Khamis, 19 Mac 2015

Kisah Nyata - Gangguan Sihir



Dunia Seram - Pertengahan Mei, selepas kesemua penyiksaan menjadi terlalu biasa buat kami, suami saya didatangi Ustaz Alwi, yang membeli sebahagian besar stok cincin suami saya. Suami saya bertanya tentang makhluk asing, gangguan jin, sihir dan sebagainya. Suami saya juga bercerita kepada beliau bagaimana setiap malam dia diganggu dengan mimpi yang menyeramkan. Selalu juga dia mengingau, berlawan dengan serigala, dengan anjing hitam, bertemu ular tedung dan macam-macam lagi. Ustaz ALwi menyarankan agar suami saya mengamalkan ayat-ayat Manzil dan membeli buku tentang sihir dan gangguan jin tulisan Dr Harun Din terbitan Dewan Bahasa. Bagi Ustaz ALwi, sihir dan jin tidak dapat dipisahkan biarpun dunia kini amat moden. Disebabkan kemodenan ini, makanya ramai di antara kita yang tidak mengendahkan perlunya mempelajari ilmu menghalang sihir. Ramai di antara kita yang tidak percaya kemungkinan mereka disihir kerana logic akal mengatakan “mana mungkin ada orang dengki dengan aku. Kita sama saja”. Kita terlalu lurus dan jujur menghadapi semua orang. Itu sesuatu yang amat baik, namun, tidak semua manusia baik seperti kita.
Suami saya membeli kitab Manzil yang hanya berharga RM2. Dia mula mengamalkannya. Di kedai, dipasangnya CD Yassin dan surah-surah pilihan sambil dia dan pekerja-pekerjanya mengikut bacaan dan menghafal. Satu pagi, lebih kurang pukul 9 pagi, suami saya menalipon saya dengan suara begitu teruja.

‘You know what? Tadi ada customer datang, sembang-sembang dengan Abang. Dia ni Makcik tua, serebeh-serebeh orangnya. Jalan pun dok seret-seret kaki. Abang ajak dia duduk, sambil tu Abang baiki gelang dia. Dia cerita pasal anak-anak dia, bla bla bla….Pastu, dia bagi Abang cincin kayu kokka. Cantik cincin ni. Abang takut gak kot-kot dia suruh Abang beli, tapi dia kata dia bagi. So, nak elakkan dari terhutang, Abang bagi satu cincin kat dia….Pas tu dia jalan je.”
Saya cuak mendengar cerita suami saya. “Biar betul Bang…orang betul ke? Baru pukul 9 ni. Dari mana dia datang?” Tanya saya.

“Dia kata dia dari Perak. Macam orang susah je. Tudung senget menget, mulut pun macam banyak putih-putih…Tapi, dah dia bagi, Abang ambik je la cincin ni. Cantik.”
Bila dah suami saya kata begitu, saya hanya diamkan diri saya. Malam itu, suami saya balik dan memberitahu yang Makcik tadi datang balik ke kedainya mencari serkupnya yang tertinggal. Dia memang tak dapat cam Makcik ni kerana parasnya yang telah berubah. Pakaiannya bersih, tidak lagi jalan terseret-seret dan cantik. Bila suami saya tunjukkan cincin yang diberi pagi tadinya, dia hanya mengerutkan dahi, seolah-olah dia tidak dapat mengingat langsung kejadian yang telah berlaku di sebelah pagi tadi.

Sejak kehadiran Ustaz Alwi dan Makcik special tu, jualan suami saya di kedai bertambah baik. Suami saya semakin yakin yang selama ini dia memang diuji dengan gangguan jin. Suami saya semakin rajin ke surau dan setiap ada waktu terluang, dia akan menghabiskan bacaan ayat-ayat Quran. Namun, keadaan kesihatan suami saya agak tidak baik. Dia sering sakit tengkuk, mengantuk yang melampau setiap kali masuknya waktu solat dan sendi-sendinya sentiasa dalam keadaan sakit. Cuti sekolah bulan Mei, kami sekeluarga bercuti ke Kuantan. Sedang asyik memandu, suami saya memberhentikan kereta dan menyuruh saya memandu. Dia terlena sebaik sahaja kami bertukar tempat….Nyenyak sungguh tidurnya. Jam pada waktu itu menunjukkan pukul 4 petang…Oh! Waktu Asar akan tiba sekejap lagi….

Dua malam di Kuantan amat menyeksakan buat saya kerana anak kecil saya, Abo, asyik menjerit-jerit dan menangis. Sebelum ke Kuantan, Abo memang menangis dan menjerit setiap malam sambil matanya tertutup. Abo langsung tidak mahu tidur di sebelah suami saya, yang mana akhirnya, saya terpaksa meribanya sambil duduk di atas lantai sepanjang malam.
Sekembalinya kami dari Kuantan, suami saya mendapat tahu yang Apet, sepupunya, juga diserang sakit misteri. Suami saya mencari Apet dan Apet menceritakan apa yang dialaminya, yang hampir sama dengan apa yang suami saya alami. Malangnya, Ustaz yang mengubat Apet telah pulang ke Thailand. Kebetulannya, Ustaz tersebut datang menziarah adiknya yang berjiran dengan Apet. Kata Apet, dia teruk dikenakan oleh rakan sepejabatnya.

Satu malam, kedai suami saya dikunjungi pelanggan wanita jelita yang datang bersama emak dan suaminya. Selepas wanita tadi memilih barang-barang yang dikehendakinya, dia bertanya kepada suami saya tentang cincin yang suami saya pakai. Suami saya menceritakan apa yang dialaminya, siapa yang memberi cincin tersebut dan sebagainya.

Wanita tadi meminta izin suami saya untuk ‘scan’ suami saya. Rupanya beliau pandai mengubat orang. Beliau belajar dari ayahnya yang berketurunan Wali Songo dari Indonesia. Katanya lah…

Selepas sahaja wanita ini duduk di hadapan suami saya, tona suara dan pelat bahasanya bertukar menjadi seperti orang Indonesia. Kata beliau, suami saya dihantar dengan sihir dari Siam. Bukan hanya kepada suami saya, tetapi juga ke kedainya. Teruk dah situasinya. Alang-alang orang yang kena, dah lama tumbang. Sihir ini dihantar oleh sahabat suami saya sendiri. Agak rapat, kerana suami saya selalunya bersalam dengan orang ini. Biarpun teruk, suami saya bertuah kerana beliau punya ‘pendamping’. Alamak….takut dengarnya. Hanya ada 2 orang yang boleh mengubat suami saya, Ustaz Harun Din dan Ustaz Zul dari Muar…. Mana nak jumpa mereka ni? Wanita tersebut juga berkata bahawa cincin yang diberi oleh makcik tua itu ‘berisi’. Makcik tu hanya wakil seorang kiyai….Macam Misteri Nusantara pulak.

Seperti biasa, kami memang agak keberatan untuk percaya dengan perkara-perkara mistik ini. Tak masuk akal…

Pagi Isnin, 11 Jun 2007, Adli, sahabat karib suami saya menalipon dan memberitahu yang dia baru sembuh dari sakitnya yang panjang. Dia berubat dengan seorang Ustaz di Cheras. Adli baru pulang dari menunaikan umrah beberapa minggu sebelumnya. Bagi Adli, doanya dimakbulkan Tuhan bila dia dikenalkan dengan Ustaz tersebut sekembalinya dari umrah.
Lepas Maghrib hari itu juga, saya dan suami ke Kelana Jaya menjemput Adli dan Nomi untuk ke rumah Ustaz tersebut. Dalam perjalanan Nomi menceritakan apa yang telah dialaminya. Saya bantai ketawa kerana cerita-cerita Nomi macam tak lojik. Nomi marah betul dengan saya. Katanya, dia tau ada yang tak kena dengan suami saya kerana bulu romanya sentiasa berdiri sejak kami sampai ke rumahnya tadi!!!

Sesampainya kami di rumah Ustaz (biar saya rahsiakan namanya. Hubungi saya jika perlu), Alhamdulillah tidak ada orang lain. Ustaz bertanya kepada suami saya apa sakitnya. Suami saya bercerita sedikit….termasuk kisah Makcik yang memberinya cincin.

Ustaz membuka helaian Al-Quran yang terletak di sampingnya sambil membaca beberapa ayat. Dada saya berdebar kencang. Entah mengapa, tiba-tiba saya merasa takut yang melampau. Meremang-remang bulu tengkuk saya duduk di belakang suami saya.

Ustaz berdiam diri seketika sambil memejamkan mata. Suasana sekeliling begitu sunyi dan menyeramkan. Nomi dan Adli di sebelah saya mengangguk-angguk, seolah cuba menenangkan hati saya yang seperti dilanda badai.

Kamu ada amalan yang ditinggalkan ye? Sebab itu bolos. Kamu memang disihir, dah lama. Sejak awal tahun lepas?

Amalan apa Ustaz? Tanya suami saya.

Wah! Banyak amalan kamu? Tersenyum simpul Ustaz, begitu juga Adli dan Nomi.

Yelah, makan, minum…tu kan amalan?

“Zikir Munjat”, jawab ustaz.

Kami yang mendengar tercengang. Hanya kerana zikir itu tidak diamalkan, kita jadi bolos?

Kamu dihantar ‘sihir pelalau’. Yang menghantarnya sepasang suami isteri. Mereka tidak suka kamu senang. Mari kita scan, kata Ustaz.

Suami saya diminta berbaring. Fikirannya diminta dikosongkan dan matanya dipejam. Sambil itu, Ustaz memicit jari hantu tangan kiri suami saya. Suami saya menjadi marah. Dia mengherdik Ustaz. Macam-macam yang dikatakannya, namun dia tidak mahu memberitahu apa-apa. Ustaz agak terkilan dengan keadaan itu. Kaki dan tangan suami saya sejuk, namun dia betul-betul berada dalam kemarahan.

Ustaz kemudiannya memberikan beberapa bahan yang perlu dibawa balik ke rumahnya dalam masa tiga hari. Saya mencatatkan kesemuanya dan kami pulang dengan seribu satu persoalan. Ustaz juga berkata yang suami saya akan mimpikan seseorang malam itu.

Di dalam kereta, Adli cuba memcahkan suasana. Dia agak kecewa kerana suami saya seolah menurut kata jin yang bersarang di badannya yang tidak mahu diketahui siapa yang mengupahnya. Tanpa ssesiapa menduga, suami saya menengking Adli. Dia berkata Ustaz tu pembohong, tidak mengikut sunnah, dan macam-macam lagi. Aiikk… kenapa mamat ni? Malunya saya…Kalau tak setuju dengan Ustaz ni, kenapa datang tadi? Kenapa bersusah payah mencari ubat jika tidak setuju dengan semua benda?

Saya mula takut. Saya dapat rasakan yang suami saya telah dikuasai. Ketakutan saya semakin menjadi-jadi. Kami singgah di kedai mamak dan selepas beberapa ketika, wajah suami saya agak kendur. Tidak lagi setegang awal tadi. 


   Credit:Sumber

3 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam
  2. Ayo teman-teman semua kunjungi website terbaru kami padangtoto untuk mempermudah membuat website sederahana ini. Terimakasih

    BalasPadam
  3. Ayo kunjungi website kami nemo4d untuk mendapatkan berbagai keuntungan

    BalasPadam