Assalamualaikum semua. Saya
memang minat mendengar rancangan MJ12 ni. Insya-Allah saya akan muatkan
lagi kisah-kisah pengalaman saya dan juga gambar-gambar yang telah saya
petik di kesempatan yang lain.
Pengalaman ini berlaku kira-kira 14 tahun yang lalu. Pada masa itu saya
masih bujang dan sungguh minat memancing. Tetapi saya ini degil orangnya
dan selalu ditemani adik angkat saya (nama samaran Jagger). Kita berdua
sekepala dan amat degil. Pada masa itu, kami akan pergi memancing hanya
berdua saja dan kita akan pergi ke tempat-tempat yang selalu ada
cerita-cerita (penampakan.) Menjala di tempat penampakan Buaya Putih di
Pasir Ris sampai 12 tengah malam dan macam-macam lagi. Mungkin pada masa
itu kita berdua ingin mengetahui setakat mana tahap keimanan kita dan
pengetahuan. Seperti orang kata nak 'test' betapa kuat ilmu kebatinan
dan yang sewaktu dengannya. Sampai sekarang Alhamdullilah, tidaklah
terjadi apa2 yang buruk pada kita berdua.
Ceritanya bermula pada masa dahulu kami bersekolah dan bekerja sambilan
di satu tempat ini. Ada seorang kakak yang agak rapat dengan saya.
Pernah dia bercerita tentang kenalan beliau ada memelihara "Kakak
Cantik". Tetapi akan kasihan dengan "Kakak Cantik" itu, si beliau ini
telah melepaskannya di kawasan pantai East Coast. East Coast tu
panjangkan tempatnya??? Hanya mereka yang tahu sahaja akan tahu di mana
lokasi sebenar. Yang saya pula diberitahu namanya yang sebenar. Nama si
Kakak Cantik ni ....... Mengikut cerita, siapa yang tahu nama dia dan
menyeru dia, beliau akan datang dan dari situ, nasiblah. Ertinya kalau
dia datang dan kalau anda diberi melihat muka cantiknya di sebelah
kanan, sudah nasib baik. Tapi jangan sebelah kirinya, padah! Dan bila
menyerunya dia akan muncul bila masa anda berjalan di tempat orang
berlari anak-anak.
Jadi saya dan adik angkat saya ni pun melengkapkan diri, seperti
membersihkan diri dan mengikut apa yang telah kami amalkan dengan cara
Islam. Dan pada malam Jumaat itu kami pun memulakan niat kami. Sampai di
tempat tersebut sekitar pukul 6 petang. Setelah siap mengikat mata kail
dan umpan dan sudah dicampak, sampailah waktu Maghrib. Seperti biasa,
kami akan menunaikan solat fardhu. Dan memagar kawasan kami memancing.
Setelah Isyak dan barulah dimulakan upacara memanggil si "Kakak Cantik".
Saya pun memanggil namanya. Tepat pada pukul 11 malam mulalah dia
datang, saya bisa nampak dengan mata halus. Dia berada di belakang kami.
Tetapi dia tahu dan tak berani untuk masuk ke dalam tempat pagar kami.
Pada mulanya dia hanya mencampakkan pasir. Jadi boleh rasalah, sambil
kami memerhatikan joran masing-masing memandang laut dia di belakang
menaburkan pasir ke arah tempat kami berehat / memancing dan apa sahaja
dibuatnya, kami hanya buat bodoh, mengilai, menangis. Sambil itu kami
hanya berzikir dan mulut kami tak henti-henti berzikir dan dia pun
beredar ke tempat lain. Sampai pada masa kami berdua dah penat dan satu
ikan pun kami tak dapat sejak dari mula (tahulah kenapa sebabnya), kami
pun mula berbaring di tepi pantai dan memandang langit. Indah dengan
cahaya bulan dan penuh dengan bintang-bintang.
Ni lah dia yang satu pengalaman yg tak akan saya lupakan. Sambil kami
menikmati keindahan malam itu. Tiba-tiba di atas langit tempat kami
memancing itu, ada seekor burung / itik serba putih terbang di atas
kami. Dan burung / itik ini besar sekali, boleh dikatakan sama panjang
seperti manusia. Dari situ kami tahulah. Bahawa "Kakak Cantik" tu
sebenarnya masih di situ dan tidak melepaskan peluangnya. Tanpa
berlengah, adik angkat saya pun memulakan unggun api (campfire). Kerana
mengikut petua orang-orang lama, benda-benda halus dan juga binatang
buas amat takut dan segan akan unggun api. Sampailah ke Subuh (ditutupi
dengan solat fardhu Subuh) dan terbitnya matahari kami pun beredar dari
tempat itu.
Mujurlah tidak ada apa-apa yang terjadi pada kami. Memang "Kakak Cantik"
tu ada di kawasan memancing kami. Tetapi setelah dipagar dan dia tahu
yang saya tahu nama dia. Kemungkinan dia agak segan dengan kehadiran
kami. Lagi pun niat kami hanya mahu belajar dari pengalaman itu. Tetapi
takkan kami melupakan pengalaman itu. Tapi saya sudah tidak memancing
malam lagi, kerana sudah pun berumah tangga dan menpunyai anak yang
masih kecil. Insya-Allah kalau anak saya sudah baligh masanya dan kalau
dia berminat, akan saya bawa dia sekali. Mencari ilmu dan uji keimanan
sendiri, betapa kuatnya.
Nasihat buat para pendengar, kalau mahu memancing malam atau lepak-lepak
bersama teman-teman, berjaga-jagalah, di mana sahaja dia berada. Kerana
kita mesti ingat, Allah telah menjadikan semua makhluk baik yang zahir
ataupun batin. Kalau gelap itulah dia dan terang itulah kita. Jadi,
kalau niat kita dan pengetahuan ugama kita suci dan ikhlas, Insya-Allah
dia akan takut dan lari dari kita. Kerana martabat kita lagi tinggi dari
dia. Dan itulah perjanjian Allah kepada manusia / Nabi Adam A.S. semasa
syaithan dihalau dari Syurga. Tetapi dia telah bersumpah akan selalu
menyesatkan anak-anak Nabi Adam A.S. iaitu kita.
Sekian Wassallam.
Hantu Laut.
Akan saya kembali.
Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?