Jumaat, 18 April 2014

Tapak Tangan

Tapak Tangan Siapakah Itu? (Kisah Seram) 

Pakcik Din, bekerja sebagai pemandu teksi telah mengambil seorang wanita dan anaknya pada satu pagi tidak jauh dari Lim Chu Kang. Wanita itu ingin ke Bishan. Mereka berdua duduk di tempat penumpang di belakang Pak Din.
Sewaktu dalam perjalanan, Pakcik Din telah melihat ke dalam cermin dan mendapati tidak ada penumpang di belakangnya. Pak Din pun toleh ke belakang, kedua penumpang itu masih dib elakang. Pak Din lihat lagi ke dalam cermin untuk kepastian, tiada penumpang lagi. Serta merta Pak Din mengucap panjang.


Sewaktu hendak sampai ke Bishan, Pakcik Din bertanya arah mana hendak dituju? Wanita itu mengarahkan untuk jalan terus. Tiba-tiba terdengar bunyi tersangat kuat di belakang kereta Pak Din dan sebuah motosikal telah terbang ke atas keretanya dan tercampak ke hadapan. Pak Din menghentikan kenderaan dan mendapati penunggang motosikal berada di bawah keretanya, serta merta dia menelefon polis dan ambulans. Pada masa yang sama, Pak Din mendapati kedua penumpangnya telah tiada.

Penunggang motosikal memberitahu polis bahawa Pak Din telah mengeluarkan penumpangnya di tengah2 lebuhraya. Nasib baik pihak polis percaya pengakuan Pak Din bahawa dia tidak menurunkan sebarang penumpang pun kerana keretanya berada di tengah2 lebuhraya, dan bukan di sebelah kiri jalan yang biasanya untuk menurunkan penumpang. Suasana menjadi kelam-kabut apabila isteri dan keluarga penunggang motosikal datang dan bertanya pada polis siapakah yang telah melanggar suaminya. Pihak polis menyuruh Pak Din pulang sahaja sebelum keadaan menjadi bertambah rumit.

Keesokan harinya, Pak Din menerima panggilan dari polis yang penunggang motosikal telah meninggal dunia di dalam perjalanan ke hospital. Pak Din berasa sedih mendengar berita ini. Dia pergi ke rumah si penunggangmotosikal untuk mengucapkan takziah pada keluarganya. Dia menyamar sebagai rakan kerja si mangsa. Alangkah terperanjatnya Pak Din apabila melihat keadaan muka si mangsa yang pucat itu. Ada bentuk tapak tangan yang berwarna merah berada di salah satu pipi mangsa!

Pengalaman Pak Din telah diceritakan pada saya sewaktu perjalanan pulang dari East Coast pada hari minggu lepas - 14/02/2010.

Sekian dan terima kasih, 



 Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club 

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam