Kejadian-Kejadian Di Upper East Coast Road...
Disini saya nak berkongsi dgn KC tentang kejadian di kediaman saya dahulu di daerah Upper East Coast Road. Skrg rumah itu pun dah tak ada …sbb sudah dibanguni rumah2 condominium. tahun akhir 60an – 80an, Arwah datuk saya bekerja sebagai tukang kebun & menjaga rumah banglo yang tidak di diami oleh majikan warga Indonesia. Saya dilahirkan dan dibesarkan di sana. Kawasan rumah itu sebesar 4 x padang bola. Dari pintu pagar kita harus berjalan melalui padang & pokok2 sejauh lebih kurang 200m untuk masuk ke rumah.
Kalau malam hari agak menyeramkan sebab tiada lampu, harapkan sinar cahaya lampu jalanraya saja lah.selama 20thn kami tinggal di guesthouse yang saiz nya agak kecil. Walaupun rumah banglo itu kosong tapi kami biasa2 saja tak pernah menjumpai segala lembaga misteri atau diganggu. Tapi yang peliknya telah terjadi beberapa kali org luar (saudara mara) yg berkunjung ke rumah telah menemui nya. Di antaranya ialah :
1) Pakcik saya berkunjung ke rumah utk menziarah paman saya yg datang dari Indonesia. Masa itu pakcik saya datang pada waktu malam. Bila masuk terus dia tanya mengenai paman saya. Saya kata..dia takde …sbb mlm itu dia sedang bermalam di rumah makcik di jurong. Tapi pakcik saya tu mati2 tak percaya…dia ingat saya mempermainkan dia. Bila mak dan nenek saya meyakinkan dia barulah dia termenung sekejap. Dia kata….”tadi semasa aku bukak pintu pagar aku nampak abang sukri tu berdiri di bawah pokok memakai jubah putih”
2) Sepupu saya pemandu lori. Kalau musim durian dia slalu datang ke rumah belikan durian 2-3 bakul dan kami makan beramai-ramai. Pada suatu malam tu seperti biasa dia beli durian 2 bakul. Tapi pada malam tu tak mcm biasanya.. kali ini dia datang seperti orang kelam kabut lepas turunkan bakul durian dgn kelam-kabut dia terus angkat kaki balik. Bila kita tanya kenapa…dia kata “ tadi aku Nampak sosok tubuh org lelaki memakai jubah & sarban di depan rumah banglo kosong itu mundar mandir...aku takut”
3) Pada suatu petang telah datang seorang apek drebar teksi. Dia kata malam sebelumnya dia ternampak kakak cantik di pagar rumah kami di bawah pokok beringin di halaman rumah saya. Kemudian dia meminta izin dari kami utk sembahyang dibawah pokok itu untuk mintak nombor ekor. Pada masa tu saya ni tak ambil berat sngt tentang tu semua…saya Cuma beritau dia…”lu punya suka lah apek”. Seminggu kemudian apek tu datang semula dgn muka gembira. Dia mengatakan yang dia telah menang nombor ekor – 1st prize dan dia beri kami $$ sebagai share. Tapi kita beritau dia kami Muslim tak boleh makan duit judi.
4) Ini berlaku pada saya sendiri. Pada suatu mlm saya menemankan rakan saya pulang hingga ke pintu pagar depan tu. Semasa melewati pohon belimbing saya terdengar bunyi ‘psst .. psst’ seperti mat mengusik mina.. Tapi saya tak endah kan lah…saya pikir2 “mungkin itu semua permainan perasaan saya”. Saya tak berani beritahu rakan saya tu sbb takut dia tak mahu datang lagi kerumah saya kerana takut. Setelah tiba di pintu pagar, saya & rakan saya pun saling bersalaman..lepas tu seperti biasa sambil dia jalan tu kami saling laungkan “bye!!” Bila dia dah agak jauh saya pun masuk dan tutup pintu pagar lalu terus jln kedalam. Sekali tiba2 di pokok belimbing yg saya terdengar bunyi ‘psst ..psst’ tadi tu ….terdengar bunyi suara org dgn bunyi “BYE!!”. Saya sungguh terkejut terus lari masuk rumah.
5) Di rumah guest house tu ada 4 bilik tidur. Yang 1 bilik tu kita buat seperti bilik tamu utk saudara-mara yg datang menginap. Di bilik itu pun pernah berlaku beberapa kejadian..diantara nya ialah:
a) Sepupu saya pada masa tu lari dari rumah dan menumpang tidur di rumah kami. Semasa dia sedang tidur..tiba-tiba..dia terasa kakinya ditarik dgn kuat oleh sesuatu sehingga dia terjatuh. Itu jam juga dia kelam kabut terus minta izin untuk pulang ke rumahnya.
b) Ada seorang pakcik saya ni cakap besar sikit. Bila kita menceritakan mengenai bilik itu…dia mengatakan “alaah..itu semua takde apa2 lah…apa nak takut”. Pada satu malam dia pun tidur di situ… malam pertama dia tidur ok ok saja… Masuk mlm ke dua…semasa kami tidur tiba2 dia ketuk pintu bilik nenek saya sekuat2nya mcm nak pecah. Rupa2nya dia diganggu dgn ‘kakak cantik’… menurut ceritanya..mula2 lembaga tu datang dgn wajah yg amat cantik sekali. Setelah ia pergi dan kembali semula tiba2 raut yg cantik tu bertukar menjadi rupa yg sangat hodoh dan cuba mengganggu nya. Jadi pada mlm itu pakcik saya tu tidur di bilik nenek saya kerana takut sangat.
c) Pengalaman saya pula ... Kebiasaannya saya mengulangkaji pelajaran di ruang hadapan. Tetapi pada mlm itu ada tetamu yg datang jadi saya mengulangkaji di bilik tamu itu. Saya ketepikan rasa takut saya dan saya teruskan sambung belajar. Tiba2 saya terasa ada bebayang di sebelah saya…ia datang & pergi beberapa kali. Saya pun mengatakan…”eh pergilah aku kan tak kacau kau…menyibuk jer”. Lama kelamaan sambil saya baring diatas katil, saya pun tertidur. Saya tak berani nak tutup lampu sbb saya sorang jer kat situ lebih2 lagi bila terdengar kisah2 tamu yg tidur di bilik itu. Semasa saya tidur tu badan saya memusing ke kiri…tiba-tiba terasa yang ada orang tidur di sebelah saya. Benda tu bergerak2 seperti menukar-nukar posisi semasa tidur. Oleh sebab mata terlalu mengantuk saya pun tak layan…saya tutup muka dg bantal terus sambung tidur sampai ke pagi.
d) Pada suatu hari kami menerima tamu dari Indonesia. Dia guru agama di kampungnya. Dia pun tidur di bilik itu. Pada keesokan harinya dia beritau kami yang bilik itu ‘bagus’ . Kami pun hairan… ramai org yg complain tetapi kenapa pak aji ni kata bilik tu bagus…pelik juger.Rupa2nya masa dia bangun tidur untuk solat tahajjud tu….dia ternampak ada sosok tubuh memakai jubah putih bersarban sedang solat di dlm bilik itu. Bila kita menyatakan padanya mengenai kejadian2 sebelumnya…dia mengatakan “benda itu akan mengganggu orang yang didalam hatinya yang ada niat tak baik” Wallahua’lam …..
Yg Benar,
Dijah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan