Rabu, 13 November 2013

Sekilas Pengalaman Seram

 
 
Kisah Hantu
 
Saya terbaca sebuah entri rakan tentang Hantu yang dijumpainya semasa sekolah rendah. Hanny menulis tentang hantu yang dia jumpa semasa tengahari Jumaat. Ia mengingatkan HE beberapa cerita hantu dan juga peristiwa yang diceritakan keluarga HE tentang hantu. Baik. HE cerita mengikut kronologi.

Mak HE semasa mengandung Allahyarham abang HE iaitu semasa tinggal di Air Itam Pulau Pinang pernah mengalami peristiwa berdepan dengan Hantu Jepun. Mak HE sering ditinggalkan Abah HE untuk bekerja seawal jam 5 pagi. Pada ketika itu, Mak HE berkata, dia akan mula mendengar bunyi-bunyi yang berdesing di telinga. Apabila perkara itu berlaku, dia sudah mengetahui bahawa hantu Jepun akan menjelma. Pada kebanyakan rumah zaman dulu, lantainya adalah papan dan bilah-bilah papannya akan ruang di antaranya. Hantu Jepun seperti yang diceritakan Mak HE itu akan keluar melalui alur-alur papan dari lantai itu. Pada ketika itu, seluruh tubuh Mak HE akan terpaku dan katanya, walapun dia merasakan dia menjerit tetapi tidak ada orang akan mendengarkannya.

Kisah seterusnya, Bapa HE dalam perjalan dari Sempadan Seberang Perai dan Kedah ada sebuah jambatan bernama Jambatan Merdeka. Kata Abah HE semasa menaiki motor bersama Mak HE berhampiran Jambatan Merdeka itu ada sebuah pokok yang agak besar. HE pernah juga ditunjukkan Abah HE pokok itu. Ceritanya, semasa melintasi pokok itu, Abah HE meminta Mak HE melihat ke arah pokok itu dan Mak HE kata dia tidak nampak apa-apa. Sebenarnya Abah HE kata dia nampak Pontianak sedang bergayut di pokok itu. Jadi jika kalian melalui Jambatan Merdeka, sebelum sampai ke jambatan, perhatikan pokok itu.

Semasa HE tinggal di sebuah rumah Kembar dua tingkat Kuartes JKR di Kuala Selangor, ada pelbagai cerita aneh yang berlaku. Jika kalian pernah menonton filem Mukhsin, rumah jiran Orked yang kaki Kepoh itu adalah rumah jiran HE. Sebelah pintu rumah itu adalah rumah HE. Kisah pertama, adik HE kerap terjaga malam dan berjalan sehingga ke pintu... cont. (bersambung)

Mujur sangatlah pintu itu dikunci atas dan bawah, jadi dia tidak sampai untuk membuka pintu dan keluar dari rumah. Sebenarnya HE juga perasan, setiap malam kejadian apabila adik HE sleepwalking, HE juga akan terjaga dan melihat keluar tingkap. Pada setiap kali itu pula, ada HE nampak cahaya seperti pelita sekitar kawasan kaki bukit Malawati. Untuk pengetahuan kalian, Bukit Malawati memang terkenal di Kuala Selangor kerana di atasnya ada makam kerabat Sultan Selangor Pertama. Di atas itu juga ada meriam yang dikatakan misteri dan boleh meletup sendiri. Untuk menaiki Bukit Malawati, ada 3 tempat utama dan salah satunya adalah dengan menaiki tangga dan ia di depan dengan rumah HE pada ketika itu. Sepanjang kiri dan kanan tangga yang dipanggil tangga seratus itu pula, hanyalah lalang-lalang sahaja. Dan cahaya pelita yang HE nampak itu berada tangga di kaki bukit Malawati itu dan terus lenyap menerobos dalam lalang-lalang. Semasa kecil, HE mungkin tidak faham dan tidak dapat berfikir tentang itu, tetapi setelah besar, HE boleh rasa menggigil memikirkan tentangnya.


Di rumah yang sama, rumah batu kembar dua tingkat itu agak sempit juga. Semasa bapa HE membeli mesin basuh, kami letakkannya di luar rumah. Tambahan pula paipnya senang dipasang dengan mesin basuh tersebut di luar/belakang rumah. Mungkin melebihkan masa dengan keluarga menjadi amalan kami sekeluarga, hal-hal lain dijalankan kemudian. Umpamanya membasuh kain menjadi tugas Abah HE dan ia dilakukan pada waktu malam, bukan sahaja malam tetapi tengah malam. Suatu tengah malam yang dingin,  Abah HE melakukan kerja membasuh kainnya seperti biasa. Dalam nyenyak dan lena orang sekitar dan HE serta adik beradik di peraduan, Abah HE disapa wanita.


Tengah basuh kain ke?

Abah HE tidak berkata apa-apa dan membiarkan wanita itu terus berlalu melewati malam dan semak-samun menuju destinasinya. Sejurus selepas itu, Abah HE terus meninggalkan basuhannya. Kata Abah HE, wanita itu mungkin legenda Anak Dara yang hilang di Bukit Belanda, iaitu Bukit yang bertentangan dengan Bukit Malawati. Kata orang, adalah menjadi laluannya dari Bukit Malawati ke Bukit Belanda. Mungkin semasa dia melalui jalannya itu, wanita itu menyapa Abah HE.

Sekarang HE nak cerita pengalaman HE di MCKK. Sepanjang kehidupan HE di MCKK, dua kali HE merasai suasana seram. HE tidak pula hendak menceritakan dengan orang lain. Masa itu gusar kalau orang kata HE pengecut. Budak lelaki, takut orang lain kata pengecut, daripada bahaya diri sendiri. Kedua-dua kejadian  berlaku semasa HE di tingkatan 1.  Bangunan asrama MCKK untuk tingkatan 1 dipanggil Prep School atau Asrama Persediaan. Di situ semua pelajar tingkatan 1 diasingkan kerana kononnya mengelakkan amalan raging. Lupakan soal raging, HE ceritakan pengalaman HE di bilik asrama HE. Bilik Asrama HE dipanggil Dorm C iaitu berada di tingkat 2. Setiap dorm ada koridornya. Satu koridor diletakkan ampaian idan sebelah lagi kosong kerana menghadap jalan. Kami diberikan katil double dacker. HE duduk di katil bawah. Seblah katil kami diletakkan locker masing-masing dan ia selalunya mengadap tingkap terus ke koridor dan koridor berdekatan HE ialah koridor menghadap jalan. Suatu malam, HE terjaga malam. Hendak dijadikan cerita, malam itu HE memang hendak mebuang air teramat sangat. Selalunya HE buang apa yang patut sebelum lights off atau waktu memberus gigi sebelum tidur. Tetapi malam itu agak sejuk, HE tidak tahan juga nampak gayanya. HE nekad ke bilik air yang berada di tingkat bawah berdekatan dengan dewan makan. Lega tiada apa yang berlaku di bilik air. Tetapi... apabila HE keluar dari bilik air, HE nampak bayang-bayang manusia dalam bentuk 3D mundar mandir seperti sedang sibuk di sebuah kem tentera dan ia melepasi tiang-tiang mapaian di situ. HE segera ke Dorm dan masuk ke dalam kelambu. Sebelum masuk ke dalam kelabu, HE terpandang bayang yang sama di koridor dari locker HE. Hampir kesemua daripada mereka tiada berkepala dan sedang berkawad. HE mendengar desir-desir suara seperti kita mendengar dengungan lalat menghurung makanan tetapi HE tidak tahu mereka berkata apa. HE segera masuk ke dalam kelambu dan menelekupkan kepala di dalam bantal untuk menanti siang hari.

Peristiwa kedua, ketika HE duduk di sickbay atau bolehlah dikatakan pusat kuarantin pelajar yang ada penyakit lah. Ketika itu HE kena chicken pox. Seminggu kena tahan di sickbay. Selalunya ada dua atau tiga orang duduk di sickbay tetapi ada juga satu malam HE kena tinggal seorang di situ. Sickbay itu bersebelahan dengan bilik matron dan sebelah bilik matron ada macam stor. Suatu malam yang sangat hening, apabila semua orang sudah tidur, HE terdengar bunyi seperti kuku yang tajam melarik ke dinding. HE sangka budak-budak sengaja menakut-nakutkan HE. Sehinggalah satu tahap, ketakutan HE menjelma apabila larikan kuku tadi memasuki dinding stor dan menembusi ke bilik matron dan berakhir di muka pintu bilik matron dan senyap seketika. Tiba-tiba pintu itu diketuk-ketuk berkali-kali. Kemudian dia mengetuk pintuk masuk Sickbay juga berbunyi. Darah HE berderau dan hanya mampu menutup telinga dengan bantal sehingga terlena dan menanti waktu subuh untuk ke surau.

Itulah pengalamn-pengalaman seram HE... kalian mahu berkongsi cerita juga? Ayuh!


Sumber

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam