Jumaat, 25 Julai 2014

DOA MENDAPAT CAHAYA ALLAH (NUR ILAHI)



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Cahaya orang Mukmin di Dunia

Orang beriman adalah orang yang berada dalam naungan cahaya Allah azza wa jalla. Wajah dan hatinya diliputi cahaya yang dapat dirasakan oleh orang disekitarnya. Kata katanya mententeramkan dan menyejukkan hati, perilaku dan ahlaknya menyenangkan orang disekitarnya. Dimanapun ia berada selalu mendatangkan kedamaian dan ketenangan. Orang yang peka dan terang hatinya dapat melihat cahaya yang terpancar dari wajah orang mukmin ini.

Sebaliknya orang yang tidak beriman pada Allah azza wa jalla berada dalam kegelapan. Wajah dan hatinya diliputi kegelapan diatas kegelapan. Kata katanya menyakitkan hati, perilaku dan akhlaknya menimbulkan keresahan bagi orang disekitarnya. Hidupnya penuh kebohongan dan tipuan, kesana kemari mengumbar syahwat dan kesenangan fatamorgana. Orang yang mengikutinya sering terjebak kesenangan semu, yang berakhir dengan kesengsaraan dan derita. Orang yang peka dan terang hatinya dapat melihat kegelapan wajah orang ini.

Bacalah doa ini selepas setiap kali solat semuga Allah azza wa jalla mengurniakan cahaya Nur Allahi dan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Rasulullah SAW mengajarkan kita untuk berdoa memohon cahaya pada Allah sebagai berikut:


Allahummaj al fii Qolbi nuuron, wafii bashorii nuuron, wafii sam’i nuuron, wa an yamiinii nuuron, wa an yasaari nuuron, wafawqii nuuron, wa tahtii nuuron, wa amaamii nuron, wa kholfii nuuron, wajj allii nuuron


Maksudnya:



Ya Allah! Jadikanlah hatiku bercahaya, dan pada lidahku bercahaya dan jadikanlah pada penglihatan ku bercahaya dan pada pendengaranku bercahaya, dan dari kanan ku bercahaya, dan dari kiriku bercahaya, dan daripada atas ku bercahaya, dan daripada bawah ku bercahaya, dan dari muka ku bercahaya, dan dari belakang ku bercahaya, dan jadikanlah pada diriku bercahaya dan sebesar-besar bagiku bercahaya.


Doa Nabi Muhammad SAW, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam Mukhtarul Hadis:
Aura Orang Beriman
Hadis riwayat Abu Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): 
"Kalian adalah orang-orang yang memiliki CAHAYA MUKA, CAHAYA TANGAN dan CAHAYA KAKI pada hari kiamat, kerana penyempurnaan wudu'. Maka barang siapa di antara kalian yang mampu, hendaklah ia memanjangkan CAHAYA PUTIH tersebut.

Walaupun cahaya dalam hadis di atas mungkin boleh dikaitkan dengan aura, TETAPI perlu diingatkan bahawa beribadat semata-mata untuk mendapatkan kehebatan aura, boleh membawa kepada kesyirikan dan akan terpesong akidah. Tambahan pula dengan pengaruh tipudaya dan hasutan syaitan dan iblis yang sangat halus, sekiranya tidak berpegang kuat kepada Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.
Sekian Wasallam.

TIDAK PERLU MINTA KEBENARAN UNTUK MENGAMALKAN 203 DOA-DOA DARI BLOG INI. TUAN/PUAN HANYA KLIK PADA MANA-MANA IKLAN INNITY DI BLOG INI. HASIL PENDAPATAN AKAN DISALURKAN UNTUK KERJA-KERJA AMAL JARIAH YANG SEDANG DIUSAHAKAN SEPERTI WAQAF KITAB DLL. SEMUGA DOA-DOA YANG ANDA AMALKAN DIMAKBULKAN ALLAH SWT.
 
 

18 ulasan: