Pada 21 November 2011, saya teringat pula kisah yang telah berlaku kepada kami sekeluarga ketika kami melawat Kota Tinggi sekitar tahun 1990. Pada masa itu, umur saya cuma dalam belasan tahun.
Untuk maklumat semua, bapa saya adalah keturunan generasi Bintan yang keenam, jadi kami adik beradik merupakan keturunan yang ketujuh. Keluarga saya ini dulunya memang tidak begitu percaya dengan lagenda atau sumpahan yang dijatuhkan kepada keturunan Bintan dan kami sekeluarga memang gemar melawat Kota Tinggi semasa cuti sekolah untuk berkelah atau berenang.
Walaupun ramai keluarga terdapat di kawasan itu pada masa itu, ibu bapa saya mendapat duduk tidak jauh daripada kolam air terjun. Kami adik beradik pun tidak berlengah dan segera melompat masuk ke dalam kolam itu. Apabila kami penat berenang, kami bergilir-gilir keluar daripada kolam itu untuk makan, minum atau berehat. Begitulah seterusnya untuk beberapa minit kemudian.
Selepas sejam kemudian, ibu saya baru terperasan yang adik lelaki saya tidak sekali pun keluar untuk berehat. Dia pula mengarahkan saya dan kakak saya mencari adik saya. Ketika saya dan kakak saya cuba mencari adik saya, kami terdengar teriakan ibu saya. Apabila kami lari balik, kami ternampak adik saya diangkat keluar daripada kolam itu. Muka adik saya pucat lesi dan bapa saya cuba membuat rawatan CPR kepada adik saya. Alhamdulillah adik saya tersedar dan mula menangis. Sesudah dia tenang, dia bercerita bahawa ketika dia sedang berenang di sebelah kolam yang agak cetek, dia terasa kakinya ditarik oleh sesuatu.
Apabila dia ditarik ke dalam air, dia membuka matanya di dalam air tapi tidak nampak apa-apa yang menarik kakinya. Tapi "benda" itu terus menariknya masuk ke sebelah dalam kolam itu. Yang hairannya, walaupun kolam itu terdapat ramai orang berenang, tidak ada sesiapa pun yang nampak adik lelaki saya itu ditarik masuk ke dalam kolam. Walaupun dia cuba untuk timbul ke atas paras air, benda itu menariknya balik ke dalam hingga dia hampir lemas. Pada masa yang sama itu juga, seorang lelaki baru ternampak adik saya dan menyelamatkannya.
Kami sekeluarga pada mulanya ingatkan peristiwa itu adalah secara kebetulan sahaja tapi selepas kejadian itu, bermulalah kejadian yang aneh-aneh. Sejam kemudian, ketika kami masih di kawasan air terjun itu, bapa saya mula muntah tidak henti-henti dan pening-pening kepala. Hidung saya pula mengalirkan darah dengan sendirinya. Cuma kakak and ibu saya yang tidak apa-apa. Apabila terjadi begitu, bapa saya mengarahkan kami segera bungkus semua benda benda kami dan keluar daripada daerah itu.
Anehnya, apabila kami keluar sahaja daripada daerah Kota Tinggi, bapa saya tidak lagi rasa seperti mahu muntah dan hidung saya juga berhenti mengalirkan darah. Apabila bapa saya menceritakan ini semua kepada arwah nenek dan atuk saya yang masih hidup pada masa itu, mereka menasihatkan bahawa, walaupun dikatakan sumpahan Sultan itu hanya untuk tujuh generasi, ia akan berterusan hingga beberapa generasi lagi tapi "impak" sumpahan itu akan berkurangan. Sejak hari itu, kami tidak lagi pergi ke Kota Tinggi.
Jadi di sini, saya juga ingin menasihatkan para pendengar MJ12 yang juga adalah antara keturunan Bintan apabila melawat Kota Tinggi untuk berhati-hati.
Wassalam...
Sumber
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?