Inilah pengalaman Kimi
dan isteri di rumah kami dua bulan lalu. Alhamdulillah setelah dipagar rumah
oleh pakar, kami dah tidak diganggu., hampir 3 bulan kami meninggalkan rumah
kami di Sengkang untuk bekerja di Malaysia. Pulang balik Singapura sekali dalam
seminggu. Itu pun balik rumah mak mentua di CCK.
Dua bulan lalu, kami
pulang dan duduk di rumah sendiri sebab isteri harus bekerja, kalau rumah kami
senang nak dapat pengkutan awam dan dekat dengan rumah kami. Bayangkan setiap
malam khususnya malam Selasa ada saja gangguan yang kami akan lalui. Pertama
bila isteri ke dapur dan sedang membersihkan alat sinki. Dia terpekik, kerana
terkejut dah berkali lampu kami mati dan hidup dengan sendirinya. Kalau sekali
dua mungkin wayar dalaman rosak, tapi hairan, rumah kami dah hampir 3 bulan
lebih ditinggalkan dan baru duduk tak kan wayar dalaman rosak?
Kimi terus menukar lampu. Beberapa jam kemudian, ketika
Kimi sedang membuang air di tandas luar, saya terhidu seakan ada bau kemenyan di
ruang rumah saya. Bila hidupkan lampu saya tak nampak sesiapa pun. Kimi teruskan
hajat dengan keadaan takut terpaksa beranikan diri sebab takut isteri pula
takut. Malam Selasa seterusnya, saya ke kedai untuk membeli makanan, hanya 15
minit perjalanan, sebab rumah kami jauh dari jalan raya dan LRT. Isteri Kimi
terasa bosan di bilik dan menonton televisyen. Tiba-tiba, dan inilah yang isteri
Kimi ceritakan, dia terperasan ada kepala wanita sedang terjenguk-jenguk di
tingkap ruang rumah kami.
Isteri Kimi mulanya tak nak ingat apa2 pun
sebab mungkin panadngan pertama itu permainan mata saja. Lama-kelamaan, mata si
isteri saya ni asyik terjeling-jeling entah mengapa, dia terlihat terpandang ada
kepala wanita yang dia ingat mulanya hanya mainan mata, betul-betul di luar
tingkap kami sedang bergerak kiri kanan. Dia tak sempat nak tutup langsir, terus
cabut lari ke bilik, kunci pintu dan buka surah Yasin di alat pemain CD
sekuat-kuatnya. Nasib baik hari tu anak kami berusia setahun tiada bersama kami.
Bila Kimi pulang, Kimi terkejut mukanya pucat lesi dan menggigil satu badan.
Keesokan hari Kimi minta air dari Masjid BaƔlwie. Syukurlah dia tak ada
apa2.
Kami ingat sudah selesai, tetapi terakhir kalinya, minggu ketiga
hari Selasa jam 10 malam, setelah selesai jamuan malam bersama keluarga di rumah
dan setelah semua pulang, hanya kami bertiga. Kimi pun letakkan anak di
"kandang" mainannya (playpen) di tengah-tengah ruang rumah untuk bermain,
sementara Kimi ke stor simpan set bufet dan isteri ke dapur untuk cuci pinggan
mangkuk. Sejam kemudian anak kami terlena kami masih buat kerja rumah. Tiba-tiba
terdengar suara sayu sangat di tingkap ruang tamu, sangat sayu seakan sedang
menangis dan kami terperanjat, isteri baik-baik cuci pinggan mangkuk, pinggan
mangkuk terjatuh berkecai dibuatnya.
Kami bergegas, tingkap yang kami
tutup rapat, terbuka secara tiba-tiba. Belum sempat nak bergegas menutup tingkap
isteri terpekik, "Abang tu tu ada pocong dekat sebelah 'playpen' Mimi!!!"
Wajahnya hodoh sekali, berkedut dan bau pacai serta berbungkus kain putih
berlumuran tanah. Isteri terpaksa tunduk bawah terus ke "playpen" anak kami.
Isteri macam nak pengsan terpaksa dia kuatkan juga semangat dan cekup anak lari
lintang-pukang keluar rumah tanpa dikunci. Bila ditanya jiran ketika di kolong
blok, kami terpaksa buat bodoh dan bergegas masuk di dalam teksi yang kebetulan
berada di situ.
Kami pulang ke rumah mentua dan dari rumah mak mentua
kami telefon kakak sebelah rumah untuk tolong tutupkan pintu dan menceritakan
hal sebenar. Nasib baik kakak tu tahu hal ni terlebih dulu dari kami. Dia pun
diganggu tetapi sudah dipagar oleh ustaz. Nasib baik abang, suami kakak jiran
sebelah, malam tu juga menelefon ustaz dan suruh halau benda tu. Pada esok
harinya ustaz yang halau benda ni berkata, "Rumah ni dah lama dikosongkan dan
rumah ini dah dihuni beberapa makhluk. Sudah menjadi rumahnya dan kerana itu
bila kalian pulang, mereka marah kerana rumah itu mereka yang punya. Mereka tak
suka, jadi cara inilah membuat kalian takut."
Sejak malam itu, bapak
mentua dan abang ipar ke rumah kami bermalam dan berzikir tanpa putus-putus,
walaupun terus diganggu. Beberapa pakar datang dan pagar rumah serta kami buat
kenduri doa selamat. Saat itu hingga kini bila kami tiada di rumah, tiga hari
dalam seminggu ibu mentua dan adik-beradik isteri akan tidur bermalam dan sambil
itu berjemaah di rumah itu. Alhamdulillah, tiada gangguan menurut isteri saya.
Bayangkan kalau isteri pengsan, saya pula jauh dari "kandang" mainan anak saya,
mungkin juga anak kami diganggu...
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?