Selasa, 8 April 2014

KM 48 - Kisah Hantu


 

Kisah Alam Angker : KM 48


Zahir mencuka tatkala melihat Zamir terkedek-kedek mengangkat beg. Janji lepas maghrib tapi sekarang jam sudah pun menunjukkan pukul 9 malam. Jika ditokok tambah dengan berhenti rehat lagi, mahu pukul 2 pagi baru mereka tiba ke kampung. Zahir masak benar dengan perangai adiknya itu, tak puntual satu hal.. terhegeh-hegeh pulak tu. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia pulang sendiri, tapi Zamir janji dia akan support kos perjalanan pergi dan pulang. Itu yang buat Zahir telan bulat-bulat segalanya.
"Mak kitorang baru nak gerak ni", ujar Zahir melalui satu panggilan telefon. Zamir memerhati dengan hujung mata, hanya dengar dan diam. Tak berani kata apa-apa. Bukan dia tak tahu macamana perangai panas baran abangnya itu. Dia lantas menguatkan suhu penghawa dingin, mudah-mudahan abangnya cepat sejuk.

Jalan malam itu sedikit lengang, mungkin kerana minggu bekerja. Mereka pulang ke kampung pun kerana rancangan Kak Ngah mereka setahun lepas, mahu pergi bercuti di Pulau Redang. Lagipun baki cuti Zamir banyak lagi, Zahir pula merupakan kakitangan kerajaan.. jadi tiada masalah dan halangan untuknya memohon cuti. Lagipun percutian itu sudah mereka rancang setahun yang lalu.

"Ko patah balik, ikut Highway LEKAS", kata Zahir sambil lewa. Matanya masih menatap skrin sesentuh telefon bimbitnya.

"Kenapa Lang?", dahi Zamir sedikit berkerut. Kebiasaannya dia akan menggunakan hihgway Pantai Timur, keluar ikut Gambang setiap kali ingin pulang ke Rompin. Selama dia bekerja di Kuala Lumpur, jarang sangat dia menggunakan jalan lama.. lebih-lebih perjalanan waktu malam.

"Ada lori terbalik kat Genting Sempah, jalan jammed 4km", sambung Zahir, Zamir hanya mengangguk. Haluan mereka kini berubah, mereka cuma berharap perjalanan mereka selamat dan cepat sampai ke destinasi dituju.


**********

Zahir menguap berkali-kali. Dua tin nescafe sudah diteguknya tetapi ternyata matanya masih berat. Mungkin juga lagu yang berkumandang memainkan peranan. Itulah sahaja siaran yang ada, lebih-lebih lagi mereka sedang melalui jalan Keratong- Muadzam. Sudah pasti tidak banyak siaran boleh diperolehi di situ.

"Mir aku tido kejap, kalau kau ngantuk.. ko kejut aku ok", Zahir tanpa banyak bicara terus menjatuhkan seat sedikit ke belakang dan terlelap. Zamir mengangguk dan meneruskan pemanduan. Tanpa lampu jalan agak sukar untuknya melihat jalan, hanya sesekali sahaja jalan menjadi terang dek kerana pancaran lampu lori atau kenderaan lain dari arah bertentangan jalan.

Dia bawa pun tidak laju mana memandangkan perjalanan malam, sekitar 80 hingga 90km sahaja. Sesekali lagu lama seperti Juitaku Sayang dendangan Ahmad Jais dan Rafeah buang bermain di corong radio membuatkan matanya mendayu-dayu minta ditutup. Walau bagaimana pun, dia tetap membiarkan radio tersebut menyanyi sendiri, sedikit sebanyak boleh menjadi peneman perjalanannya ketika itu. Hujan mulai merenyai, kenderaan yang dipandunya pula semakin perlahan. Zamir mencebik dengki melihat abangnya sedari tadi tidur dengan menggayakan berbagai posisi. Nak buat macamana.. dia kan abang.

**********

"Dah sampai mana ni?", Zahir terjaga, sesekali dia mengeliat kepuasan.

"Keratong lagi", lemah sahaja suara yang keluar dari mulut Zamir. Zahir tersengih.

"Nak tukar tak?"

Zamir menggeleng. Dia yakin masih lagi mampu memandu, dia cuma akan tukar bila tiba di Muadzam.

"Ko nak dengar cerita seram tak? Orang percaya sepanjang jalan yang kita lalu ni 'keras' lebih-lebih lagi dari KM 43 hingga KM 48. Ramai dah terkena. Tapi selama aku lalu, tak pernah terserempak lagi la", kata Zahir. Dalam takut-takut Zamir masih memasang telinga. Kalau tak dengar rugi pula.

"Ada kes orang jumpa langsuir, ular sebesar pemeluk, gajah putih, kereta tanpa pemandu.. eh macam-macam versi la aku dengar. Aku berani cerita ni pun sebab kita berdua, kalau aku jalan seorang memalam cengiini.. bukan setakat cerita, lalu sini pun aku tak hingin. Tu la pasal orang pesan kalau nampak kelibat orang minta tumpang, jangan berhenti. Teruskan perjalanan. Bacalah apa yang patut sebab selalunya benda tu akan kejar, tak pun tup-tup dah ada kat seat belakang", beria-ria Zahir bercerita, mulutnya tak berhenti-henti dari tadi.

Zamir menelan air liur berkali-kali. Zahir tertawa melihat air muka yang ditunjukkan Zamir, tetapi semakin lama dia merasa pelik. Lebih menghairankannya lagi apabila Zamir mula memperlahankan kenderaan dan berhenti di bahu jalan yang gelap, betul-betul di sebelah ladang kelapa sawit.

Tiba-tiba kedengaran pintu bahagian belakang terbuka. Zamir mengetap bibir, matanya hanya memandang cermin hadapan. Tiada sebait kata pun keluar dari mulutnya ketika itu. Zahir kaget, dia sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku sewaktu dia tertidur sebentar tadi. Dari sisi tingkap dia melihat susuk tubuh seorang lelaki keluar dari pintu belakang kereta tersebut. Tapi darahnya berderau bilamana lelaki itu membongkok pada paras cermin tingkapnya, dia melihat lelaki tersebut tidak berkepala!

Darah mereka berderau terus naik ke ubun-ubun. Zamir tak tunggu lama, dia terus memacu kenderaan tersebut meninggalkan kelibat yang dilihat mereka sebentar tadi. Zahir terus bertubi-tubi bertanyakan apa yang telah berlaku manakala Zamir terus-terusan memberikan alasan. Suasana gamat seketika sehingga mereka terdengar satu suara memotong perbualan mereka.

"Abang boleh patah balik.. pulangkan saya balik.."

Zahir menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya bila dia mendapati sebiji helmet berwarna merah berada di seat belakang keretanya, dan lagi menakutkan di dalam helmet tersebut terdapat kepala seorang lelaki yang berlumuran darah.

Zamir yang terkejut, gagal mengawal kenderaannya dan terhumban di longkang pada sisi jalan. Kepalanya terhantuk pada stereng kereta manakala Zahir tidak kelihatan. Tinggallah dia sendirian di situ, dalam sunyi sepi malam tanpa bulan dan cahayanya. Hanya lampu kecemasan kereta mereka sahaja yang terus menyala. Tetapi sebelum pandangan Zahir menjadi kelam, dia sempat melihat papan tanda yang berada di kanan jalan seberang jalan..

KM 48..


**********

"Bulan lepas ada berlaku kemalangan kat sini tau.. tak tau la mati ke tak", ujar lelaki separuh umur kepada pasangannya yang berada di sisi pemandu. Di dakapannya ada seorang bayi yang sedang nyenyak tidur.

Dari jauh mereka terlihat sebuah kereta tersadai di sisi jalan. Di situ kelihatan seorang pemuda melambai-lambai seperti sedang meminta pertolongan. Lelaki tersebut memberhentikan keretanya, dan menurunkan cermin tingkap sisi pasangannya.

"Kenapa ni encik?",tanya lelaki tersebut. Pemuda tersebut memaklumkan yang keretanya rosak. Dia minta ditumpangkan ke kampung berhampiran. Lelaki itu membenarkan pemuda tersebut naik sekali memandangkan kampung yang ada tak jauh dari situ.

Setelah memperkenalkan diri, mereka pun rancak berborak sementara menuju ke destinasi yang dituju. Dalam rancak berborak itu, pemuda tersebut bertanya kepada pasangan tersebut.

"Dalam perjalanan tadi, ada tak abang dan kakak nampak arwah abang saya?"

Lelaki itu lantas memandang ke cermin pandang belakang dan dia melihat...



Tamat..
Sumber 

Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club  

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam