah dibuat sebagai haiwan peliharaan..

Pada mulanya kucing yang dinamakan " tam " itu okay sahaja...manja,pandai bawak diri dan jarang membuat bising atau merayau di dalam rumah yang banyak penjuru atau ceruk-ceruk.Tam hanya berbaing di kawasan kegemaran dia dan akan bermain dengan abang ipar aku.Abang ipar aku pun amat senang dengan sikap tam yang nampak kurang mengada-ngada.

apabila sampai waktu malam waktu kakakku masuk ke bilik..pasti kakak aku akan melihat tam sudah tidur di tempatnya.Bila tam ada di ruang tamu..kakak aku pun masuklah tidur macam biasa.Kadang-kadang kakak ku cerita ada malam-malam yang tetentu kedengaran bunyi seakan bising dan pinggan berlaga didapur.Bila kakak aku bangun dan menjengah ke ruangan dapur...tiada apa-apa yang bergrak atau terjatuh.Kakak aku terus menuju kebilik setelah pasti tiada apa yang terjadi.Khuatir juga jika ada pencuri masuk dan menyelongkar rumahnya..

Semasa melintas di ruang tamu..kakakku terpandang kelibat kucing hitam seakan tam berlari pantas ke dapur..kakak aku menoleh tetapi melihat tam tidur di tempatnya..Sangkaan kakakku..matanya mengantuk..jadi mungkin dia salah tengok..mungkin juga tikus yang berlarian riang setelah tuan rumah dah tidur.....Masa berlalu kakakku telah terlupa tentang kejadian itu.Pada suatu malam..abang iparku bali lewat kerana mengantikan pekerja yang ponteng pada malam itu.Jadi mungkin hanaya esok pagi sahaja abang iparku pulang,Kakak ku seperti biasa..pada malam jam 8.30..kakakku menonton televisyen serta menyiapkan makan malam.Sambil memasak didapur..suara penyampai tv3 membaca berita amat jelas kedengaran.Rumah flat kakakku itu pintunya tebal dan kedap bunyi..dan jika radio terpasang kuat pun..hanya berkumandang di dalam rumah sahaja..dan tidak menganggu jiran sebelah menyebelah...kakakku sengaja memasang kuat TV itu kerana kadang -kadangkala kakakku merasa seperti dirinya sedang diperhatikan oleh sesuatu....Apabila ada bunyi-bunyian di dalam rumah kakakku tidak terasa sunyi dan seram...

Tam seperti biasa baring dan melihat skrin televisyen yang memeaparkan gambar yang bergerak-gerak.kakakku tiba -tiba terlihat seperti seekor kucing menyelinap di celah kerusi.Kakakku terpandang sekilas dan segera mencari arah kucing ( yng disangkakan Tam) di mana kali terakhir ianaya dilihat.Kakakku tersangat haitan kerana Tam masih ditempatnye..khusyuk melihat tv.Hati kakakku tak sedap dan segera menyudahkan kerja di dapur dan segera ke depan televisyen untuk menonton.Kakakku melihat Tam tiba-tiba bangun dari tempatnya dan menyembunyikan dirinya di celah kaki kakakku.Kakakku bertanya kepada Tam yang kelihatan mengeram perlahan dan merenung di sekitar seperti ada sesuatu yang menganggu matanya...

Tiba-tiba..terpaku dan mengigil kakakku melihat susuk kucing yang besar berwarna hitam merenung kakakku dengan tajam.Mata kucing itu bersinar dan berwarna merah merenung tepat ke arah kakakku.Kakakku masih terpaku kerana terlalu terperanjat dan takut.Bagaimana kucing yang agak besar itu boleh masuk ke rumah sednagkan kakakku telah mengunci pintu sedari pukul 7.00 malam tadi???

Kakakku teus beristigfar..dan cuba bertenang.Tam seperti agak takut melihat kucing yang boleh dikira sekali besar dari saiznya..Segenap kekuatan kakakku cuba melawan cara halus...

kakakku membacakan ayatul kursi dengan kuat dan cuba membacanya dengan betul walaupun terlalu gugup...semakin kakakku membaca dengan kuat...kucing itu bagai melangkah kedepan..menghampiri kakakku yang kecemasan...

Matanya yang merah menyala bagaikan ada nyalaan api didalammya amatlah menyeramkan..suasana yang agak tegang menengelamkan segala bunyi televisyen.Kakakku cuba sedaya upaya menghabiskan bacaannya dan mengulanginya beberapa kali..Sambil itu kakakku cuab menghalau kucing misteri itu

" aku tak kenal kau...buat apa kau datang sini..." kata kakakku..
" baik kau keluar dari rumah ini dan balik ke rumah tuan kau.." sambung kakakku lagi yang telah mula berani..

kakakku segera mencapai sebatang kayu yang ada di tepi kerusi iaitu kayu seakan rotan padu yang memang disimpan didalam rumah untuk menghalau binatang berbisa.Kakakku mengacukan kayu itu ke arah kucing misteri itu.

Kucing misteri itu berhenti dan memandang dengan marah.Mulutnya terbuka mempamerkan taringnya yang panjang dan tajam.Sekali lagi kakakku terpaku kerana amat panjang dan luar biasa taringnya.kakakku telah pasti itu bukan kucing biasa...dan jelmaan daripada makhluk halus..Kakakku terus menghayunkan kayu dan bangun mengejar kucing misteri itu.

Kucing itu tiba-tiba terus melompat ke arah tingkap dan menghilang begitu sahaja..Kakakku yang pucat lesi kerana amat terkejut kucing itu tiba-tiba melompat keluar terus terduduk dan mengucap beberapa kali..



Credit:Sumber

Jumaat, 24 Julai 2015

Kisah Seram - Penunggu Iswaea Biru

 

Gambar sekadar hiasan. Sumber carian google

KISAH SERAM PENUNGGU ISWARA BIRU FEDERAL HIGHWAY PJ

Dunia Seram - Kita kembali di selubungi misteri dengan segmen seram serik lekat lekit di malam minggu paling indah ni. Yelah.. cuti kan. Memasing semua pasang niat nak overnight la kan. Jangan mimpi korang yang tak kental boleh overnight malam ni lepas baca cerita ni. Mesti korang fikir banyak kali nak keluar berjimbaraya malam minggu. Dengan jahatnya aku nak gelak kejab.. hahahahaha
 

Ni kisah niat yang baik yang mendatangkan musibah. Kisahnya seorang pemilik iswara biru yang melalu kisah seram. Kisah bermula bila dia melalui federal highway, PJ time tu dah maghrib & hujan renyai renyai. Maghrib ni umpama time setan berjogging jugak. Warm up untuk aktiviti tengah malam katanya. Sambung cerita... Masa dia lalu jalan tu dia ternampak seorang wanita yang dia rasa maybe level akak2 la dengan dia sambil dukung baby berjalan kaki. Sebab dia berperikemanusiaan so dia berhenti la nak tumpangkan akak ni. Akak tu pun bagitau la dia nak tumpang sampai sunway. Dia takde masalah nak hantar, so akak ni pun masuk la duduk kat seat belakang. Sebab katanya taknak duduk depan takut anak dia nanti ganggu si mamat ni drive. Masa akak ni duduk kat seat belakang, mamat ni cuba intai2 jugak guna rear mirror. Tapi bila dia toleh akak tu ada jer.. walau dia rasa pelik tapi dia tetap fikir positif jer. Dekat nak sampai tempat akak tu nak turun tetiba anak dia menangis. Dia minta la mamat ni roti dengan air sebab katanya maybe anak dia lapar sebab dari pagi tak makan apa2 lagi. Sebab kesian mamat ni drive ke petrol station dengan niat nak beli makanan untuk akak ni dengan anak dia. Tapi bila dari luar dia tengok dalam kereta dia, tak nampak langsung kelibat akak tu dengan anak dia. Dia panggil pekerja kat situ suruh tengok, dorang pun kata tak nampak siapa2. seat belakang kosong.Bila dia buka kereta, akak tu memang ada dalam kereta sambil senyum pada dia. Dia tutup balik kereta & tengok dari luar memang tak ada sesiapa dalam kereta. Nak double confirm dia suruh lagi pekerja kat situ tengok.. memang confirm tak ada sesapa dalam kereta tu. Lepas tu mamat ni masuk kereta minta akak tu keluar, katanya kereta ada masalah. Terus akak ni jadi marah & terus hilang depan mata dia macam tu jer... Melopong kau tengok orang yang tadi ada tetiba lesap macam tu je.

Selepas kejadian tu katanya dia selalu nampak akak tu ada kat seat belakang kereta dia. Macam2 dia cuba buat. Pergi jumpa bomoh & buat macam2 ritual termasuk mandi bunga kereta.. Hanya hilang sekejab je lepas rawatan tapi selepas tu dia akan muncul semula dalam kereta mamat ni. Katanya.. sebab tak tahan dia buang kereta tu macam tu saja sebab nak jual pun takde orang nak beli. Salesman pun tak berani nak jual. Best la hantu akak tu kan.. tak payah tumpang kereta orang dah. Dah dapat iswara biru hasil momokkan dia. kekekeke

Moral of the story.. Hantu pun tak larat nak terbang. Dia pun nak rasa travel naik kereta katanya jadi jangan biarkan kereta anda di tumpangi hantuuuuuuuuuu... sentiasa perdengarkan ayat2 Al Quran supaya kereta anda tak di tumpangi makhluk yang tak di ingini. peace!


Sumber : Iswara Biru

Wayang Seram - Penunggu JENGKA



Arahan : Ramdan Che Hassan & Nyon Othman
Genre : Seram
Tahun : 2015
Rating : ?/5


Ulasan mengandungi spoiler.


Dunia Seram - Fuuh lama tak menulis. Ulasan untuk filem tempatan pun semakin tak kedengaran mungkin sebab setakat tahun ini tiada filem yang menarik untuk dikongsi. Nampak gayanya, filem tempatan khususnya flem berbahasa Melayu boleh kata semakin merudum. Trailer Jengka sedikit sebanyak menggamit naluri daripada kebosanan deretan filem yang menunggu tayangan.



Filem ini mengambil konsep found footage yang diselang seli dengan lakonan semula seperti konsep Villa Nabila tetapi tidaklah mempunyai ciri-ciri docu dalam Villa Nabila. Pengarah baru Ramdan dan Nyon sebagai protege Aziz M. Osman tidak lepas dari mengikut trend filem seram terkini yang melanda Malaysia ketika ini. Filem ini bermula dengan Nini yang sarat mengandung ingin melahirkan anak dikampungnya di Jengka. Bersuamikan Basir (Riezman), Nini memberi peluang kedua kepadanya setelah curang dan berjanji untuk tidak lagi merosakkan rumahtangga mereka. Setiba di kampung, apa yang membahagiakan kini menjadi kucar-kacir apabila Nini meroyan lari ke dalam ladang kelapa sawit dan diganggu apa yang di panggil Penunggu Jengka.



Filem yang bermula dengan pengakuan Raja Azri mengatakan pihak Ace Motion menerima satu kamera yang mengandungi entiti dan kemudian melakonkan semula apa yang terjadi di ladang kelapa sawit. Ianya sangat simple dan mengajak penonton percaya apa yang berada di dalam kamera adalah sesuatu yang benar-benar-berlaku, tetapi terdapat beberapa babak 'kejadian benar' yang dipaparkan juga boleh dianggap berlakon sekaligus kurang kepercayaan terhadap bukti yang diterima itu. Satu faktor bagi PF adalah, kejadian asal itu juga dilakonkan oleh pelakon tv yang boleh dikenali, terutama Basir in real life. Mungkin, pada orang lain ianya bukanlah undang-undang yang perlu dipatuhi dan kemudian dihukum jika tidak menggunakan orang biasa. 'Keaslian' yang boleh dipuji adalah babak-babak hantu dan suasana seram di ladang kelapa sawit. Sebenarnya, situasi itu dah lama PF angankan jika kononnya nak buat filem seram iaitu suasana angker dalam hutan yang sedikit lapang. 



Apabila cuba melakonkan semula, karakterpun jika boleh kena sama paling tidak pun hampir sama. Lebih-lebih lagi, pada skrin yang dibahagi dua dan memberi peluang penonton membuat perbandingan depan mata. (Eh, ini bukan filem biografi semua nak kena sama! rupa fizikal, perangai dan cara bercakap). Ini jelas dengan melihat watak lakonan semula Abang Long (Raja Azri) yang ternyata jauh lebih serius dari watak asal yang agak lurus dan membawa gelak penonton tanpa disedari pengarah mungkin. Tak tahulah pada orang lain jika ianya perkara kecil, pada PF umpama tengok di FB gambar comel, muka flawless apa semua, tapi di luar, muka berjerawat dan selekeh dari digambarkan. Bercakap pasal filem hantu mesti ada orang agama, Ok tak kisahlah tu jika Jengka pun panggil ustaz, cuma rupa bentuk ustaz tak perlulah nampak cliche sangat dengan berjubah dan masuk ke ladang malam-malam. Walaupun begitu, ustaz 'sebenar' berjubah putih, manakala ustaz 'palsu' berwarna gelap memberi makna kontra. 



Sentuh berkenaan cerita pula, cakap-cakap orang tentang 'kekerasan' tempat ladang pula tidak diceritakan dengan mendalam paling tidak pun perlulah ada 1 babak berdialog tentangnya, seingat PF hanya kawan Abang Long saja yang ada sebut 2-3 perkataan tentang hal ini semasa shoot kamera. Sedangkan Abang Long yang telah tinggal lama berhampiran ladang tidak tahu menahu sehinggalah kejadian mengutip bola golf. Yang ini agak pelik sedikitlah. 

Adakah penunggu di situ memang mengidamkan dan 'memanggil' ibu mengandung demi dapatkan bayi? Atau keangkerannya di situ baru saja nak bermula? Penggunaan CGI bagi penampakan penunggu adalah lebih baik jika diminimumkan, kerana kadangkala ianya nampak seperti ..... apatah lagi dengan opening sequence di mana penunggu mencelah ditepi skrin sekaligus adalah spoiler awal Jengka.
Oh ya, terdapat 2 babak seram semasa di rumah Nini di kota sebelum pulang ke Jengka, tidak tahu apakah tujuannya. Nak kata ikut balik kampung, tiada continuity pula. Walau bagaimanapun, bagi pengarah baru yang cuba mengikuti trend semasa, Jengka boleh dikatakan percubaan yang baik. Halalkan sajalah ketawa-ketawa penonton dibalik seram itu. Rasanya lebih baik jika ianya dibikin bukan style begini (realiti dan lakonan semula). 2cents*
Credit:Somber 

TONTON Filem Jengka (2015) Full Movie online streaming secara online dengan percuma sekarang.


Jengka (2015)


Filem seram Jengka mengisahkan tentang Nina yang keguguran semasa melarikan diri di ladang kelapa sawit. Namun sesuatu terjadi apabila bayinya dikatakan masih hidup dan dilarikan oleh penunggu. Orang kampung berusaha membantu mencari Nina dan anaknya, namun perkara seram terjadi sepanjang pencarian mereka.

Pengarah: Nyon Othman, Ramdan Che Hassan Pelakon: Riezman Khuzaimi, Ramona Zamzam, Raja Azri

TONTON JENGKA (2015) FULL MOVIE










Khamis, 19 Mac 2015

Cerita Hantu - Main main hantu




Dunia Seram - Penah tak korang tgk pocong lompat2 kat depan mate korang ngan kwan ko
pon skali lompat??Cerita nie berlaku mase aku kecik lagi,baru darjah 4
dah lah sekolah aku tu tepi kubor.sape duduk keramat dier tau
ar...mase aku darjah 4,sekolah aku ade wat kem motivasi kat skolah,so
kene la tido kat skolah la.kiteorg tido dalam klas.pada malam pertame
takde kejadian pelik2 berlaku,maybe kiteorg tido kat blok baru buat tu
kot...tapi pada malam kedua,ujan plak turun,kiteorang kene la
berpindah ke blok lame.

Hujan plak turun lebat malam tu,pada mulenye cikgu aku berat ati nak
suruh kiteorg pindah blok lame,tapi bile air dah stat masuk ke dalam
klas cikgu pon suruh kiteorg kemas barang n pindah ke blok lame,blok
lame nie ade 3 tingkat..tingkat 1 tak bleh ddk,sebab makmal sains,so
kene la ddk tingkat 2 n 3...pelajar laki2 ddk tingkat 2,pelajar
pompuan plak ddk kat tingkat 3..tapi cikgu2 tak tido sekali ngan
kiteorg,cikgu tido dalam bilik guru,blok yg same tapi tapi hujung
sekali dekat ngan tandas...bdak laki ade la dalam 40 org dalam klas
tu.pada malam tu aku tak bleh tido sebab bising sangat bunyi hujan,aku
tgk sebelah aku,membe aku pon tak leh tido gak,so kiteorg bersembang
ar.

Mase tu dalam kul 2 pagi..rupe2nyer ramai lagi yg tak tido
lagi,kiteorg berkumpul la kat tepi klas,sembang2 kosong..terbukak plak
citer hantu...tibe2 datang plak idea bodoh yang aku cadangkan,"kite
kaco bdk pompuan nak tak??"aku cakap kat membe aku...tapi ade la 2,3
bdk tak setuju,takut cikgu tau...aku mase tu tak pikir ape dah,kire
nak kaco org je,so aku teruskan la ngan mane bdk yg setuju nak kaco
bdk pompuan,mule2 cadang nak baling seliper jer,tapi klau baling
seliper,besok mesti kantoi,sbb seliper kiteorg ade kat tingkat atas..

Membe aku bagi cadangan yang sangat bangang"kite jadi pocong nak
tak??"dan aku yang same bangang ni pon setuju..aku balut membe aku 3
org ngan selimut putih,walaupon balutan kiteorg tak kemas,cuak gak
bile aku tgk,tapi mase tu tgh teruje giler,tak pikir ape dah,pelan2
membe aku naik tingkat atas,kiteorg tak wat bising takot cikgu
dgr,member aku pon lompat2 ar kat tingkat atas,aku tungu membe aku kat
hujung tangge yg kiteorg naik..sampai je hujung blok,membe aku patah
balik,kiteorg hampa sbb bdk pompuan semua dah tido...mase dorang OTW
datang kat aku,aku nampak kelibat putih kat blakang dorang...

Mule2 aku ingat membe aku,tapi bile aku tgk lame2 bende tu tinggi dari
membe aku,dan ikatan kain die kemas,aku dah mule seram dah,habis semua
surah aku bace..alif,ba,ta,A,B,C pon aku tibai....aku tgk bende tu
makin dekat,aku tanye membe aku yg kat sebelah aku nie,"ko nampak tak
kat blakang bebudak tu ade ape"?membe aku dah kaku,bkn aku sorang je
yang nampak,membe yg kat sebelah aku pon nampak gak..tapi aku rase
membe aku yg jadi pocong tu tak perasan ade pocong yg sebenar belakang
dorang melompat sekali ngan dorang,sebab dorang stady je aku tgk,siap
bleh gelak2 lagi..."aduh nak wat camne nie"aku bercakap dalam hati....

Tibe2 petir menyambar...padahal hujan dah renyai dah mase tu,aku terus
pelok membe yg kat sebelah aku nie...pastu bile aku tgk balik,pocong
yang kat belakang membe aku tadi dah takde,cepat2 aku bukak kain
selimut dorang n aku tarik kawan aku turun tangga dan masuk balik
dalam kelas,aku ngan membe aku yang nampak pocong tadi masih lagi
ketakutan,membe aku yang menjadi pocong tadi hairan tengok kiteorg
ketakutan,aku bagi tau kat dorang"kat belakang korang tadi ade
pocong".......petir menyambar kembali...tibe2 membe aku yang menjadi
pocong tadi hilang di depan mata kiteorg mase petir meyambar...aku
ngan membe aku jadi pelik...dan tiba2 lampu pon terbukak...

aku tgk membe aku tadi yang jadi pocong tadi yang bukak lampu....pastu
dorang tanye aku"kenape korang tinggalkan kiteorg kat atas"??aku ngan
membe aku pandang satu sama lain..."tangan sape aku pegang tadi"???

Sabtu, 6 Disember 2014

Cerita Hantu - Terserempak



Dunia Seram - Pada suatu malam, jam tepat pukul 10pm, waktu tu saya masih ada di penang dan mahu bertolak balik ke Jitra, Kedah...saya hanya menaiki motosikal sahaja dan berseorangan..
setelah saya sampai di Gurun, saya pun exit highway dan masuk simpang ke Yan, Sik, Jeniang...kenapa saya keluar highway?? oleh sebab sebelum ni saya pernah terserempak lembaga yang aneh di Highway gurun, Lokasi selepas Caltex gurun (tempat kawasan hutan2) jadi, saya pilihlah jalan bawah untuk mengelak dari ternampak lembaga2 tersebut..
Ok, sambung cerita balik, setelah saya keluar dari highway gurun, saya pun pergi isi minyak di stesen berdekatan situ, setelah selesai isi minyak, saya pun memulakan perjalan saya pulang ke Jitra...waktu itu, jam tepat pukul 12:30am...
dalam perjalanan mengikut jalan biasa amat indah sekali, sebab tiada langsung kereta yang melalui kawasan itu (waktu tu saya tak terfikir langsung pasal hantu, sebab ngantuk sama)
setelah 30 minit saya memandu, saya pun telah sampai di daerah Kota Sarang Semut, Kedah...jalan di situ memang gelap dan sunyi, hanya terdapat beberapa lampu jalan sahaja yang ada di kawasan itu...
waktu tu, mata saya asyik pejam celik dengan menguap berpuluh2 kali, kerana telalu ngantuk dan letih la katakan...waktu itu jam sudah pun pukul 1 pagi..
secara tiba2, saya ternampak ada lembaga berbaju pengantin yang serba putih, yang sedang duduk atas sebatang ranting pokok di sebelah kiri jalan, pokok tu rendah saja, agak kaki boleh cecah tanah...
saya ternampak lembaga tersebut yang lututnya pusing ke arah jalanraya, tapi yang peliknya, muka dia pusing ke arah belakang, sebab ada rambut panjang tutup dadanya....tak pasti sama ada dia pandang ke arah jalan raya atau pun ke belakang, tapi mungkin juga dia tutup muka dengan rambutnya, jadi saya nampak lembaga tersebut seperti seolah2 dia pandang ke arah belakang.
setelah saya berselisih dengan dia, perasaan saya baru mula rasa takut, jantung pun mula berdegup dari pelahan sehingga laju...
saya rasa macam nak pandang belakang, cuma untuk pastikan lembaga itu masih ada disitu atau hanya perasaan saya sahaja, saya pun pandang ke arah belakang dengan menggunakan side mirror moto saya, alangkah terkejutnya saya nampak lembaga tersebut masih ada disitu, tapi dia tak pandang ke arah saya pun...

saya mula berfikir macam2 sehingga saya berasa yang amat pelik..saya cuba teka apa sebenarnya lembaga tersebut?? saya pun terfikir, mungkin lembaga tersebut adalah seorang perempuan yang mati kemalangan di kawasan itu? agak saya je, sebab sebelum saya berselisih dengan lembaga itu, ada signboard yang tulis "Kawasan Kemalangan" dan banyak signboard "AWAS" kat kawasan tu..
tanpa berfikir banyak, saya terus baca surah ayat qursi bagi mengelak daripada lembaga tersebut mengikut saya...dan saya pun teruskan perjalanan saya tanpa memikirkan lembaga itu lagi..
setelah 1 jam lamanya saya memandu dari tempat yang saya jumpa lembaga tersebut, saya pun telah sampai ke rumah saya, waktu itu jam tepat pukul 2 pagi...mata saya berasa seperti diikat dengan ketul batu, bertapa mengantuknya saya ni..
sebelum saya masuk dalam rumah saya, saya baca Doa Sebelum Masuk dalam rumah terlebih dahulu, dan saya pun masuk ke dalam rumah saya...
dan saya terus tidur tanpa cuci kaki (dan ngantuk sangat2) setelah nyenyak tidur, tiba2 saya terbatuk dan saya pun bangun dari tidur pergi ke dapur untuk minum air, dan saya masuk sambung tidur balik, waktu tu jam sudah pun pukul 3:30 pagi rasanya..tiba2 sy terdengar macam ada orang tengah ketuk pintu, saya pun terfikir (sapa lah yang ketuk pintu malam2 ni..adess) tanpa memikir banyak saya terus sambung tidur, dan saya abaikan ketukan itu...
sewaktu mula nyenyak tidur dan saya terkejut, sebab ada lagi bunyi ketukan tu, saya pun rasa pelik dan bulu roma saya tiba2 tegang...saya pun terfikir tentang lembaga yang saya nampak tadi, tapi saya sudah membaca ayat qursi, takkan dia ikut saya balik kot? tapi mungkin juga sebutan saya semasa membaca ayat qursi tu silap, maklum la waktu tu letih dan ngantuk...sebab tu lembaga tu ikut saya...
tanpa saya membuang masa, saya terus bangun membuka laptop saya dan pasang surah2 suci ayat al-quran di laptop saya, selepas itu, saya pun terus tidur dan nyenyak sehingga ke pagi...alhamdulillah, selepas tu tak ada lagi ganguan ketuk pintu tu...

Selasa, 18 November 2014

Kisah Seram - Gangguan Dalam Stor Di Kem Tentera

 


Dunia Seram -  Nama saya Fazz & ingin saya berkongsi dengan semua. sesudah tamat latihan BMT di Pulau Tekong. Kem saya dikenali sebagai Kem Pasir Laba yang terletak di bahagian barat Singapura.

Saya menjalani perkhidmatan negara saya di kem tersebut sekurang2nya sepuluh tahun dahulu, semasa semua bangunan2 ketika itu beratap zink & tembok papan kayu. Hanya bangunan yang paling canggih ketika itu adalah bangunan SISPEC, iaitu bangunan latihan para komander seksyen dalam platoon. Saya merupakan seorang preman stor sahaja di kem tersebut & sering tidur di sana kerana adakalanya ada kompani di kem itu ingin menggunakan alat2 stor untuk latihan dalam hutan dan sebagainya. Adakalanya ketika bertugas, saya hanya seorang diri sahaja dalam stor untuk seminggu dua.



Kisah yang paling seram terjadi sewaktu saya bertugas seorang diri. Masih jelas teringat di minda saya, waktu itu selepas jam 12 malam dan merupakan malam Jumaat. Waktu itu juga tiada sesiapa di dalam kem melainkan saya & "Orderly Officer" sahaja. Kadet2 pun semua sudah pulang ke rumah masing2. Ketika saya sedang rehat dan letakkan kaki di atas meja dan cuba lelapkan mata, tiba2 kedengaran ketukan pada pintu stor. Tersentak dibuatnya. Saya pun buka pintu ingatkan kemungkinan pegawai yang bertugas mencari saya. Bila saya buka pintu stor, tiada sesiapa di depan pintu. Jenguk punya jenguk, satu batang hidung manusia pun tiada. Saya pun tutup pintu, menguncinya dan terus sambung rehat saya.

Tapi tak sempat nak rehat, ketukan di pintu kedengaran lagi. Saya pun buka pintu. Alangkah terperanjatnya saya nampak tercegat berdiri di depan pintu merupakan pegawai stor saya. Bukan pegawai kem yang saya sebut awal tadi, tapi pegawai stor saya sendiri, berdiri tercegat di depan pintu stor. Saya cepat2 menegur & tabik beliau & bertanya apa cerita malam2 datang??? Beliau diam sahaja. Beliau memandang ke dalam bilik stor melihat keadaan berselerak dengan tempat rehat saya. Saya pun cepat2 kemas sedikit lebih kurang sebelum pegawai marah. Bila sudah mengemas sikit2, saya pusing balik ke arah pintu tetapi pegawai saya dah tiada!!! Sekelip mata beliau sudah tiada. Saya dah rasa tak sedap hati. Saya pun dengan pantas tutup pintu, kunci & matikan diri, ketakutan di dalam stor.

Beberapa minit kemudian, saya dengar seperti cakaran di bumbung stor di mana saya dah jelaskan pada awalnya bahawa ketika itu, banyak bangunan di dalam kem berbumbung zink. Cakaran itu berlaku selama tiga hingga lima minit lamanya. Saya dah tak tentu arah dibuatnya. Rasa seram sejuk. Tanpa berlengah lagi, selepas cakaran itu tidak kedengaran, saya memecut keluar dari bilik stor & lari ke mana arah kaki saya boleh bawa. Belum sempat buka langkah seribu, tiba2 ada seekor ayam lari masuk ke dalam stor sejurus selepas saya membuka pintu. Lagi buat saya lemah tak bermaya. Tapi saya memaksa diri maju ke hadapan demi keselamatan. Langkah demi langkah saya memaksa kaki saya kerana kaki saya sudah terasa lemah longlai secara tiba2. Beberapa langkah jauh dari stor, kedengaran seperti orang berkata, "Kenapa? Kau takut ke? Aku datang nak temankan kau, pasal kau seorang sahaja di dalam beberapa malam ni..."

Saya terus tak bermaya, nak memekik pun seperti tiada suara yang keluar dari mulut. Saya bersandar di tepi sudut tembok & pejamkan mata sambil membaca apa yang saya tahu. Beberapa minit kemudian, apa yang saya tahu, saya berada di pusat rawatan, terbaring di atas katil. Kata pegawai medik, pegawai kem yang bertugas terjumpa saya terduduk pengsan berpeluh tanpa sedarkan diri. Saya menceritakan apa yang berlaku. Kata pegawai medik di situ, kem ini memang diganggu oleh sebuah lembaga yang tak boleh dijelaskan kehadirannya kerana tiada siapa pernah nampak raut wajahnya yang sebenar. Lembaga itu pula suka menyerupai pelbagai benda yang ia suka.

Dengan penjelasan itu, baru saya sedar bahawa mungkin ayam dan susuk seperti pegawai saya itu adalah benda itu. Sehingga sekarang, lembaga itu masih menghuni kem itu kerana adik jiran saya yang kini bertugas sebagai pemandu di kem itu pun pernah diganggu kalau seseorang itu bertugas seorang diri di kem itu untuk beberapa malam. Terima kasih & selamat malam.

 Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club 

Kisah Seram - Makhluk Misteri Di Taman Negara di Sabah



Baca description gambar daripada sumber.. 




Dunia Seram - "Nah ni nah PIC anak buah penyumbang gambar (si Pjut) tersnap masa di National Park, kamu rasa apa ni?''
Ni plak pengalaman seorang pengomen gambar ini.. 
"Bukak² jek tengok gambo terus meremang bulu roma aku pepagi neh.. Teringat aku 7 tahun lepas. Masa tu baru turun gunung tahan. Dari kem melantai nak sampai ke kuala tahan. Hari dah nak senja, kumpulan aku dah terpecah dua. Yang geng depan pulun nak sampai awal, yang belakang geng heavyweight yang dah x larat sangat. aku dengan membe aku sorang lagi jadi sweeper dok belakang.
Bengang betul aku guider bole ikut geng depan dua². jadi aku decide dengan membe aku untuk aku runner tangkap kumpulan depan untuk hold diaorang supaya bole regroup bailk sebab dah senja dan beberapa minit jek lagi nak malam. Aku pon lari laa dalam hutan tu sorang² meninggalkan group belakang untuk kejar group depan. Tengah lari² dalam hutan senja² tu, aku nampak benda ni duduk belakang batu. Batu tu memang tepi denai aku nak lalu. Aku pikir beruang jek. tapi makin dekat dia x gerak². muka dia x macam beruang.
muka dia flat tapi penuh bulu. aku lari jek x berenti² sambil azan. kalau binatang dia akan bergerak kalau aku lari sambil azan menuju ke arah dia. ini x gerak². aku lari arah dia harap dia lari, sampai ke sudah dia x gerak. last² dah dekat sangat aku yang lari cilok sebelah pokok. aku cita dengan membe² aku pastu, diaornag semua kata beruang sambil gelak²(nak sedapkan ati memasing la kot).
pastu guider sorang tu tarik aku, slow² jek dia sound aku, itu bukan binatang bro.. dia x pernah jumpa, tapi senior² dia cita, dari melantai nak ke kuala tahan tu keras sket kalau jalan sorang². mesti jumpa apa² punya.. tapi gambo tt ni xtau la betul ke x. tapi bentuk tu memang sama bro.. wallahualam.. aku xde bukti, aku cerita jek pengalaman aku. nak kata aku scam pun xpe.."


Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club 

Isnin, 23 Jun 2014

Kisah Seram - Sg. Pauh Camp Site,Cameron.



 

Dunia Seram - Malam terakhir kat situ,last activity yg kitorang kene wat is solo camping.so b4 pegi,lecturer ada ckp sape yg x nk,leh dok tepi..aku dah xsedap ati tp memandangkan sume excited nk pi,so aku pon pegi jelah.xkan nk tinggal sorang2 kan..xnak aku.pstu die suruh jalan in one line..time tu sume jalan ngan senyap.xsape bersuara..yela dah malam kan....dgn cuaca yg sejuk gile kat cameron tu,my heart still beat fast...rase cam nyesal pegi pon ada gak pstu dah smpai kat hutan situ,lecturer pon bahagi2kan tmpt.1 pokok pine 1 org...yg boys punye tempat ok lagi sbb dorang pndg sekeliling leh nmpak sume lelaki..depan ke,blakang ke,kiri kanan ke..they can see each other...

yg kitorang gurlzz ni plak..kat lereng bukit.so the view tu,kite pndg bwh jelah..sbb dok kat lereng bukit kan..mane leh pndg blakang sume...so malangnye time tu,aku ni kene dok kat pokok yg last sekali..kaki aku dah shaking time tu..fuh! pstu dah sume dok kt tmpt masing2,lecturer aku blah la...so dudukla kitorang kat situ selame 30min...aku mmg dah takut..so xde rase nk tdo langsung la,mate fresh je tgk bwh n tgk kwn2 aku yg dpn2 aku sume..

10min after that,aku t'dgr bunyi daun kering dipijak blakang aku tp xdelah exactly blakang aku..jauh sketla..so ngan slumbernye aku toleh ke blakang...no one there.aku dgr 3x n pndg pon 3x :bgrin: (blakang aku tu ada 1 umah kosong n siap garaj lagi maybe umah renjer utan yg dah lame kot,so daun tu aku dgr kat garaj die).the third time aku toleh ke arah umah tu..sekali.....aku nmpk...........1 lembage ke byg2 aku pon xtau hitam..ngah bediri smbil b'peluk tubuh kat tingkap umah tu..peh!!!aku siap berkerut lagi...then pndgn dpn and aku tanye sendiri sape tu?pstu rase cam lain macam je,jantung aku time tu pon dah laju gile..what can i do is i freezing jelah..xtau wat pe.dok bace al fatihah jelah tp mulut ni berat plak nk jerit ke ape ke (lect dah ckp if anything happen,jerit T-O-L-O-N-G but slow bukan laju2) aku terkaku gak..xnak gerak2..nk nangis pon ada tp xgak nangis...

10min pstu aku terase my back is 'panas'.bukan panas pe tp panas ada tgn pegang blakang n pinggang aku...aku x mengelak pon..takut beb! aku kakuuuu je....xbrani woo nk gerak2..mase tu..Tuhan je tau..kaki aku ringan je nk lari yela in case 'dorang' nk sergah aku ke ape,ke tolak aku dr lereng tu ke.. tp x lari jugak...tp xlame dlm 8second je kot..

dah turun n bratur in line balik,aku senyap je..stil freezing,faci tanye aku ok ke..aku angguk je..pstu aku nangis...uwaaa!! tp xdelah melalak juz my tears je kuar.then faci tu kate tmpat aku tu 3 puteri bunian punye tmpat.kalau lecturer aku letak lagi student blakang dr pokok aku tu,kirenye dah masuk territory bunian tu la...cuak plak aku dgr......pstu balik camp,basuh kaki terus tdo.kwn2 sume panaskan badan kat unggun api..esoknye baru aku ckp ngan kwn aku tu,XXX. die pon heran nape aku x join dorang panaskan bdn smlm tue...dorang leh siap tdo time dok kat pokok tu,hampeh betul! padanla xtau ape2...

SEKIAN...

Rabu, 18 Jun 2014

Kisah Seram - Kisah Misteri Hantu Duyung












Saya ada cerita yang ingin dikongsi. Pengalaman ini berlaku kepada nenek, mak saudara dan sepupu saya. Saya hanya menyampaikannya sahaja. Ia berlaku setahun yang lalu di rumah lama kami. Untuk pengetahuan anda, kami berpindah ke rumah baru kerana rumah lama kami akan dirobohkan dan dibina jalanraya. Kami sekeluarga tinggal di rumah baru, sementara nenek saya tidak mahu lagi meninggalkan rumahnya itu. Jadi dia, mak saudara serta sepupu saya, tinggal di rumah lama sementara menuggu ianya dirobohkan. Semua rumah di sekeliling rumah kami yang lama, sudah dikosongkan . Jadi di kawasan itu hanya ada nenek, mak saudara dan sepupu saya sahaja.

Pada satu malam, ketika mereka sedang menonton televisyen, mereka terdengar bunyi di atas bumbung. Mereka tidak menghiraukannya pada mulanya. Tiba-tiba sepupu saya mendengar bunyi orang berjalan di luar rumah padahal tiada siapa yang tinggal di kawasan itu melainkan mereka. Dia menyangkakan ada orang ingin mencuri. Jadi, dia pun keluar untuk memeriksa. Alangkah terkejutnya dia, apabila melihat sebuah mahkluk seperti duyung sedang berbaring sambil tangan di kepala dan melihatnya dengan mata yang merah sambil tersenyum. Ekornya dikibas-kibas. Sepupu saya yang melihatnya terus menjerit dan berlari memasuki rumahnya lalu menceritakan kepada nenek dan maknya. Mereka duduk di ruang tamu dalam ketakutan.

Sepupu saya ini adalah seorang yang berani. Dia mengambil penyapu dan melihatnya di luar tingkap. Tiba-tiba, dia melihat `duyung` itu melompat di atas bumbung jiran dengan ekornya. Dia berlari ke ruang tamu dan duduk bersama mak dan nenek. Di dalam rumah itu , terdapat seekor kucing hitam. Kucing itu meraung sepanjang malam itu. Mereka hanya beristighfar dan duduk di ruang tamu tidak boleh melelapkan mata sampai pagi. Itu sahaja, terima kasih..


Sumber.

Sabtu, 14 Jun 2014

Kisah Seram - LEMBAGA BERTENGGEK DI ATAS DAHAN


Salam sejahtera...

Skrg ada masa sikijap sdh ni mau cerita pengalaman yg saya alami tahun 2001 semasa saya kerja kontrak pasang tu Tower TNB yg bersayap tu mcm kapal terbang hehehe..

Kerja ni acctually syok walaupun berat. Sbb semangat kerjasama masa menjalankan tugas tu yg saya suka, walaupun Kerja ni berat dan bahaya (x insuran lagi kami time tu/ sain mati tu kerja hehe). Tp bila part mau angkat dan sambung2 tu besi besar kasi bediri, kerja tu jadi senang sbb semua ada kerjasama.

Saya start ikut kawan kerja ni masa penghujung 1999.. Bermula di sekitar Semporna dan Tawau, pas tu Kunak, Lahad Datu sehingga kmi tiba di Kinabatangan pada tahun 2001. Kami tinggal di sebuah kg yg terletak sebelum jambatan kinabatangan tu klu dari KK.

Di kinabatangan ni kami menyewa sebuah rmh papan yg blh dikatakan mcm pondok jg la.. Bentuknya 4 segi tepat, x ada bilik tidur. Jumlah kami ni 12 org.. masak, makan dan tidur tempat yg sama mcm dlm kotak. Bos kami yg pilih tempat ni, sbb dekat sama projek2 tower yg nanti kmu mau buat dia bilang.

Biasanya, segelintir kawan2 ni suka cuci baju dorang tiap hari selepas kerja, ada jg yg simpan sampai 2-3 hari baru cuci baju... Tapi saya ni pula dulu, suka kumpul sampai hbs baju kana pakai baru mau cuci hehehe... Tempat tinggal kami ni x ada kemudahan air paip, cuma air perigi di bawah bukit yg jarak dia dekat 100 meter dari rmh kami.

Selalunya habis kerja jam 6pm, klu saya mau cuci baju tu, saya tunggu time ada kawan yg mau pi mandi dulu baru sa jalan, supaya ada kawan hehe.. Tp hari tu masa baju saya sdh habis kana pakai, tiada 1 org pun kawan mau pi mandi, semua pun mcm kepanatan, balik rmh ja semua baring2 rehat ,ada yg tertidur trus. Saya pun tertunggu2 ja la manatau lepas dorang rehat nanti ada jg mau jalan pi mandi saya bilang dlm hati.

Saya tunggu sampai jam 8pm sdh pun masih blm ada jg kawan yg mau jalan pi sana perigi. Klu saya x pi cuci skrg, memang teda la saya mau pakai pi kerja bsk lusa. Saya tanya la ni kawan2 klu ada yg mau pi mandi, dorang semua pun geleng kepala saja.

Saya pun ambil la tu lilin sama tu lampu minyak tanah trus jalan pi sana perigi mau cuci baju. Sampai di perigi tu, saya biasa rendam dulu tu baju pakai sabun di baldi beberapa minit baru saya cuci. Masa saya rendam tu baju, saya duduk2 la sana di bawah tu pokok2 rambutan sambil isap sigup.

Tiba2 saya dgr mcm ada bunyi ayam bising2 di atas pokok, Krokokokok - krokokok - shhh - shhh - krokokok -krokokok... mula2 saya ingat ayam.. Tp heran jg saya kenapa tu tuan rumah x kurung ayam dia. Biasanya klu petang2 kami pulang tu, kmi nmpk dia limpas rmh kami, dia dari pi kurung ayam2 dia, petang td pun ada jg kmi nmpk dia limpas..

Saya bediri la mau tgk klu benda tu betul2 ayam, sbb tu bunyi betukar sdh mcm ayam belawan2 mau berebut tu tempat dorang bertenggek sana dahan rambutan sampai beguyang2 tu dahan, mcm ada 3 ekor punya bunyi saya dgr time tu. Masa saya tgk atas tu, saya nmpk ada 3 bentuk warna hitam sebesar buah kelapa separa bulat betenggek di dahan, bila saya renung betul2, blh nmpk tu benda masing2 ada dua biji mata warna merah sebesar api kirai daun (lebih tepat klu bilang saiz mata tu sebesar saiz kepala mancis kayu). Memang saya tekejut jg nmpk tu mata merah sbb blm pernah saya nmpk mata ayam warna merah menyala waktu malam.

Saya pi ambil tu lilin, saya angkat la mau suluh sana atas pokok mau tgk apa jenis ayam ada mata mcm tu. Asal saja saya suluh pi tu lembaga, misti dia melompat pi dahan sebelah, sampai tu dahan beguyang time dia landing. Sambil saya suluh2 mau tgk tu, tiba2 ada lg benda hitam bentuk bulat datang, dia terbang dari tu pokok kawasan kelapa sawit di sebelah bukit dan hinggap di dahan rambutan dekat saya tu. Skrg ada 4 ekor sdh benda tu, dorang bebunyi mcm ayam bising sana atas dahan sambil dorang melumpat2 dari satu dahan ke dahan lain. Mata dorang menyala merah pandai besar - pandai kecil tengok saya.

Yang paling 'SOI' betul saya rasa, dua dari lembaga tu bertenggek di atas tu dahan rendah betul2 di laluan mau balik rmh kmi.. Masa tu la saya rasa seram sejuk yg amat sangat sampai menggigil badan saya.. Tanpa buang masa, saya trus lari lintang-pukang plg sambil teriak2 mcm org kena histeria ikut tu jalan semak yang berduri shortcut mau sampai rmh.

Sampai di kawasan rumah tu, beberapa kawan saya yg tebangun dgr saya teriak, keluar pi di luar rmh. Dorang tanya sa kenapa?... Sambil saya lari2 tu masuk dalam rmh saya sebut HANTU!!!..

Apalagi.. dorang kawan saya yg di luar time tu sampai ada yang terjatuh2 sbb tebelanggar time dorang ikut saya belari masuk rmh. Kami kunci pintu - trus semua diam2. Tidak lama kemudian bunyi kuat di atas zink kami mcm kelapa jatuh, pastu bunyi2 ayam Krokokokok, krokokok... mcm lebih dari 4 lembaga yg datang sambil berbunyi2 kami dengar. Benda tu pusing2 rmh kami. Yang paling jelas bunyi kami dgr ialah bila bunyi seperti benda tu BERGESEL di bawah zink rmh kami (zink lama yg beralun tu), mcm dia terbang sampai kena tu bawah atap zink mau cari celah2 siling yang dia boleh muat mau masuk. Kami pun masing2 pegang besi dan parang time tu bersedia klu ada benda tu terlepas masuk. Setelah lebih kurang 20 minit benda tu keliling2 rumah sambil berbunyi2 ia lenyap.

Esok dia kami semua cuti x pi kerja, sbb tiada yg blh tdr semalaman, kami semua berjaga sampai pagi. Masa tuan rumah kami limpas waktu pagi mau pi kasi lepas tu ayam dia dari kurungan, kami panggil dia, trus saya cerita la kejadian smlm tu.

Dia kasitau saya itu ialah kepala balan2. Nasib baik ko lari awal2 dia bilang, klu tu benda sdh bekumpul banyak, org sihat mcm ko pun dorang serang tu dia bilang.

"Bukan org sakit lemah saja ka dorang mau attack tu?", saya tanya.

Tu tuan rmh ckp, "Klu benda tu 1 ekor memang x berani mau serang org sihat, tp klu dorang sdh lapar sbb sdh lama tiada org sakit tenat, dorang pandai berkumpul tu sampai banyak and boleh mengalahkan org yg sihat klu dorang serang", dia bilang. Tuan rumah tu ckp lagi, "Jangan kmu risau", dia bilang. "Ini rumah saya sdh simpan pendinding, benda tu x akan dpt masuk", dia bilang sambil dia kasi tunjuk kami tu botol2 kecil yang dia gantung di setiap penjuru rmh tmpt kami tinggal tu..

Selepas kejadian tu, tiap petang lepas kerja, kami semua sama2 pi mandi sambil cuci kain, ada jg kawan yg bawa batang besi utk standby.. Beberapa bulan kemudian kami pindah rumah di tempat lain.

Aiya skrg saya tgh crita ni pun bediri bulu roma saya ni hehe...


Story Original Copyright © 2011 Bobby Robert Daat
Group PARANORMAL All rights reserved
All posts are not modified or corrected language,this is the original post.
 

Khamis, 12 Jun 2014

Cerita Hantu - DISAKAT ROH 2 BERANAK

 

SATU kampung gempar dengan cerita Zaman anak bongsu kepada Tok Siak yang diserang demam panas secara tiba-tiba. Sudah sebulan dia terlantar di atas katil kerana demam yang dialaminya tidak sembuh-sembuh. Biar pun berbungkus-bungkus pil dan ubat demam ditelannya namun serangan penyakitnya itu belum menunjukkan apa-apa perubahan.

Malah, sudah beribu-ribu ringgit wang dibelanjakan untuk membayar rawatan doktor namun sakitnya semakin teruk. Bahkan sudah hampir 15 orang bomoh kampung dipanggil untuk mencari penawar mengubati Zaman namun masing-masing mengeluh kerana tidak dapat mengesan punca penyakit yang dialaminya.

Orang kampung mula menyebarkan pelbagai cerita yang tidak elok termasuk ada yang memberitahu Zaman anak kepada Long Salleh dirasuk makhluk bunian. Malah, ada juga mengaitkan penyakit yang dialami Zaman berpunca dari melanggar pantang dalam ilmu persilatan yang dipelajarinya.

Namun, dalam banyak cerita itu yang paling menakutkan ialah Zaman dipercayai terserempak dengan jelmaan hantu dua beranak yang didakwa meninggal dunia kerana dibunuh selepas dirogol. Jelmaan ini dikatakan kembali merayau-rayau untuk membalas dendam selepas mati dibunuh dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki di kebun getah. Wanita ibu tunggal ini merupakan penduduk kampung tersebut tinggal bersama-sama seorang anak gadisnya berusia 15 tahun di sebuah rumah yang agak terpencil.

Kisah tragis pembunuhan dua beranak ini berlaku kira-kira 4 tahun lalu. Kejadian ini berlaku ketika mereka baru sahaja keluar untuk menoreh getah seperi biasa. dalam suasana yang masih gelap dua beranak ini dipercayai didatangi oleh lima lelaki yang dipercayai penagih dadah ketika baru hendak memulakan kerja.

Mereka diserang dan dirogol secara bergilir-gilir sebelum dibunuh. Lebih kejamnya kedua-dua beranak ini dibunuh dan mayat mereka dicampak ke anak sungai. Mayat mereka hanya dijumpai selepas tiga hari oleh orang kampung apabila operasi mencari dijalankan.

Sejak kematian dua beranak pelbagai cerita diperkatakan oleh orang kampung yang pernah terserempak dengan dua beranak ini di kebun getah. Malah, ada yang pernah melihat mereka duduk di pondok buruk ketika lepas maghrib. Ramai juga yang setiap malam mendengar suara tangisan wanita yang diiringi suara mengilai-ngilai setiap malam Jumaat. Namun, sejauh mana kebenaran cerita itu masih belum dapat pastikan sehinggalah Zaman anak bongsu Tok Siak dipercayai menumpangkan kedua-dua beranak ini.

Menurut cerita orang kampung, Zaman yang dipercayai dari Kuala Lumpur ingin pulang ke rumah bapanya di Ipoh telah terserempak dengan dua wanita yang menahan keretanya di sebuah pondok bas. Wanita yang agak separuh umur itu memberitahu Zaman bahawa dia mahu menghantar anaknya ke klinik kerana diserang cirit-birit. Zaman yang bersimpati dengan wanita itu telah menumpangkannya tambahan pula hari sudah larut malamdan hujan.

Mulanya, Zaman tidak rasa apa-apa kerana dia baru sahaja melintasi sebuah kawasan yang keadaan riuh rendah beberapa kilometer dari tempat dia menemui wanita itu. Mungkin ada kenduri tidak jauh dari sini? Zaman melihat orang ramai lalu-lalang walaupun hari sudah tengah malam semua. Mulanya dia rasa pelik kerana agak jarang orang kampungnya buat kenduri sampai lewat malam. Zaman malas nak fikir jadi dia meneruskan perjalanannya sehingga keretanya ditahan oleh dua wanita.

Boleh adik tumpangkan kami ini sampai bandar sebab anak saya sakit perut, pinta wanita yang agak berumur ini.

Boleh, apa salahnya, jawab Zaman. Lalu dua beranak tadi pun masuk kemudian duduk di bahagian belakang kereta. Sewaktu di dalam kereta anak perempuannya tidak bersuara pun tetapi hanya termenung manakala wanita yang separuh berusia itu tidak putus-putus mengucapkan terima kasih pada Zaman.

Sudah sejam makcik duduk di situ tidak ada satu kereta pun pun sudi nak hantar kami dua beranak ini, jelasnya.

Zaman hanya memerhati wajah anaknya melalui cermin pandang belakang. Zaman melihat wajah mereka agak cantik tapi kedua-duanya berwajah pucat dan lesu. Hampir 10 minit Zaman memandu tiba-tiba bulu romanya merinding naik.

Adik, sampai depan itu pun dah cukup, kata wanita itu

Tidak apa biar saya hantar sampai ke sana, jawab Zaman.

Namun wanita itu tetap berkeras menyuruh Zaman berhenti. Sebaik sahaja berhenti kedua-dua beranak itu turun dan Zaman melihat mereka sudah ghaib dan hilang diarah tanah perkuburan. Zaman mula rasa tidak sedap hati dan memecut laju keretanya untuk pulang ke rumah. Tiba sahaja di rumah dia mula rasa tidak sedap badan tetapi sempat bertanya pada bapanya Long Salleh tentang kejadian itu.

Sahlah itu bukan manusia. Kawasan itu memang ada yang jumpa ada dua beranak yang mati dibunuh dan dirogol empat tahun lalu, ujar Long Salleh sambil menafikan ada orang kampung membuat kenduri pada tengah malam. Cerita dari Long Salleh memeranjatkan Zaman tentang perisiwa ngeri pada malam itu? Semua yang berlaku itu hanya untuk mengaburinya sehingga dia melihat ada kenduri pada malam tu?

Dia baru sedar semua itu hanya mainan iblis dan syaitan. Nasib baik Zaman tidak mengalami perkara yang buruk. Dia bersyukur selepas hampir dua bulan penyakitnya kembali sembuh selepas Long Salleh dan orang beramai-ramai membaca Yassin dan ayat Suci Al-Quran selama 40 malam. 



Sumber

Kisah Seram - Apa Salahku?

Hai sobat misteri. Kenalin, gw Fay di Sukabumi. Cerita ini murni dan asli gw alamin sendiri. Gw inget malem kejadian nya, bulan November 2011, tepatnya tanggal 23, hari Rabu kalau ga salah. Langsung aja yah. Gini ceritanya.
Malam itu, gw baru pulang dari warnet tempat biasa maen game online. Kira2 pukul 23.30 an gw sampe di kampung tempat tinggal gw, yang udah sepi banget. "Udah pada tidur kali", pikir gw. Pas gw jalan beberapa puluh meter, gw sampe di tempat penjualan kayu jati, tempat nya gelap, nyeremin. Dan di samping tempat itu, ada kebun kecil milik warga, dan sungai di antara ke dua tempat itu.

Tiba-tiba gw denger suara "Gedebuk" berasal dari kebun kecil tadi. Gw noleh ke arah datangnya suara tapi ga keliatan apa2 saking gelapnya. Akhirnya gw sugestiin diri sendiri, kalau itu cuma kelapa atau nangka yang jatuh (di kebun itu emang ada pohon kelapa ama nangka). Gw liat ke arah sungai, trus ke arah tempat jual kayu. Malah makin merinding.

Akhirnya gw putusin buat jalan lagi, pas kira2 beberapa langkah, kaya ada suara orang jalan ngikutin gw, tapi suara langkah nya aneh. Seperti orang yang jalan cuma pake sebelah sendal. Asli, ga brani gw liat kebelakang. Langsung kabur gw waktu itu, lari se kencang2nya. Ceritanya, tinggal beberapa meter menuju rumah, gw baru berani nengok ke belakang, ternyata ga ada siapa2.

Dan tiba-tiba aja perut gw sakit, mules banget. Akhir nya gw putusin buat mampir ke wc umum yang ga jauh dari rumah. Singkatnya, abis gw buang hajat, "Sreeek, sreeek", suara itu muncul lagi, suara langkah yang cuma pake sebelah sendal. Tapi kali ini, kaya jalan2 di sekitar wc tempat gw BAB itu. Rasanya mau copot jantung gw.

Setelah agak lama, baru suara itu ilang, dan gw langsung lari ke rumah, kunci pintu, dan masuk kamar. Gw pikir, gw aman di rumah, apalagi di kamar sendiri. Nyatanya gw salah. Pas gw ganti baju, trus duduk di kasur... tiba-tiba "Duagh!" kaya suara orang mukul tembok, disusul dengan suara orang gedor2 jendela kamar gw. Yang paling parah, jendela kamar gw itu kaya mau di buka paksa, istilah Sunda nya "di GEBREG2" Sampe berisik banget... Dan Gw cuma berdo`a sebisanya.

Kira2 pukul 1 dini hari, baru suara2 itu ilang. Ucapan syukur pun keluar dari mulut gw, tapi... gak lama setelah itu terdengar seperti suara kumbang, mendengung gitu pokok nya, nabrak2 jendela kamar gw. Parno tingkat berat gw waktu itu, asli ga bisa ngapa2in selain pasrah.

Akhirnya, gw beraniin ngomong "Hey, yang diluar... kenapa kamu ganggu saya? Apa salah saya? kalau emang saya punya salah, mudah2an kamu mau maafin saya", gw ngomong gitu pake bahasa Sunda waktu itu. Setelah gw bilang gitu? Tuh suara2 aneh ilang gitu aja. Gw masih ketakutan untuk bisa tidur, alhasil begadang lah sampe pagi. Dan esoknya gw tepar, sakit panas demam... Sampe sekarang gw ga tau apa salah gw, ampe di ganggu sama gituan, sumpah!

Waktu itu, gw di obatin sama kakek gw. Kakek gw juga bilang kalau makhluk yang ganggu gw itu masih diem, jongkok di bawah jendela kamar gw sampe beberapa hari, tapi akhirnya makhluk itu pergi setelah di bujuk sama kakek gw. Kakek gw bilang makhluk itu kurus, tinggi, kulit item mengkilat, matanya kuning, dan botak juga.

Nah gitu aja guys and gals. Maaf kalau kepanjangan, gw lebih suka cerita detail soalnya, biar seru. Dan maaf juga kalau agak membosankan... Thx all, mudah2an gw bisa post pengalaman gw lain nya !
 
 

Sabtu, 7 Jun 2014

Kisah Misteri - ADA YANG TOLONG BUAT KAN KERJA

Semalam, ohh tak juga...kesnya mcam ni..dah beberapa hari ni reza kne buat kerja dengan satu kolej ni..supply barang..agak jauh jugak.drve dalam 40mint dari opis...sume gara2 lect die ni..kata semua dah siap sign..bile balik..die kate ada lagi kne sain..masuk pagi ni dah 3ari bertapak kat stor die..hadoii....
semalam...siap2 kerja kat sane...dlm 11lebih..balik tu jumpa supplier lain semua..lebih kurang dalm 12.45 baru sampai opis.baru je duduk kat kusi..tak sempat nak panas lagi kusi...dah ade orang cal..Hadoiii memang malas betul angkat cal kalau penat2 mengah panjat tangga nih. Tapi reza angkat juga..." Hallo...Cik W...tadi awak ada call dan hantar saya satu quotation minta saya quot kan? Saya nak tanya...bla..bla..bla.."
aku dah pelik dah..aku baru je duduk..nak on komputer..cemana gamaknye aku call dan hntar quotation kat amoi nih? aku pun tanya lah..."Moi..i tak ada minta u quot lah..u betul ke?"
"Betul lah, tadi u ada call untuk kerja..bla..bla.." mak aih...naik vulu roma aku...masalhnya...bos aku ada masuk..tapi memang kompem bukan die yg hantar quotation tuh..mne pernah die nak buat tu sume kecuali terdesak..lepas tu guna nama aku pulak...budak qs aku tu...die cuti..balik maokil, nk ambil BR1M semalam...budak site...belum datang....tapi..kalau buat2 dgn minta quo ni memang kerja aku dengan budak QS ni je...
last2 aku layankan aje..cakap aah..then die hantar quo untuk premix bagai...
PERGHH...HANTU AKU KE HAPE??TAU PULAK AKU NK MINTA QUO APA UNTUK KERJA APA KAN??
Ni satu lagi kes...tak tahulah kalau benda yg same....tapi..jadahnya lah benda ni nk menyamar2..memang nak aje aku pancung kalau jumpe kelak..siap kau...(cehhh mcm berani je)biggrin
Adik laki reza ni...die kerja oil & gas kat pasir gudang...die kadang kerja sampai 16jam..Satu ari tu, die kepenatan sangat...balik kul 8. die dah demam...pastu pkul 10 ade meetng...die tido sat..ingt nnti nak pergi la meetg..rupenya..die sedar2 dah lewat..dah pkul 12 die sedar..jadi..die sambung tido jela...
****sementara tu kat opis*****
tengah2 meeting...'adik reza' datang dengan jaket adidas hitam die tu...dengan rambut kerinting..mata bulat die..so..org tak heran la kalau muke die nampak macam baru bangun tido ke apa..macm gangster tak cukup makan ke..memang tu pembawakan die...org takut tengok die..tapi kalau dah kawan, die memang baik lah..cume die memang over protected akak2 die..heheh kalau ada yg buat hal kat akak2 die..mau sampai terkencing2 mamat tu kne table talk dgn die..
'adik' ni datang..tapi tak masuk meeting..die duduk bahgian luar pintu pajabt..die duduk kat depan pintu tu je..bile org lain tnya apa semua..die senyum je,,,tak jawab pape...kawn2 pun pelik..dah la tak masuk dalam...pastu senyum je bile tnya..adik reza ni jenis yang outspoken..bile balik, kawan2 ajak p minum..die taknak...pastu terus balik..kawan2 dah pelik..
***esoknya***
"ehhh apa tak kena dengan kau semalam? datang meeting...tak masuk pun..bile ajak minum, kau terus je balik" tanya kawan die...
adik dah blur..."aku semalam demam lah lepas balik kerja..aku tak datang meeting..kau biar betul"
kawan2 semua saksi..memang 'adik' ada datang...dan senyum dengan gaya yang misteri....hahahhaha
APEKAH BINATANG YANG MENYERUPA2 NIH.....GERAMNYA!!!furious
Pagi tadi....reza dah nak pegi keja..lpas keluarkan kete mak (parking luar)..reza masuk balik..nk kuo kan kete..nk pg keja..tetiba nenek pangil..jadi orang pegi la kat grill pintu rumah die...orang nmpk die kejap je 'jalan menghala dapur dan hilang' ermm....takpelah...orang tunggu je...
pastu panggil die.."mak...mak...nape panggil?"
tibe2 nenek keluar dari bilik die..kat depan...tekejut gile!!! die keluarkan duit..nak kirim topup...abehhh...sape yg ke dapur tadi???
dapur tu..kalau tak buka lampu..memang gelap macam dalam gua..sebab belakang dah rumah reza..pastu nenek memnag tak buka tngkap atau pintu smua...pastu...org tua tu...die pakai baju kelawar warne pink yang nenek selalu pakai..tapi..nenek...pakai baju kelawar warne purple...hadoiii...bleh fengsan haku lah.....main menyerupa2 lagi...no
ni belum lagi kes...kat rumah reza...rambut reza kan panjang sampai pnggang...
pintu bilik ibu ni...kalau terbuka...akan nmpk cermin besar...
satu ari ni..dalam senja mcm tu...adik lalu bilik ibu...die nmpk perempuan bogel...ehem....penerangan lagi sekali..BOGEL sedang sikat rambut sambil menghadap cermin...dan perempuan tu ialah reza..
pertama yang aku sakit aty...ape lah jadahnye aku nak bogel sambil sikat rambut..pastu dalam bilik ibu ayah? gile hape...aku bukan ada skandal dengan ayah aku..selisih nauzubillah....
kedua...keadaan bilik tu gelap dan tak buka lampu...kalau patern reza..masuk bilik, buka lampu dulu...dan kalau sikat rambut..memang akan bawa ke bahu,,,tapi bukan dalm kadaan BOGEL...
eehhhh gram betoi dengan benda ni taw.....


Sumber

Khamis, 5 Jun 2014

Kisah Misteri - Pengalaman Seram Di Madrasah

 

Tempat: Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar

Terjadi nya kisah ni waktu mlm slepas prep mlm..smua org da mngantok nk tido tinggal aku dan kwn aku (Ahmad bukan nma sbenar) je yg blom balik study..masih study di kantin skolah..
Mlm study, aku dan ahmad mmbuat ulangkaji dgn tenang tanpa gangguan.. Tbe2 Ahmad bisik kt aku dia ckp xsdap hati sbb mlm da lewat..suasana pulak sejuk pulak..lagi la mnambahkn keseraman dlm diri ni..
Dlm mngemas2 stationary nk balik bilik, tiba2 Ahmad mnarik tgn aku dgn sentapan yg kuat seolah2 somethng tumbang nk hempap aku..aku xbyk ckp ikot je je Ahmad..
Dalam bilik aku tnya kt Ahmad..npe tarik aku tadi..

Aku: weyh asal ko tarik aku tadi..sakit tgn aku..
Ahmad: xde ape la..saje nk gurau ngn ko bg ko sakit..
Aku: ckp lerr btol2..aku taw ade somethng kn..
Ahmad: yelah..aku crita..tapi jap gi la ea..tman aku amek air panas kt water heater jap..
Aku: ok..

Dlm perjlanan ke water heater aku cuba korek2 ape yg jadi tadi..tapi Ahmad ttp xnk bgtaw..mata dia menjeling ke arah kantin tadi..
Aku da pkir bukan2..takot ngn seram pon ade..tgh mngisi air, tiba2 dtg sorg senior aku minum di water heater sblah..aku tgur..tapi dia x pndang..aku pon beseloroh..

Aku: assalamualaikum akhi..
Senior: hemm.. (jeling pndg)
Aku: xtidor lagi ke??
Senior: hemm.. (mnum dgn lahapnya)
Aku: ok lah akhi..saya naik atas dulu yer.. (hati xtenang)
Senior: hemm.. (minum dgn lidah terjelir drh mngalir di mulut)

Dgn xbyk ckp aku dan Ahmad berlari lerr nek atas..lagi mau tunggu..memang idok lerr yop..dlm perjalanan lari ke atas..aku ternampak satu bnda yg btol2 aku berderau darah..senior yg aku nmpk di bwah tadi rupanya ada di depan tangga bilik dia..Allah!!
Lepas smpai bilik, aku tnya pda Ahmad ape yg xkena di water heater tadi..Ahmad pon perasan..itu bukan senior kitorang..sdgkn senior kitorang ade dlm bilik dia borak dpan tangga..Ahmad hiraukn bnda tu..

Aku: weh Mad, ko citer la ape yg jadi kt kantin tadi..
Ahmad: ok aku citer..tgh kite study tadi aku terjeling lah blakang kantin..mta aku meliar ke arah rumah bulat kt depan..tibe2 aku nmpk somethng yg tgh melompat dari umah bulat ke blakng kantin tmpat kita study tadi..dari umah bulat ke kantin dlm skelip mata..aku nmpk dia berdiri btol2 blakang ko tai ade la jarak 5-6 langkah sblom smpai ko..aku xnk ckp kt ko aku tarik jela ko..kang aku ckp ko lembik lutut pulak..lagi satu hal aku nk angkat ko naik atas..series bro..seram giler muka dia..
Aku: amende tu??
Ahmad: pocong kot..dia lompat dari umah bulat smpai kantin slamber je.. (pdahal jauh umah bulat ke kantin 100meter +- )
Aku: dah lah weh..aku xsedap bdn ni..tido ler..aku tido sblah ko bleh..hehehehehe..
Ahmad: skati ko la..

Aku ingt lagi kejadian tu smpai skrang..mcmna suasana nya..angin bertiup nya..aku ingt lagi..klau skrng aku kne angin2 yg mcmtu aku tros msok umah..idok lerr teman sior nk nengok nye..idok lerrr....
Sekian..aku xpndai sgt nk crita..hrap TT xkisah la jln crita berterabor..



Sumber

Cerita Hantu - Kejadian Memancing Di Selangor

Selamat malam DJ KC,

Ini ada satu cerita SERAM yang saya alami, ketika itu saya dengan adik ipar saya hendak pergi memancing di sebuah hutan di kawasan Selangor, Malaysia. Kami memancing di sana sebab ada orang kata banyak ikan ketutu. Ikan ketutu mahal kalau dapat seekor pun dah kira lumayan. 1kg = RM70.00.

Kami bergerak dari rumah sekitar jam 4.00 petang dengan menaiki motor honda EX5. Kami sedikit pun tidak rasa takut, cuma di dalam kepala hanya memikirkan untuk mendapatkan duit dengan kerja yang kami lakukan.

Di kawasan hutan itu terdapat anak sungai yang pecah akibat banjir rupanya di situlah kawasan lubuk ikan ketutu. Ketutu suka mendiami kawasan lubuk yang dalam dan mempunyai rimbunan pokok mengkuang.

Kami tiba di kawasan Hutan Tebal itu tepat jam 7.15 petang. Berbekal 2 batang joran dan umpan anak ikan. Kami memancing tidak berjauhan maklumlah hutan tebal dan gelap gelita.

Malam itu kami dapat seekor ikan ketutu yang berat agak2 satu kilogram. Wah untung kita hari ni, menyebabkan kami mula gila nak mancing lagi. Ikan ketutu aktif bila waktu malam, pada siang hari ia akan jadi macam tunggul kayu.

Tiba-tiba hujan renyai2 di waktu bulan mengambang pada malam itu, hairan ribut tak ada, guruh pun tak ada, tiba2 hujan. Kami tidak berputus asa masih lagi meneruskan aktiviti memancing ketutu pada malam tersebut.

Tiba-tiba di jalan laluan balak lama muncul kelibat manusia. Muka kami tidak nampak, cuma nampak badannya mencecah ke bumi melalui pancaran cahaya bulan. Hujan turun renyai2 pada malam itu, kain kafan menyaluti tubuhnya.

Dia bergerak perlahan-lahan menuju ke arah kami dengan bunyi wanita sedang menangis. Kami mula ketakutan lalu berlari mendapatkan motor yang tidak jauh dari tempat kami memancing. Bunyi hilaian sangat kuat kedengaran.

Kami memecut laju meninggalkannya. Setelah jauh kami bergerak bunyi tangisan tersebut sudah pun reda. Syukur tidak terjadi apa2 pada malam tersebut KC. Hanya seekor ikan sahaja yang kami dapat.

Sekian terima kasih...

Amirul



Sumber






TERIMA KASIH AMIRUL!!!