Sabtu, 5 April 2014
Hilang Sekelip Mata
Nama saya fi. Kawasan sekolah saya ni, pada dahulunya merupakan tapak tanaman kelapa sawit. Tapi telah dibangunkan dan kini menjadi sebuah kawasan perindustrian yang mewah. Kejadian ini berlaku pada tahun lepas, di waktu petang, selepas waktu Asar. Saya ada mendengar segelintir ustazah mengatakan, selepas waktu Asar, tidak digalakkan pergi ke tempat yang sunyi, kerana "benda" ini suka tempat macam tu selepas waktu Asar. Tetapi, saya tidak tahu lah, sama ada betul ataupun tidak. Kerana kita semua tahu bahawa benda tu sendiri wujud.
Pada waktu itu, seorang pelajar dari kelas lain mengarahkan kelas saya ke makmal sains yang terletak di belakang sekolah. Tetapi, pada waktu itu, saya dan seorang kawan sekelas saya, terlewat sedikit kerana saya pergi jumpa cikgu bahasa Melayu saya atas urusan lain. Lalu, kami pun pulang ke kelas, mengemas barang kami, untuk ke makmal sains. Sewaktu saya mengunci pintu kelas, saya ternampak, tiga orang kawan saya yang lain, berada di koridor berdekatan dengan tangga. Makmal sains di sekolah saya ni, berada di setiap tingkat. Tingkat 3, merupakan makmal kimia, yang mana jarang ada orang ke sana. Makmal di tingkat 2 dan di tingkat 1, merupakan makmal biasa. Kami pun berjalan menuju ke makmal sains. Dan kawan saya lagi tiga orang itu pun menuju ke makmal sains. Tetapi, mereka jauh dari saya dan seorang kawan saya.
Apabila saya dan seorang kawan saya ke makmal tingkat 2, saya melihat di setiap bilik, tiada rakan kelas kami. Jadi, kami sangka mereka berada di makmal tingkat 3, ataupun tingkat 1. Jadi, kami pun jalan sehingga ke hujung makmal tingkat 2 tersebut. Di situ terdapat tangga yang mana kita boleh turun dan naik ke makmal yang lain. Apabila sedang hendak naik tangga untuk ke tingkat 3, saya ternampak seperti kasut orang naik ke atas. Saya ingat itu kawan saya yang tiga orang tadi yang berada di koridor tadi. Tetapi, apabila saya dan kawan saya sampai di tingkat 3, kami menoleh, kanan, dan kiri. Kami terkejut, TIADA SIAPA PUN YANG ADA DI SITU...!!! Kosong, sunyi. Tiba tiba, kedengaran pintu terhempas kuat sangat. Padahal, di situ tiada siapa pun. Angin tak ada, apa pun tak ada. Tiba-tiba bunyi pintu terhempas kuat. Lalu, kami kelam-kabut turun dari situ melalui tangga yang kami naik, dan kami turun hingga ke tingkat 1. Dan akhirnya kami terjumpa kelas kami. Saya tanya kepada kawan saya, "Eh, kau nampak ke?" dan dia menjawab, "Ya..." Saya sangkakan saya seorang sahaja yang nampak kelibat tapak kasut "orang" naik ke atas tadi, rupanya dia pun nampak.
Apabila hendak pulang, saya dan kawan saya, bertanya kepada guru. Dan kemudian guru kami menjawab, "Tu lah, kat kawasan ni, jangan main-main lagi pada waktu macam ni. Memang benda tu ada..." Saya pun sendiri pernah mendengar cerita, kadang-kadang, ada murid yang terkena histeria. Sekian sahaja kisah saya. Terima kasih, dan selamat malam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?