Segala cerita yang yul terbitkan nie berdasarkan dari pengalaman hidup yul kat dunia nie. Cerita ini bukanlah direka-reka ataupon dibuat-buat. Semuanya adalah benar-benar belaka. Tiada yang palsu mahupon fitnah. Tak percaya tanya yul sendiri.
Seumur hidup yul, yul memang tak pernah pon jumpa hantu atau makhluk halus. Tapi, tabiat yul nie agak pelik sedikit tak sama dengan manusia-manusia yang normal seperti lain. Asyik-asyik tengok kat televisyen je kan. Kalau boleh yul nak tengok juga macam mana rupa paras hantu atau makhluk asing tu yang sebenarnya. Pernah juga pergi ke kubur cina, tengah-tengah malam tapi satu apa pon tak jumpa. Bunyi anjing menyalak je. Meremang tu memang ada, tapi rasa hati nie memang betul-betul nak tengok depan mata secara live. Sampai saat ini, kalau yul tak sibuk, memang kompem pergi jalan-jalan nak tengok hantu bersama kawan-kawan.
Seumur hidup yul, yul memang tak pernah pon jumpa hantu atau makhluk halus. Tapi, tabiat yul nie agak pelik sedikit tak sama dengan manusia-manusia yang normal seperti lain. Asyik-asyik tengok kat televisyen je kan. Kalau boleh yul nak tengok juga macam mana rupa paras hantu atau makhluk asing tu yang sebenarnya. Pernah juga pergi ke kubur cina, tengah-tengah malam tapi satu apa pon tak jumpa. Bunyi anjing menyalak je. Meremang tu memang ada, tapi rasa hati nie memang betul-betul nak tengok depan mata secara live. Sampai saat ini, kalau yul tak sibuk, memang kompem pergi jalan-jalan nak tengok hantu bersama kawan-kawan.
Nie lah tempatnya |
Tak berapa jelas sebab curik kat google |
Dua bulan yang lepas, kawan yul ada juga bercerita pasal Villa Nabilla dekat-dekat dengan hospital Sultanah Aminah, JB nie. Yul memang tak pernah pergi kesana. Kata orang tempat tu berhantu. Kalau masuk 10 orang, keluar nanti kompem kurang seorang. Sama ada betul kew tidak yul tak pasti lah kesasihannya. Jadi, pada malam tu jugak, yul dengan kawan-kawan pergi kesana nak tengok macam mana keadaan tempat tersebut. Kiteorang cuma pergi bertiga sahaja menaiki kenderaan pacuan 4 roda. Nak pergi kesana kene lalu kawasan istana Johor. Bawak kereta slow je lah kat kawasan tu. Maklumlah ye kawasan istana tak boleh bawak laju-laju sangat, kang tak memasal pulak kena tahan kan? Tapi yang peliknyekan, kiteorang tak jumpa langsung villa Nabilla nie. Dah dekat dua, tiga kali kiteorang patah balik mencari tempat tersebut. Padahal, laluan kearah tersebut memang benar. Entah kenapa pada malam tersebut kiteorang tidak menemui jalan ke Villa Nabila tersebut. Dengan rasa hampa kiteorang terus blah meninggalkan kawasan tu dan meneruskan perjalanan ke kawasan perkuburan Islam Mahmoodiah.
Perkuburan Islam Mahmoodiah diwaktu siang |
Kalau tengok keadaan sekeliling memang agak menyeramkan kot! Yela, kawasan tapak perkuburan tempat jenazah-jenazah ditanam. Tetapi kiteorang tak ronda sampai habis kawasan perkuburan tersebut. Kalau nak teruskan perjalanan kat dalam kawasan tu memang agak panjang. Takot kalau apa-apa benda yang tak dijangka berlaku. Bukan takut pocong ok! Orang kata benda-benda macam nie jangan berani sangat. Sebab perkara yang kita tak dijangkakan akan berlaku. Teringat pada kisah silam dulu, akibat berani sangat, yul pernah diganggu.
Kenangan yul sewaktu bersekolah dulu. Memang tak dapat nak lupakan perkara tersebut. Berani jugak kot time tu. Mana taknya, kawan-kawan yul cakap hantu nie banyak merayau pada khamis malam jumaat. Jangan celupar sangat mulut tu. Tapi yul tak percaya benda-benda tu semua sebab masih tak pernah menjumpa atau bertemu.
Nak dipendekkan ceritanya. Kejadian nie berlaku ketika yul berusia 13 tahun. Ketika yul sedang leka bermain dam haji dengan adik yul yang bongsu tu di ruang tamu, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Kalau korang nak tahu, time tu yul terlepas cakap, lebih kurang cam nie lah, "hantu gila mana pulak yang main-main nie". Korang paham-paham jelah ye. Lepas tu, tiba-tiba je terdengar suara mengilai betul-betul tepat depan pintu ruang tamu tu. Semakin lama, suara itu semakin kuat. Kalau sekali je tak apa, hampir dua, tiga kali juga kot. Meremang seluruh bulu roma yul ketika itu mendengar suara tersebut. Tergamam yul seketika mendengar suara tu. Tanpa melenngahkan masa, kiteorang terus lari lintang pukang masuk bilik sambil menutup telinga dengan perasaan yang amat menyeramkan. Masuk bilik, yul terus berselubung dibawah selimut dan memejamkan mata. Menyesal pulak bila terlepas cakap macam tu. Suara tersebut dah tak kedengaran lagi. Nasib baik dengar suara je, kalau dapat lihat rupa parasnya lagi lah tak terkata dibuatnya. Silap-silap yul terkencing kot masa tu. Peh! Memang seram gila. Tuhan je yang tahu keadaan yul betapa kecotnya masa tu.
Bagi yul, kat dunia nie kita tak perlu takut kepada benda-benda macam tu. Sebab allah akan sentiasa melindungi dan menjaga kita. Kita hanya takut kepada tuhan yang maha esa. Kerana ia lah pencipta segala-galanya.
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan