Selasa, 18 Mac 2014

Kejadian Benar...


Assalamualaikum KC,

Nama samaran saya Zul.

KC, kisah yang saya nak ceritakan benar-benar berlaku pada saya tiga tahun yang lalu. Saya ni seorang yang setengah berani setengah penakut, nampak je muka macam garang tapi penakut, besar punya penakut...

Kisahnya begini, kejadian ini berlaku ketika saya bekerja di kilang membuat peralatan menggali minyak yang terletak di Tuas, lebih ringkas di Gul Circle. Ketika itu, bisnes di syarikat tempat saya bekerja begitu banyak permintaan daripada pelanggan, oleh kerana tempat kerja kami kecil, majikan saya terpaksa membeli sebuah lagi bangunan bersebelahan syarikat kami. KC, bangunan itu dah lama kosong, agak-agak dalam 9 bulan gitulah. Kerana terlalu banyak permintaan pelanggan, majikan saya terpaksa gunakan bangunan itu serta-merta kerana setiap hari ada banyak penghantaraan barang-barang dari pembekal-pembekal kami, jadi kami gunakan sebahagian bangunan itu untuk meletakkan barang-barang yang baru sampai.

Untuk pengetahuan KC, syarikat saya tidak melakukan renovasi serta-merta ke atas bangunan yang baru dibeli itu, ia dilakukan secara bertahap-tahap. Ringkasnya, bila kami mengambil alih bangunan itu, ia menyeramkan, tingkapnya pecah, temboknya kotor, tiada lampu dan lain lain lagi, pendek cerita macam rumah hantulah!!!

Pada suatu hari, saya terpaksa kerja lembur kerana ada permintaan penting dari salah seorang pelanggan kami, kira-kira jam 9 malam, saya baru teringat yang salah satu barang yang diperlukan ada di bangunan yang baru dibeli, jadi saya tak ada pilihan, terpaksa memanggil kawan saya yang bertugas di syif malam untuk menemani saya ke bangunan itu. Saya menggunakan "forklift" 4 tan sementara kawan saya berjalan kaki ke sana, jaraknya lebih kurang 200 meter. Dalam perjalanan itu saya terpaksa menghidupkan lampu "forklift" sementara kawan saya menggunakan lampu suluh ke sana.

Bila saya masuk ke bangunan itu, Alhamdulilah KC, saya dah boleh nampak barang yang saya perlukan itu, barangnya besar, jadi senanglah bagi kami untuk mengenal pasti barang yang diperlukan itu, tapi kawasan tu gelap KC. Ketika saya sedang mengambil barang itu dengan menggunakan "forklift", tiba-tiba kawan saya yang berada 1 meter jauh daripada saya memekik pada saya, "Zul, Zul... Berhenti!!! Berhenti!!!" Saya pun menghentikan "forklift" dan kawan saya mengatakan, "Zul, aku rasa lain macamlah... Eh Zul kita baliklah..." KC, terus terang saya katakan, pada saat kami masuk ke bangunan itu saja, bulu roma saya dah berdiri, seolah-olah ada benda yang memerhatikan kami. Saya pun beritahu kawan saya, "Alamak, sikit lagi dah habis, aku punggah barang ni, lepas tu kita boleh belah dari sinilah..."

KC, tiba-tiba kawan saya memekik, "Zul dia kat atas tu, lari...!!!" Kawan saya pun lari. Saya terperanjat lalu mendongak ke atas, Astargfirullah, macam nak pengsan saya KC, ada perempuan berbaju putih dan berambut panjang [samar samar pandangan saya kerana kawasan tu gelap] sedang berada di atas palang-palang besi siling. Saya pun terjun dari "forklift" dan terus lari tanpa mematikan enjin. KC, apabila sampai kepada kawan-kawan saya, saya ceritakan apa yang berlaku, tak satu orang pun yang berani pergi untuk mematikan enjin "forklift" itu KC, semuanya penakut...

Ringkasnya, keesokan hari, kecoh satu syarikat, dah kelihatan, budak-budak servis memasang lampu sementara di bangunan itu KC. Yang bagusnya, majikan saya memanggil sami kuil dan mengadakan penyembahan di bangunan itu.

Sekian,

Zul...

P.S. KC, ada lagi kejadian selepas itu, saya akan emelkan pada lain masa ye... Wassalam...
 
 

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam