Seram! Lelaki Koma Diganggu Makhluk ‘Berjalan’ Mengundur
Minggu ini Yunus bercadang pulang ke
kampung. Emaknya bising-bising kerana sudah enam bulan dia tidak balik
menjenguk orang tuanya. Bukan sengaja mencari alasan tetapi kesibukan
kerja membuatkan dia tidak berkesempatan. Lagipun setakat cuti hujung
minggu mahu balik ke pantai timur, tidak berbaloi dengan penatnya. Dia becadang mengambil cuti dua hari tambahan, bolehlah dia bermanja-manja dengan ibunya nanti.
Semenjak arwah bapanya meninggal, dia
menjadi tempat ibunya mencurah rasa. Tambahan pula, dia satu-satunya
anak lelaki tunggal lelaki dari lima beradik. Dua kakaknya tinggak
berdekatan kampung, sudah berkeluarga. Ada juga ibunya usulkan agar yunus pulang saja ke kampung dan berkerja di sana tetapi bagi anak muda ini,
dia lebih sukakan kehidupan di kota. Serba serbi lengkap malah agar
sukar untuk dia pulang ka kampung kerana kekasihnya Rina anak kelahiran
kota yang cantik molek itu, tentu akan terlepas ke tangan orang lain
seandainya dia berpindah ke kampung.
Mulanya Yunus bercadang untuk mengajak
teman serumahnya, Rosman balik bersamanya. Asalnya kawannya itu
bersetuju tetapi disaat akhir, Rosman ada kerja yang perlu disiapkan.
Tinggallah Yunus memandu seorang diri. Dia keberatan pulang sendirian
tetapi memikirkan sudah berjanji dengan ibunya, dia teruskan juga
perjalanan. Yunus lebih senang memilih perjalanan dimalam hari, tidaklah terlau panas, tambahan pula dia seorang diri. Boleh juga layan mengantuk dengan memasang lagu sekuat hati.
Sejam dua perjalanan, Yunus masih melayan
lagu sekuat hatinya. Dia sengaja menyanyi mengikut rentak lagu.
Tambahan pula, lagu-lagu sentimental rock membangkitkan rasa cintanya
pada Rina. “Nasib badan, ada kawan saat akhir, tarik diri pula,”
keluhnya dalam hati. Sesekali, Yunus akan berselisih dengan bas express. Malah ada ketikanya bus express dipandu lebih laju dari kelajuan keretanya.
“Tak sayang nyawa orang langsung,” rungutnya di dalam hati. Yunus akui
ada kalanya orang memandu ikut perasan bukannya ikut peraturan. Andai bertembung dengan kenderaan lain, pasti akan meragut begitu banyak nyawa.
Perjalanan tetap diteruskan tetapi entah
bagaimana kali ini hatinya cukup berdebar-debar, seolah-olah ada sesuatu
akan terjadi. Benarlah dugaannya. Sesaat tadi sebuah kereta
mewah memotongnya dalam kelajuan dan di hadapannya kini, kereta tadi
telah terbabas melanggar tebing jalan. Segera dia
memberhentikan keretanya membantu, takut-takut jika pemandunya mengalami
kecederaan parah. “Saya ok, tak perasan selekoh tajam tadi, terbabas
sikit,” kata pemandu berbangsa cina itu.
Setelah memastikan semuanya selamat,
Yunus meneruskan perjalanannya. Malah dia jarang-jarang berselisih
dengan kendenraan lain, mungkin sudah larut malam. Sesampainya dia di
kawasan Bukit Tujuh, Merapoh, sempadan Kuala Lipis-Gua Musang, debaran
dadanya makin memuncak. Kali ini tidak semena-mena hatinya
berdebar-debar, semakin lama semakin kuat. Segera Yunus terbayangkan
seseuatu. Dia tahu, dari cerita yang disampaikan orang, kawasan Bukit Tujuh ini keras malah ramai yang pernah diganggu. Ada yang terserempak orang berlalu mengundur ke belakang ditengah malam, kehadiran puteri tujuh yang dikatkan dengan mitos di kawasan itu. “Simpang malaikat 44,” demikian minta Yunus.
Anak muda ini terus memandu dalan
kelajuan sederhana. Dia terus memasang lagu lebih kuat. Bukan untuk
mendengar tetapi lebih kepada untuk ‘memadamkan’ resah dan debaran di
dadanya sendiri. Sedang dia memandu, dia melihat kelibat seseorang berlari mengundur ke belakang.
Semakin lama semakin menghampiri keretanya. Yunus panik dan terus
memecut laju keretanya. Dia ketakutan yang amat sangat. Malah kalau
boleh dia mahu segera keluar dari kawasan yang menyeramkan ini. Makin
lama dia memecut, kelibat makhluk yang lari mengundur ke belakang itu semakin menghampirinya. Dalam ketakutan yang amat sangat, Yunus gagal mengawal keretanya lalu terbabas melanggar tebing.
“Yunus, bangun nak,” sayup-sayup dia
terdengar suara ibunya. Saat itu barulah dia menyedari dirinya di
hospital dan dia telah pengsan selama dua hari. Keretanya rosak teruk
dan kaki kanannya patah. Bagi yunus, pengalaman disakat hantu mengundur
ke belakang mamang menakutkan. Malah dia agak serik untuk memandu pulang
seorang diri lagi. Kalau boleh biarlah berteman.
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?