Khamis, 7 November 2013

Pemburu Mistik

 Tidak takut, alah bisa tegal biasa
ALAM mistik mengundang resah kepada siapa saja. Namun, bagi dua anak muda ini, Rahmat Mokhtar dan Mohd Nasir Mohd Ruhane - cabaran berdepan makhluk halus bagai alah bisa tegal biasa. Jangan toleh belakang, mari kenali mereka...
 
CUACA panas lewat petang itu tidak semena-mena bertukar mendung diikuti rintik-rintik hujan sebaik kami menjejakkan kaki di Flet Pekeliling, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Semakin dihampiri bangunan usang ini, hati mula terasa "semacam".
Tidak cukup suasana sunyi di segenap lorong, balam-balam cahaya menambah lagi degupan jantung hingga terasa mahu segera meninggalkan lokasi ini.
Kelibat barang tinggalan seperti sepasang kasut kanak-kanak, pakaian wanita, set sofa, batang kayu hinggalah permaidani - cukup menggambarkan senario kehidupan di flet ini sebelum ditinggalkan, beberapa tahun lalu.
Pernah mendengar pelbagai cerita misteri melingkari Flet Pekeliling, namun kata-kata Rahmat Mokhtar, 22, dan Mohd Nasir Mohd Ruhane, 27, yang menubuhkan kumpulan penyelidik paranormal Malaysia, Vamp Malaysia bagai menambah debaran di dada penulis.
Rahmat dan Mohd Nasir tidak menolak kemungkinan wujudnya Flet Pekeliling ada "penghuninya" sendiri...
Rahmat dan Mohd Nasir mencari bukti wujudnya elemen mistik dan paranormal dalam kehidupanRahmat dan Mohd Nasir mencari bukti wujudnya elemen mistik dan paranormal dalam kehidupan
Inisiatif dua anak muda ini nyata mencabar minda. Misi mereka ialah merungkai misteri di sebalik kepercayaan pelbagai pihak terhadap makhluk halus. Selain cuba menguji keberanian diri, Rahmat dan Mohd Nasir mencari bukti wujudnya elemen mistik dan paranormal dalam kehidupan.
Belum 10 minit kami berlegar di tingkat bawah flet itu, Rahmat berlari pantas sambil menyuluh lampu kerana merasa "getaran" dan gerak kilat di sebalik samar cahaya di aras itu.
Meremang bulu roma melihat gelagat Rahmat - persis pemburu mistik yang pernah ditonton di kaca televisyen!
"Apa yang dilakukan Vamp Malaysia ialah merungkai kebenaran wujudnya makhluk halus berpandukan penggunaan peralatan sains dan teknologi (S&T).
 
"Melalui penggunaan pelbagai peralatan elektronik, kita dapat mengesan bayangan, tompok cahaya, bunyi dan suhu di sesebuah kawasan yang dianggap berpenunggu," kata Rahmat yang juga bertindak sebagai Ketua Penyelidik Vamp Malaysia.
Sejak ditubuhkan lebih dua tahun lalu, Vamp Malaysia mempunyai lebih 300 peminat di laman Facebook. Vamp Malaysia giat menjalankan aktiviti paranormal memburu makhluk halus dan mistik di lokasi yang dipercayai berhantu atau berpenunggu.
Rahmat dan Mohd Nasir mengajak peminat mistik dan paranormal berkongsi pengalaman misteri bersama mereka.
Pengasas bersama Vamp Malaysia, Mohd Nasir juga mempunyai tugas khas sebagai penyelidik awal di lokasi yang bakal dijadikan medium melaksanakan kajian paranormal.
"Lazimnya, saya akan berada lebih awal di lokasi untuk meninjau persekitaran dan kesesuaian keadaan. Bohonglah kalau sebagai manusia kita tidak diburu rasa takut, namun inilah cabaran yang harus dihadapi," katanya.
Dalam nada jantung makin kencang, XY - Ikon Lelaki selami alam misteri bersama Rahmat dan Mohd Nasir...
Misi Rahmat
Dalam banyak perkara, mengapa bidang ini pula yang menjadi pilihan anda"
Saya bukan mahu menguji keberanian diri semata-mata. Apa yang saya mahu teroka ialah bagaimana kita hendak membuktikan kebenaran sesuatu misteri mengikut pandangan sains dan bantuan peralatan elektronik.
Peralatan ini digunakan bagi mengesan wujudnya kehadiran "benda" lain melalui rakaman kamera, video hinggalah bunyi dan cahaya.
Sudah berapa lama anda terbabit dalam aktiviti paranormal memburu makhluk mistik"
Sembilan tahun... Saya mula didedahkan oleh kumpulan Seekers di bawah kendalian Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau dikenali sebagai Uncle Seekers selama dua tahun.
Bermula dari situ, timbul minat untuk terus menjalankan kajian terhadap aktiviti paranormal dan mengesan unsur-unsur mistik.
Tidakkah anda berasa takut setiap kali berada di lokasi agak menyeramkan"
Tidak dinafikan perasaan itu memang ada setiap kali misi paranormal dikendalikan. Bukan saja berdepan dalam keadaan gelap dan perlu berseorangan, macam-macam bermain di minda pada detik itu.
Namun, kita perlu berserah pada Allah dan berani menentang ujian yang datang.
Bagaimana anda berdepan dengan situasi yang genting dan mencemaskan"
Kalau keadaan memaksa.... Buat apa kita tunggu lama, larilah (tergelak)...
Adakah anda melakukan kajian aktiviti paranormal ini sepenuh masa"
Vamp Malaysia ini ditubuhkan berlandaskan minat dan kami sama-sama mahu mengkaji kesahihan serta membuktikan kebenaran mengikut pandangan sains.
Sebenarnya, saya mengusahakan perniagaan sendiri manakala Naz (Mohd Nasir) pula bekerja sebagai tukang masak.
Apakah misi yang cuba dibawa Vamp Malaysia"
Fokus utama kumpulan kami adalah untuk mendidik masyarakat terutama generasi muda mengubah mentaliti mereka yang cukup takut dengan hantu. Jika diperhatikan, ada individu takutkan hantu melebihi segala-galanya termasuk Tuhan.
Apa yang kami buat ialah "turun padang" dan meneroka kesahihan berhubung lokasi yang dikatakan "keras" dan cuba mengkajinya mengikut pandangan sains.
Apa peralatan yang digunakan Vamp Malaysia dalam operasinya"
Kami akan membawa lampu suluh, walkie-talkie, kamera video, kamera digital, termometer infrared, pengesan wayar logam dan elektro magnetik. Setiap alat ini memberi tindak balas berbeza mengikut unsur yang ada di sekeliling lokasi atau di mana kita berada.
Adakah anda mengajak pihak lain turut serta dalam misi Vamp Malaysia"
Sudah tentu. Vamp Malaysia menganjurkan aktiviti dikenali sebagai Ghost Tour. Kita menjemput sesiapa saja yang berhasrat menyertai misi memburu makhluk halus serta mengesan aktiviti paranormal di lokasi tertentu pada waktu tengah malam.
Bagaimana dengan sambutan masyarakat dalam aktiviti ini"
Sambutan cukup menggalakkan. Lazimnya, kira-kira 30 peserta bersama dengan krew Vamp Malaysia akan berada di sesuatu lokasi yang ditetapkan mulai jam 12 tengah malam hingga jam 5 pagi.
Dalam tempoh pemerhatian ini, kita gunakan semua kelengkapan untuk mengesan aktiviti paranormal.
Cabaran Nasir
Bagaimana anda berdepan cabaran dalam misi memburu makhluk halus"
Setiap perkara yang kita lakukan mesti ada cabaran tersendiri. Bagi saya, selepas terdedah dan memperoleh pengalaman sepanjang operasi, saya sudah mampu berdepan saat genting dan mencemaskan.
Anda bertindak sebagai penyelidik dan melakukan pemantauan awal di sesuatu lokasi. Bagaimana perasaan anda sebaik tiba di lokasi baru"
Lazimnya, tiga anggota bertindak sebagai penyelidik awal. Kita akan mengesan sebarang elemen paranormal dan misteri sebelum meneruskan siasatan dengan krew Vamp Malaysia.
Bagaimana anda mengesan lokasi yang dikatakan wujudnya aktiviti paranormal"
Kita mempunyai sebuah laman web. Biasanya, isu mengenai sesuatu lokasi bermula dengan topik yang dihantar pengunjung web. Lazimnya, ia bermula dengan cadangan lokasi tertentu yang dikatakan memiliki misteri tersendiri.
Banyak lokasi yang dicadangkan terletak di Lembah Klang.
Apa yang anda mahu buktikan dalam kajian mengesan kewujudan makhluk halus"
Kita mahu buktikan kebenaran mengikut terma sains. Dengan peralatan elektronik yang digunakan, kita dapat merakam gambar; objek yang dikenali sebagai bola mata (orbs); cahaya hantu; bayangan serta bunyi.
Ceritakan sedikit mengenai Ghost Tour yang dikendalikan Vamp Malaysia"
Lazimnya, sebulan sekali, iaitu pada minggu ketiga di mana berlakunya bulan purnama atau full moon, kita akan anjurkan Ghost Tour. Kita anjurkan aktiviti ini di dua lokasi di sekitar Lembah Klang.
Namun, kita hadkan kepada kumpulan kecil iaitu seramai 30 orang untuk merasai pengalaman lebih lima jam mengesan kewujudan makhluk halus.
Antara lokasi di sekitar Lembah Klang yang pernah kumpulan Vamp Malaysia selidik"
Kami tidak pernah mengehadkan kawasan tertentu untuk membuat kajian. Kami pernah melawat rumah tinggal, bangunan asrama dan kubur lama termasuk kubur orang Asli di Gombak dan Bangi.
Vamp Malaysia juga pernah menjelajah luar Kuala Lumpur termasuk di Johor Bahru, Kelantan dan Pahang bagi mengesan aktiviti paranormal dan alam mistik.
Apa nasihat anda kepada orang ramai yang masih takut hantu atau alam mistik"
Kita harus mengubah mentaliti seperti rasa takut pada tempat gelap, kepercayaan tahyul dan mudah mempercayai kata-kata yang bercanggah dengan situasi sebenar.
Sudah pasti, jangan sampai dibelenggu rasa takut hingga melebihi rasa takut kita kepada Allah.
Cerita seram kami...
MENURUT Rahmat, beliau pernah berdepan situasi mencemaskan hingga hampir meragut nyawanya sendiri ketika berada di sebuah hospital di Cheras, kira-kira tiga tahun lalu.
"Saya bersama krew bergegas ke sebuah hospital lama sebaik mendapat aduan wujudnya apa yang dikatakan pontianak di situ. Satu persatu aras bangunan disiasat hinggalah tiba sel terakhir yang terletak agak hujung di aras tiga hospital.
"Sebaik saja daun pintu diselak, tiba-tiba saya dapat melihat dengan jelas kelibat lembaga besar di atas siling. Makhluk itu memiliki rambut mengembang dan mata berwarna merah," katanya yang panik lalu terjun dari aras tiga bangunan terbabit.
Mengakui reaksi spontan itu boleh meragut nyawanya, Rahmat bersyukur tidak mengalami kecederaan pada kejadian jam tiga pagi itu.
Rahmat juga berkongsi insiden kemalangan jalan raya selepas melihat lembaga sedang merangkak di tengah-tengah jalan.
"Saya ingat tarikh dan waktu kejadian iaitu pada jam 4.15 pagi 14 April 2004. Saya terlihat dua makhluk menyerupai seorang datuk dan kanak-kanak kecil sedang merangkak di tengah-tengah jalan di Bukit Putus, Kuala Pilah.
"Saya yang terkejut melihat kelibat dua makhluk itu cuba mengelak lalu kereta dipandu terjunam dalam gaung.
"Bayangkan, dalam berseorangan, saya gagahkan diri merangkak ke atas sebelum pengsan," katanya yang ditemui keesokan hari. Disebabkan insiden itu, Rahmat terlantar 17 hari dalam Unit Rawatan Rapi (ICU),
Sementara itu, Mohd Nasir turut berkongsi pengalaman yang sukar dilupakan ketika beliau bersama seorang rakan sedang pulang dari kenduri di Ulu Yam, Selangor, kira-kira dua tahun lalu.
"Waktu itu sekitar jam 12 lebih tengah malam. Kami berada di lokasi berhampiran Sungai Tua. Saya ternampak seorang wanita di tepi jalan menahan kereta saya.
"Imej wanita tua ini juga dilihat rakan. Sebaik melepasi wanita terbabit, saya intai melalui cermin pandang belakang dan betapa terkejutnya saya, wanita itu sudah ghaib... Tidak ada siapapun berada di lokasi berkenaan ketika itu," katanya.
Biodata Nama: Rahmat Mokhtar
Umur: 22 tahun
Tarikh lahir: 6 Mei 1987
Tempat lahir: Klang, Selangor
Tinggi: 186 sentimeter
Berat: 76 kilogram
Nama: Mohd Nasir Mohd Ruhane
Umur: 27 tahun
Tarikh lahir: 25 Julai 1982
Tempat lahir: Kuala Selangor, Selangor
Tinggi: 177 sentimeter
Berat: 65 kilogram

Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my


Sumber

2 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam