Isnin, 10 Mac 2014

Kem Pasir Laba...

Kisah Di Kem Pasir Laba...


Oklah saya ingin ketengahkan salah satu kisah pengalaman saya dengan alam misteri ini. Ia berlaku di dalam tahun 1994, ketika saya sedang dalam perkhidmatan negara.

Masa tu saya ditempatkan di SISPEC di Kem Pasir Laba. Disebabkan kecederaan pada lutut saya, saya telah dihentikan dari kursus kepimpinan yang saya sedang lalui. Tapi saya masih bersama "company" saya sementara saya ditempatkan ke tempat lain.

Pada satu hari tu, "company" saya dan "company" yang lainnya telah mengadakan latihan luar di Pulau Tekong. Jadi pada kita2 yang "cedera" tak diperlukan mengikuti latihan berikut dan terpaksa tinggal di kem. Dalam "company" saya ada 4 orang saja yang "cedera" ni. Mula2 ingat nak tidur satu "bunk" tapi akhirnya tak jadi dan tidur di "bunk" masing2. Nasib baik "buddy" saya ada tv kecil. Jadi sebelum dia pergi latihan dengan yang lain, saya pun pinjamlah tv kecil dia tu. Pasal masa tu musim bolasepak Piala Dunia. Kalau malam tak boleh tidur pun boleh juga tonton "World Cup".

Jadi pada malam tu, lepas tengah malam lah, cuaca masa tu agak panas juga. Nasib baik katil saya dekat dengan pintu, jadi saya bukalah pintu "bunk" saya dapat menikmati udara luar dan terang sikit bilik dari lampu koridor tu.

Sementara menunggu perlawanan bolasepak bermula, saya pun tukar2 saluran di televisyen itu. Ada pula cerita seram. Kalau tak salah saya cerita "Werewolf". Saya pun tonton cerita tu.

Di sinilah peristiwa saya dengan alam misteri ni bermula. Dari tempat saya duduk di katil tu saya boleh nampak pintu pada "bunk" di hujung sebelah yang lagi satu. Jadi sedang saya syiok tonton filem "Werewolf" tu, tiba2 saya terperasan pintu "bunk" hujung tiba2 terbuka dengan sendirinya menunjukkan sedikit samar2 di dalam "bunk" berkenaan. Saya terkejut tapi tak mahu fikir apa2, saya cakap pada diri sendiri, "Aiseyman, budak2 ni lupa nak kunci pintu 'bunk' pulak bila nak keluar tadi". Saya pun biarkanlah. Kemudiannya, pintu tertutup sendiri macam kena tiup angin dan "BAM!!!" langsung tertutup kembali. Saya terperanjat, tapi lega jugak lah. Tak payah saya nak bangun pergi tutup pintu tu. Tapi selang beberapa minit kemudian, pintu kembali terbuka! Kali ini saya rasa betul punya pelik kerana kalau pintu dah tertutup macam tadi, pasti cuma boleh buka dari dalam atau dari luar dengan memusingkan "handle" pintu tersebut. Sekali lagi pintu tertutup sendiri seperti yang pertama kali nya - dengan kuat - "BAM!".

Rasa panik pun ada tapi saya eksyen buat kelakar. Saya cakap pada diri saya, "Hai, mambang. Kau main pintu pulak malam ni mambang." Dan saya terus tersengih sendiri sambil terus menonton tv kecil tu. Saya ingat dah tak kena kacau lagi lah. Rupa2nya saya salah.

Kerana tak mahu tengok pintu buka tutup lagi, saya bangun dan tutup pintu "bunk" saya. Hidupkan kipas kuat2. Pasal malam tu memang panas betul. Bila saya duduk kembali di katil dan sedang syiok tonton tv, tiba2 saya dengar di "bunk" sebelah macam ada orang mengalih-alihkan meja dan katil. Bising betul. Saya nak buka pintu yang menyambungkan "bunk" saya dengan "bunk" sebelah pun fikir dua kali juga. Saya cakap dalam hati, "Janganlah kau nak kacau aku. Aku kat sini menjalankan tugas aku sebagai warganegara aku. Dan bukan hajat aku nak kacau kau atau yang lain2 bersama kau." Langsung saya cuba baca apa yang saya boleh ingat pada masa tu. Lepas tu suasana di sebelah semakin kecoh. Macam ada orang mengamuk!!!

Saya cakap dalam hati lagi, "Tolong lah. Aku tak ganggu engkau. Engkau jangan ganggu aku. Kalau dengan aku tak tidur menggangu engkau, aku akan pergi tidur. Tolong jangan ganggu aku lagi". Saya pun teruskan bacaan saya. Apa yang saya boleh ingat.

Nasib baik selepas tu bunyi bising di sebelah terus senyap. Saya pun tutup TV kecil saya dan terus tidur. "World Cup" pun terpaksa dibatalkan nampaknya pada malam tu.

Besok pagi, jumpa yang lain2. Semua rupa-rupanya kena kacau juga. Tapi dengan cara yang lain. Dua orang yang di "bunk" tingkat 2 kena kacau seperti ada orang kayuh basikal dan bunyi bising. Yang seorang lagi di tingkat 4, dia terdengar orang berbaris di "parade square".

Sekian.

Juno aka Heavy Metal Hamster

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam