Isnin, 10 Mac 2014

Sering Diganggu Hantu

Kisah Anak Bomoh Sering Diganggu Hantu


Bapa kami sering dipanggil untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan gangguan hantu. Secara tak langsung, kami 2 beradik juga terbabit sama kerana kerap kali juga ada entiti yang tidak berpuas hati dengan bapa kami datang mengganggu kami apabila bapa tiada di rumah.
Aku memang selalu ketakutan berada di rumah tetapi demi adikku, aku harus memberanikan diri di depannya. Ayah selalu meyakinkan aku makhluk2 itu hanya dapat menjelmakan diri mereka di hadapan kami, tetapi tidak dapat mengapakan kami kerana ayah telah mendinding kami 2 beradik dan kawasan rumah kami.

Pernah satu kali tu, adik aku mengadu ada benda yang memerhatikannya dengan pandangan yang marah di sudut bilik sewaktu aku di dapur. Aku hanya mengatakan yang adikku tersilap pandang dan menyuruhnya segera tidur, padahal pada masa yang sama aku juga nampak makhluk tersebut. Mukanya bernanah dan berulat. 
Pipinya rompong dan matanya putih sahaja. Mulutnya ternganga-nganga seperti mahu menelan kami. Dia menggapai-gapai tangannya seolah-olah ingin menangkap aku dan adikku tetapi rumah kami sudah dibuat pendinding oleh ayah, jadi aku tahu dia tidak akan dapat masuk. Waktu itu aku baru berusia 12 tahun dan adikku baru menjangkau usia 9 tahun.
Selalu juga waktu aku berada di bilik air, aku ternampak makhluk2 itu berada di atas dinding bilik air. Rumah aku ni rumah kampung, jadi antara dinding dengan syiling ada sedikit ruang. Jadi boleh duduk di atas dinding itu. Makhluk2 yang duduk di atas dinding itu selalu tersenyum sinis memandangku dan mengatakan mereka hanya menunggu hari untuk menggangguku dan adik.
Rakan2ku juga tiada yang berani datang bermain atau tidur di rumah kami. Dulu pernah sekali rakanku tidur di rumahku, tetapi aku terjaga bila rakanku menangis di sebelahku. Katanya dia terdengar suara bapanya memanggil di luar rumah. Bila dia membuka tingkap, dia ternampak pocong tersenyum2 di depannya sambil memanggilnya turun ke bawah rumah. Sejak dari hari itu, tiada rakanku yang berani datang ke rumah.

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam