Rabu, 9 Oktober 2013

Langsuir....Ikan Keli


 
Setan
 
Penulis suka cita berkongsi sebuah cerita yang jujurnya pada penulis kenampakkan agak kelakar namun jelas menunjukkan tipu daya syaitan yang sewajarnya kita layan sebagai musuh kita. Dalilnya-Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu,  maka jadikanlah dia musuh;  sebenarnya ia hanyalah mengajak golongannya  supaya menjadi dari penduduk neraka.  [Fatir 35:06]

Mat Taib seorang pemuda yang rajin bekerja. Walaupun tidak berpendidikan tinggi dan sebatang kara cuma, namun keinginan untuk merubah hidupnya mengentalkan hati beliau bersungguh sungguh dalam menjadi hamba duit, in a good way.

Beliau masih bujang berumur 39 tahun. Siapalah tidak mahu berkahwin, cuma berkahwin saja tidak mahukan beliau. Teorinya ialah gadis ramai dikampung cumanya Mat Taib saja tidak berani.

Beliau juga maju ke depan bila tahu membuka komputer hasil tunjuk ajar budak budak ketagih DOTA dikampung mereka. Jadinya Mat Taib seorang yang sederhana dan juga peminat kumpulan Amuk (era Metal Jawa dan Din Taring).

Pada waktu siang beliau bekerja di perusahaan ternakanan ayam milik Li Kwan Jew dan malamnya beliau mengikut orang berniaga pasar malam. Berniaga goreng goreng ayam dan isi dalam ayam.

Kenderaan beliau hanyalah basikal warisan Almarhum Ayahnya, Mat Talib. Jadinya bila habis menolong berniaga dipasar malam maka berkayuhlah pulang Mat Taib.

Oleh kerana pasar malam berubah ubah tempat daripada malam ke malam, maka ada masanya Mat Taib cepat pulang ke rumah adakalanya tidur di mana mana masjid surau  (yang tidak berkunci pagar).

Suatu malam Mat Taib mengayuh pulang. Kayuhannya sedikit deras mengenangkan kesedapan tidur dengan badan kepenatan.

Kawasan bandar dilalui, kawasan taman perumahan dilalui,masuk ke jalan tanah, melalui kampung orang, melalui kebun getah, melalui sawit dan melalui estet Cinta Manis. Ada 5km agaknya lagi sebelum sampai ke gerbang kampung beliau.

Berdecit decit rantai basikal bila dikayuh kayuh laju Mat Taib.

Menghampiri beliau sebatang pokok besar. Dan sebagai orang yang tidak belajar perhutanan (Forestry) Mat Taib tidak begitu pasti jenisan pokok. Yang pasti besar dan menyeramkan.

Mat Taib menambahkan kelajuan pecutan lagi.

Terasa berat tiba tiba.

Mat Taib faham. Cuma tertanya tanya dimana pula 'hantu' menumpang itu duduk sebab basikal beliau tidak ada 'carrier' (tempat duduk belakang)?

Mat Taib mula berpeluh peluh akibat penambahan berat isipadu misteri tiba tiba menumpang tadi.

Menarik narik nafas beliau sambil tertanya tanya dan menyumpah nyumpah sedikit dalam hati.

Ditekadkan hati menoleh.
Langsuir.

Mempunyai sesungut seperti ikan keli. Tersengih sengih manja merenung Mat Taib.

Esoknya Mat Taib demam.

Cuma cerita belum berakhir.

Hampir seminggu barulah kebah. Mat Taib nekad tidak mahu melalui kawasan pokok besar tempat basikal beliau ditenggek Langsuir.

Suatu malam ketemu lagi Mat Taib dengan kawan baru tadi.

Demam 3 hari Mat Taib.

Mat Taib kemudian meminta majikan pasar malamnya menghantarnya pulang sementara Mat Taib berusaha mencari cara lain untuk pulang.

Cuma Langsuir tadi datang pula ke rumah Mat Taib. Berserah sajalah kemudiannya Mat Taib bila selalu bermimpi Langsuir tadi datang. Memperkenalkan dirinya bernama Kemala Devi. Mati dibunuh di kebun sawit yang pernah dilalui Mat Taib sebelumnya. Mati dianiaya suami sendiri.

Lama kelamaan Mat Taib menjadi lali. Berhenti beliau daripada bekerja menolong di pasar malam. Kadang kadang bila keluar memancing malam,  akan kenampakan kelibat Kemala Devi .

Tidak pula Mat Taib tahu kenapa makhluk tersebut mahu dekat dengan beliau. Beliau diam saja bila Kemala Devi menunjuk diri.

Disinilah penulis berbalik pada surah Al Fatir diatas (Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu,  maka jadikanlah dia musuh;  sebenarnya ia hanyalah mengajak golongannya  supaya menjadi dari penduduk neraka.  [Fatir 35:06]



Suatu masa bermimpi Mat Taib, Kemala Devi mengatakan mahu berpindah jauh. Ke kawasana ppergunungan Himalaya kerana permintaan sami sami disana menjadikan Kemala Devi sebagai dewi pemujaan mereka disana.

Mat Taib seperti biasa tidak menjawab tidak bereaksi. Kecuali, dalam hati-

'Memang setan kau ni syaitan.'
 
 
Sumber

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam