KEBUN seluas 6 ekar milik Kak Gayah dan suaminya, Abang Baha terletak
bersempadan dengan sebatang sungai yang penuh dengan lata dan jeram.
Untuk sampai ke sungai tersebut, seseorang perlu menuruni jurang yang
penuh belukar sedalam hampir 30 meter. Walaupun terdapat lorong,
keadaannya yang curam dan lantai hutan yang berlumut menyebabkannya agak
sukar untuk dituruni.
Sungai tersebut pula mengalir dari arah
pergunungan dan menganjur ke hilir melalui kampung mereka sebelum
bertembung dengan Sungai Perak, berpuluh-puluh kilometer dari situ. Di
dalamnya kaya dengan hidupan terutamanya ikan air tawar.
Ketika
hari cuti, anak-anak kampung menjadikan sungai tersebut sebagai lokasi
aktiviti memanah ikan. Mereka akan menyelam melawan arus sambil
bergerak-gerak di celah-celah batu dan bangkar. Di situ menjadi tempat
persembunyian sebarau, tengas, rung, selimang, baung, bagoh, sia, tebal
sisik dan berpuluh-puluh jenis ikan lagi.
Mereka melakukan
aktiviti memanah secara berkumpulan. Mulai dari kampung, mereka mudik ke
hulu sehingga kecut kaki tangan' (sejuk) dan naik ke darat di kawasan
kebun Kak Gayah. Selalunya mereka tidak balik dengan tangan kosong
kecuali jika air keruh akibat hujan di hulu.
Pemandangan dari
kebun Kak Gayah ke arah sungai tersebut memang menarik. Jelas dapat
dilihat lata dan kilauan air jernih yang mengalir diiringi deruan yang
tidak putus-putus. Di tebing sebelah sana ialah hutan dan bukit bakau
yang hijau dan membiru di kejauhan.
Di sebalik kecantikan
panorama itu, Kak Gayah bersama tiga rakannya sedang sibuk menanam benih
jagung. Dua yang lain pula menancap kayu runcing ke permukaan tanah
sambil berjalan beriringan untuk membuat lubang. Suami Kak Gayah, Abang
Baha pula sedang sibuk mengumpul potongan-potongan kayu dan tunggul
getah untuk diperun, agak jauh dari mereka.
Oleh kerana asyik
dengan kerja-kerja mereka, tidak sedar hari telah hampir maghrib.
Tiba-tiba Cik Keah yang telinga lintah', berhenti dan meletakkan jari ke
mulutnya menyuruh rakan-rakan yang lain diam.
Jelas kedengaran
dari arah sungai seperti bunyi jeritan dan tawa riang kanak-kanak
seperti sedang bermain. Bunyi tersebut tenggelam timbul oleh bunyi
deruan air. Dari bunyi yang didengari, dianggarkan lebih dari sepuluh
orang kanak-kanak berada di bawah sana.
Ala, budak-budak memanahkan ikan, kata Kak Tipah.
Anak siapa pula yang memanah ikan senja-senja ni? tanya Kak Gayah ragu-ragu.
Jom tengok. Entah-entah anak aku pun ada! Kau bukan tak tahu di Malik tu! kata Kak Leha pula.
Keempat-empat
mereka segera menuju ke tepi jurang. Jauh di bawah sana kelihatan
berpuluh-puluh kanak-kanak seperti sedang mandi-manda dan bersukaria
sehingga air menjadi keruh.
Macam anak Indialah. Dari mana pulak datangnya? tanya Kak Leha.
Kampung kita mana ada orang India. Kalau rombongan dari bandar, mana pulak basnya? balas Kak Gayah.
Eh! Kamu semua tengok elok-elok. Betul ke apa yang kita nampak ni? tiba-tiba Cik Peah bersuara.
Keempat-empat sahabat tersebut berdiri berhimpit-himpitan sambil memerhati dengan mulut ternganga.
Ni hantu ke orang ni? kata Cik Peah dengan suara tertahan-tahan.
Masing-masing
mula rasa berdebar. Antara percaya dengan tidak apa yang mereka
saksikan. Nun di bawah sana tidak kurang dari dua puluh orang budak
hitam' seperti sedang bersuka ria menangkap ikan. Ada yang sedang
melahap ikan tersebut mentah-mentah. Mereka menjerit-jerit sesama
sendiri sambil mengeluarkan bunyi aneh, seolah-olah sedang
berkomunikasi.
Keempat-empat sahabat mula merasa seram sejuk
bercampur takjub. Rupa budak-budak hitam' tersebut semuanya sama sahaja.
Tinggi mereka lebih kurang budak berusia 4-5 tahun. Semuanya telanjang
bulat, berkulit hitam legam, berkepala botak dan berpunggung tonggek.
Dari jarak yang agak jauh itu, mereka tidak dapat melihat dengan jelas
rupa 'budak-budak hitam' tersebut.
Aku pasti ini bukan manusia! Tapi apa hah? soal Cik Peah secara berbisik.
Hantu toyol kot, kata Kak Tipah pula.
Hantu toyol tak ramai macam ni. Dia selalunya berkepit dengan tuannya, ujar Kak Leha.
Korang
tunggu kejap, aku nak panggil Abang Baha, bisik Kak Gayah sambil
beredar perlahan-lahan. Budak-budak hitam' yang berada di sungai
tersebut seperti tidak sedar mereka sedang diperhatikan.
Tidak
lama kemudian Kak Gayah kembali bersama suaminya, Abang Baha.
Masya-Allah. Makhluk apa ni? bisik Abang Baha. Dia kemudiannya berjalan
ke hadapan iaitu ke pinggir jurang untuk melihat dengan lebih jelas.
Ketika itu salah seorang 'budak hitam' tersebut menjerit nyaring sambil
mengangkat kedua tangannya ke arah tempat Abang Baha berdiri. Mungkin
dia baru sedar yang mereka sedang diperhatikan.
Serentak itu,
semua 'budak-budak hitam' lain terdiam dan terkaku seperti patung.
Semuanya memandang ke arah Abang Baha dan yang lain-lain berada. Setelah
beberapa saat tanpa suara, mereka lari bertaburan ke arah tebing sungai
seberang sana, kemudian lesap ke dalam hutan berhampiran. Suasana
hingar-bingar serta merta lenyap. Hanya kedengaran deruan air yang
beransur-ansur kembali jernih.
Dah hilang dah. Elok kita
beransur dulu, kata Abang Baha mengejutkan isterinya dan tiga sahabatnya
yang masih terlopong itu. Hari sudah redup benar. Mungkin sudah masuk
maghrib. Tanpa bicara, mereka segera mengemaskan bekalan dan peralatan
dan terus pulang.
Kisah penemuan mereka kemudiannya tersebar
seluruh kampung. Ada yang percaya dan ada juga yang tidak. Ada juga
orang kampung yang menunggu di tepi jurang kebun Kak Gayah hingga
maghrib untuk menyaksikan sendiri 'budak-budak hitam' seperti yang
diceritakan. Tetapi ternyata, 'budak-budak hitam' itu tidak lagi berani
memanah ikan di sungai itu. Cuma apabila air sungai keruh, orang kampung
akan berkata dengan nada gurauan; Orang kenit menangkap ikan!
Kewujudan
dan kehadiran makhluk tersebut di sungai berhampiran kebun Kak Gayah
tetap menjadi misteri. Ada yang berpendapat bahawa makhluk tersebut
ialah jin. Abang Baha, Kak Gayah dan tiga sahabatnya masih melakukan
kerja-kerja seperti biasa. Mereka kini berhati-hati dan tidak lagi lalai
hingga terlupa hari telah senja dan hampir masuk waktu solat maghrib.
Petikan: Bacaria
Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?