Jumaat, 21 Mac 2014

Kisah Seram Di Fernvale...


Nama saya Quraisha Hanum atau Anum.

Saya mempunyai kisah seram ingin dikongsi bersama pendengar RIA. Anum menetap di Fernvale blok 40** dan sudah menetap hampir 6 tahun. Memang di sini ramai yang dah terlihat kelibat orang tua, pontianak dan pocong. Kalau nak tahu, estet rumah kami bekas tapak pokok-pokok getah dan hutan. Di sini juga ramai yang berubat dan buang atau tanam barang di kawasan ini. Ada juga yang buang di sungai berdekatan estet rumah kami pada zaman kampung dulu. Dipendekkan cerita, suami saya bekerja syif malam dan saya hanya tinggal tiga beranak bersama dua orang puteri kami, yang sulung berusia sepuluh tahun dan yang bongsu tiga tahun. Mereka tidur sebilik dan berkongsi katil. Kebetulan katil mereka diletakkan di sebelah tingkap.

Kc, setiap malam kakaknya akan terkejut dan ketakutan bila melihat adiknya berbual seorang diri betul-betul di tepi tingkap dan kadang-kadang melambai-lambai seperti ada seseorang yang dilambainya. Kata kakaknya, bila ditanya katanya itu kawannya dan bila kakaknya lihat di tingkap tiada sesiapa pun di luar. Pada mulanya kakaknya ingat hanya imaginasi saja tetapi ia berlaku hampir setiap malam. Sehingga satu hari itu, suami tiada di rumah, bekerja syif dan saya pula ke rumah jiran membuat kuih. Tiba-tiba kakak dia teriak kuat sangat sehingga jiran-jiran dengar dan menjenguk-jenguk rumah kami.
"TOLONG... Adik... Adik..." Bila saya pulang dan melihat keadaan anak-anak, amat mengerikan. Anak saya yang sulung dah pengsan. Bila tersedar masih ketakutan menggigil dan pucat mukanya. Bila ditanya kenapa dan jawapannya, "Mama, kakak nampak ada wanita duduk sebelah adik, menyisir rambut adik dengan jari-jarinya. Takut mama, kukunya panjang. Kakak nampak ada budak kecil main dengan dia. Semuanya hodoh..." Saya amat terkejut. Bila beritahu suami, suami kata karut. Anum nak ke pakar, tapi suami tak benarkan katanya syirik hanya solat dan berdoa. Itulah yang hari-hari Anum dan anak-anak buat, tetapi sekejap saja. Apabila tiba waktu malam sekitar jam tiga pagi, pasti anak sulung akan berlari masuk ke bilik Anum dan kejutkan Anum sebab takut sangat.

Tiga bulan lalu Anum tidur rumah mak di Jurong dengan anak-anak dan anak-anak terpaksa cuti panjang sebab nak ke sekolah jauh dan takut nak pulang. Suami tak percaya hal karut katanya tetapi dia izinkan kami tidur rumah mak dan beliau tidur sendiri. KC menurut kata suami malam pertama hingga kedua tak ada kejadian aneh tapi malam ketiga bila dia pulang dari kerja malam, dia ternampak kelibat wanita serupa macam Anum berjalan masuk ke bilik anak. Dia ikut, bila sampai di pintu, diketuknya berkali-kali, "Num... Num..." tapi tak ada jawapan. Dia ingat mungkin saya tertidur dengan anak-anak, lalu setelah dia habis mandi dan solat dia pun keluar nak buat minuman. Dia terperasan ada seorang budak kecil serupa macam anak bongsu kami sedang memerhatikan suami saya buat minuman (melihat dihujung mata). Bila toleh tiada orang!!!
Bila telefon saya, dia pun cakap, "Anum awak di mana ni, tadi awak di bilik anak, saya ketuk tak jawab, habis tu tadi nampak Sarah, dah tu dia hilang. Awak di mana ni???" Saya pun cakap, "Eh abang ni, saya kan dah cakap saya di rumah mak, dah dua hari, abang lupa ke, kan semalam abang baru je ke rumah mak..." Dengan keadaan terperanjat dia terus berkata, "Okaylah, Anum letak telefon sekarang juga abang ke rumah mak, tidur sana..." Dia pun takut rupanya, baru dia tahu yang dah berkali kejadian aneh dan seram berlaku pada kami tiga beranak. Pada hari lusanya kami meminta seorang pakar dari badan tertentu untuk melihat lihat keadaan rumah dan kawasan rumah kami.
Bila pakar semah rumah kami, kami disuruh solat jemaah setiap Maghrib, dan jangan putus memutar ayat-ayat suci dari alat pemain cakera padat dan selalu membaca Al-Quran. Barulah aman dan tenang setelah kami lakukan apa yang disuruhnya. Kata beliau kadangkala kita tak sedar bahawa ada yang mengekori kita dan pada anak bongsu kami yang kecil khususnya mereka sering mengekori dan buat teman. Betul juga kata jiran-jiran kami, tempat kami memang malam sunyi dan seram. Beberapa orang menceritakan di padang dekat kawasan estet kami memang dah berkali-kali ternampak ada "Cik kak" berjalan dan ada pula terkejut ternampak wanita merangkak laju memasuki semak-samun. Kawan suami pula sekarang takut nak hantar suami pulang, kalau hantar dia pastikan dia hantar di perhentian bas tepi jalanraya. Terpaksa suami berjalan kaki ke rumah kami. Kata temannya, dia ternampak ada pocong terlompat-lompat di dalam semak-samun dan beberapa kali matanya terlihat ada kain putih terbang atas tinggi menuju salah satu blok yang sedang dibina. Inilah pengalaman kami dan tahun depan kami akan pindah.



Sumber

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam