Bukit Bauk
Kisah seram di Bukit Bauk, Dungun..
Cerita
ni disampaikan oleh seorang kawan pada aku tak beberapa dulu. Aku tidak pasti
kesahihan cerita ini namun mungkin ada pengajaran dan peringatan buat kita
seandainya kita berhadapan dengan perkara seumpama ini.
Location Bukit Bauk
ni kalau kita dari Bandar Dungun, kita akan melepasi Politeknik Sultan Mizan
Zainal Abidin lebih kurang 2 km. Kalau dari Paka, drive lebih kurang 20 minit
kita akan berjumpa dengan signboard Hutan Simpan Bukit Bauk, jalannya banyak
konar-konar gitu..
Menurut kawan aku ni, satu petang tu lebih kurang pukul
6.45 petang dah nak senja dah selepas balik dari kerja di Paka tu.. dia drive
kereta Iswara menuju ke rumahnya di Bandar Dungun. So dalam perjalanan tu
keadaan seperti biasa je lah sebab dia dah bertahun-tahun ulang alik dari Paka
ke Dungun.
Bila nak sampai di kawasan Bukit Bauk yang banyak konar-konar tu,
dia tak pulak rasa apa-apa yang menyeramkan pun walau dia banyak sangat dengar
cerita orang dengan kisah-kisah seram di situ. Jadi dia drive lah seperti
biasa…
Sampai dekat intro konar-konar tu, tetiba dia nampak seorang makcik
sedang berjalan membelakangi camera. Membelakangi camera? Camana aku nak cakap
eh..? alah makcik tu jalan ke depan lah dia drive dari arah belakang mak cik
tu.
Mak cik tu berpaling ke belakang ke arah kereta dia.. mungkin sebab ada
bunyi kereta nak melintas atau pun mak cik tu nak menumpang. So kawan aku ni pun
slow la kereta dia, dan bila betul-betul berada di tepi mak cik tu, dia pun
turunkan cermin kereta dia. Mak cik tu berhenti, so kawan aku offer lah kalau
mak cik tu nak ke Bandar Dungun. Mak cik tu cakap orait.
So mak cik tu naik
lah dan duduk di seat belakang. Maka kawan aku ni bertanya lah dari mana nak
kemana sorang-sorang diri waktu-waktu senja, anak-anak mana tak reti ke nak
ambik.. bertuah punya anak biarkan mak jalan sorangs-sorang.. tapi itu aku
tambah jer lah kawan aku tak pun cakap cam tu.. he he he
Mak cik ni cakap dia
tertinggal bas lompat-lompat dari Kemaman ke Dungun, hari-hari dia naik bas
sebab dia kerja kat rumah orang di Paka tu, so kebetulan hari tu dia miss bas tu
so terpaksalah dia jalan kaki jer.
“Rumoh makcik depang tu jer..”, mak cik ni
bersuara..
“Ohh..”, kawan aku mengiakan jer lah
Kawan aku ni memerhatikan
mak cik ni melalui cermin, dia nampak mak cik tu kelihatan seperti menahan
sakit, sambil memejam matanya.. Kawan aku ni rasa lain macam pulak..
Aaaaaa..
tetiba kawan aku baru perasan, mana ada perumahan di kawasan Bukit Bauk tu!!
Berdebar-debar kawan aku, dah lah time-time senja ni, Bukit Bauk pulak
tu…
Kemudian dengan tidak semena-mena bau yang amat busuk mengurungi kereta
kawan aku ni.. kawan aku ni cuba lah befikiran positif mungkin ada bangkai lembu
ka atau kerbau kat tepi jalan tu, tapi.. baunya semakin kuat, macam
bangkaiii..
“Mak cik biasa doh kawasang ni…..”, mak cik tu cakap. Kawan aku
bertambah-tambah berdebar. Seriau abisss.. kalau aku pun meremang abis bulu-bulu
yang ada ni..
Kawan aku ni sekali lagi tengok cermin dan lihat mak cik tu
tersenyum sambil mempamirkan pagar giginya yang dah runtuh.. nampak seram jer
mak cik ni, cerita kawan aku ni lah….
Kawan aku ni dah panik, memang dah
terasa dia terkena pada malam tu. Dalam hati kawan aku ni kata memang senja tu
dia bawak hantu dalam kereta dia.. So dia tekan minyak terus pecut meninggalkan
kawasan tu tanpa memandang ke belakang lagi. Dalam dia ketakutan tu tiba-tiba
terasa bahunya disentuh.. terperanjat gila kawan aku ni.
“Jangan laju sangat
Awang..”, Makcik tu bersuara..
Sampai je dekat dengan kawasan rumah orang ada
nampak cahaya lampu baru lah dia perlahankan keretanya. Giler tak pernah dia
speed laju gitu di kawasan konar-konar tu.
“Sini doh lah..”, mak cik tu
memberi arahan supaya kawan aku ni menurunkannya. Kawan aku angguk-angguk macam
orang bodo. Dalam hatinya kalau boleh nak blah terus dari situ.
Kereta pun
berhenti dan makcik tu pun keluar.. dan makcik tu pergi ke pintu kereta bahagian
depan.
“Mintak maaf banyok awang, mok cik kettuk (kentut) tadi.. mok cik
sakit perut sangat ….” jelas mak cik itu.
Kawan aku terus beredar
meninggalkan mak cik yang penuh misteri ituu..
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
BalasPadamAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?