KEBANYAKAN daripada kita pasti
bersetuju bahawa hospital adalah antara tempat yang tidak sesuai untuk bergurau
atau berjenaka. Tempat seumpamanya sudah banyak membawa khabar dan cerita pelik
yang berbaur mistik.
Bukan untuk menakutkan
sesiapa, tetapi fenomena yang mahu diceritakan semula ini hanyalah untuk
renungan bersama. Ia adalah peringatan bahawa dalam dunia yang kita diami, bukan
manusia sahaja yang mutlak mengisi dimensi ruang dan
waktu.
Terjadi di sebuah hospital
yang terletak di sebelah pantai barat negara ini, Diya sudah tiga minggu
menemani tunangnya, Aziz, yang terlantar akibat menjalani pembedahan membetulkan
kedudukan tulang kaki yang patah akibat kemalangan jalan
raya.
Sering berada di hospital
selepas waktu kerja, malah biasa bermalam menemani kekasih hatinya itu, Diya
secara tidak langsung sudah mengenali ramai pesakit dan petugas di hospital itu.
"Hendak dijadikan cerita, pada
hari pertama keempat aku menjaga Aziz di hospital lebih kurang dalam pukul 11
malam di tingkat tujuh, aku terjumpa seorang jururawat. Lengkap dengan pakaian
seragam berwarna putih di hadapan kaunter," Diya memulakan
cerita.
Kata Diya, dia sangat
mengenali jururawat itu. Namanya Yanie. Sejak hari pertama Aziz di hospital,
Yanie memang sering dalam syif. Jadi, pada malam Diya terserempak dengan Yanie,
mereka berbalas pandangan. Diya tersenyum lalu menyapa
dia.
"Syif malam lagi hari ni?
Kerap juga nampak awak...." Itu yang Diya ucapkan kepada Yanie yang hanya
membalas dalam tersipu-sipu; "Ya, kerja malam ni. Tiap-tiap malam saya nak
kerja."
Jawapan itu sedikit pun tidak
mencetuskan tanda tanya dalam kepala Diya hinggalah dia akhirnya tertidur di
sisi katil Aziz kemudiannya.
Disapa terbit matahari pagi
keesokannya, Diya dikejutkan oleh bunyi kedatangan seseorang. 'Eh, Yanie masih
berjaga?' Kata Diya dalam hati. Pagi itu Yanie mengenakan uniform yang berbeza.
Kemeja putih dan berseluar hitam. Yanie datang untuk memeriksa peralatan rawatan
dalam wad tersebut.
"Awak tak balik lagi? Siap
tukar uniform lagi," tanya Diya sambil menggosok mata malas
paginya.
"Bila pula saya datang, kak?
Saya baru masuk kerja ni lepas dua hari cuti. Ni memang uniform saya. Saya hanya
pembantu teknikal. Bukan jururawat," jawabnya yang membuatkan Diya
terlopong.
"Tapi malam tadi akak tegur
awak. Kita jumpa depan kaunter. Awak pakai uniform putih jururawat," Diya cuba
meyakinkan apa yang dilihat malam sebelumnya.
"Akak jangan main-main. Saya
baru masuk kerja hari ni. Saya bukan jururawatlah,'" Yanie memberitahu sambil
sengih. Kemudian dia tiba-tiba menutup mulut dengan tangan sementara dahinya
berkerut. Cepat-cepat dia menarik tangan Diya ke luar wad, sebelum perbualan
didengari Aziz yang masih lena.
"Akak, dengar saya cakap ni
ya. Jangan beritahu sesiapa, terutamanya tunang akak tu. Nanti dia takut tinggal
keseorangan," kata Yanie seakan berbisik.
"Apa dia?" tanya
Diya.
"Begini, tiga hari sebelum
tunang akak masuk wad, ada kes bunuh diri dalam hospital ni. Ada seorang wanita
mati gantung diri dalam bilik dia di tingkat sembilan. Dia tak dapat terima
hakikat yang dia disahkan berpenyakit dan tidak boleh hidup lama," terang Yanie
dalam sedikit menggeletar.
Sambung Yanie, semenjak itu
ada saja orang yang menemukan perkara pelik dalam hospital itu. Paling kerap
adalah kes 'duplikasi'. Ramai orang terkeliru dan terkejut bila ada jelmaan yang
asyik menyerupai petugas-petugas hospital.
Mendengarkan cerita Yanie,
Diya terdiam. Terus terdiam dan tidak mahu mengulas apa-apa selepas itu.
Sepanjang hari dia berani dalam takut. Berani kerana mahu menemani Aziz, takut
kerana tidak mahu berjumpa dengan staf hospital yang 'palsu'
itu.
'Ah! Biarlah, dia tak kacau
aku. Bukannya hantu jahat pun!' Diya menenangkan hati
sendiri.
Malam itu, Diya menggagahkan
diri kerana mahu menemankan Aziz yang tidak tahu apa-apa tentang kejadian itu.
Waktu itu pukul 10.30 malam. Sambil membaca majalah, Diya sesekali menjeling ke
arah jururawat bernama Hafizah yang memeriksa bengkak di kaki
Aziz.
"Dia dah lena tidur. Awak pun
tidur ya. Jangan berjaga malam," ujar Hafizah yang hanya dibalas senyuman dan
anggukan perlahan Diya. Kemudian dia memeriksa pesakit di katil sebelah Aziz dan
meninggalkan wad.
Sempat menoleh ke arah Hafizah
melangkah, Diya terjerit kecil. Dia tersentak, dan darahnya bagai berhenti
mengalir. Pandangannya tiba-tiba kabur dan gelap. Diya tidak bermaya. Dia
ternampak Hafizah berjalan menembusi dinding!
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?