Semasa saya dalam darjah 4 saya ada seekor kambing jantan yang dibelikan oleh abang sulung saya sebagai pet. Kambing ini cukup besar dan dialah teman saya pada setiap petang. Setiap petang saya akan bawanya ke tempat ragut dan saya akan tunggu dia makan atau saya sendiri kaitkan daun derdap kegemarannya dan saya suapkan. Boleh dikatakan setiap tengahari bila balik dari sekolah saya mandikan, kononnya untuk hilangkan baunya yang harum itu!. Entah berapa banyak mandi pun haruman dia tetap tidak hilang.
Pada suatu petang selepas balik dari mengaji qur'an saya dapati kambing saya tidak ada di tempat biasa dia di ikat. Tali ikatan terlerai. Kambing sudah hilang. Saya mencari ke sekeliling kampung pada petang itu namun tak jumpa. Tanya punya tanya orang kampung, saya dinasihat supaya mencari di Tanah Perkuburan Cik Siti. Di situ banyak kawanan kambing dan mungkin kambing saya mengikut kambing betina ke situ. Kerana hari sudah gelap, saya bercadang nak cari selepas solat isyak nanti. Saya diwajibkan oleh guru berjemaah maghrib dan isyak di madrasah bersamanya setiap hari.
Selepas sembahyang isyak dan ikut wirid bersama guru, saya terus ke Perkuburan. Puas saya melilau dan menjengok di setiap kawanan kambing yang berceratuk di bawah wakaf-wakaf yang banyak di atas perkuburan itu, tidak juga saya jumpa sikambing saya itu. Saya berjalan masuk lebih ke dalam lagi. Kubur Cik Siti ini memang luas dan banyak semak.
Tiba di bawah satu pokok ketapang yang besar dan rendang berhampiran dengan sebuah perigi tinggal, saya terasa saya di baling dengan pasir dari atas pokok. Saya tongak dan cuba perhatikan kalau-kalau ada orang atau binatang. Saya tidak nampak kelibat satu apa pun. Bila saya melangkah untuk tinggalkan tempat itu saya dibaling lagi. Saya mengagak ini mesti kerja hantu kubur. Saya teringat kata-kata orang tua, kalau dibaling pasir, tadah pasir itu dengan kain dan pulaskan pasir yang dapat di dalam kain itu kuat-kuat. Bila dipulas hantu itu akan sakit dan akan bertempik serta berteriak mengaduh dan hantu akan serender.
Saya pun pegang bahagian bawah kain pelikat saya dengan dua tangan. Tangan kiri pegang bawah sebelah kiri dan tangan kanan pegang di bahagian bawah kanan. Bila diangkat jadilah kain itu macam penangguk dan sekiranya dibaling lagi, saya akan dapat tadah pasir itu. Saya berjalan dengan keadaan begitu. Bila saya melangkah, saya ditabur lagi dengan pasir. Jadi dapatlah saya tadah pasir yang dibaling itu sikit. Agak sepuluh biji lebih aja.
Saya pun pulaslah kain yang mengandungi pasir tadi. Pulas, dengar.... Pulas lagi, dengar.... tak ada pun suara hantu menjerit? Akhirnya saya pulas kain saya tadi agak-agak hampir koyak. Hantu tidak juga menjerit. Bila tidak ada apa-apa hasil, saya pun buang pasir itu dan berjalan pulang. Kambing tidak jumpa, kena baling dengan pasir pula. Kecewa!
Saya balik terus ke madrasah. Tok Bilal masih ada sedang mengaji. Bila saya naik ke madrasah dengan badan berpeluh, Tok Bilal berhenti mengaji dan tegur saya "Dari mana sehingga berpeluh?" Saya ceritakan apa yang berlaku tadi. Dia ketawa. Saya heran kenapa dia ketawa. Bila dia tengok saya pandang dia semacam bodoh jer, dia berkata "Masa kau pulas kain tadi kau baca apa?" Saya tanya dia balik "Kena baca ayat qur'an ke?". Dia jawab dengan tersengih separuh ketawa "Isy budak nih!, orang pulas dengan baca sesuatu. Mari aku ajarkan. Kalau kau pulas sampai koyak kain pun, kain kamu yang koyak, setan tu tak akan apa-apa"
Kah... kah... bodoh betul saya, berlagak pandai!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan