Salam semua pembaca..
Cerita ni terjadi sekitar tahun 2006, aku and the geng dengar ada dengar
citer banyak lombong tinggal kat puncak Polo Iskandar, sebab apa kena tinggal
aku tak tahu la pulak, tapi yang pasti kebanyakan lombong tinggal tu bekas tapak
kolam ikan yang cina bela. Kebiasaaannya, kalau tempat tu bekas kolam ikan,
mesti banyak ikan yang tak habis angkut masa last punya harvest.
Dipendekkan cerita, petang tu aku and the geng berangkat naik ke tempat
sasaran. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke
destinasi. Kira penghujung jalan dan last punya lombong la kan..Sampai tempat tu
lebih kurang jam 6.30, aku pun terus parking dan pusing siap-siap kereta pasal
senang nak turun balik karang. (nasib baik)
Sampai jer terus, semua ambil port memancing. Lebih kurang 15 minit
menunggu, joran kawan aku kene sambar, naik seekor jelawat lebih kurang 3 kilo.
Wow! sangat lumayan, tunggu tak sampai 15 minit dah kena.
Hari beransur gelap a.k.a remang senja. jeng jeng jeng….
2 orang kawan aku tengah pasang unggun api.. nak bagi terang kawasan
memancing situlah kan.. Walaupun belum gelap lagi tapi takkan dah gelap baru nak
pasang api kan..Betol tak?
Aku plak duduk kat pancing sambil sembang2 dengan kawan aku yg duduk kat
sebelah, aku terdengar satu bunyi yg mencurigakan.
uuuiii… uuuiii…uuuuiiii……
Kawan aku kat sebelah tak perasan bunyi tu kot, asyik membebel pasal ikan
yang tak makan umpan. Huh! Hampeh betul. Aku cuba mengamati bunyi tu betul2, dan
bunyi tu masih lagi berlanjutan. Hati aku dah start rasa tak sedap dah nih, tapi
cuba berlagak cool dan rilek dulu. Aku dah tak pandang pancing dah time tu,
dalam dok dengar bunyi tu tetiba dah ada tambahan bunyi, aku dengar bunyi budak
menangis. Aduh.. ini dah lebih..dalam hati dah start baca ayat Kursi dan 3 Qul.
Bunyi tu masih lagi berlanjutan..
Tiba2 kawan aku yang lagi seorang datang ke tempat aku dan duduk sebelah
aku. Dia kata dia terperasan ada orang lain memancing seberang kolam, tapi bila
tgk balik dah takde. Masa kawan aku cerita pasal apa yg dia nampak, bunyi
uuuiii.. uuuiii…uuuiiiiiii berselang seli dengan tangis budak makin kuat… kompom
Cik Ponti punya…Hohohoho
Tak boleh jadi ni, aku terus bangun dan ajak kengkawan aku balik.. 2 orang
kwn aku yang tengah pasang unggun api tak nak balik pasal dorang kata baru
sampai. Gila ke apa?! Hampeh betul.. Aku cakap kat dorang, jom la balik, nanti
lagi susah. Barulah semua start packing barang nak balik. Bila dah siap packing
nak bergerak ke kereta, aduh..baru perasan bunyi tu datang dari pokok yang
paling dekat dengan kereta aku. Kiranya, kalau nak pegi ke kereta, kena lalu
bawah pokok tu dulu. adeh.. siot betul.
Tapi apa nak buat, kena lah lalu jugak kan. Takkan nak tunggu situ
lagi..hehe,..Kita orang pun berjalan pegi ke kereta berlampukan torchlight yang
time tu jugak la nak meragam.. kejap ada lampu kejab takde. hehehehe…
Masa lalu bawah pokok tu, Tuhan je la yang tau..bulu roma ni dah meremang
sakan dah oii… Masa nak sampai ke kereta, tetiba dah dengar bunyi orang ketawa
mengilai….Apa lagi? Kita orang semua lompat masuk dalam kereta la. Aku try start
kereta, Alhamdulillah..boleh start. Terus masuk gear satu dan jalan..tak tengok
belakang dah… hehe.. takut siott..
Tapi…………Ingatkan gangguan dah habis, masa turun dari puncak bukit tu..ada 2
kejadian aneh.
1. masa turun dari bukit tu mmg dah gelap. semuanya hanya berpandukan lampu
kereta. tapi ada sebiji motor yang entah datang dari mana potong kereta aku. yg
paling best motor tu tak pasang pun lampu. huhuhu…
2. masa turun kami bertembung dengan dengan teksi. Teksi tu menuju ke
puncak bukit. Kawan aku terus tanya aku pasal teksi tu. Syyyyhhhh!..jangan
tegur..biarkan je dia. Adui..masa berselisih dengan teksi tu, aku menjeling
tengok apa yang ada dalam teksi tu, HIJAU beb Hijau..orang yang bawak teksi tu
warna hijau…nasib baik aku yg jeling tengok dia. bukan dia yg menjeling tengok
aku.. kalau tak kompom 180kmj turun bukit tu,. hahaha
Alhamdulillah, akhirnya kami sampai jugak ke jalan besar, terus menuju ke
rumah kawan aku di area Ampang. Kawan aku duduk berjiran dengan Cina. Rumah cina
ni ada anjing.. masa aku parking kereta, anjing tu tak duduk diam, asyik
menyalak je. Menyalak ke arah kereta.. Adoyai.. mengikut balik la pulak. Kami
semua masuk dalam rumah..Semua mandi dan sembahyang. Mengaji lebih kurang
barulah anjing kat luar diam.. Alhamdulillah..huhu…
Inilah salah satu cerita seram aku dalam dunia sebagai pemancing tegar..
hehe… agak menyeramkan.. kalau korang ada cerita, silalah berkongsi. mari
bertukar cerita seram semasa memancing.. hehehe
dari kisah www.akufakhrul.com
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?