Jumaat, 28 Mac 2014

Alami pengalaman paranormal di Kellie's Castle

IPOH - Pakej Pelancongan Malam Paranormal di Kellie's Castle, Batu Gajah, dekat sini merupakan produk pelancongan unik di Perak dan julung kali diperkenalkan di negara ini.

Pengurus Kellie's Castle Zamari Muhyi berkata ia disediakan bagi memberi peluang kepada pengunjung merungkai fakta misteri di dalam istana itu dalam keadaan gelap, selamat, selesa dan terkawal.

"Ia sekadar memberi pengalaman merasai sendiri berada di dalam keadaan yang seram dan gelap di samping merungkai fakta entiti paranormal yang mungkin terdapat dalam istana," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran pakej itu malam tadi.

Pada majlis itu wakil media diberi peluang merasai sendiri entiti paranormal dengan meninggalkan dua orang di setiap daripada empat bilik yang dikatakan mempunyai entiti itu dalam tempoh 15 minit.

Beliau berkata program itu diadakan Jumaat dan Sabtu pada minggu pertama dan minggu keempat setiap bulan.

"Pakej yang disediakan termasuk lawatan malam di Kellie's Castle, minum malam, kemeja T, sijil penyertaan dan tayangan video program paranormal," katanya.

Beliau berkata program berbentuk eksklusif ini berharga RM80 seorang dengan jangka masa setiap lawatan sekitar 30 hingga 45 minit bergantung kepada permintaan. Program terhad kepada 40 orang pada satu-satu masa dan akan diiringi jurulatih.

"Setakat ini sudah ada 30 orang yang tempah pakej ini. Program ini mendapat perhatian yang baik daripada pelancong luar negara kerana pada bulan Jun nanti seramai 60 orang pelancong asing akan singgah ke sini," katanya.

Zamari berkata program terbuka kepada pengunjung berusia 17 tahun ke atas yang tidak menghidapi sebarang penyakit memudaratkan seperti jantung, darah tinggi dan lelah.

Kellie's Castle dikategorikan antara lima lokasi terseram di Malaysia oleh pengkaji  paranormal antarabangsa dan portal pelancongan ekspedisi dari Amerika Syarikat.

Bangunan dua tingkat yang turut dilengkapi dengan menara empat tingkat itu mula dibina pada 1910 dengan mempunyai 14 buah bilik, bilik bawah tanah, terowong rahsia, gelanggang tenis dalam bangunan dan sistem lif yang dikatakan pertama dibina di Tanah Melayu. - Bernama


Sumber

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam