Dunia Seram - Assalamualaikum ,
Saya ingin menceritakan satu kisah yang terjadi kepada diri saya. Ini berlaku pada tahun 2001 Deepavali, waktu itu saya dengan rakan-rakan sekolah menyambutnya di rumah kawan saya yang berbangsa India.Selepas jam 11.15 malam, kami semua bersurai kerana ada yang tinggal jauh. Jadi saya dan beberapa rakan niat untuk bersembang di kolong bloknya di Sengkang kerana besoknya tidak bersekolah. Semasa bersembang, tiba-tiba salah seorang daripada kawan saya menelefon telefon bimbit saya dan menyatakan yang MRT yang dia naiki telah berakhir di Stesen MRT Jurong West dan rakan saya ini tinggal di Boon Lay.
Tanpa melengahkan masa saya memberitahu rakan-rakan yang lain yang saya harus ke sana untuk menolong rakan saya ini yang tersekat dalam perjalanan pulang. Saya terus menghidupkan enjin skuter Vespa saya dan terus ke Jurong West. Bila saya tiba di sana, saya nampak rakan saya ini duduk di sebuah perhentian bas di Jurong West. Masa itu tepat pukul 12.35 pagi. Tanpa membuang masa saya terus menghantarnya ke Boon Lay.
Bila tiba di kolong bloknya saya rehat sebentar sambil berborak-borak dengannya. Sambil berborak-borak, saya pun bertanya pada rakan saya jalan mana yangg ringkas (shortcut) untuk saya tuju untuk memudahkan perjalanan saya pulang. Dia pun cakap, "Mat, bila kau keluar dari tempat aku, nanti kau nampak Jurong Point. Dekat situ ada lampu trafik. Bila kau nampak lampu trafik itu, kau belok kanan dan terus boleh tembus AYE."
Saya pun demgr dengan teliti arahan rakan saya ini. Setelah habis menghisap rokok, saya pun bersurai kerana perjalanan pulang jauh dan badan pun da letih. Sambil menunggang Vespa dan mengikuti arahan rakan saya tadi, akhirnya saya berjumpa dengan jalan yang dia maksudkan itu. Tapi nama jalannya saya tak boleh beritahu. Setibanya di simpang lampu trafik, saya pun masuk ke dalam lorong tersebut dan saya lihat yang tempat itu belum diusahakan dengan betul. Masih banyak tapak2 pembinaan dijalankan disana.
Jalannya gelap kerana lampu-lampu di situ jaraknya agak jauh dari lampu-lampu yang selalu kita lihat. Di situ juga ada perhentian-perhentian bas lama yang diletakkan untuk sementara waktu sebelum yang baru dibina. Dalam perjalanan, saya ternampak perhentian bas di sebelah kiri saya dan jaraknya dalam 75 meter. Di perhentian bas itu ada banyak guni-guni simen terletak di atas tempat duduk. Tetapi ada satu guni yang saya perasan lain rupanya dan mencurigakan. Ia terletak di sebelah tengah tempat duduk di perhentian bas itu.
Bila mendekati perhentian bas itu dengan jarak dalam 10 meter, dengan mata yang merenung ke arah perhetnian bas kerana hendak tahu apakah guni yang mencurigakan itu dan alangkah terperanjatnya saya yang guni yang saya maksudkan bukanlah guni tetapi POCONG yang tercegat dicelah-celah guni-guni simen merenungkan saya. Mula-mula saya tidak percaya tetapi setelah melihat ikatan di atas kepalanya membuat saya yakin yang itu memang benar POCONG...
Dengan perasaan dalam yang amat menakutkan, saya terus perah minyak motor saya tanpa berlengah lagi dan bawa selaju-lajunya tanpa melihat cermin di sebelah pun, sehingga lampu merah pun saya potong. Akhirnya bila sampai di AYE baru saya rasa lega kerana masih ada banyak kenderaan lalu lintas di sana dan bila saya periksa belakang bonceng saya, selamat tiada sesiapa...
Terima kasih,
Mohammed...
Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?