Sabtu, 23 November 2013

Kisah Anak Patung Seram Yang Sebenar Di Sebalik Filem The Conjuring



Kisah Anak Patung Seram Yang Sebenar Di Sebalik Filem The Conjuring ( Based On True Story )
Creepy....

Orite, sebelum aku bercerita mengenai patung Anabelle yang creepy ni, aku nak share review filem The Conjuring yang aku cedok daripada blog Ader Aku Kisah. Filem ni telah diarahkan oleh James Wan anak kelahiran Kuching Sarawak, Malaysia. Dia ni jugalah pengarah Filem Saw yang super kejam tu. So far semua movie hantu yang dia buat memang box office worldwide (bukan macam movie M Night Syamalan tu, hampeh). Next year movie Fast & Furious 7 pun dia yang arahkan, cayalah ko Wan! 

 

Filem ini dibuat berdasarkan kisah benar kes yang dikendalikan oleh Ed Warren dan bini dia Lorraine Warren. Pasangan suami isteri ni kerja diaorang tangkap roh hantu, setan, pelesit (kira bomoh versi mat sallehlah tapi versi yang kemas dan bebas dari bau kemenyan). Si Lorraine ni ada kelebihan ala six sense. Dia boleh rasa & nampak bende ghaib yang orang lain x nampak. Dalam banyak² kes diaorang tu ada satu kes yang paling teruk pernah dikendalikan & kes tersebut tidak pernah diceritakan kepada umum, lalu si James Wan ni pun buatlah movie ni untuk ceritakan pasal kes tu. 



Al kisah ada satu keluarga ni  baru pindah ke satu rumah luar bandar yang dibeli secara lelong. Keluarga Perron ni ada 5 anak perempuan yang semuanya comel & cantik² belaka. Sepanjang berpindah ke rumah ni bermacam² perkara pelik lagi sadis berlaku kat family ni. Masa hari first pindah anjing die ni asyik menyalak je , then esok tengok dah mati kene bunuh. Malam first pindah bapak bebudak ni (Roger Perron) jumpa satu bilik rahsia kat bawah tanah lepas anak² diaorang ni main hand & clap and langgar dinding bilik sampai pecah. Brutal gak bebudak ni. Badan mak diaorang ni pula makin hari makin banyak lebam, tak tau datang dari mana.



Semakin hari semakin banyak benda pelik berlaku dan anak Perron ni lah yang jadi mangsa setan² tu. Sampai ade yang kene rasuk, kena belasah, kene cekik & so on. Dalam banyak² scene kan, scene kat bawah ni lah yang berjaya buat aku terkejut. Oleh itu, kepada kak bedah yang lemah semangat sekalian, make sure bawa plastik bag hitam siap² k, tiba je scene ni cepat² sarungkan kepala korang dengan plastik tu. 

Sebab dah tak tahan dengan dugaan hidup tinggal serumah dengan setan sadis, mak bebudak ni (Carolyn Perron) pun mintalah pertolongan Ed & Lorrainie. Seperti diduga, rumah kalau cantik pastu dijual murah confirm banyak jembalang tanah dalam tu. Rumah yang diorang duduk tu rupanya dimiliki oleh pemuja syaitonn. Macam² kes ngeri dah berlaku dalam tu & sesiapa yang tinggal kat rumah tersebut akan terkena sumpahan + hidup sentiasa didampingi roh jahat. Ching chong ching cheng lepas dah macam² usaha dibuat akhir sekali si Ed & Lorrainie ni terpaksa berhadapan dengan bapak segala setan yang dah masuk dalam badan Carolyn ni. Part ni lah yang paling banyak scene horror lagi brutal.



 Dipendekkan cerita, si Ed ni pun terpaksalah buat exorcism dekat Carolyn. Nak tunggu paderi datang lambat kemain. Tapi x berapa nak berkesan sebab bapak setan ni kuat giler. Kejadian jadi lagi teruk bila si Carolyn ni sanggup nak bunuh anak sendiri. Tapi akhirnya kuasa setan durjana tu berjaya ditumpaskan dek kerana sifat penyayang yang sangat tinggi dalam diri beliau. 

Orite, yang menarik perhatian aku dalam movie ni ialah patung Anabelle yang puaka tu. Nak tahu pasal kisah patung ni, sila teruskan bacaan.


Kiri adalah patung sebenar dan kanan adalah patung digunakan didalam filem.

Annabelle merupakan tumpuan kes oleh penyiasat Ed dan Lorraine Warren yang terkenal dalam kes paranormal pada awal tahun 1970 dan dibentangkan di buku Demonologist. Ianya difahamkan bahawa ini adalah salah satu kes yang paling luar biasa daripada semua kes paranormal yang dimiliki dalam rekod. 

Pada tahun 1970, seorang ibu telah membeli patung jenis Raggedy Ann Doll antik daripada kedai barang-barang lama. Anak patung itu adalah hadiah untuk Donna iaitu anak perempuannya pada hari jadinya. Donna, pada masa itu, adalah seorang pelajar di kolej, bersedia untuk lulus dengan ijazah kejururawatan dan tinggal di sebuah pangsapuri kecil dengan Angie iaitu rakan sebilik dia (seorang jururawat juga). Gembira dengan anak patung itu, Donna meletakkan patung itu di atas katil sebagai hiasan dan takde merasakan apa-apa yang pelik sehinggalah beberapa hari kemudian. 


Dalam masa itu, kedua-dua Donna dan Angie menyedari bahawa terdapat sesuatu kejadian yang sangat pelik dan menyeramkan tentang anak patung itu. Anak patung itu seolah-olah bergerak, ianya adalah seperti perubahan dalam kedudukan, semakin lama semakin berubah kedudukkannya. Kadang-kadang anak patung itu dijumpai meletakkan kaki di sofa dengan tangan yang dilipat, pada waktu yang lain ia ditemui tegak, berdiri di atas kaki, bersandar di kerusi di ruang makan. Sudah beberapa kali Donna meletakkan anak patung tersebut di sofa sebelum keluar bekerja, dan selepas pulang ke rumah Donna pasti terpaksa mencari anak patung di belakang di dalam biliknya di atas katil dengan pintu ditutup.

Pada suatu malam, Donna telah pulang ke rumah untuk mencari anak patung itu dan mendapati ianya telah berpindah sekali lagi! Kali ini ia berada di atas katilnya. Donna pun mendekati patung itu untuk memeriksa sesuatu yang aneh. Rasa takut tiba-tiba menyelubungi ketika dia memeriksa anak patung itu dan ternampak kesan seperti titisan darah di belakang tangan dan dada itu. Kesan tersebut seolah-olah seperti darah yang terkeluar daripada badan anak patung itu sendiri. Selepas takut dan terdesak, Donna dan Angie membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat pakar.


Tidak lama kemudian, pakar tersebut menghubungi mereka dan Donna kemudiannya diperkenalkan kepada semangat roh Annabelle Higgins. Annabelle adalah seorang gadis muda yang tinggal dikawasan sebelum pangsapuri telah dibina. Beliau adalah seorang gadis muda berusia tujuh tahun apabila mayatnya ditemui dalam pangsapuri tersebut. Roh Anabelle bagaimanapun telah tertarik dengan Donna dan Angie dan mahu tinggal dengan mereka dengan berpindah ke anak patung itu. Sebab itulah anak patung tersebut berpuaka, kerana roh seorang budak yang mati dibunuh telah melekat di anak patung tersebut sehingga membunuh salah seorang rakan Donna dan Angie. Sehingga sekarang patung Anabelle tersebut disimpan rapi dan tidak dibenarkan dikeluarkan atau disentuh sekali pun kotak tempat simpannya.
 
 
Sumber

4 ulasan:

  1. So siapa yg mnyimpan patung tu skrg? Dan d mna patung tu d smpan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di dalam kotak hantu disalut jampi.

      Padam
  2. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam
  3. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2EC260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    BalasPadam