AMARAN : Artikal ini adalah arikal dongeng tiada berbukti nyata , kami tidak memaksa para pembaca mempercayainya .-Sang Karut .
Tiang Rawai Bergerak Sendiri .
Sebagai pertubuhan kebajikan kami mula mengorak langkah menceburi bidang – bidang fardu kifayah …bermula dari tanggung jawab sosial fardu kifayah seperti menolong merawat manusia atas asbab jin , kami juga merawat manusia yg ketagihan dadah dan kami juga ada merawat manusia yg kurang siuman dan gila isim . Kami memperluaskan perkhidmatan kami dan tanggungjawab sosial kami layaknya sebagai pertubuhan kebajikan dengan menceburi bidang perikanan .Tidak ramai orang Islam kita yg sanggup menjadikan kerjayanya sebagai melayan di kawasan kami ini .
Dengan bermodalkan boat yg bersaiz sederhana dan jaring serta rawai buatan sendiri dan beberapa batang pancing kami mencuba menyelami bagaimana rasanya menjadi seorang nelayan . Sesungguhnya air , ikan tidak boleh dipisahkan dengan alam kerohanian seperti kisah Nabi Musa dengan Nabi Khidir . Hampir setiap hari atau malam beberapa ahli kami secara rutin turun ke laut utk melabuh jaring ,kadang –kadang memancing ,kadang –kadang merawai . Setakat ini kami belum lagi mendapatkan hasil yg lumayan yg boleh dijual di pasar kepada orang ramai .
Mungkin belum sampai masanya …jika nanti berjumpa lubuk ikan mungkin seterusnya nanti bermulanya era nelayan PKMAF dapat menjual hasil tangkapannya kepada masyarakat dan dapat melepaskan fardu kifayah di kawasan kami ini yg sehingga kini menjual hasil tangkapan laut ini di bolot oleh non muslim .
Suatu malam Sang Mahayana , Abang Salam ( bukan nama sebenar ) , Sang Darwees dan En. Jai ( bukan nama sebenar) seperti biasa rutinnya turun ke laut utk menangkap ikan . Pada ketika itu Ki Dalang Pacitan memberikan isyarat supaya merawai di kawasan rumah api di sebelah Perak , maka mereka pun ke sana utk tujuan merawai ikan , utk memudahkan rawai dilihat dan dikesan kemudian mudah diambil apabila cukup masa . Mereka mengikat tali pancing rawai dengan pelampung besar dan sebatang kayu serta lampu kelap kelip ( apa ye istilahnya saya tak tahulah pulak ) .Tiang satu bagi pelampung besar pertama dipasang dengan lampu bewarna merah . Tiang kedua dipasang pelampung besar serta lampu berwarna oren yg masing –masing diikat pemberat seberat 8 kilo .
Rawai itu panjangnya lebih kurang 100 meter yg setiap satu meter ada 1 mata kail rawai , jadi semuanya ada 100 mata kail . Mereka menurunkan rawai itu serta memakirkan boat berdekatan tiang pertama yg berlampu merah. Waktu menunggu rawai itu mereka melakukan aktiviti memancing .Sang Mahayana secara suka rela memerhatikan tiang lampu yg kedua yg berwarna oren sambil memancing ..tumpuannya difokuskan ke situ tidak diubah - ubah penglihatannya sehingga beberapa jam ….tiba-tiba beliau mengalihkan pandangan kerana hendak membetulkan duduknya .apabila penglihatannya di arahkan ke tempat tiang yg ke 2 semula ..beliau melihat lampu berwarna oren itu bergerak menjauhi boat mereka lalu dipastikan supaya tidak tersalah anggap semula dengan melihat disekitar kawasan diturunkan rawai tadi wujudkan lagi lampu yg berwarna oren ..malangnya tidak ada !
Beliau tidak nampak lampu berwarna oren selain lampu oren yg sedang bergerak itu …lalu berteriak lah Sang Mahayana …Abang Salam ! ..rawai kita itu sedang bergerak ! ..agaknya ada ikan yg besar sedang menghanyutkan rawai kita itu ! Abang Salam berkata dalam loghat Kedah …bukan nooo hang salah lihat kort …Jawab Sang Mahayana : Saya dari tadi perhati tiang lampu warna oren tu..iyalah tu !…tengok dah jauh tu …mari kita kejar…lalu Abang Salam menghidupkan engine boat 90 kuasa kudanya, lantas mengejar lampu berwarna oren …kelihatan lampu itu meluncur laju ke arah laut seolah - oleh menggoda nelayan pkmaf itu memburunya …hinggalah lampu berwarna oren itu masuk ke kawasan laut ..oleh kerana secara logik akal takkanlah boleh bergerak laju sangat , ikan tak kan mampu membawa tiang lampu secepat itu ..arus air pun bertentangan alirannya ..maka mereka membuat keputusan yg lampu dilihat tadi adalah lampu boat nelayan menangkap ikan dan mereka memberhentikan usaha mengejar nya .
Mereka berpatah balik semula ke kawasan lampu tiang berwarna merah ..tiba-tiba mereka melihat yg tiang lampu berwarna oren itu sudah ada di sebelah tiang lampu berwarna merah ..terkejut mereka …bila kah gerangan tiang itu melintas di hadapan mereka tadi ketika mereka menunggu sambil memancing ..pasti mereka dapat melihatnya ..ishh timbul tanda tanya dan persoalan dari hati mereka . Belum pun tanda tanya dan persoalan itu terjawab tiba-tiba ..tiang lampu berwarna oren itu meluru laju ke arah mereka , mereka mampu memerhatikan sahaja …terlalu laju mungkin ikan yg bersaiz besar dan banyak telah menelan umpan mata kail rawai ….tiang itu tiba tiba berhenti betul - betul di tepi boat mereka tanpa banyak soal mereka pun menarik tiang lampu ke dalam boat …
Alhamdulillah 2 ekor ikan mayung bersaiz besar lebih kurang beratnya 1 kilo berjaya ditangkap …mereka terus menarik rawai itu sehinggalah sampai ke 50 meter ..tiba –tiba rawai itu pun putus …rawai yg putus itu lebih kurang panjangnya 50 meter dan terdapat 50 mata kail rawai ...mereka tidak tahu kenapa mata kail rawai itu boleh putus ?Mereka pun menarik baki rawai itu ke dalam boat dan hasil tangkapan pada malam itu agak luar biasa ..banyak dan besar besar ..mereka berpuashati tetapi timbul banyak persoalan yg masih belum terjawab. Bagaimana tiang berlampu diikat pemberat 8 kilogram itu boleh bergerak laju …
Adakah arus yg membawanya ? padahal aliran arus bertentangan …dan jika arus yg membawanya mengapa tiang lampu yg berwarna merah itu tidak pula bergerak sama ? Adakah 2 ekor ikan Manyung seberat 1 kilo setiap satu itu mampu membawa pemberat 8 kilogram ?.
Misteri Tali Pancing Disimpul Simpul .
Sang Mahayana dan Sang Darwees ketika bercerita kepada kami ketika sesi rawatan rutin mingguan bagi penyakit kronik yg kami hidapi ini mengulang - ulang pengalamannya sehingga saya meminta Sang Darwees meneropong apa yg terjadi di sebalik dimensi yg ke 2 itu .. Secara ringkas beliau berkata …tiang lampu rawai warna oren itu bergerak laju disebabkan ada duyung yg menolong membawanya ke arah kami …utk lebih misteri lagi Sang Darwees ada meminta Kesuma Dewi meneropong apa sebenarnya yg terjadi di sebalik demensi yg ke 2 itu …lebih kurangnya begini …sebenarnya memang ada makhluk yg mahu bermain –main dengan nelayan pkmaf itu rupa makhluknya bergigi tajam ,berkuku tajam dan selayaknya lah sebagai jin memang begitulah gambarannya …mereka itu memgintai –intai tidak tahu sebabnya kenapa …tiba-tiba …muncul dari langit lembaga berwarna putih lalu terjun ke sungai dan membawakan tiang lampu ke arah mereka . Apabila Sang Mahayana bertanya kepada Ki Dalang Pacitan ..beliau berkata …di sana adalah penempatan mereka para jin air berkampung .
Jadi hasil peneropongan seperti ada percanggahan pandangan , adakah ada yg salah dan ada yg benar jawapanya ialah ke 2 - 2 nya adalah benar dongeng …teropong pun banyak jenis …dan keupayaan nya pun berlainan …tidak jadi masalah perkara itu ...lain brand lain pula keupayaannya .walallah a’lam .
Sang Mahayana menambah kisah misteri ketika malam itu menangkap ikan sambil mengambil contoh mata kail rawai Sang Mahayana menyimpul - simpulkan mata kail itu dengan 3 simpulan . beliau berkata …umpan habis di makan …tali mata kail di simpul simpul sebanyak 3 simpulan . hanya manusia sahaja yg mampu melakukan perkara itu ..adakah arus sungai boleh menyimpulkan tali pancing ? jika manusia yg menyimpulkan ..adakah ada manusia yg mahu populariti murahan sanggup menyelam dan buat lawak di dasar sungai lalu menyimpulkan tali mata kali itu ? Memang tidak logik sehingga sekarang Sang Mahayana dibelenggu misteri , tidak dapat jawapannya dan kami juga tidak ada jawapannya ..jika jin yg melakukan ..biarkan sahajalah apa yg penting para nelayan pkmaf kami pulang dengan selamat dan membawa tangkapan yg agak lumayan pada malam itu .
Sehingga kini peristiwa misteri itu tidak mematahkan semangat Sang Mahayana dan rakan –rakan nelayan pkamf yg lain ke sungai atau ke laut utk mengakap ikan . sekian .
Pengajaran : Laut , hutan ,bukit - bukau dan bangunan kosong adalah tempat jin tinggal , kita sebagai manusia patutlah menghormati tempat tinggal mereka dengan merendah diri dan tidak bercakap besar ketika berada di kawasan mereka . Mereka juga makhluk yg ada pegangan dan matlamat hidup seperti kita . Wallah a'lam sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan