Selasa, 22 April 2014

Kisah Seram - Galas

 

 

 

 

 

 

Kisah Seram di Galas



Dunia Seram - Tahun1980'an. Menjadi seorang Staf Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan) yang ditugaskan di Gua Musang bukan satu perkara yang menyenangkan. 

Bayangkan ketika itu Kerajaan mengamanahkan kepada Kesedar untuk membangunkan Selatan Kelantan termasuk di Parlimen Gua Musang dengan meransang semua kegiatan ekonominya di kala Gua Musang ketika itu hanya dipenuhi dengan hutan belantara yang tebal dan menyeramkan. 

Semasa pembukaan tanah di kawasan Paloh untuk membina penempatan "ala" Felda serta membuka ladang getah dan kelapa sawit, terlalu banyak dugaan yang ditempuhi oleh pegawai Kesedar. Selain dari ancaman binatang liar, wujud ancaman mistik yang sangat menakutkan. 
Satu kisah diceritakan kepada Taming Sari yang berlaku sekitar tahun 1990'an. Pernah ada seorang pegawai Kesedar menunggang vespa seorang diri semasa memasuki galas berhampiran sempadan Pahang-Kelantan. Difahamkan ketika itu dia mahu pulang ke Kuala Krai. 

Jam ketika itu menunjukkan pukul 9.00 malam. Ketika melayan perjalanan malam yang sejuk dan menyeramkan itu, secara tiba-tiba enjin motornya mati. Dia pun turunlah dari motornya untuk melihat apa yang berlaku menyebabkan motornya rosak.
Selepas diperiksa, motor itu elok dan tiada sebab untuk rosak. Dia cuba menghidupkan enjin. Cubaan berjaya selepas beberapa kali menendang starter.
Dia pun menunggang semula motornya. Kali ini dia terasa motornya berat. Perasaannya mengatakan ada sesuatu menumpang di belakang dan spontan tanggannya mengagau di belakangnya. Terkejut tidak terperi si pegawai Kesedar ini apabila dia merasa ada peha orang dibelakangnya. 
Dia lalu memberhentikan motornya dan melompat turun. Alangkah terkejutnya dia apabila yang menumpang itu adalah hantu manusia separuh badan iaitu dari pingang ke kaki. Badan dan kepalanya tiada. 
Walaupun takut, kematangnya berhadapan dengan kes mistik ini menyebabkan dia terpaksa memberanikan diri. 
Dia menyuruh lembaga itu turun. Lembaga itu senyap sahaja tidak berganjak. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke bandar Gua Musang sambil lembaga itu tidak berganjak. Kebetulan semasa itu ada pesta ala-ala funfair berhampiran stesen keretapi Gua Musang.
Dia memberhentikan motornya dan bergegas ke kedai makan berhampiran. Dia lihat dari jauh lembaga itu masih melekat di motornya. Keresahannya terubat apabila dia nampak lembaga itu turun dan menuju ke kawasan fun fair. Dia sendiri tidak faham, adakah orang lain nampak atau tidak apa yang dia nampak.
Selepas melihat lembaga itu semakin hilang, dia terus mencapai motornya semula dan bergegas bertolak ke Kuala Krai. Dia terpaksa buat begitu apabila melihat lembaga itu beriya-iya seperti mahu mengikutnya.
Keesokkan harinya, dia terdengar seluruh funfair kecoh apabila diganggu oleh orang separuh. 

Inilah antara cabaran yang dilalui oleh pegawai Kesedar. Bukan mudah untuk membangunkan kawasan yang dipenuhi dengan bukit bukau serta tumpuan ekonominya kepada hasil pertanian dan komoditi.

Selepas 20 tahun lebih Kesedar membangunkan Gua Musang, hasilnya dapat di lihat pada hari ini. Gua Musang pesat membangun dengan pelbagai projek pembangunan yang diilhamkan oleh kerajaan persekutuan.

Rakyat Galas harus yakin dengan BN dan tidak menganggu usaha BN membangunkan Gua Musang dengan memilih parti PAS. PAS tidak akan memberi apa-apa faedah pembangunan kepada Galas.

Wallahhualam.




1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam