Jumaat, 21 Mac 2014
Cerita Dari Nepal
Selamat malam. Nama saya Yani. Kisah yang menyeramkan dan tidak boleh saya lupakan hingga ke hari ini terjadi pada tahun 2008. Ketika itu, saya masih lagi menuntut di salah sebuah sekolah menengah di sebelah barat Singapura.
Pasukan Kadet Polis Kebangsaan (NPCC) di sekolah saya mengadakan ekspedisi pendakian sambil beramal di salah sebuah gunung di Nepal. Hanya segelintir murid dari menengah satu hingga ke menengah tiga yang bertuah dipilih untuk turut serta oleh guru-guru kami. Murid-murid yang terpilih telah menjalani satu latihan jasmani sebagai persiapan asas sebelum kami pergi. Kami telah mendaki di puncak Bukit Timah pada tiap-tiap hari Sabtu. Kisah yang berlaku kepada saya tidak terjadi di Bukit Timah, akan tetapi ia berlaku di Kathmandu, Nepal. Ekspedisi kami berlangsung selama seminggu.
Perjalanan dari Singapura ke Nepal mengambil masa kira-kira 6 jam. Kami menaiki pesawat Silk Air. Setibanya di Nepal, kami disambut dengan penuh meriah. Pemandangan di Nepal begitu indah. Sukar untuk digambarkan. Dari lapangan terbang menuju ke hotel kami memakan masa kira-kira satu jam. Sepanjang perjalanan, tangan saya tidak pernah berhenti dari memetik gambar. Setibanya di hotel berkenaan, guru merangkap pegawai wisata ini, menyuruh kami membentuk empat pasukan, empat pelajar dalam satu pasukan, supaya mudah untuk guru saya membahagikan bilik. Setelah semuanya selesai, hanya tinggal kumpulan saya yang seramai tiga orang termasuk saya. Guru kami pun menyerahkan kunci bilik kepada setiap ketua pasukan.
Malam pertama, tiada perkara pelik yang berlaku. Masuk malam yang kedua, perkara yang menyeramkan berlaku. Saya bermimpi berjumpa makhluk halus menyerupai seorang wanita yang amat cantik. Saya telah pun ditindih oleh makhluk itu. Saya cuba pekik akan tetapi tiada suara pun yang keluar dari mulut saya. Tapi saya kuatkan semangat lalu membaca doa yang saya tahu. Alhamdulillah, akhirnya makhluk itu menyerah kalah.
Kejadian yang kedua berlaku ketika saya berada di salah sebuah hotel yang kami diami setelah penat mendaki. Saya menemani rakan saya ke tandas. Tandas itu tidak mempunyai lampu, kami terpaksa menggunakan lampu suluh. Ketika saya ingin mencuci muka, saya ternampak seorang budak kecil yang sedang duduk di satu sudut di dalam tandas. Apalagi, saya dengan cepat menarik rakan saya dan berlalu pergi. Itulah pengalaman saya yang berlaku ketika saya berada di Nepal.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?