Selasa, 31 Julai 2012

Kisah Misteri - Cabaran yang akhirnya makan diri

 

Oleh Nuri Angkasa

"PEDULIKAN dengan hantu, syaitan, pontianak. Sekarang ni dah zaman moden, kita jangan takut, tasik tu memang banyak ikan, kita mesti pergi minggu depan ni," tegas Kamarul anak muda yang menetap di Kuala Lumpur, cerita Pak Daud kepada penulis misteri untuk berkongsi pengalaman dengan kaki pancing seluruh negara dalam halaman Misteri Joran.
“PEDULIKAN dengan hantu, syaitan, pontianak. Sekarang ni dah zaman moden, kita jangan takut, tasik tu memang banyak ikan, kita mesti pergi minggu depan ni,” tegas Kamarul anak muda yang menetap di Kuala Lumpur, cerita Pak Daud kepada penulis misteri untuk berkongsi pengalaman dengan kaki pancing seluruh negara dalam halaman Misteri Joran.

Sama ada kita mahu percaya atau tidak tentang misteri, ianya tetap ada malah berlaku dengan jelas, Pak Daud meneruskan cerita tentang Kamarul bersama lima rakan pancing yang bertekad untuk meneruskan rancangan memancing di Tasik Merbau Jati, yang dikatakan berpuaka, tapi banyak ikan kerana jarang di kunjungi pemancing.

Kamarul mulutnya memang celupar, dia bercakap tidak mengira tempat, walau pun dia sudah dua kali disergah lembaga hitam semasa memancing di kolam berbayar yang jauh dari bandar, tapi dia masih belum serik.

Hari itu hujung minggu, dia dengan rakan pancing dari kampung asalnya Lembah Beringin (bukan nama asal) bergerak ke lokasi dengan menaiki tiga motosikal. Perjalanan mengambil masa hampir empat jam itu membuatkan mereka tidak sabar untuk beraksi dengan ikan toman, patin dan baung bersaiz besar hingga mencecah puluhan kilogram setiap ekor ingin didaratkan. Cerita beberapa beberapa orang pemancing yang sudah pergi ke tasik tersebut menyebabkan Kamarul tambah teruja, dan mengulangi ke lokasi itu lagi atas sebab-sebab yang penuh dengan rahsia.

Kumpulan Kamarul tiba di Tasik tepat jam tiga petang. Suasana sangat tenang sekitarnya dan tasik terbentang luas dengan lompatan ikan sambil bermain hingga ke bahagian tebing tasik dengan bebas.

Kamarul dengan rakan pancingnya terus mencari tempat yang sesuai dan dengan pantas melabuhkan umpan anak ikan seluang hidup yang disimpan dalam bekas bantuan oksigen. Mereka tidak kering tangan mendaratkan ikan baung dan patin bersaiz sederhana dan besar hingga mencecah 12 kilogram. Paling banyak mendaratkan ikan patin ialah Luqman (anak tempatan kampung Mukut Pulau Tioman) yang bekerja satu pejabat dengan Kamarul di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun program mereka untuk bermalam di lokasi tasik dibatalkan kerana ikan sudah banyak diperolehi. Sepanjang mereka berada di lokasi Tasik Merbau Jati tiada sebarang gangguan atau bunyi yang menakutkan. Mereka hanya mengambil masa tiga jam saja melakukan aktiviti memancing tanpa berhenti berpuluh ekor spesies ikan dari patin, lampam, baung dan toman berjaya didaratkan. Mereka pulang sebelum senja.

“Mana ada penunggu tasik, lokasi cantik, tenteram, kan aku dah cakap zaman moden ni mana ada pontianak,” Ngomil Kamarul lagi sambil memecut laju motosikalnya. Dia kelihatan begitu ceria dan bangga dengan tindakan berani yang tidak pernah memikirkan risikonya kelak.

Trip kedua diatur dalam masa terdekat bagi mengulangi kejayaan pertamanya. Kali ini Kamarul lebih berani sambil mencabar untuk melihat kalau ada penunggu tasik berkenaan seperti yang di war-warkan sebelum ini. Cabaran berani dari Kamarul kali ini kurang disenangi oleh semua rakan pancingnya yang terdiri dari rakan lama yang menyertai trip pertama minggu lepas. Mereka merancang untuk meninggalkan lokasi tapi Kamarul tiba-tiba hilang sebaik saja mereka berkemas peralatan pancing untuk pulang, keadaan menjadi kelam kabut yang akhirnya membuat laporan polis dan akhirnya seluruh kawasan tasik itu menjadi tumpuan masyarakat kampung, polis dan tentera.

Pencarian gagal hingga menelan masa satu minggu. Khidmat bomoh dan pawang dilakukan yang akhirnya Kamarul ditemui di bawah pokok rimbun dalam keadaan tidak bermaya dan tidak bercakap hingga meninggal dunia dua tahun lalu, cerita Pak Daud menamatkan misteri Tasik Merbau Jati yang kini sudah dibangunkan perkampungan orang asli.
Jangan mudah mencabar sesuatu yang kita tidak arif dengannya, kelak memakan diri sendiri.


Sumber Dipetik Dari: http://joran.bharian.com.my/

Kisah Seram - Hantu melolong di jambatan Kuala Sedili

 

Oleh Noh Ismail










Dunia Seram - AZMAN begitulah nama yang diberi oleh abah dan emak kepada abang saya yang lebih mesra kami panggil Itam saja. Itam anak ke-5 daripada sepuluh orang adik-beradik. Sewaktu bersekolah rendah, saya, Itam serta adik-beradik yang lain suka merayap di kawasan paya dan hutan berhampiran kampung kami, pergi memancing ikan.
AZMAN begitulah nama yang diberi oleh abah dan emak kepada abang saya yang lebih mesra kami panggil Itam saja. Itam anak ke-5 daripada sepuluh orang adik-beradik. Sewaktu bersekolah rendah, saya, Itam serta adik-beradik yang lain suka merayap di kawasan paya dan hutan berhampiran kampung kami, pergi memancing ikan. Masa itu sekitar tahun 70-an, masih banyak lagi ikan seperti haruan, putih, terbol, keli dan lain-lain dalam paya atau anak sungai tidak jauh dari rumah kediaman kami sekeluarga.

Hari berganti hari dan tahun berganti tahun, apabila kami mencapai umur dewasa dan berkeluarga, masing-masing sudah tinggal berjauhan bersama keluarga masing-masing. Itam masih meneruskan hobinya memancing dan boleh dikategorikan sebagai pemancing tegar. Bagaimanapun Itam hanya memancing ikan air masin di kawasan laut atau pulau, tepian pantai atau kuala sungai.

Dia tidak berapa suka memancing di darat kerana geli dengan pacat. Masa kami bersekolah dulu sebut saja hutan mana yang kami tak redah di sekitar kampung kami. Pacat dan lintah hanya menjadi mainan, tapi apabila dewasa saya masih minat memancing dalam hutan, di sungai atau di jeram. Itam pulak hanya suka memancing di tempat yang mudah untuk dikunjungi, naik bot atau di tepi-tepi pantai atau kuala sungai yang tidak memerlukan kudrat yang banyak.

Sepanjang penglibatannya dalam aktiviti memancing, Itam tidak pernah berhadapan atau mengalami peristiwa ganjil atau misteri. Cuma pada zaman kami bersekolah dulu banyak juga kenangan yang agak menakutkan berlaku semasa kami pergi memancing ikan. Kami pernah di kejar binatang liar seperti beruk, terserempak dengan ular tedung selar yang berditri tiga suku badan ketika memancing udang galah di Sungai Semangar dan sesat ketika mencari jalan untuk ke Sungai Sayong.

Bagaimanapun itu semua tak menjadi penghalang kepada kami untuk meneruskan hobi yang satu ini. Apabila datang rasa gian nak memancing, Itam sanggup pergi seorang diri walaupun waktu malam. Kadang-kadang apabila anaknya tak bersekolah, Itam akan membawa sekali anak ke-3 atau ke-4 beliau. Tapi selalunya Itam lebih banyak pergi seorang diri. Itam yang tinggal di Pasir Gudang, Johor, sanggup memandu seorang diri waktu malam menuju ke Kuala Sedili di Kota Tinggi, hanya untuk melepaskan giannya memancing. Bagaimanapun semenjak berlaku satu peristiwa yang menakutkan ini, Itam tidak lagi berani pergi memancing sejauh itu seorang diri lagi. Kejadian ini berlaku kira-kira dua tahun yang lalu.

Kisahnya begini, satu malam selepas Maghrib, Itam memandu keretanya seorang diri bersama kelengkapan memancing menuju ke Sungai Sedili Kecil dari rumahnya di Pasir Gudang. Sebenarnya ini bukan kali pertama Itam pergi ke kawasan itu memancing, masuk kali ini entah yang ke berapa kali. Kawasan Sungai Sedili Kecil itu terdapat sebuah jambatan yang menghubungkan Sedili Kecil dengan Sedili Besar. Di atas jambatan itulah Itam jadikan botnya memancing ikan sembilang, gemang, tetanda, siakap merah, gelama dan lain-lain.

Tiba di situ kira-kira jam 11 malam, Itam pun terus memasang joran berumpankan hirisan ikan ke dalam sungai Sedili Kecil yang mengalir di bawah jambatan. Kebetulan malam itu ada sekumpulan pemancing, memancing ikan di atas sebuah jeti kecil kira-kira 100 meter dari jambatan. Malam itu agak gelap, hanya suara mereka yang jelas kedengaran, Itam mengagak mungkin ada tiga atau empat orang sedang memancing di atas jeti itu.

Tiba-tiba Itam terdengar satu suara sayup-sayup di seberang sungai, suara itu tidak pernah di dengarnya selama ini, nak kata suara anjing bukan, suara burung pun bukan. Suara itu semakin lama semakin jelas seperti sedang melolong, seakan lolongan serigala. Suara itu bukan di atas darat tapi di udara! Serentak dengan bunyi aneh itu, tiba-tiba Itam terdengar kumpulan pemancing yang di atas jeti menjerit..

“Jangan kacau!...” Kemudian kumpulan pemancing itu bergegas masuk kereta dan.....brooom...bunyi enjin kereta mereka laju meninggalkan jeti kecil tempat mereka memancing. Itam tercengang kehairanan. Bunyi melolong yang didengar tadi sudah berada di jeti kecil tempat beberapa pemancing tadi. Tak lama kemudian bunyi melolong yang menyeramkan itu menuju ke tempat Itam sedang memancing di atas jambatan. Bunyi yang seakan-akan ketawa dan melolong itu betul-betul berada di atas pokok berhampiran jambatan itu.

Itam apa lagi terus menggulung pancing dan mencampaknya ke dalam but kereta yang sedia terbuka. Bunyi lolongan itu masih jelas kedengaran tapi entah apa bendanya Itam pun tak pasti..... yang penting...... cabut! enjin dihidupkan dan dengan pantas Itam menekan pedal minyak, memecut meninggalkan tempat berkenaan tanpa menoleh ke belakang. Semenjak itu Itam tak pernah pergi ke Jambatan Sungai Sedili Kecil lagi untuk memancing. Suara melolong yang menyeramkan itu masih terngiang-ngiang lagi di telinga Itam.... mungkinkah hantu, mungkinkah jembalang?


Sumber Dipetik Dari: http://joran.bharian.com.my/

Selasa, 24 Julai 2012

Kisah Misteri - Kahar berkelah dengan kanak-kanak di tepi tasik

 

Oleh Sabaruddin Abd Ghani



Dunia Seram - SUDAH beberapa kali Kahar mengajak kami meredah puncak Bukit Raya di Kampung Budu dekat Kuala Lipis, Pahang. Konon katanya, di situ terdapat banyak pokok salak berbuah dalam pelbagai perisa. Beriya-iya dia memujuk tetapi kami tidak berapa yakin. Ramai penduduk memberi tahu seperti dakwaan Kahar tetapi apabila pergi, tiada sepokok salak pun dijumpai.
SUDAH beberapa kali Kahar mengajak kami meredah puncak Bukit Raya di Kampung Budu dekat Kuala Lipis, Pahang. Konon katanya, di situ terdapat banyak pokok salak berbuah dalam pelbagai perisa. Beriya-iya dia memujuk tetapi kami tidak berapa yakin. Ramai penduduk memberi tahu seperti dakwaan Kahar tetapi apabila pergi, tiada sepokok salak pun dijumpai.

Yang pergi cuma dapat letih. Bukan mudah untuk meredah banjaran bukit berbatu dan berhutan tebal itu. Pernah terjadi beberapa penduduk lari berselerak apabila terserempak seekor pak belang menyergah mereka.

Bukit Raya bukan saja kaya dengan khazanah alam, malah mempunyai keistimewaan tersendiri. Kalau pergi dengan niat jahat maka padah ganjaran diterima dan begitulah sebaliknya.

Begitu lebih kurang cerita Bang Judin (bukan nama sebenar) mengimbas kembali kisah bukit itu yang keadaannya seperti banjaran gunung menghiasi pemandangan latar beberapa kampung lain seperti Kampung Jerangsang, Tanjung Besar, Kemahang, Chat dan Tualang Padang.

Berbalik kepada kisah asal, Bang Judin berkata, Kahar yang belum pernah menjejakkan kaki di puncak bukit itu berhasrat benar suatu hari nanti akan melakukannya. Banyak kisah aneh yang didengar mempengaruhi dirinya untuk menjelajah bukit terkenaan.

Suatu hari, Kahar yang ketika itu sudah beristeri dan mempunyai dua anak pergi ke rumah Wahab Tongkat Ali. Lelaki agak berusia ini mendapat gelaran demikian kerana sering mencari akar kayu, terutama tongkat Ali di lereng bukit itu bagi tujuan perubatan.

Kedatangan Kahar ke rumah Wahab Tongkat Ali bertujuan memberitahu sesuatu. Dia yakin perancangan kali ini pasti menjadi. Selain Judin, Wahab Tongkat Ali juga minat memancing.

Seorang lagi, Daud Londeh juga tidak boleh diperkecilkan kepakarannya memancing. Kahar perlu mendapatkan keyakinan Wahab Tongkat Ali kerana dalam kumpulan sahabat memancing itu, lelaki yang arif dengan spesies tumbuhan hutan itu adalah anggota paling senior dan disegani ahli lain.

“Dua hari selepas itu, Pak Wahab datang ke rumah saya. Dia memberitahu ada projek baik di puncak Bukit Raya. Katanya, terdapat kawasan seperti tasik di situ yang dihuni pelbagai jenis ikan.

“Agak tersentak mendengar ceritanya. Setahu saya tiada kawasan berair di di kawasan puncak bukit itu. Saya yakin Kahar yang mengada-adakan cerita bagi menarik minat orang tua itu,” kata Bang Judin yang kini menetap di Yan, Kedah.
Meneruskan cerita, Bang Judin yang menganggotai kumpulan memancing Grup Ligat (GL) itu akur dengan cadangan Pak Wahab untuk menjejak lokasi baru itu. Antara percaya dan tidak percaya, Bang Judin yakin sesuatu pasti berlaku atas kehendak Allah.

Ditambah pula mereka sudah lama berehat kerana ketika itu Pahang dilanda musim tengkujuh yang tidak mengizinkan mereka memancing di sungai, membuatkan pelawaan Pak Wahab itu diterima Judin; ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.

Setelah tercapai kata sepakat, kumpulan GL diketuai Wahab pun bertolak ke destinasi.

Mereka yang tinggal di Kampung Tanjung Besar memilih Kampung Kemahang sebagai laluan menjejak lokasi.

Lebih kurang dua jam perjalanan melepasi Taman Rekreasi Bukit Tacing di Kampung Kemahang, Wahab dan anak buahnya berasa seakan-akan hilang arah. Namun, dalam usaha menentukan arah perjalanan sepatutnya diteruskan, Kahar terpandang suatu kawasan berpaya di sebelah kanan arah laluan.

“Yakin dengan lokasi itu menjanjikan habuan berbaloi, kail berumpankan lipas dilemparkan ke dalam kawasan berpaya seperti tasik kecil itu.

“Bagaikan tak percaya, cuma mengambil masa kira-kira 10 minit umpan pertama dilabuhkan, saya dan Daud Londeh lenguh tangan melayan kemaruk ikan meratah umpan,” kata Bang Judin.

Ketika asyik melayan joran yang tidak henti direntap mangsa, Daud Londeh bertanyakan Bang Judin di mana Kahar memancing. Meskipun Daud bimbangkan keselamatan rakannya itu terancam kerana sejak tadi tak nampak batang hidungnya, Bang Judin selamba memberitahu yang Kahar mengikut Wahab memancing di kawasan sebalik pokok pisang hutan.

Ketika dua sahabat itu bersiap-siap pulang ke khemah untuk menyediakan makan tengah hari, Bang Judin terkejut mendengar Wahab berdeham dengan pelbagai jenis akar kayu tergalang di bahu.

“Eh, bukan tadi Pak Wahab pergi memancing dengan Kahar di kawasan sebalik pokok pisang hutan di sebelah sana itu. Mana Kahar?

“Niat aku ke sini untuk mencari akar kayu. Kahar tak ikut aku. Tak tahulah ke mana dia pergi. Bertenang, kita sama-sama cari dia,” balas Pak Wahab sambil merenung Bang Judin dan Daud Londeh yang kelihatan resah.

Agak lama juga mereka menggeledah sekitar kawasan pokok pisang hutan itu tetapi gagal menemui Kahar. Teringat usaha paling berkesan perlu dilakukan, Wahab melaungkan azan ke arah kiblat.

Pencarian diteruskan semula dan akhirnya Kahar ditemui terlena di celah perdu pokok pisang dalam keadaan santai dengan roti, tin sardin, bungkusan mi segera dan air oren bagaikan terhidang di sisinya.

Siapa lelaki sebaya Wahab Tongkat Ali yang mengajak Kahar memancing di kawasan yang dia disembunyikan itu? Dan kenapa Wahab lebih berminat mencari akar kayu? Persoalan itu yang sehingga kini hampir 20 tahun kisah itu berlaku tidak dapat dilupai Bang Judin.

Mengenai pokok salak yang dikatakan aneh itu, sebenarnya memang tumbuh tetapi bukan semua mereka yang menjelajah bukit berkenaan berpeluang menemuinya. Buahnya dalam setandan yang dikatakan berperisa manis madu, masin dan tawar mendorong penduduk setempat mencarinya.

Sebelum mengakhiri perbualan, Bang Judin berkata Kahar yang seakan-akan tersasar arah dibawa seorang lelaki tua ke kawasan tasik berair biru. Ketika terpesona menikmati keindahan tempat itu, tangan Kahar ditarik seorang kanak-kanak lelaki untuk sama-sama berkelah di situ.


Sumber Dipetik Dari:      http://joran.bharian.com.my/

Ahad, 22 Julai 2012

Kisah Seram - Siapakah Lelaki Misteri Itu?


by Ikhtiar on October 6, 2010
 

Dunia Seram - Saya baru sahaja mendapat berita bahawa ibu telah dimasukkan ke dalam wad hospital kerana disyaki dijangkiti H1N1. Ibu saya telah dikuarantin hampir selama seminggu. Hanya dapat melihat dari lapisan dinding cermin melalui jarak dekat.
Azan subuh baru sahaja berkumandangan. Kendengaran jelas laungan azan dari corong masjid yang bersebelahan dengan hospital. Ibu bingkas bangun dan bersiap-siap untuk mengerjakan solat fardhu subuh. Ketika membentangkan sejadah menghadap kiblat, ibu telah disapa oleh seorang lelaki berpakaian putih.
“Kiblat bukan arah sini, tetapi di arah sana” tegur lelaki tersebut.
Bayangan lelaki tersebut kelihatan samar-samar dan akhirnya hilang dalam kegelapan. Walaubagaimanapun, dalam nada terkejut ibu saya tetap meneruskan solat fardhu subuh mengikut arah kiblat yang sama. Jelas ibu, dia berasa yakin tatkala pernah bertugas di bangunan hospital tersebut .
Matahari mulai terbit. Datang seorang jururawat kepada ibu saya untuk bertanyakan tahap kesihatan.
“Nurse, arah kiblat kat sebelah mana?” tanya ibu saya.
“Arah di sebelah sana (sambil menunjukkan arah sama seperti arah yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut)”
“Oh maknanya betul lah arah yang ditunjukkan lelaki tu”
“Lelaki mana?? Jururawat bertanya bernada kehairanan.
Pagi itu, satu aras hospital tersebut kecoh dengan cerita ibu saya mengatakan tentang seorang lelaki berpakaian putih. Tambahan pula hospital yang didiami oleh ibu saya adalah merupakan bangunan lama yang sudah berpuluh tahun di mamah usia. Bangunan baru tidak dapat menampung jumlah bilangan pesakit gara-gara penularan wabak H1N1.
Walaubagaimanapun peristiwa ini sudah lama berlalu. Siapakah lelaki tersebut masih tetap meninggalkan tanda tanya terhadap ibu saya mahupun kepada kakitangan di aras tersebut. Allahua’lam.
“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja”
(Al-An’am : 59)


Article Source:  http://myikhtiar.com/

Kisah Seram - Perjalanan pulang bawa malang

Dunia Seram - Minggu ini yunus bercadang pulang ke kampung. Emaknya bising bising kerana sudah enam bulan dia tidak balik menjenguk orang tuanya. Bukan sengaja mencari alasan tetapi kesibukan kerja membuatkan dia tidaj berkesempatan. Lagipun setakat cuti hujung minggu mahu balik ke pantai timur, tidak berbaloi dengan penatnya. Dia becadang mengambil cuti dua hari tambahan, bolehlah dia bermanja manja dengan ibunya nanti. Semenjak arwah bapanya meninggal, dia menjadi tempat ibunya mencurah rasa. Tambahan pula, dia satu satunya anak lelaki tunggal lelaki dari lima beradik. Dua kakaknya tinggak berdekatan kampung, sudah berkeluarga. Ada juga ibunya usulkan agar yunus pulang saja ke kampung dan berkerja disana tetapi bagi anak muda ini, dia lebih sukakan kehidupan di kota. Serba serbi lengkap malah agar sukar untuk dia pulang ka kampung kerana kekasihnya rina anak kelahiran kota yang cantik molek itu, tentu akan terlepas ke tangan orang lain seandainya dia berpindah ke kampung. Mulanya yunus bercadang untuk mengajak teman serumahnya, Rosman balik bersamanya. Asalnya kawan nya itu bersetuju tetapi disaat akhir, rosman ada kerja yang perlu disiapkan. Tinggallah yunus memandu seorang diri. Dia keberatan pulang sendirian tetapi memikirkan sudah berjanji dengan ibunya, dia teruskan juga perjalanan. Yunus lebih senang memilih perjalanan dimalam hari, tidaklah terlau panas, tambahan pula dia seorang diri. Boleh jugak layan mengantuk dengan memasang lagu sekuat hati. Sejam dua perjalanan, Yunus masih melayang lagu sekuat hatinya. Dia sengaja menyanyi mengikut rentak lagu. Tambahan pulak, lagu lagu sentimental rock membangkitkan rasa cintanya pada rina. "Nasib badan, ada kawan saat akhir, tarik diri pula," keluhnya dalam hati. SEsekali, yunus akan berselisih dengan bas express. Malah ada ketikanya bus express dipandu lebih laju dari kelajuan keretanya. "Tak sayang nyawa orang langsung," rungutnya didalam hati. Yunus akui ada kalanya orang memandu ikut perasan bukannya ikut peraturan. Andai bertembung dengan kenderaan lain, pasti akan meragut begitu banyak nyawa. Perjalanan tetap diteruskan tetapi entah bagaimana kali ini hatinya cukup berdebar debar, seolah olah ada sesuatu akan terjadi. Benarlah dugaannya. Sesaat tadi sebuah kereta mewah memotongnya dalam kelajuan dan dihadapannya kini, kereta tadi telah terbabas melanggar tebing jalan. Segera dia memberhentikan keretanya membantu, takut takut jika pemandunya mengalami kecederaan parah. "Saya ok, tak perasan selekoh tajam tadi, terbabas sikit," kata pemandu berbangsa cina itu. Setelah memastikan semuanya selamat, yunus meneruskan perjalanannya. Malah dia jarang jarang berselisih dengan kendenraan lain, mungkin sudah larut malam. Sesampainya dia di kawasan Bukit Tujuh, Merapoh, sempadan Kuala Lipis-Gua Musang, debaran dadanya makin memuncak. Kali ini tidak semena mena hatinya berdebar debar, semakin lama semakin kuat. Segera yunus terbayangkan seseuatu. Dia tahu, dari cerita yang disampaikan orang, kawasan Bukit Tujuh ini keras malah ramai yang pernah diganggu. Ada yang terserempak orang berlaru mengundur kebelakang ditengah malam, kehadiran puteri tujuh yang dikatkan dengan mitos dikawasan itu. "Simpang malaikat 44," demikian minta yunus. Anak mudaini terus memandu dalan kelajuan sederhana. Dia terus memasang lagu lebih kuat. Bukan untuk mendengar tetapi lebih kepada untuk 'memadamkan' resah dan debaran didadanya sendiri. Sedang dia memandu, dia melihat kelibat seseorang berlari mengundur ke belakang. Semakin lama semakin menghampiri keretanya. Yunus panik dan terus memecut laju keretanya. Dia ketakutan yang amat sangat. Malah kalau boleh dia mahu segera keluar dari kawasan yang menyeramkan ini. Makin lama dia memecut. kelibat makhluk yang lari mengundur ke belakang itu semakin menghampirinya. Dalam ketakutan yang amat sangat, Yunus gagal mengawal keretanya lalu terbabas melanggar tebing. "Yunus, bangun nak," sayup sayup dia terdengar suara ibunya. Saat bitu barukah dia menyedari dirinya dihospital dan dia telah pengsan selama dua hari. Keretanya rosak teruk dan kaki kanannya patah. Bagi yunus, pengalaman disakat hantu mengundur kebelakang mameng menakutkan. Malah dia agak serik untuk memandu pulang seorang diri lagi. Kalau boleh biarlah berteman.


Sabtu, 21 Julai 2012

Cerita Hantu - Apabila roh tidak tenteram


 Dunia Seram - Ibuku hanya terpaku apabila mendengarkan berita sedih itu. "Kami harap Cik Rahmah banyakkan bersabar," nasihat anggota polis yang membawa berita berita sedih kepada keluarga kami pada petang itu, berita kematian bapa saudaraku iaitu adik ibuku. Walaupun umurku baru 12 tahun, namun aku masih ingat segalanya. Ia berlaku dalam tahun 1972. Pakcikku menemui maut dalam satu kecelakaan jalan raya di Jalan Bahar. BEliau menunggang skuter bersama isterinya yang sedang sarat mengandung enam bulan, anak sulung mereka. Pakcik ku yang kami panggil "Pak Su" baru berusia 33 tahun ketika beliau pergi meninggalkan kami. Masa itu keluarga kami tinggal di Pepsy Road di Pasir Panjang, berdepan dengan Masjid Islah. Apabila malam tiba, keadaan begitu gelap dan sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerek dan unggas malam. Hanya sesekali terdengar bunyi kenderaan berlalu - kenderaan yang dimiliki oleh orang kampung tengah yang terletak tidak jauh dari rumahku. Sesekali terdengar bunyi salakan anjing. Semasa hidupnya, pakcikku adalah seorang yang peramah, mesra dan periang. Bergurau dan bersakat dengan kami adik beradik adalah antara kegemaraannya. Beliau juga suka menunggang skuter dengan laju. Sering ibu dan ayahku menegur cara beliau menunggang skuter. Namun pakcikku tidak menghiraukannya. Pada suatu hari aku terdengar ibuku memarahi pakcikku,"Kau jangan degil, nanti kau mati pun dengan skuter ni!" Mungkin benar kata orang, seseorang yang mati secara mendadak seolah olah terasan kerana tidak dapat berpesan atau meninggalkan wasiat. Mayat dan roh mereka dikatakan seolah olah tidak tenteram. Setelah tiga hari dikebumikan, kami sekeluarga sering didatangi roh arwah pak su. apabila masuk waktu maghrib, kami selalu ternampak semacam imbasan beliau dibilik belakang tempat beliau dimandi dan dikapankan. Adakalanya kami terdengar seperti suara beliau berbual bual, bunyi skuter beliau dan jugak bunyi siulannya. Yang paling menghairankan kami, walaupun sudah hampir dua minggu berlalu, namun bau pacai dan setangi yang kami gunakan untuk menguruskan mayat beliau masih kuat baunya. Yang masih kuingat, kakak dan kedua dua abangku sering diganggu pak su, kerana semasa hayatnya pak su begitu mesra dengan mereka. Kakaklah yang sering melihat bayangan pak su. Abang abangku pula sering diganggu semasa tidur, dicuit cuit dihidungnya - kebiasaan pak su semamsa hidupnya. Ibuku pulak sering terdengar bualan dan siulan adiknya itu. Isteri almarhum pula sering terngigau-ngigaukan beliau. Beliau sering bermimpikan arwah pak su memesan agar beliau menjaga anak yang bakal dilahirkan itu dengan sempurna. Pernah juga isteri beliau terjaga kerana bermimpikan arwah pak su datang berjumpa dengannya lalu menunjukkan bekas jahitan post mortem pada tubuhnya. Masih ku ingat ketika itu isteri pak su terjaga pada tengah malam sambil memekik nama pak su dan di ikuti dengan salakan anjing yang mendayu dayu. Sungguh menyeramkan ketika itu. Mungkin benar kata orang, roh orang yang baru mati akan berada didalam rumah selama 40 hari. Kami sering mengaji dan membaca yasin serta berfatihah untuk disedekahkan kepada almarhum. tetapi kami hairan mengapa rohnya seolah olah tidak tenteram. Apa yang menghairankan kami lagi ialah pada setiap hujung minggu ketika abang dan seorang lagi pakcikku menziarahi kubur allahyarham, terdapat lubang dihujung kaki atau dibahagian kepala kubur beliau. Menurut pakcikku yang sorang lagi, lubang tersebut begitu dalam. Beliau cuba menyucuk lubang itu dengan kayu sepanjang 4 kaki dan dilepaskan, batang kayu itu terus jatuh kebawah. Yang lebih menghairankan, apabila lubang dibahagian kakinya ditutup minggu ini, akan muncul pula lubang dibahagian kepalanya pada minggu depan. Begitulah keadaannya berterusan. Kami pula sering berasa ketakutan - terutama sekali aku dan kakakku. Mentelah lagi salah sorang sahabat karib pak su pula dikatakan terkena "badi" beliau. Entah macam mana, dengan izin Allah swt. masuk minggu ketiga, nenekku (kini sudah arwah) bermimpikan pak su memberitahunya supaya membersihkan bilik bekas beliau dimandi dan dikapankan. Menurut arwah nenekku, pak su memeberitahunya bahawa bilik itu tidak dibersihkan dengan betul. Masih terdapat bekas bekas darah dan air mandi beliau yang bertakung dibawah tikar getah dalam bilik itu. Memang benar seperti kata Allahyarham didalam mimpi arwah nenekku. Keesokkan harinya , kami sekeluarga membersihkan bilik tempat Allahyarham dimandikan dan dikapankan - ternyata masih terdapat bekas bekas darah dan air mandi beliau yang masih lembap dibawah tikar getah itu. Ayahlu terus membakar tikar getah itu dan abunya ditanam. Kami sekeluarga lantas membersihkan bilik itu dengan lebih sempurna lagi. Hairannya, setelah itu kami sekeluarga tidak lagi diganggu. Kini sudah tahun berlalu, anak didalam kandungan makcikku dulu sudah pun dewasa menjadi seorang anak gadis yang cantik dan manis. Aku juga tidak pernah lupa mendoakan al fatihah untuk allahyarham pak su setipa selepas solat.

Kisah Hantu - Pengalaman Seram Kaki Pancing



Terdapat satu kisah di mana dua orang sahabat baik telah pergi memancing ke sebuah tempat. Namun lain yang dihajat, lain pula yang datang. Mereka berdua telah diganggu oleh makhluk halus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
By Shah

Melayukini.net – Pengalaman Seram Kaki Pancing | Selain manusia, Allah turut menciptakan makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi kehadirannya dapat dirasai walaupun ia tidak pernah menyenangkan. Di layar perak atau kaca televisyen, kehadiran makhluk halus selalunya disertakan dengan muzik menyeramkan, membuatkan bulu roma penonton turut sama berdiri.

Dunia Seram - Bagaimanapun, di alam nyata, kehadirannya langsung tidak memberi petanda kerana tiba-tiba saja ekor mata dapat menangkap kelibat sesuatu tetapi akhirnya hilang begitu saja. Ada ketikanya, ia menjelma betul-betul di depan mata tetapi bagi yang penuh ilmu di dada, ia tidak sedikit pun mencuit rasa. Sebaliknya, bagi yang longgar iman, kemunculan makhluk yang dijanjikan kekal dalam neraka itu sedikit sebanyak mencabar kewarasan.
Sebaiknya kehadiran makhluk berkenaan sama ada di depan mata atau sekadar berasakan kelibatnya tidak dihiraukan kerana takut bererti manusia yang disertakan akal bersama kejadiannya memberikan kemenangan kepada iblis yang diizinkan Allah mengusik dan menyesatkan anak cucu Adam sehingga hari kiamat.
Mungkin kisah yang diceritakan pemuda berusia awal 20-an yang cuma dikenali sebagai Faiz boleh dijadikan panduan betapa makhluk itu juga bosan jika usikan dan gangguannya tidak diendahkan.
“Kisah ini diceritakan oleh rakan sekerja yang jauh lebih senior. Dulu, di tempat kerja saya ada dua sahabat baik yang gila memancing. Persahabatan mereka sejak di bangku sekolah rendah terbawa-bawa sehingga ke alam pekerjaan.
“Memandangkan persekitaran kerja yang dekat dengan laut, kedua-dua mereka tidak melepaskan peluang memancing sebaik tamat tugas. Keakraban mereka dapat dilihat jika seorang bekerja syif pagi dan seorang lagi syif petang hingga malam, kedua-duanya akan balik ke rumah esok pagi selepas memancing semalaman,” kata Faiz.
Pada malam kejadian, kedua-dua sahabat baik itu duduk selesa di atas tembok bersebelahan antara satu sama lain sambil menunggu joran masing-masing diragut ikan. Malam semakin hening tetapi kedua-dua lelaki berkenaan terus sabar menanti.
Tiba-tiba mereka ternampak sebiji labu sayong yang hanyut entah dari mana. Salah seorang lelaki berkenaan terus memungut labu itu dan diletakkan di tepi kemudian kembali menumpukan perhatian kepada joran.
“Dalam keadaan sunyi sepi dan hening itu, tiba-tiba mereka ternampak ada sesuatu menjelma di tengah laut dan di atas permukaan laut, makhluk itu berjalan menghampiri mereka. Kedua-dua sahabat itu cuma melihat makhluk itu semakin menghampiri dan duduk di tengah-tengah antara mereka berdua.
“Lucunya, mereka tidak pula lari lintang pukang, sebaliknya cuma mengalih kedudukan seolah-olah memberi ruang kepada makhluk itu. Agaknya bosan gangguannya tidak dihiraukan, makhluk itu lesap begitu saja meninggalkan kedua-dua sahabat tadi yang asyik memancing itu. Rupa makhluk itu tidak pula diceritakan oleh rakan sekerja,” katanya.
Mungkin juga kerana nasib tidak menyebelahi, joran mereka tidak dimakan ikan menyebabkan kedua-dua sahabat itu berkemas untuk balik. Ketika itulah baru disedari labu yang sebelumnya berada berhampiran mereka sudah hilang.
Kedua-dua sahabat itu terperanjat besar apabila membuka but kereta kerana mereka mendapati labu berkenaan berada di dalamnya. Siapa yang meletakkan labu sayong itu di dalam bonet menjadi misteri kepada kedua-duanya.
Faiz berkata, seorang rakannya yang digelar abang Din, juga kaki pancing kerap diganggu makhluk halus tetapi bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.
“Dia menceritakan pernah satu hari dia balik ke rumah pada waktu dinihari selepas memancing. Selepas membersihkan badan, abang Din mengejutkan isterinya untuk memberitahu ikan sudah dibawa masuk ke dalam sebelum tidur.
“Tidak lama kemudian, isterinya mengejutkan abang Din untuk bertanya apa yang dibawa balik. Apabila abang Din menjawab ikan, isterinya dengan selamba berkata: ‘Ikan apa dengan bentuk badan besar macam beruk, hitam legam dan berbulu lebat?’ Rupa-rupanya abang Din turut membawa balik makhluk lain,” katanya.
Sudah tiba masa kita kembali membetulkan anggapan salah yang kerap disajikan di layar perak mengenai makhluk halus mencari korban. Memang betul kata seorang ustaz – makhluk itu cuma berjanji untuk mengusik dan menyesatkan, bukan membunuh.
Melayukini.net - Makhluk halus ada di mana-mana sahaja dan ia memang suka tinggal di tempat yang tidak berpenghuni. Oleh itu sudah menjadi kebiasaannya jika ada kaki memancing sering diganggu jika mereka berkunjung ke sesebuah lubuk. Walaubagaimanapun, perlu sentiasa bersedia dengan ayat pendinding semoga mereka tidak mengganggu kita.


Sumber: Tak Mungkin Benar | Koleksi Berita Informasi Melayukini.net

Kisah Seram - Kanak kanak hodoh dilorong sepi


Dunia Seram - Lorong itu sememangnya menjadi laluan aku setiap kali pulang dari tempat kerja. Bermacam macam aku mendengar cerita tentang lorong sunri ini. Ada yang kata jumpa pontianak lah, jumpa hantu raya lah, dan macam macam lagi lah. Namun sudah hampir 10 tahun aku menggunakan laluan tersebut belum pernah pun aku berhadapan dengan benda benda seram. Ramai yang sudah terkena menasihati aku untuk tidak lagi menggunakan jalan tersebut, tetapi oleh kerana aku yakin tidak apa apa yang berlaku aku mesih menggunakan jalan tersebut setiap kali pulang dari kerja.

Aku berkerja sebagai operator pengeluaran disebuah kilang dan waktu berkerja aku sememangnya telah ditetapkan bermula dari pukul 4.00 petang dan pulang pada pukul 1.00 pagi. Laluan itu pada mulanya banyak juga kereta yang lalu lalang, tetapi makin hari makin sikit kerana cerita cerita yang disebarkan. Namun aku tetap akan menggunakan laluan tersebut lenih dekat dengan rumahku. Ramai yang kata aku berlagak kerana masih berdegil menggunakan jalan tersebut. Sebernya aku tiada pilihan lain kerana jalan kerumahku selain daripada jalan tersebut sangat jauh.

Pada suatu malam selepas habis kerja aku seperti biasa menggunakan lorong tersebut. Namun sebelum sampai disitu aku seperti merasakan sesuatu yang tidak kena. Hatiku berdebar dan rasa tidak menentu. Pun begiru aku tabahkan hati. Sampai dilorong tersebut kelihatan seorang wanita ditepi jalan seperti menanti kenderaan untuk menumpang. Timbul keinginanku untuk menolong. Namun aku tidak terus berhenti sebaliknya memperlahankan kereta untuk mencari kepastian. Tiba di depan wanita itu, dia hanya diam dan tidak menahan kereta untuk menumpang. Melihat wajahnya seperti ada satu keganjilan. Fikiran ku mula menerawang, manusiakah atau hantu wanita didepanku ini. Seperti memahami apa yang aku fikirkan, wanita itu melemparkan senyuman menyeramkan kearahku. Apalagi kereta terus kupecut tanpa berani menoleh lagi. Tetapi semakin aku berusaha memecut laju terasa semakin perlahan keretaku bergerak dan tanpa semena mena didepanku melintas seorang kanak kanak. Ini mebuatkan aku terpaksa menekan brek secara mengejut.

Keadan brek yang kuat itu sedikit pun tidak mengejutkan kanak kanak itu sebaliknya dia semakin seronok bermain lalu lintas dihadapan keretaku yang sudah berhenti itu. Dalam hati, hanya tuhan yang tahu betapa takutnya aku. Untuk mengugurangkan rasa takut itu, aku berusaha membaca ayat ayat suci Al-Quran mana yang tahu. Dalam pada mulutku terkumat kamit itu, tiba tiba kanak kanak tersebut menekap wajahnya wajahku didepan cermin keretaku. Wajahku begitu hodoh dan begitu sukar umtuk dibayangkan. Tubuhku terasa longlai namun semangatku masih bersisa. Dengan sisa semangat itulah aku berusaha menghidupkan semula enjin kereta, agar aku boleh segera sampai kerumah yang tak sampai beberapa meter sahaja lagi dari lorong itu.

Puas menghidupkan enjin tetapi kereta tetap tidak mahu bergerak. Aku melihat semakin banyak kelibat makhluk makhluk halus disekitar lorong dan tempat keretaku berhenti. Kerana tidak mahu terus menerus dalam keadaan seperti itu, aku nekad turun dari kereta dan membuka tempat enjin. Aku mencuba cuba apa yang tahu dan kembali ke kereta. Kali ini apabila enjin dihidupkan kereta boleh bergerak semula. Tanpa menoleh lagi dan dengan laungan Allahuakhbar aku meninggalkan lorong itu.

Sebelum masuk ke perkarangan rumahku, tiba tiba aku melihat susuk tubuh wanita dilorong tadi sedang mendukung kanak kanak yang melintas didepanku itu. Aku benar benar panik. Mengekori akukah mereka? Dan tanpa aku sedari aku membunyikan hon kereta sekuat hati sehingga rumahku terang benderang keraba semua penghuni rumah terjaga dan bangun untuk melihat apa yang berlaku.

Ketika ayah menghampiriku, aku benar benar sudah tidak bersemangat lagi. Aku dibawa naik kerumah dan tubuh tiba tiba menjadi panas. Aku demam selama tiga hari dan menurut ibu setiap kali tertidur aku meracau racau. Ayah memanggil seorang uztaz untuk memeulihkan kembali semangatku. Kejadia itu benar benar memberi kesan kepada rakan rakan yang datang melawatku dirumah semuanya aku ceritakan mengenai pengalaman ngeri itu. Dan itulah kali terakhir aku melaui lorong misteri itu.


Selasa, 17 Julai 2012

Kisah Seram - Diganggu roh tentera jepun





Dunia Seram - Ketika ditawarkan memasuki sekolah berasrama penuh, hati Zaliah sudah berbunga bunga. Seronoknya tidak dapat diluahkan dengan kata kata. Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk memasuki asrama dan belajar berdikari si rantau orang.
Hari pertama masuk ke sekolah tersebut, Zaliah berasa tidak sedap hati. Pertama kali dalam hidupnya terasa demikian, namun dia tidak mengendahkannya. Mungkin kerana terlalu seronok, ujar Zaliah didalam hati. Matanya meligas memandang bangunan asrama yang kelihatan agak usang. Menurut teman temannya, sekolah itu dibina dikawasan bekas markas tentera jepun. Pelbagai kisah misteri pernah dikaitkan dengan sekolah tersebut membuatkan Zaliah seram sejuk.
Suatu malam ketika semua penghuni asrama telah lama diulit mimpi, secara tiba tiba Zaliah dikejutkan dengan suara orang berkawat dipadang sekolah. Dia cuba untuk melelapkan mata, namun suara itu terlalu kuat hingga menggangu tidurnya. Sambil memejamkan mata, Zaliah membebel bebel tidak puas hati, mengharapkan suara itu senyap. Tapi suara itu tidak juga berhenti.
Sambil mengosok gosok mata, Zaliah lantas bangun menuju tingkap yang menghala ke padang sekolah. "Siapalah yang pagi pagi buta dah berkawad ni?" getusnya geram. Dengan perlahan dia membuka cermin tingkap. Matanya yang layu terkebil kebil memerhatikan suasana padang yang lengang. Eh, suara bukan main kuat. Tapi mana orangnya? Desis Zaliah didalam hati. Puas dia mencari, namun hampa belaka.
Suasana dingin tiba tiba mencengkam malam. Zaliah mula merasa seram. Fikirannya mencari cari alasan logik dari mana datangnya suara itu, namun dia buntu. Angin malam yang tiba tiba menderu ke arahnya membuatkan Zaliah kalut. Dengan pantas jemarinya segera menutup tingkap dihadapannya.
Bila diamati suara itu, Zaliah dapat mendengar bait bait ayat yang dituturkan. Namun dia gagal memahaminya kerana ia tidak dlam bahasa melayu mehupun inggeris, sebalinya bahasa jepun! Tidak menunggu lama, Zaliah bergegas ke katilnya. Sambil berselebung, dia cuba untuk melelapkan mata.
Apa yang menghairankannya, tidak ada seorang pun diantara rakan rakannya yang terjaga. Walhal suara itu begitu kuat. Malisa, Wati, Amnah, semuanya seolah olah telah dipukau. Belum sempat tidur lena, tiba tiba tidurnya diganggu sekali lagi. Kedengaran jelas dicuping telinganya bunyi orang berjalan diluar dorm sambil mengheret rantai besi, seolah olah mangsa tahanan yang telah dirantai kaki.
Hati Zaliah mula berdebar debar. Fikirannya mula menerawang teringatkan kata kata orang tentang sekolah itu. Sekolah yang bertapak di kawasan bekas markas jepun itu dikatakan telah banyak kali 'memakan' mangsa, namun Zaliah tidak mengendahkan kata kata mereka kerana terlalu ingin memasuki sekolah berasrama penuh.
BElum hilang debaran yang mencengkam dadanya, tiba tiba Zaliah merasakan bunyi tapak kaki itu berhenti dihadapan pintu dormnya. Serentak itu kedengaran pintu dorm dibuka orang. Jelas diruang mata Zailah sesusuk tubuh besar setinggi pintu dorm berdiri dihadapan pintu. Tubuh Zaliah menggigil menahan rasa takut. Hampir hampir dia terjerit tatkala sesusuk tubuh itu malengkah masuk ke dorm sambil megheret rantai besi dikakinya.
Sambil berselubung, Zaliah dapat melihat rupa lembaga itu yang sungguh mengerikan. Matanya terjojol keluar, kulit tubuhnya yang terkoyak disana sini dan baunya yang cukup hanyir membuatkan Zaliah hampir termuntah. Namun dia cuba bertahan. Mulutnya terkumat kamit membaca ayat ayat suci al Quran dengan harapan lembaga itu tidak akan mengapa apa kannya.
Semakin lama sesusuk tubuh yang berpakaian tentera inggeris lama itu semakin hampir dengan katilnya. Serta merta bau busuk mula menyusuk hidung. Hatinya tambah berdebar apabila melihat lembaga itu cuba menyentuh Malisa yang tidur disebelahnya. Dia cuba untuk bersuara untuk megejutkan temannya itu, namun suaranya seolah olah tersekat dikerongkong.
Zaliah menjadi benar benar tidak berdaya. Badannya terasa lemah longlai.. Syurlah ketika itu hatinya masih dapat membaca ayat ayat al-Quran. Berkali kali lembaga itu cuba menyentuh Malisa, namun tidak berjaya hinggahlah akhirnya ia hilang begitu saja. Manakala Zaliah pula tiba tiba pengsan tidak sedarkan diri.
Keesokan paginya, kecoh satu sekolah apabila Zaliah tidak sedar dari tidur. Dia terus dikajarkan kehospital untuk mendapatkan rawatan. Zaliah begaimanapun telah sedarkan diri lewat petang itu dan dibawa pulang ke kampung untuk berubat secara tradisional.


Kisah Seram - Diusik jelmaan penunggu rumah



Dunia Seram - Along, Nora dan Ayu adalah sahabat karib. Mereka berkawan sejak di tahun pertama di salah sebuah institusi pengajian tinggi di ibu kota lagi. Kebetulan ketika mereka berada di tahun ke 3, mereka tidak dibenarkan tinggal di kampus lagi. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menyewa di luar. Setelah puas mencari rumah, akhirnya mereka bersepakat untuk menyewa sebuah rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni. Memandangkan sewa yang ditawarkan agak murah, tanpa berfikir panjang mereka terus bersetuju. Rumah teres itu dimiliki oleh seorang lelaki tua yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Atok Mok.

Kali pertama berjumpa dengan Atok Mok ketika menyerahkan wang deposit, mereka sangat terkejut. Wajah orang tua itu amat menakutkan mereka . Keningnya hitam lebat, air mukanya sangat garang dan matanya sentiasa meliar ke sana ke sini serta berwarna merah. Mujur juga orang tua itu cepat mengundur diri. Namun matanya tidak berkedip memandang Ayu!

Setelah sebulan menyewa di rumah itu, mereka dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu. Setiap kali malam jumaat mereka dapat menghidu bau wangi Ada ketikanya mereka ternampak seperti kelibat Atok Mok di dalam rumah itu. Lebih meyakinkan lagi, Along dan Nora melihat sendiri Atok Mok sedang tidur bersama Ayu di bilik tidurnya. Keesokan pagi, Along dan Nora terus menceritakan segala yang dilihat malam tadi kepada Ayu dan dia kelihatan sungguh terperanjat, sedangkan pada hari tersebut dia tidak pulang ke rumah. Lagipun jika difikirkan secara logik, buat apa dia benarkan Atok Mok tidur bersamanya ? Keadaan menjadi bertambah rumit apabila Ayu mendapati ada kesan lebam dan calar-calar di badannya.

Sementara berusaha mencari rumah sewa yang lain, baik Along, Nora dan Ayu, masing-masing tidak berani lagi duduk sendirian di rumah, jika Along atau Nora pulang lewat, Ayu sanggup menunggu mereka di depan pagar rumah. Untuk masuk bersendirian ke dalam rumah, tidak sama sekali. Di saat itu tiba-tiba sahaja bulu roma Ayu meremang. Kemudian pantas sahaja kakinya melangkah ke dalam rumah.

Malam itu sedang mereka tidur nyenyak tiba-tiba sahaja Ayu menjerit dan mengilai. Seluruh tubuhnya menjadi kejang dan matanya merenung tajam ke arah Along dan Nora. Rambut Ayu yang panjang mengerbang. Kedua sahabat itu tidak berani memandang muka dan mata Ayu yang sudah mula merah. Selepas di bacakan ayat-ayat suci Al-Quran keadaan Ayu agak kurang sedikit. Tetapi selepas beberapa minit kemudian keadaan Ayu kembali teruk. Apabila melihat Ayu cuba melarikan diri keluar rumah, Along dan Nora terus memegang kedua belah tangan dan kakinya. Namun, kekuatan yang dimiliki oleh Ayu amat luar biasa. Along dan Nora terpelanting di terajang oleh Ayu. Setahu mereka Ayu tidak pernah berkelakuan ganjil, cuma sejak berpindah ke situ dia lebih suka mengasingkan dirinya.

Biarpun kedudukan rumah mereka agak jauh namun jeritan kuat Along dan Nora telah didengari oleh penghuni yang tinggal tidak jauh dari situ. Masing-masing bergegas keluar memberikan pertolongan. Kebetulan pula salah seorang dari mereka iaitu Pak Wahab, mengetahui misteri di sebalik rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni itu. Namun dia enggan bercerita dengan lebih panjang. Seolah-olah dia tidak mahu merungkaikan rahsia rumah besar itu. Walaubagaimanapun dia banyak membantu memulihkan Ayu. "kalau macam ni caranya, lebih baik kau orang berpindah saja dari sini. Nanti pakcik tolong carikan rumah. Nampaknya "dia" masih taknak lepaskan rumah ini". Kata-kata Pak Hussin mengandungi seribu persoalan.

Sehingga jam 4 pagi, barulah jeritan Ayu reda sepenuhnya, itupun setelah di jampi serapah dengan ayat suci Al-Quran oleh Pak Wahab. Tidak lama selepas itu barulah Ayu sedar dan mula mengucap. Apabila Ayu sedar, dia segera memeluk Along dan Nora. Rupa-rupanya dia terasa dirinya cuba dipeluk oleh satu lembaga yang menyerupai Atok Mok.

Selepas peristiwa ngeri malam itu, tanpa berlengah lagi mereka terus mengambil keputusan untuk berpindah rumah. Peristiwa ini mengajar mereka untuk lebih berhati-hati apabila memilih rumah sewa. Sejarah atau latarbelakang pemilik rumah perlu kita selidik terlebih dahulu sebelum mengambil kepututsan untuk menetap. Dari siasatan mereka, rupa-rupanya Atok Mok sudah lama meninggal dunia dengan membunuh diri bila isteri mudanya melarikan diri bersama lelaki lain. Namun rohnya tetap mendiami rumah itu dan kebetulan Ayu mirip isterinya dahulu

Kisah Seram - Anjing Ditembak 40 Kali Di Kepala Masih Hidup

 

Seekor anjing telah ditembak 40x di kepala, diikat dan ditanam tetapi SUBHANALLAH, dijumpai masih lagi hidup.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
By Huzaifah Al-Selangori
On July 1, 2012 At 11:20 am
Subhanallah! Anjing Ditembak 40 Kali Di Kepala Masih Hidup | Ini mungkin kes paling teruk yang dialami oleh binatang. Seekor anjing ditembak 40 kali di kepalanya, diikat, dan kemudian ditanam hidup-hidup dengan hanya hidungnya di permukaan pasir. Subhanallah…dengan kekuasaan Allah, anjing itu tetap hidup. Kejadian ini berlaku di BIRZEBBUGA. Anjing (crossbreed mongrel) yang diberi nama ‘Bintang’ oleh penyelamatnya itu ditemui dekat Kota Birzebbuga, Malta.


Anjing tersebut ditemukan oleh petugas yang sedang melakukan penyelidikan, petugas itu mendengar suara rintihan anjing dari bawah papan kayu yang tertindih sebongkah kayu pohon besar. Saat menyiasat arah suara rintihan tersebut, petugas itu sangat terkejut dengan menemui seekor anjing yang nazak. Ketika menggali pasir untuk mengangkat anjing malang tersebut didapati keempat kaki ‘Bintang’ diikat sehingga tidak mampu bergerak sama sekali.

RENUNGAN
Sememangnya anjing itu menjadi bintang kini. Betapa manusia mempunyai naluri sensitif terhadap kezaliman, penyiksaan dan penindasan meskipun ianya terhadap seekor binatang.
Amat malang jika manusia yang melakukan kezaliman diatas bumi Allah ini disokong dan dibiarkan dalam melakukan kebinasaan. Munasabahlah didalam Islam, orang yang menyokong dan membiarkan kezaliman dimuka bumi ini disambar api neraka.Ingatlah Allah membenci orang-orang yang melakukan kerosakan dan kezaliman.


Sumber: Hasnulhadiahmad via Harian Metro Online | Layari Berita Luar Negara Informasi Malaysia Kini.   http://melayukini.net/

Khamis, 12 Julai 2012

Kisah Seram - Badi perigi lama



Dunia Seram - Baru seminggu Latifah tinggal dirumah sewa barunya. Pertukaran cawangan dari utara tanah air ke pantai timur menyebabkan Latifah tidak punya banyak masa untuk mencari rumah yang betul betul sesuai.
Namun dia cukup bersyukur dengan rumah kampung yang diperolehinya disaat saat akhir. Walaupun kecil namun ian selesa dan satu perkara yang digemarinya adalah dibelakabg rumah tersebut terdapat sebuah perigi yang memnag cukup sejuk airnya. Sejak dari kecil lagi Latifah memang suka mandi air perigi, terasa puas katanya. Namun walaupun sudah hampir seminggu tinggal disitu, Latifah masoh belum punya peluang untuk menikmati kesejukan air perigi dek kerana kesibukannya. Tiba hujung minggu barulah Latifah berkesempatan meninjau keadaan perigi tersebut. Pagi pagi lagi dia sudah bangun untuk membersihkan keadaan sekitar perigi yang agak usang itu. Kalau boleh tengah hari nanti biarlah dia mandi air perigi tersebut. Papapn yang dipaku menutupi perigi dibuang, batu bata yang ada di atasnya juga dialihkan. Semak samun yang tumbuh telah ditebaskan.
Namun agak menghairankan sewaktu asyik menebas, jiran jiran sekelinlingnya asyik menjeling tajam kearahnya seperti dia telah melakukan kesalahan besar. Tapi perkara itu tidak diendahkannya. Yang penting perigi di rumah itu harus siap dibersihkan hari itu juga. Tak sampai tengah hari, kawasan sekitar perigi tersebut sudah bersih dan lapang. Siap semuanya tanpa berlengah. LAtifah mencapai tuala dan terus mandi. Walaupun sudah agak lama tidak disentuh namun air perigi masih jernih dan sejuknya memang terasa. Selepas mandi Latifah berbaring, entah mengapa kepalanya rasa pening berpusing pusing. Hingga ke petang sakit kepalanya tidak juga surut malah makin teruk hinggkan Latifah muntah teruk.
Malam ituLatifah tidak dapat berbuat apa apa, ketika itu hatinya sedih mengenangkan diri keseorangan dirantauan dan tiada siapa yang kisah akan dirinya. Akibat terlau lemah, Latifah tidak langsung berdaya bangun, tingkap dan pintu rumah dibiarkan tanpa ditutup. Kepalanya terasa berat begitu juga dengan badannya. Malam itu dia tidak dapat melelapkan mata. Menjelang tengah malam, mata Latifah masih lagi tidak mahu tutup dan ketika itulah dia mengalami sesuatu yang belum pernah dialami sebelum ini.
Sewaktu terlantar dikatil Latifah terdengar suara sayup sayup meminta tolong, tidak lama kemudian terdengar pula suara orang merintih. Latifah yang sakit tidak boleh berbuat apa apa walaupun ketika itu dia terasa cukup takut. Bulu tengkuknya berdiri setiap kali mendengar suara itu yang datang dari telaga tempat dia mandi siang tadi. Tak mungkin ada orang yang jatuh kerana dia menutup kembali mulut perigi selepas mandi. Lagipun kalau ada orang yang terjatuh sudah tentu dia mendengar terlebih dahulu bunyi percikan air.
Keadaan Latifah yang agak teruk menyebabkan dia hanya dapat membungkam diri dikatil. Walaupun rasa takut yang amat sangat tapi dia tidak terdaya bangun mancari pertolongan. Laungan meminta tolong itu hilang sebaik sahaja azan subuhberkumandang. Selepas itu barulah Latifah dapat melelapkan mata. Dia hanya terjaga sewaktu mendengar suara orang memberi salam dari luar rumah. Salam yang diberi hanya dijawab dari dalam bilik kerana Latifah tidak berdaya untuk bangun. Pintu yang terbuka luas menyebabkan Mak Uteh, isteri kepada tuan rumah nya terus saja masuk kedalam. Mengucap panjang dia melihat keadaan Latifah. Anak gadis itu terus dipapah sambil menjerit meminta tolong dari suaminya. Pak Uteh sedang menjengah perigi dihalaman rumah tersebut.
Dua hari Latifah ditahan di hospital, ketika dirawat Mak Uteh dan Pak Utehlah yang mejengguknya. Setelah pulang kerumah barulah diketahui bahawa apa yang dialaminya itu bukanlah sebenarnya sakit biasa. Sakit Latifah kemungkinan besar kerana badi perigi lama. Menurut cerita Pak Uteh, perigi tersebut menyimpan cerita tersendiri. Lebih memeranjatkan lagi Latifah apabila mengetahui perigi tersebut pernah ada yang menjadi korbannya. Peristiwa itu berlaku 10 tahun yang lalu.
Kata Pak Uteh, penyewa rumah tersebut terjatuh dalam perigi dan hanya dijumpai tiga hari selepas itu. Ketika ditemui mayatnya telah kembung perutnya. Sejak itu tidak lagi yang berani menggunakan perigi tersebut kecuali orang baru yang tidak tahu akan cerita tersebut. Seram bulu roma Latifah mendengar cerita dari Pak Uteh. Sejak hari itu, perigi itu tidak lagi dejengah oleh Latifah. Pak Uteh telah mamakunya dengan kemas dan meletakkan kembali batu bata besar diatasnya seperti keadaan lama. Tak sanggup lagi LEtifah mandi diperigi itu mengenangkan apa yang telah terjadi kepada dirinya.

Photo

Cerita Hantu - Lembaga putih ditepi pantai



Dunia Seram - "Wow, seminggu kita cuti ni! Seronok betul. Ada sesiapa boleh bagi idea apa kita nak buat cuti nanti?" tanya Zul kepada dua sahabatnya, Adly dan Iman.


"Apa kata kita pergi memancing. Kita boleh memancing kat kolam, sungai ataupun tepi laut. Cuti seminggu ni, banyaklah tempat kita boleh pergi," kata Adly.

Bersinar sinar mata sahabat sahabatnya apabila membayangkan activiti activiti mereka nanti. Sememangnya ketiga tiga sahabat ini kaki pancing. Kali ini mereka memilih untuk memancing ditepi laut dahulu sebelum ketempat tempat lain lagi. Mereka bercadang bermalam disana sekali. Kawasan yang dipilih jauh dari tempat tinggal orang ramai dan jauh dari bunyi bising dan tiada gangguan.

Perjalanan mereka bermula kira kira pukul 2.00 petang kerana masing masing ada hal untuk diselesaikan pada pagi itu. Mereka menyanyi-nyanyi riang sambil menikmati kehijauan alam dikiri kanan jalan. Entah mengapa tiba tiba sahaja Adly berpeluh apabila kereta mereka yang mereka naiki melalui kawasan perkuburan islam yang agak lama dilereng bukit. Badannya terasa panas tiba tiba. Jantungnya berdegup kencang. Tidak tenteram rasa dihatinya. Namun dibukukan rasa hatinya daripada pengetahuan sahabat sahabatnya. Bimbang nanti diketawakan mereka.

"Eh panaslah. Boleh kau pasang aircond tu kuat sikit tak?" kata Adly pada zul yang duduk disebelah tempat pemandu. Terkebil kebil Zul melihat Adly yang tiba tiba sahaja naik angin tak tentu pasal. Pelik. Penghawa dingin yang dipasang ini pun sedah cukup kuat. Tambahan pulak, cuaca diluar mendung sahaja. Tak terasa pulak panasnya. Namun, diturutkan sahaja permintaan Adly itu.

Sesampai sahaja mereka ditempat yang dituju, masing masing sibuk mengeluarkan peralatan khemah, bahan makanan dan jugak peralatan memenacing mereka. Setelah selesai memasang khemah dan mengumpul ranting kayu untuk dibuat unggun api, masing masing melepaskan lelah sambil menikmati angin petang.

Tiba tiba Adly bersuara,"Zul, Iman, aku rasa tak sedap hatilah. Jom kita balik. Lagipun, tempat ni, menyeramkanlah."

"Ish kau ni! Belum ada apa apa lagi kau dah takut, hah hah hah. Relaxlah, tenpat nie ok je. aku dah survey dulu dah sebelum datang sini," sahut Iman sambil mentertawakan Adly. Mendengar pangakuan sahabatnya itu, Adly berasa sedikit tenang.

Ketiga tiga sahabat ini begitu asyik memancing sehingga tidak sedar hari sudah jauh malam. Sedang asyik memancing, tiba tiba satu lembaga putih melayang didepan Iman. Kecut perut Iman bila terpandangkan lembaga tersebut. Ditoleh kiri dan kanan melihat Zul dan Adly. Masing masing masih leka dengan pancing mereka.

"Tak ada apa apa kot. Dia orang tu relax je. Kalau betul pun 'benda' tu, takkan diaorang tak nampak kot. Bukan jauh sangat tenpat aku dengan dia orang. Lagipun malulah aku kalau aku mengadu dekat dia orang," bisik Iman menyedapkan hati sendiri.

Sekali lagi Iman dikejutkan dengan lintasan lembaga putih didepannya. Kali ini, Iman dapat lihat dengan jelas muka lembaga tersebut. Terasa bagaikan hendak gugur jantungnya melihat wajah lembaga yang mengilai dihadapannya. Matanya merah dengan gigi taring berlumuran darah jelas merenung Iman bagaikan menghadap makanan yang lazat.

Antara takut dan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, Iman menggosok gosok matanya. Ditoleh ke kiri, didapati Adly sudah tiada. Ditoleh ke kanan, Zul juga dah tiada. Kali ini, Iman betul betuk takut. Tanpa membuang masa, Iman menarik tali pancingnya dan mula menghayun langkah pulang ke khemah mereka.

Terasa berat kakinya melangkah. Peluh sudah mula membasahi bajunya. Segala ayat suci Al-Quran yang dihafalnya semua hilang entah kemana. Dengan penuh susah payah, Iman menguatkan semangat dan berlari sekuat kuat hatinya. Sampai sahaja ditenpat khemah, didapati Zul dan Adly sudah pun menunggunya. Tanpa membuang masa, terus sahaja mereka pulang. Keluar sahaja dari kawasan sunyi tersebut, Iman mula bersuara, " Kau orang nampak apa yang aku nampak?"

"Nampak. Mula mula tu, aku nak cakap kat kau, tapi tengok macam tak ada apa apa je, aku pun relax je la. Tapi, bila dua kali lalu depan aku, terus aku nak ajak kau, tapi aku tengok korang berdua dah tak ada. Terus aku cabut. Sampai aja kat khemah, aku nampak Adly dah ada kat situ tengah kemas barang. Aku terus tolong dia kemas."

"A'ah, baru je habis kemas, tengok kau dah sampai. Ish nasib baik tak ada apa apa jadi pada kita ni. Itulah lain kali, jangan cakap besar. Tengok apa dah jadi. Lain kali, aku tak nak lagi memancing kat tempat tempat macam tu," sahut Adly yang sedari tadi mendengar sahaja apa yang diluahkan oleh Zul.


Koleksi Cerita Seram - Whazzup-U.com 



 

Cerita Hantu - Misteri wanita berlumuran darah

 


Dunia Seram - Bunyi dentuman petir yang kuat diikuti dengan kilat sabung menyabung mengejutkan Mazni yang sedang leka mengulang kaji pelajaran. Pucat lesi muka anak dara berusia 17 tahun itu kerana terperanjat. Mazni bingkas bangun. Rasa takut menyelubungi segenap sanubari gadis manis berambut ikal mayang itu. Bunyi desiran air hujan dimalam hari tu tambah meresahkan hatinya menyebabkan mazni berasa tidak betah berlama lama biliknya . Tanpa menutup lampu bilik dia terus ke ruang tamu dan duduk memeluk tubuh disofa. , matanya nerenung jauh entah ke mana. Malam itu mazni sendirian dirumah. Ibu dan ayah serta dua orang adiknya ke rumah Pak Langnya ada kenduri doaselamat pada malam itu. Mazni enggan pergi dengan alasan hendak mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan Sijil Peoeriksaan Malaysia sudah hampir. Sebelum pergi, ibunya mengingatkan bahawa mereka mungkin pulang agak lewat kerana mahu menolong apa yang patut. Ibunya jugak berpesan agar mazni tidak lupa mengunci semua pintu dan tingkap . Sebaik sahaja mereka pergi, mazni segera mengunci pintu dan tingkap. Kemudia dia terus berkurung didalam bilik nya dan mengulang kaji pelajaran. Ketika sedang asyik menelaah, hujan turun dengan lebatnya diselangi kilat sabung meyabung. Kesunyianyang begitu mencengkam tiba tiba mengubdang resah dan takut dihati mazni. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam . Mazni masih berteleku di sofa. Hendak menonton televisyen bagi menghilangkan kesunyian, kilat dan petir yang masih berdentum dan sabung menyabung menyebabkan hasratnya itu terhalang. Saat itu timbul rasa kesal kerana menolak pelawaan ibu dan ayah nya tadi. "AH kenapalah lambat sangat ayah dan ibu balik ni." keluhnya untuk sekelian kali. Untuk menghilangkan rasa takut, mazni membaca ayat kursi dan beberapa ayat al-quran yang lain. Namun rasa cemas yang tak kunjung hilang itu menyebabkan dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidur. Baru sahaja hendak merebahkan badan Mazni terdengar satu dentuman yang sangat kuat. Untuk menyedapkan hati dia membuat andaian itu adalah bunyi petir. Tiba tiba telinganya menangkap bunyi pintu rumah diketuk orang. Apabila dibuka tiada sesiapa diluar. Mazni menutup semula pintu tetapi ketuka berbunyi lagi. Sebaik sahaja pintu dibuka, mazni melihat seorang wanita berusia dalam lingkungan dua puluhan berdiri didepannya. Wanita itu basah kuyup dan dia mengendong seorang bayi. Bajunya koyak dan ada kesan darah. "Maaf, kereta kakak rosak terlanggar pembahagi jalan disimpang sana. Boleh kakak tumpang berteduh sebentar dik?" kata wanita itu memecah kesunyian. Suaranya begitu perlahan hampir tak kedengaran. "EH, masuklah kak," kata mazni seolah olah baru tersedar dari khayalan. Setelah mepersilakan wanita itu dududk disofa, mazni lantas kebilik ibunya mancari pakaian untuk mengantikkan pakaian wanita itu yang lencun dek hujan. Juga mencari tuala bagi membalut tubuh anak wanita itu. Sementara wanita itu bersalin pakaian mazni bergegas kedapur menyadiakan minuma panas untuk mereka. "Maaf menyusahkan adik," kata wanita tadi sebaik sahaja mazni meletakkan secawan nescafe panas didepannya. "Tak apa. Sekurang kurangnnya saya ada kawan," jawab mazni sambil mengerling bayi wanita itu yang senyap sahaja sejak tadi. Mungkin sudah tertidur agaknya. Tidak banyak yang dibualkan oleh mereka berdua. Biar pun banyak yang ingin ditanyakan oleh mazni, tetapi mulutnya bagaikan terkunci. Sedangkan wanita itu seolah olah lebih senang menyendiri. Mungkian dia ada masalah. apabila melihat wajah wanita itu yang seolah olah dalam kesedihan. Tiba tiba," Maaf dik. Kakak kena pergi sekarang." kata wanita itu sambil meluru keluar. Mazni tidak sempat menahan dan hanya mampu memandang sambil terpinga pinga. Beberapa minit kemudia kedengaran daun pintu diketuk orang. "Mesti kakak tadi. Ha itulah. Hujan belum berhenti dah nak pergi," omel mazni dalam hati sambil berlari mahu mambuka pintu. Namun alangkah terkejutnya mazni apabila melihat seorang wanita berlumuran darah sedang mendukung bayi yang pecah kepalanya tercegat didepannya. Wajahnya amat menakutkan. Dia seolah olah berada dalam kesakitan dan inginkan bantuan. Tubuh mazni menggeletar dan akhirmya dia rebah tidak sedarkan diri . Ketika membuka mata, sayup sayup mazni mendengar suara ibu bertanyakan apa yang sudah berlaku. Tetapi mazni tidak mampu menjawab. Dia hanya memeluk erat ibnunya sambil menagis semahu mahunya. Keesokan pagi, sambil bersarapanpagi ibunya menceritakan satu kemalangan ngeri yang berlakudekat simpang berhampiran rumah mereka. "Kasihan pemandu wanita dan bayinya meninggal. Tu sebab kami terlewat semalam.." Hati mazni berdebar debar mendengar kata kata ibunya. Dan debarab itu tambah kencangbila ayahnua menyampuk. "Berita kemalangan tu ada dalam akhbar hari ini. Gambar perempuan itu dengan anaknya pun ada. Nah tengok," katanya sambil menghulurkan suratkhabar itu kepada mazni. Denga tangan menggeletar akhbar itu disambut. Tidak salah lagi memang itulah wanita dan anaknya yang datang berkunjung kerumahnya malam tadi. 

Koleksi Cerita Seram - Whazzup-U.com