Khamis, 17 Julai 2014

Kisah Seram - Abang guard sayang




Dunia Seram - Salmiah menguap kerana mengantuk sambil mengeliat melegakan bahagian pinggangnya yang penat setelah setengah jam duduk mentelaah membaca buku untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Dia berpaling kearah tingkap melihat ke arah tasik yang terang kelihatan, pasir putih di gigi air jelas kelihatan disinari oleh cahaya bulan penuh, sambil menahan perasaan mengantuk. Keindahan tasik di malam hari itu, memukau pemandangannya menyebabkan perasaan mengantuknya hilang seketika.
Seorang gadis yang duduk di belakang kelas sudah pun mula berkemas-kemas sambil menguap beberapa kali kerana mengantuk. “Sudahlah Salmiah, aku pun dah penat. Tinggal kita berdua sahaja . Aku rasa aku nak balik ke asrama, nak baring - baring di atas katil. Marilah temankan aku balik kerana aku takut hendak balik seorang diri.”
“Aku tunggu engkau sekejab lagi. Aku pun hendak membaca buku Sejarah Perjuangan Melayu Patani yang aku baru pinjam dari perpustakaan pagi tadi.” ujar Farah sambil membelek-belek buku yang dimaksudkannya.
Farah melambaikan tangannya sambil memasukkan buku ceritanya ke dalam beg galasnya. Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki bergema di laluan pejalan kaki, memecah kesunyian malam. Farah menekop mulutnya terperanjat hampir menjerit, perasaan takut jelas terbayang di matanya. Salmiah dan Farah berbalas pandangan, masing-masing tertanya-tanya siapakah yang datang ke kelas ditengah-tengah malam sebegini.

Masing-masing merenung kearah pintu masuk, debaran jantung berdegup kencang seolah-olah baru sahaja tamat berlari 100 meter. Bunyi tapak kaki itu semakin kuat, menghampiri kelas mereka berdua. Sebentar kemudian, bunyi keriutan pintu kelas sebelah dibuka orang kedengaran. Farah sudah pucat ketakutan, segera dia menerpa kearah Salmiah dan memegang tangan Salmiah dengan erat.

"DAM" Bunyi dentuman pintu ditutup pula kedengaran. Salmiah dapat merasakan darahnya berderau, dia menyesal kerana terlalu celupar sebentar tadi, sementara Farah pula jika dituris mukanya pun tidak keluar darah.

Perasaan seram menyelubungi mereka berdua apabila bunyi tapak kaki itu kembali kedengaran semakin kuat dan semakin kuat. Tiba-tiba…

“Wah! Kuat belajar nampaknya Farah, Salmiah”

Mereka berdua tersentak apabila disapa daripada arah belakang. Farah dan Salmiah berpaling kearah belakang mereka. Abang guard yang mereka kenali hanya sebagai Abang Mior kelihatan sedang tersenyum sambil melambai kearah mereka berdua daripada arah luar tingkap sambil berjalan lurus kehadapan.

Salmiah bernafas lega, “Abang Mior ini takut-takutkan kami sahaja. Nyaris kami tidak mati ketakutan. Farah ni sudah nak pengsan sakit jantung, abang Mior tahu tak.” sambil berpaling kearah Farah.

“Kalau Farah hendak boleh abang Mior temankan” ujar abang guard itu sambil tertawa kecil.

Muka Farah semakin pucat ketakutan, suaranya terkunci, bisu kelu, hanya gelengan kepalanya yang pantas sahaja menjawap pelawaan itu.

Abang guard itu terus berlalu dari situ, hanya bunyi ketawa kecilnya yang kedengaran. Sekali sekala bunyi lolongan anjing memecah kedengaran. Farah masih terpaku membisu di situ ketika Salmiah berkemas-kemas barangannya.

“Engkau ini kenapa takut sangat. Itukan hanya abang Mior, janganlah sampai tak boleh berenggang dengan aku.” kata Salmiah, terganggu dengan perangai kawannya yang nampaknya masih tidak dapat mengawal perasaan takutnya dan terus sahaja menggenggam kemas lengannya sehinggakan dia berasa sukar hendak berkemas.

Farah hanya diam membisu dan menggeleng-gelengkan kepalanya apabila ditegur sebegitu tanpa melepaskan genggaman tangannya dari lengan Salmiah.

Sepanjang perjalanan mereka ke asrama, Farah masih terus menggenggam erat lengan Salmiah menyebabkan Salmiah tertanya-tanya kenapakah Farah begitu takut, tetapi Farah hanya mendiamkan dirinya walaupun ditanya beberapa kali oleh Salmiah. Bosan dengan perangai Farah dan dia pun masih terasa agak cermas dengan kejadian yang berlaku tadi, Salmiah berhenti bertanya dan mereka berdua terus kembali ke asrama untuk tidur.

Keesokkan harinya, Salmiah tidak sabar-sabar lagi untuk menceritakan kejadian semalam kepada kawan-kawannya yang lain. “Engkau tahu, Farah ni pucat lesi mukanya, kalau diguris dengan pisau pun tidak berdarah bila abang Mior tawarkan hendak temankan dia.” cerita Salmiah sambil disambut dengan deraian tertawa oleh rakan-rakannya yang lain. Farah hanya mendiamkan dirinya, ternyata masih belum pulih dari perasaan terkejutnya itu.

“Kalau aku tentu aku sahut tawaran abang Mior itu” sahut Saroja Devi sambil tertawa kuat.

“Tak sangka Farah ni penakut orangnya.” celah Swee Ling pula.

Muka Farah berubah menjadi merah menyala dengan perasaan marah. “Engkau orang jangan celupar sangat. Bukannya nama engkau yang dia panggil. Cuba engkau tengok sebelah kanan kelas kita ini. Bukan ke tidak ada tempat berjalan kaki. Kalau betul abang Mior yang tegur aku dan Salmiah, macam mana dia berjalan di sebelah situ kalau dia tidak boleh terbang. Bukankah kelas kita ini tingkat tiga. Yang si Salmiah ini pun bengong sedikit, perkara seperti itu pun tidak perasan. Aku yang sudah hendak terkencing pun dia mana tahu, bukannya nama dia yang diseru-seru. Ha! Kalau betul engkau hendak dia temankan engkau orang, datanglah ke kelas malam ini.”

Seluruh kelas terdiam mendengar kata-kata Farah, wajah Salmiah bertukar menjadi pucat sepucatnya. Masing-masing berebut-rebut meluru kearah tingkap sebelah kanan untuk memastikan kebenaran kata-kata Farah itu.

Malam itu keseluruh bangunan Kelisa berada dalam keadaan gelap-gelita. Hanya bunyi orang tertawa kecil kedengaran sekali sekala tetapi tiada siapa yang mendengarnya.  



Sumber

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam