Rabu, 26 Mac 2014

POKOK BESAR

MISTERI POKOK BESAR MALAM HARI
Masa kecik - kecik pokok besar, pokok pisang atau pokok kekabu selalu je di kaitan dengan benda - benda menyeramkan. Macam kalau Lekit kecik dulu.. kalau pokok2 besar ni kononnya ada penunggu, kalau pokok pisang biasanya hantu toyol & kalau pokok kekabu selalu orang cerita nampak langsuir bergayut. Siang - siang hari keseraman tu takde menyerlah sangat. Takat 2 3 4 puluh kali lalu lalang depan pokok tu pun takde la terkencing dalam seluar. Tapi malam jer.. yang sangat - sangat popular time hantu merayap... bermula kisah seram yang pelbagai versi.

Ini kisah pasal pokok cempedak besar tepi jalan. Masa kecik - kecik.. Sang Lekit mengaji kat kelas. Ada satu dewan yang di jadikan kelas berbayar untuk bebudak mengaji. So nak ke tempat ngaji tu tak jauh sangat dari rumah, then jalan kaki jer dengan kawan - kawan. Masa pergi lepas maghrib.. takde la takut. Almaklum malam masih muda kan. Lagipun takde lalu jalan hutan bakau or rimba belantara bagai. Lalu jalan tar jugak.

Tapi yang menjadi kisah seram disini bila balik ngaji.. Time tu pun jarum jam dah dekat pukul 10.. Yelah ustazah ada 2 orang jer. Ngaji ikut turn. Murid pulak ramai.. sapa dapat turn awal, abis awal balik pun awal la. Tapi kadang - kadang dapat turn awal tapi kawan2 lak lambat kena tunggu jugak.

Berbalik pada kisah pokok cempedak besar tu.. di sebabkan terlalu banyak kisah mistik & misteri yang di ceritakan.. Maka minda kitorang ni dah terjajah dengan kisah seram yang berkaitan dengan pokok cempedak tu. Secara automatik nya bila malam makin larut... Adengan suspen & seram makin terasa. Bila balik ngaji ni.. masing - masing jalan berhimpit - himpit bila sampai kat pokok tu. Yang kelakarnya kitorang bukan mengaji untuk atasi ketakutan tu tapi masing2 buka mukadam lepas tu tadah kat pokok tu sambil jalan cepat - cepat. konon macam pendinding la mukadam tu. Cis! very da kanak2, kan??

Pokok cempedak tua yang besar di kaitkan dengan kisah seram tu sebenarnya takde sorang pun pernah jumpa pontianak or hantu bertenggek kat situ cuma ntah dari mana datangnya cerita mistik & misteri pasal pokok tu pun tak tau la. Maybe untuk takutkan budak2 supaya tak keluar malam merayap tapi yang jadi mangsa kitorang yang pergi & balik ngaji tiap2 malam ni la. Sekarang rasanya pokok tu dah takde kot.. entah la kalau balik kampung pun jarang lagi nak menerjah kesana. Sebab umah aku sebelum sampai pokok tu.

Sebenarnya orang tua dulu - dulu suka mereka2 cerita hantu ini hantu itu untuk mengawal pergerakkan anak - anak je tapi tetap ada kesan buruk. Bila minda dorang dah percaya benda2 karut macam tu.. akan mempengaruhi perbuatan mereka juga. Macam contoh dulu kat tempat aku, kecoh pasal orang minyak. Untuk halang orang minyak tu ceroboh rumah or apa2 anak dara gantung buluh kuning. Padahal semua tu cerita karut! Buluh kuning pulak di jadikan perisai walau si conet. Tikam pusat orang minyak pun lepas kulit je.

Tapi zaman sekarang kalau kita sogokkan dorang dengan cerita2 mistik & misteri macam tu ada ke dorang takut?? Sekarang ni lebih seram lagi kisah mati kena bunuh, kena rogol, kena culik... walau bukan rekaan tapi tetap masih ada yang tak takut pada semua tu. kan??? berbanding kita dulu.. walau tak tahu sejauh mana kebenarannya, tapi dah menggigil lutut.
 
Sumber

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam