Ahad, 13 Oktober 2013

Kambing Korban

 

Darah Kambing

 by DeeQ


Seingat ku cerita ni berlaku ketika aku masih lagi di sekolah rendah ( darjah 2 kalo tak silap). Aku adalah anak kelahiran negeri cik siti wan kembang a.k.a negeri kelantan. Dikampung, aku terkenal dengan sifat nakal sehingga orang kampung tak senang duduk sekiranya mengetahui kehadiranku di halaman rumah mereka. Apa tidaknya, ayam, itik, serati, dan macam2 ternakan orang kampung aku lastik sampai ade yang mampus dan ade yang cacat kekal. Tanaman orang kampung seperti jambu, rambutan ciku dan banyak lagi selalu jadi habuan aku. Kawan karib aku yang mejalankan tugasan bersama-sama adalah remy. kami memang selalu bersama dan buat jahat pon sama-sama hahaha..indahnya alam kanak-kanak. Hendak dijadikan cerita tibanya hari perayaan korban atau hari raya aidiladha. Di negeri kelantan selalunya hari raya korban disambut dengan meriah sekali. Kebetulan di kampung aku masa tu ade banyak binatang nak di korbankan. Kambing antara peliharaan orang kampung akan di korbankan selepas solat sunat hari raya. Aku ngan remy bukan pegi sembahyang pon, asyik dok menyakat kambing hitam bergelang putih dileher..orang sedang sembahyang aku ngan remy dok bergusti ngan kambing kakaka…tibanya masa kambing tu nak dikorbankan aku ngan remy tak sabar-sabar hendak tengok darah yang terpancut dari leher kambing apabila disembelih. Aku berbisik pada remy ” wei malam ni kita buat projek nak tak ? ‘ remy membalas ” molek juga tu dikin” . kami masing-masing mengukir senyuman jahat…kepercayaan orang kampung masa tu sekiranya kita menitiskan air perahan limau nipis keatas darah binatang yang disembelih satu makhluk akan muncul…tak sabar aku dan remy nak tengok makhluk tu..tepat jam 9.00 malam remy datang kerumahku berbasikal…dia membaling batu kecil ketingkap umah aku sebagai isyarat untuk aku keluar…nasib aku baik malam tu mak ngan ayah aku dah tidur awal…maklumlah sehari suntuk dok menyiat dan memotong daging-daging korban…aku perlahan-lahan turun dari rumah mencapai basikalku…cahaya bulan agak terang malam itu…sehingga menampakkan jalan tanah merah yang kami lalui dengan berbasikal…jauh kami berkayuh basikal kerana tempat penyembelihan dengan rumahku satu kilometer jaraknya…termengah – mengah aku ngan remy bila sampai di satu kawasan perdu buluh tempat dimana kepala kambing tu di tanam…angin agak kuat bertiup pada malam itu…tidak jauh dari perdu buluh itu ade sebatang anak sungai….dan di sepanjang jalan menuju ke perdu buluh tu tersusun rapi kebun pisang yang agak seram jika dilihat pada waktu malam…aku bertanya pada remy ” ko ade bawak tak buah limau nipis tu ” remy membalas dengan mengangguk sambil tersengeh macam kerang busuk…sambil dari poket seluar nya diacungkan pisau dapur untuk memotong limau tu nanti…kami pun ketawa berdekek – dekek kerana malam ni projek kami mesti menjadi…kami mula menggali lubang dimana kepala kambing tu di tanam…sedang asyik menggali angin sungai makan kuat menyambar muka kami…cengkerik dan katak sahut menyahut dengan rancak seolah – olah merestui tujuan kami…tiba – tiba darah ku berderau kerana lolongan anjing liar yang amat kuat kedengaran memecah kesunyian malam…aku berhenti menggali…tetapi remy masih terus menjalankan acara menggali itu…aku terdiam seketika untuk memastikan anjing tersebut masih amat jauh dengan kami…setelah betul – betul pasti aku menyambung acara carigali dengan remy…selang 2 ke 3 minit kepala kambing telah kelihatan..aku terus memegang tanduk kiri…remy pula pegang tanduk kanan dan kami mengangkat kepala kambing keluar dari lubang sambil menghempasnya ketanah seraya berkata “YEAYYY”…kepala kambing tanpa jasad yang lain dengan lidah terjelir kini berada di depan mata…darah merah pekat masih kelihatan mengalir keluar dari leher kambing tu…tanpa menunggu aku menyuruh remy keluarkan buah limau nipis serta pisau…ketika aku hendak menghiris buah limau tu tiba-tiba telinga aku di jentik dengan kuat dari belakang…sakitnya bukan kepalang sehingga aku mengaduh kesakitan dan memegang telingaku…aku memaki – maki remy kerana menyangka dia yang menjentik telingaku…tetapi dia menafikannya…aku terus membaling buah limau nipis kepada remy supaya dia yang menghirisnya …dengan rasa bersalah dia mula menghiris buah limau tu…lagi sekali telinga ku di jentik dengan kuat…aku terus melompat kerana kesakitan…hati aku mula berderau dan jantungku berdegup kencang…tak mungkin remy yang menjentik telingaku…kerana dia sedang asyik menghiris limau…aku mula rasa tak sedap hati…namun projek malam tu harus disempurnakan…aku cepat-cepat menyuruh remy memerah air limau tu keatas darah di leher kambing tu…aku pun turut sama memerah limau nipis tu…sejurus kemudian angin kuat yang entah dari mana mematah kan perdu buluh di depan kami…aku tercegat kaku…begitu juga remy…kerana kelihatan didepan kami berdiri sesusuk tubuh hitam yang besar dan tegap memandang kami dengan tajam…matanya cukup merah…lidahnya terjelir keluar serta giginya tajam menyeringai membuatkan jantung kami seolah-olah terhenti…selang beberapa saat lembaga tersebut memekik kuat seperti seekor gajah…menggeletar tubuhku kerana ketakutan…dan entah kenapa duniaku mulai gelap gelita…dan pandangan jadi kabur…keesokan hari aku terjaga dari tidur…dan disekeliling aku ade ramai sanak saudara serta ayah dan mak aku…aku kini berada di rumah…rupa – rupanya semalam aku telah pengsan kerana terlalu takut…soalan pertama yang keluar dari mulut aku ialah di mana remy???…mak dan ayah aku berkata remy ade dirumahnya…dan dia pon menerima nasib macam aku iaitu pengsan…lebih buruk lagi dia diserang demam terkejut sampai dua minggu lamanya…kesian remy…dari peristiwa itu aku dah berubah menjadi baik…dah tak nakal..begitu juga remy…sekian© 2012, copyright Cerita Seram Brunei


Sumber

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam