Selasa, 17 Mac 2015
Cerita Hantu - Bayangan Hitam di Hutan Lim Chu Kang, Singapura
Dunia Seram - Apa khabar...??? Saya ingin berkongsi pengalaman saya kepada para
pendengar Misteri Jam 12. Kalau tak silap saya, pengalaman ini berlaku
pada tahun 2007 ketika saya menjalani latihan kerahan saya di hutan
Lim Chu Kang.
Latihan kerahan saya masa itu bermulanya di hutan Marsiling dan
berakhirnya di hutan Lim Chu Kang. Sebelum latihan bermula, saya dan
rakan-rakan askar yang lain diberitahu oleh pegawai Leftenan saya,
bahawa latihan kami akan bermula pada waktu sepuluh setengah malam.
Saya masih ingat lagi, hari itu adalah hari Khamis, malam Jumaat.
Seperti biasa, sebelum latihan bermula, kami semua mengambil
kesempatan untuk berehat. Ada yang tidur, ada yang bersihkan senjata
dan ada juga yang masih berbual-bual di telefon bimbit. Ketika itu
masih senja, waktu Maghrib pun nak dekat, jadi kami ada lagi tiga jam
untuk berehat. Masa saya berehat, sarjan saya seorang berbangsa Cina
menghampiri saya dan beritahu saya bahawa malam ini saya akan berada
di hadapan "company" saya untuk mengiringi "company" yang lain untuk
latihan malam nanti sebab penglihatan Sarjan saya tidak begitu jelas
pada waktu malam.
Dipendekkan cerita, semasa kami bertolak dari hutan Marsiling, hujan
pun mula turun dengan renyai-renyai. Kami sudah pun berjalan sejauh 15
kilometer dari tempat rehat tadi dan masih lagi berjalan ke tempat
destinasi kami di hutan Lim Chu Kang. Waktu pun sudah menandakan pukul
dua setengah pagi. Walaupun keadaan saya bermandikan peluh dan terasa
letih, saya masih lagi berada di hadapan "company" saya. Saya masih
ingat lagi, malam itu bulan mengambang dan anjing-anjing berdekatan di
hutan Lim Chu Kang asyik menyalak saja dari tadi...
Semasa saya berjalan di hadapan, tiba-tiba saya ternampak bayangan
hitam menyerupai manusia berjalan perlahan-lahan ke arah lain. Jarak
bayangan hitam itu adalah kira-kira dalam 50 meter dari mana saya
berada. Saya pun cepat2 menunjukkan isyarat tangan saya kepada
rakan-rakan askar yang lain menandakan kemungkinannya musuh di
hadapan. Kami terus tunduk dan berhenti berjalan. Mata saya masih
memandang ke arah bayangan hitam itu. Untuk pengetahuan semua, saiz
bayangan hitam itu kelihatan besar dan agak tinggi berbandingkan saiz
askar-askar di Singapura ini. Bayangan hitam yang besar dan tinggi itu
kelihatan berjalan perlahan2 di tengah2 persekitaran yang dipenuhi
dengan rumput2 tinggi dan dedaunan.
Sarjan saya terus menghampiri saya dan bertanya apa yang berlaku. Saya
beritahu dia apa yang saya nampak dan dia terus mengeluarkan alat
"Night Vision Binoculars" dari begnya. Untuk pengetahuan pendengar,
"Night Vision Binoculars" adalah "Teropong yang digunakan untuk waktu
malam" dan sesuai digunakan di waktu malam ataupun semasa keadaan
gelap. Bila Sarjan saya menggunakan teropong itu, dia mengatakan pada
saya yang bayangan hitam itu jelas kelihatan! Saya diam sahaja. Lalu,
pegawai Leftenan saya pun menghampiri saya dan menanyakan apa yang
berlaku. Leftenan saya pun menggunakan teropong yang sama, dan dia
juga dapat melihat bayangan hitam itu dengan jelas juga!
Leftenan saya terus mengarahkan saya untuk terus berjalan perlahan2
menuju ke arah bayangan hitam itu dengan diikuti rakan2 askar saya
yang lain. Saya pun berjalan perlahan2 menuju ke arah bayangan hitam
itu. Para pendengar sekalian, kalau mengikut secara logika, sekiranya
kalau kita berjalan dan memijak rumput ataupun daun2, rumput dan daun2
itu akan menunjukkan tanda yang ia dipijak. Akan tetapi, apabila saya
menuju dan mengikut jejak bayangan hitam itu, rumput2 ataupun daun2 di
situ masih kelihatan segar dan tidak kelihatan dipijak langsung! Saya
berdiam diri sahaja!
Pada masa yang sama, bayangan hitam itu hilang dari pandangan. Saya
terus berhenti dan melihat persekitaran di sekeliling saya. Saya lihat
di persekitaran saya penuh dengan belukar, rumput2 tinggi dan dahan2
berduri. Saya mendapati bahawa tiada sembarang manusia pun yang boleh
menembusi belukar dan dahan2 yang penuh duri di persekitaran saya ini.
Saya menoleh ke arah pegawai Leftenan saya! Tanpa membuang masa lagi,
beliau menyuruh kami beredar dari tempat itu dan teruskan perjalanan
ke destinasi kami...
Itulah pengalaman saya, yang saya lalui ketika latihan kerahan pada
tahun 2007. Kepada para pendengar Misteri Jam 12, saya ucapkan selamat
malam dan terima kasih...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan