Rabu, 16 Oktober 2013

Gila akibat kena sampuk

 
 
Oleh
PROF. DR. HARON DIN
Klinik DarussSyifa' Bangi.
 
 
 
SAMPUKAN juga boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan akal. Keadaan tersebut kadang­kadang bermula dengan demam panas, meracau atau menyanyi, termenung dan sebagainya yang akhirnya boleh menyebabkan seseorang itu hilang akal sama sekali.
 
Sampukan juga boleh menyebabkan seseorang itu hilang akal dengan tiba-tiba. Ini terjadi akibat gang­guan yang begitu kuat daripada makhluk-makhluk halus, yang biasanya terjadi terhadap orang yang lemah semangat, terutamanya kaum wanita, biarpun kejadian ini boleh juga terjadi kepada orang lelaki. Rasukan makhluk-makhluk halus mungkin terjadi apabila seseorang itu balik dari perjalanan, seperti dari hutan, laut, gunung, paya clan sebagainya.
 
Tempat-tempat seperti ini biasanya didiami oleh makhluk-makhluk halus, terutamanya tempat-tempat yang luar biasa pada pandangan mata dan terasa gerun apabila melalui tempat-tempat tersebut terma­suk gaung yang curam, gua-gua, pokok besar dan sebagainya.
 
Kepercayaan seumpama ini tersebar luas pada kalangan orang Melayu, juga pada kalangan mereka Yang masih mempercayai kepercayaan animisme, terutamanya penduduk di benua Afrika, Papua New Guinea, penduduk asli New Zealand dan Australia, juga orang Melayu Asli Semenanjung.
 
Orang Melayu masih mempercayai tentang adanya jin-jin tanah yang menguasai tanah. Sebab itulah bomoh diperlukan untuk menghalau jin-jin atau makhluk halus, lain sekiranya sesuatu kawasan itu diperlukan untuk membina tapak rumah atau untuk dibuat ladang. Dalam upacara inilah pelbagai cara dilakukan, yang disertai dengan jampi serapah dan pengasapan kemenyan menurut cara masing-masing.
 
Tanah yang didiami oleh jin atau makhluk halus lain, yang dibina di atasnya rumah atau yang dibuat kebun, boleh menyebabkan makhluk halus marah dan merasuk penghuni rumah tersebut atau mereka yang mengerjakan kebun tadi.
 
Tempat-tempat lain seperti bukit, gunung, busut besar dan sebagainya juga merupakan tempat berba­gai jenis makhluk halus seperti jembalang, hantu, pucka dan lain-lain makhluk halus tinggal.
 
Makhluk-makhluk ini umumnya bersifat jahat yang sentiasa mencari jalan membinasakan manusia. Setengah-setengah orang menganggap bahawa makhluk-makhluk halus tadi merupakan penunggu tempat tertentu. Dari sinilah timbulnya kepercayaan terhadap penunggu pokok, penunggu gaung, penung­gu hutan dan sebagainya.
 
Dari sinilah juga timbulnya petua menyeru nama makhluk-makhluk halus tadi sebagai satu cara untuk meminta izin masuk ke hutan. Kebiasaannya, izin tersebut dipinta dengan menyebut nama "datuk" yang dirujuk kepada hantu-hantu.
 
Satu ungkapan memperlihatkan betapa manusia yang ingin memasuki satu tempat itu memberi peng­hormatan yang begitu tinggi kepada hantu yang dianggap sebagai penunggu. Dalam masa yang sama istilah "cucu" digunakan untuk merujuk kepada diri mereka. Semuanya ini dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keizinan masuk ke sesuatu tempat dengan selamat dan matla­mat pemergian mereka terlaksana. Hal tersebut merupakan petua atau kaedah yang memperlihatkan tindak-tanduk manusia yang tidak memahami hakikat iblis dan hantu syaitan.
 
Mereka telah meletakkan makhluk-makhluk jahat itu pada satu tempat yang tinggi. Satu cara hidup Yang tidak pernah diajarkan oleh Islam.
 
Imam Fakhrur Razi ketika menafsirkan ayat Al­Quran surah al-Jinn: 7 yang bermaksud:
 
"Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki daripada jin, maka jin-jin itu menambah lagi mereka dosa dan kesalahan."
 
Tuan empunya lembah
Kebanyakan ahli tafsir menyatakan bahawa pada zaman jahiliah, apabila orang-orang Arab musafir itu tiba ke sesuatu tempat, mereka berkata, "aku berlin­dung kepada tuan empunya lembah ini, atau dengan kemuliaan tempat ini dari kejahatan-kejahatan kaumnya," lalu mereka bermalam di tempat tersebut hingga pagi.
 
Setengah-setengah ahli tafsir menyatakan bahawa manusia pada zaman jahiliah ketika musim kemarau mengutus utusan mereka ke sesuatu tempat tertentu. Apabila ia menemui satu tempat yang ada maka­nan dan air, ia pun balik memanggil teman-teman­nya. Apabila tiba ke tempat tadi, mereka semua berseru, "kami berlindung dengan tuhan wadi ini dari segala bencana yang menimpa kami iaitu jin." Andainya tidak ada sesuatu yang menakutkan mere­ka, mereka pun pergi ke tempat itu, sekiranya tempat itu ada jin, mereka pun lari.
 
Selain berbagai jenis makhluk halus yang menghu­ni satu-satu tempat seperti yang dijelaskan di atas yang boleh merasuk manusia, terdapat berbagai jenis makhluk halus lain yang dikenali sebagai orang bun­ian, puteri atau mambang yang boleh menjelma men­jadi manusia yang cantik.
 
Makhluk-makhluk ini boleh menguasai manusia, menjadikan manusia terpukau mengikut makhluk tadi dan menurut kehendaknya. Manusia tersebut dibawa ke dalam hutan dan diletakkan dalam gua atau sebagainya. Dalam keadaan seumpama ini, orang yang berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
 
Mereka merasakan dirinya berada dalam sebuah istana besar yang indah berwarna-warni. Padahal ia berada di atas pokok yang tinggi dalam keadaan kaki terjuntai dan memakan telur semut ataupun dalam gua yang kotor. Ada antara mereka yang merasa dirinya dihidangkan dengan hidangan Yang lazat ­lazat, menikmati pelbagai jenis makanan, termasuk nasi minyak atau mi. Padahal ia sebenarnya sedang memakan tanah liat atau cacing.
 
Orang yang seumpama ini akal fikirannya sudah tidak normal lagi, akibat angkara makhluk halus. Ingatannya dan juga kesengsaraan fizikalnya yang mungkin telah beberapa hari meredah hutan rimba tanpa makan dan minum perlu dipulihkan semula. Mangsa tawanan itu mungkin menjadi gila kalau tidak segera dipulihkan.
 
Selain di daratan, terdapat berbagai jenis makhluk halus yang menghuni air iaitu di sungai juga di laut. Setengah-setengah orang Melayu masih mempercayai adanya hantu-hantu yang dinamakan hantu air, yang suka sekali duduk di gigi air mencari mangsanya, terutamanya mereka yang lemah semangat yang turun dari tebing masuk ke sungai untuk mandi atau membasuh, atau manusia yang sedang naik ke tebing dari perahu. Inilah masa yang paling balk bagi makhluk-makhluk halus tadi merasuk mangsanya. Lantaran itu, adalah menjadi satu pantang besar ber­jalan di gigi air, terutamanya pada waktu senja, mem­buang air besar atau air kecil di febing sungai, ditakuti kalau-kalau terkena makhluk halus yang sedang tidur atau bermain-main di situ. Orang yang kena keteguran atau sampukan hantu air akan men­galami berbagai-bagai kesangsaraan, seperti kesukaran hendak buang air kecil, demam panas yang disertai dengan meracau yang bukan-bukan dan sakit di pangkal paha.
 
Penduduk Pulau  Sialu, Minyak Beku, Batu Pahat biarpun mereka semuanya Islam, sebahagian daripada mereka mempercayai tentang adanya penjaga laut dan pantai yang perlu dihormati. Pada mereka hantu adalah sebahagian daripada makhluk-makhluk halus, yang boleh menyebabkan kecelakaan dan kesangsaraan kepada manusia, biarpun setengah­setengah daripada hantu itu boleh dibela untuk dijadikan makhluk suruhan.
 
Menurut Pawang Mahat, pawang tunggal di Kampung Teluk, ada lapan jenis hantu yang menghuni laut dan pantai. Hantu-hantu itu dikenali dengan nama hantu laut, hantu air, hantu api, hantu angin, hantu tali air, hantu air pokal, hantu jerambang, dan hantu puaka tali arus.
 
Hantu-hantu ini dikatakan mempunyai bentuk dan tempat yang berlainan, yang hidup berkelompok menurut kumpulan masing-masing. Semua jenis hantu adalah musuh manusia yang sentiasa cuba membi­nasakan manusia. Daripada kepercayaan kewujudan hantu-hantu inilah timbulnya berbagai-bagai pantang larang yang berkaitan dengan laut, yang tidak boleh dilanggar. Andainya pantang-pantang ini dilanggar, hantu-hantu akan marah dan bertindak balas menyak­iti orang yang berkenaan. Akibat balasan itu berbeza­beza.
 
Ada yang merasa bisa pada bahagian anggota terten­tu, seperti pada kaki, tangan dan sebagainya. Rasa bisa ini terjadi mungkin disebabkan orang yang berke­naan telah terpijak bahagian kaki atau tangan hantu yang sedang tidur atau sedang bermain-main.
 
Bengkak dan bisa seumpama ini dikenali sebagai dinah. Ada juga orang yang disampuk atau keteguran yang menyebabkannya demam panas, meracau dan hilang fikiran.
 
Dijadikan makhluk suruhan
 
Di antara jenis hantu-hantu tadi ada yang boleh dibela oleh manusia untuk dijadikan makhluk suruhan, iaitu hantu laut. Hantu ini boleh disuruh untuk menghalau ikan supaya masuk ke dalam perangkap, mengalihkan hala ribut, mencari benda atau manusia yang hilang di laut, untuk tujuan jahat dan sebagainya.
 
Makanan yang diberikan kepada hantu ialah bertih dan tulang-tulang yang diberi pada waktu malam keti­ka bulan terang, selama tiga malam. Sebaik-baiknya ialah malam Jumaat.
 
Di antara pantang larang laut yang mesti dijaga ialah:
1.Tidak boleh bercakap besar ketika di laut.
2. Tidak boleh berludah di laut atau dalam sampan
3. Tidak boleh membuang air kecil atau air besar di laut.
4. Tidak boleh menegur benda-benda ganjil yang dilihat di laut. Ini akan menyebabkan keteguran.
 
 Pantang larang ini kalau dilanggar boleh menye­babkan makhluk-makhluk halus di laut juga di pantai marah dan merasuk orang yang berkenaan. Akibatnya orang tersebut akan demam panas, cakap sendirian yang akhirnya boleh menjadi gila. Kadang-kadang makhluk-makhluk halus ini juga dapat menjelmakan dirinya sebagai manusia untuk mengganggu manusia. Satu peristiwa telah berlaku yang membabitkan sebuah teksi. Kereta tersebut telah ditahan oleh empat orang lelaki di tepi sebatang jalan raya berhampiran dengan sebuah hutan. Mereka itu meminta supaya dihantar ke satu tempat.
 
Sebelum turun salah seorang daripada mereka telah memberi sekeping kertas kepada pemandu teksi tersebut dan menyuruhnya menyimpan dengan baik. Seperti biasa, pemandu itu pergi kerja pada keesokan harinya isterinya telah membasuh pakaian yang telah dipakai oleh suaminya dengan mesin basuh
 
tanpa mengetahui hal kertas tersebut. Apabila si pemandu balik dari kerja didapati isterinya telah hilang akal dan menyebut perkataan kertas berulang kali. Pemandu berkenaan juga tidak berapa sihat. Kedua-duanya telah berubat tetapi isterinya tidak pulih.
 
Setelah berusaha, akhirnya ia berjaya menemui sebahagian kertas yang diberi oleh lelaki yang mena­han teksinya dahulu dalam mesin basuh. Cebisan kertas tadi telah diberikan semula kepada lelaki yang berkenaan yang kebetulan dapat ditemuinya. Dengan iradah Allah isterinya telah sembuh seperti sediakala.
 
Peristiwa seperti ini sebenarnya sering berlaku kepada mereka yang memandu kenderaan pada masa jauh malam dan di tempat yang terpecil. Ada orang yang memandu kereta ditahan oleh perempuan cantik yang meminta tolong supaya menghantarkannya ke suatu tempat tertentu, di kawasan perkuburan dan sebagainya.  Kadang-kadang perempuan berkenaan mem­berikan duit sebagai sagu hati setibanya di destinasi yang dituju tetapi duit itu bertukar menjadi dawn kayu setibanya di rumah.
 
Ada juga peristiwa berlaku yang berakhir dengan perempuan berkenaan bertukar mukanya kepada muka yang menakutkan semasa di dalam kereta lagi. Ada pula yang hilang sebaik-baik sahaja pintu kereta dibuka bila tiba di tempat yang dituju dengan meninggalkan batu nisan dalam kereta.
 
Semuanya ini merupakan perbuatan makhluk­makhluk halus yang menjelma kepada rupa manusia yang boleh membawa kecelakaan kepada orang yang berkenaan seperti perlanggaran ataupun menye­babkan seseorang itu tidak siuman.
 
Di setengah-setengah tempat, jalan-jalan tertentu merupakan kawasan maut. Di tempat tersebut per­langgaran sering terjadi yang menyebabkan banyak nyawa terkorban. Jalan seumpama ini tidak semestinya berbengkok-bengkok ataupun berhampi­ran dengan gaung. Pemandu-pemandu akan lebih berhati-hati apabila memandu di jalan raya yang begitu rupa, berbanding dengan jalan yang lurus, jauh dari kawasan perumahan dan sekolah.
 
Dijalan raya yang jala sering terjadi perlanggaran, seseorang pemandu itu kadang-kadang terlihat jalan yang terentang di hadapannya bercabang dua. Padahal jalan yang sebenar hanya satu, atau terlihat jalan yang hendak dilalui ada selekoh, padahal  jalan yang sebenarnya tidak ada, maka kemalanggan pun ter­jadi.
 
Kemalangan juga boleh terjadi di tempat seperti ini apabila seseorang pemandu itu terlihat adanya lem­baga yang sedang melintas jalan di hadapan kender­aannya. Apabila ia memberhentikan kenderaannya secara mengejut atau cuba mengelakkan perlanggaran, maka kemalangan pun berlaku.
 
SOALAN:
Saya mengalami masalah sukar tidur apatah lagi setelah terjaga daripada mimpi yang ngeri. Bolehkah dit­erangkan care untuk mengatasi masalah tersebut? _ ROSLAN AHMAD, Seremban, Negeri Sembilan.
 
JAWAPAN:
 Kalau seseorang itu terkejut dari pada tidur akibat mimpi yang mengerikan hing­ga rasa takut menyebabkan tubuhnya menggigil maka bacalah doa menghindar syaitan dan ludah menghala ke kiri tempat tidurnya.
 
Buat sebanyak tiga kali kemudian alih tempat tidur mengiring ke bahagian lain. Kalau tidur mengiring ke bahagian kanan alihlah ke kiri. Adalah lebih baik sekiranya diubah tempat tidur.
 
Mingguan Malaysia  11 Jun 1995
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh:  Penulis:  Prof. Dr. Haron Din Terbitan asal: MIngguan Malaysia 11 Jun 1995
url artikel:
http://grenbara.bravejournal.com/entry/
 
 
Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan