Selama nih gua bukan nak percaya sangat tentang ilmu2 camnih walaupun dalam Al_Qura'an turut disebutkan tentang benda yang ghaib. Mungkin kerana benda tak pernah berlaku depan mata dan risau percaya pada benda2 khurafat.
Tapi apa yang berlaku 2 hari lepas mengubah persepsi gua pada benda ghaib.
Kira2 jam 2 pagi, waktu gua lepak umah awek gua, kakak dia balik dgn bf dia. Gua memang jenis takmo masuk campur. Tetiba dengar cam suara kakak dia nangis, kami pon gi la tengok. Ingatkan dia gaduh ke apa. Tapi bila panggil2, dia tak nyahut. Kemudian dia pandang je cam tak kenal gua. Gua dah rasa semacam, tapi still lawan perasaan tu.
Kemudian dia dah senyap, dan kebetulan ada burger baru dibeli, suruh dia makan. Satu suap dengan lembut, kemudian dia ramas burger tu dan sapu kat muka. Pahtu gelak2. Kemudian dia nangis lagi. Dah keadaan camtu, kami bersihkan dia. Tapi dia masih menangis dan cakap 'nak balik.. nak balik'. Bila bgth dia yang dia kat umah, dia still menangis gak dan tetap ckp nak balik.
Dari apa yang diberitahu, sebelum nih pon di ada penah kena gitu. So, gf gua tepon mak dia di kg. mak dia ckp kasi bawang merah. Gua amik bawang merah dan cuba untuk letak ditangan, tapi di menjerit dan bgth taknak. Gua pon hanya mampu baca ayat2 apa yng ingat. Setakat ayat kursi bolehla, nak baca yassin, tak hafal abih plak.
Kemudian gua tepon kawan yang penah kena pekara gini gak. Dan kebetulan dia bersama kawan yang tahu tentang ilmu2 menghalau makhluk halus ni. Dalam dekat kul 4 pagi dorang sampai.
Member gua hanya baca apa doa dan ayat2 Qur'an kemudian hembus kat air dan bagi dia minum. Memula dia menolak kerana katanya air tu panas, sedangkan itu hanya air mineral. Lepas dia minum, sapukan air kat seluruh badan, dia mula tido. Seblum tu bila ditanya apa dilihat, dia ckp dia nampak diri dia dalam bulatan api, ada seorang badan hitam pegang gambar dia dan patutng tulis nama dia. Pahtu orang badan itam tu cucuk jarum kat badan patung tu dan dia yang rasa sakit setiap kali patung tu dicucuk. 5 minit kemudian, dia sedar dan tanya kenapa ramai sangat orang kat umah. Dia memang tak sedar langsung tentang apa yang terjadi. Member gua tu usaha setakat boleh, dan dia pagar umah dengan garam. Tapi pesannya, dia cuma mengahalang benda tu datang kembali, dia tak pandai untuk menghilangkan terus.
Esoknya, tengahari, dalam kul 4 sewaktu gua nak kuar main bowling ngan kawan2, benda tu berulang kembali. Masa tu, kakak gf gua tgh mandi dan awek gua tgh sapu umah. Dia menangis dlm bilik air. Bila panggil tak menyahut. Kemudian bunyi kaca pecah. Tanpa pikir panjang, gua terus tentang pintu, pintu terbukak dan alamak.. nampak kakak gf gua berbogel plak. Tapi gua wat tatau dan suruh gf gua pakaikan towel. Kebetulan pada masa tu bf kepada kakak gf gua baru sampai ngan kawan dia.
Bila dah bawak masuk bilik, pakaikan baju dia menangis lagi, bgth nak balik. Gua pon dah pening, dah janji nak kuar tapi keadaan camni plak. Takpela, gua tunggu tengok dulu. Kemudian dia mula meronta. Bf dia yang pegang pon dah tak mampu pegang sorang. Awek gua pon kena tendang. Gua pon pegang dia gak, tapi rasa dia tu kuat dan sempatla gua kena cakar. Gua teringat pesan seorang sahabat.. Gua terus pegang bahu dia, jatuhkan ke katil dan gua azan kat telinga.
Bila dah abih azan, dia mula terkulai dan cam tido. Bila sedar sikit kami bawak ke ruang tamu. Gua call kawan gua yang ubatkan dia malam tadi. Dia heran, katanya dah pagar umah, takkan dia datang lagi. Mungkin pagar terusik katanya. Bila tanya gf gua, dia bgth waktu kakak dia mandi, gf gua tgh sapu garam yang ditabur kat beranda. Dan waktu tu benda tu berlaku.
Kawan gua masa tu ada urusan di Subang dan dia akan cuba usaha dari jauh. Dai cuma mintak sediakan air kosong letak dlm botol dan jangan ditutup. Bila gau dah buat dan letak benda tu atas meja, kakak gf gua merengek nak gi kat table. Nak amik tu katanya. Dan gua perasan, benda yang dia nak tu adalah air kosong yang gua baru letak.
Gua tak benarkan dia pergi, dan dia merayu lagi. Kemudian dia bertindak keras. Mula menggelupur dan menumbuk serta menendang. Sekali lagi gua pegang leher dia, dan azan kuat2 di telinga. Dia mula lemah dan jatuh. baru gua betul2 realize tentang kuasa azan.. Kuatnya kekuasaan azan.
Bila dia dah sedar, kawan gua call dan suruh minumkan air tu dan sapu pada seluruh tubuh. masa nak kasi dia minum, dia menolak dan dia kata air tu panas. Tapi paksa gak dia minum, bial dah minum dan sapukan pada seluruh tubuh, dia mula tido. Tak sampai stgh jam, dia sedar balik dan meracau. So, gua buat keputusan nak bawak ke darussyifa', tempat Dato Harun Din.
Lepas maghrib malam tadi, gua, gf gua, bf kakak dia dan bkwn bf kakak dia gerak ke tmpt Harun Din. Kami ckp pada kakak gf gua yang nak gi makan. Sebelum masuk kete, dia pengsan dan terpasa dukung masuk kete. Dalam 10 minit dia sedar dan tanya nak kemana. Kami ckp nak bawak gi mkn. 5-6 kali dia tanya. Kemudian dia mula menjerit. Dia ckp bukan nak gi makan, tapi nak gi tempat setan. Gua dok seat depan sbb gua yang tahu jalan dan kat blkg bf dia ngan awek gua. Dia dah mula menendang dan menggelupur, dan sekali lagi terpaksa diazankan dan dia mula lemah.
Sampai tmpt Harun Din, dia menangis. Bila dah masuk bilik temuduga nak berubat, waktu ustaz tu baca2, dia meronta dan nak lari kuar bilik. terpaksa kami pegang dan ustaz tu pegang lutut dan bahu dia sambil meneruskan bacaan dan dia pon terlena. Bila dah sedar, ustaz tu suruh minum air jampi tadi. Dah abih minum, dia tanya katne nih tapi badan masih lemah. So kami pon balik.
Sampai umah, gau tgk semua dah ok dan dia pon dah normal, gua pon gerak ke sangria, ada TT kat sana. Tapi gua sampai agak lambat. Sori geng, urusan keluarga dahulu. Hehehe..
Masa dok borak2 ngan Sam dan FLO kat luar, dapt call benda tu terjadi lagi. So, gua pon bergegas balik.. Sori sekali tak sempat nak salam semua.
Sampai umah, gua tgk dia terbaring menangis. Call kawan gua yang mengubat tu, dia masih kat Subang. Gua pon cam dah tak tahu nak watpe. Tapi gua perasan bila baca ayat 3 Qul, dia meronta makin teruk. Gua suruh minum air yang dapat dari tempat Harun Din. Bila dah minum dan sapu seluruh tubuh dia cam terdiam, tapi masih menangis. Sebelum tu, gf gua suruh dia ngucap, dia bgth dia kristian.
Dalam keadaan dia lemah, gua ulang baca ayat kursi 7 kali dan dia menjerit bgth dada dia sakit. Lepas tu gua tanya apa dia nampak, dia ckp nampak lelaki yang dia kenal. Bila tanya, dia ckp tak tahu. Sementara menunggu seoarang lagi kawan dtg menolong, gua bacakan apa2 ayat yang tahu. Bila desak siapa yang dia nampak, dia sebut nama, tapi butirannya tak jelas. Dan waktu tu jugak, kawan sampai untuk menolong. tapi nih kawan lain, bukannya yang yang dtg malam sebelum tu.
Member sampai, bakar kemenyan dan hembus kat muka dia. Dia mula menjerit. Sambil tu pegang tangan elak dia meronta. Member tu wat kuar minyak dan sapu kat tapak tangan dan kaki kakak gf gua, dan dia menjerit lagi. Sambil baca2, dia pegang ibu jari. Member tu suruh gua tanya siapa dia. Gua pon tanyala. Dia jawab 'aku datang dari jauh. Aku hanya disuruh'. 3 kali ditanya sambil member tu picit ibu jari kaki dia dan dia menjerit baru dia dia jawab dia datang dari Sampoerna, Sabah. Kakak awek gua tu baru 2 minggu sampai dari kampung di Sabah.
Sambil bacaan diteruskan dan picit ibu jari, soal jawab diteruskan. Gua dah cam marah plak keadaan tu. Bila ditanya apa agama, dia cakap kristian. Dan bila paksa sape yang suruh buat, kemudian dibgth nama. Kami tak terkejut ngan nama tu sbb memang dah syak.
Setlah sejam berhempas pulas, barulah dirasakan yang benda tu dah takde. Benda yang dalam tubuhnya dimasukkan dalam telur, cucuk 3 batang jarum, bungkus dengan plastik dan dicampak ke sungai gombak. Sape2 yang jumpa bungkusan plastik berisi telur, jangan wat memain ek? Hehehe..
Dan waktu gua menaip nih, kakak dia berada kat umah kawan gua tu, tgh berubat lagi. Katanya 3 hari baru ok. Apa yang diberitahu, ilmu yang digunakan adalah melalui puja gambar dan buat patung. Dan mungkin juga kakak gf gua dah termakan apa2 yang dah dijampi.
Pergh.. dah cam cerpen plak. Panjang benar gua menaip. Apa yang dapat kita buat iktibar ni, ilmu dan benda ghaib ni memang ada. Cuma kekuasaan Allah lebih kuat. Dan kalau sesiapa yang menghadapi orang yang terkena benda camni, cuba Azankan di telinga, nescaya dia akan lemah.
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?