|
SELEPAS mendapat mesej daripada Hasrul, Sem terus menemui abang angkatnya itu sesegera yang mungkin. Selesai sahaja waktu sekolah, dia terus ke Sazila Cafe. Seragam pengawas sekolah masih tersarung pada tubuhnya. Sazila Cafe yang terletak tidak jauh dari kawasan rumahnya. Dari jauh Sem sudah dapat melihat Hasrul duduk sendirian di salah satu meja yang ada di luar restoran itu, bertemankan secawan kopi.
"Sorry, bang. Sem lambat sikit," pohon Sem lalu melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi berhadapan dengan Hasrul. Diletak beg sekolahnya di sebuah lagi kerusi kosong yang ada di sebelah.
"Tak apa. Aku faham. Budak sekolah, kan? Kadang tu… cikgu kelas lepaskan pelajarnya lambat." Hasrul cuba memerli.
Sem hanya tersengih. Beberapa saat kemudian, sorang pelayan restoran datang dengan membawa buku menu lalu dihulurkan kepada Sem. Sem sedikit teragak-agak untuk mencapai.
"Kau oderlah makanan dulu. Aku tahu kau baru balik sekolah. Mesti kau tak lunch lagi, kan? Oder aje, aku belanja," kata Hasrul biasa.
Sem hanya mengangguk. Selepas selesai membuat pesanan, pelayan tadi meminta buku menunya semula dan berlalu meninggalkan Sem dan Hasrul di situ.
"Apa hal abang nak jumpa Sem? Bunyi macam ada sesuatu yang penting nak disampaikan?" Sem terus ke titik mula soalan.
Hasrul menghirup air kopi kemudian mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sandangnya. Sampul surat. Dikeluarkan isi sampul surat itu lalu dihulurkan kepada Sem.
Sem mencapai kertas-kertas itu dalam keadaan terpinga-pinga. Sem menatap apa yang tercetak di atas kertas putih bersaiz A4 itu. Ada gambar sebuah banglo. Sem masih tidak memahami apa tujuan Hasrul memberi gambar-gambar dan artikel-artikel itu. "Apa ni, bang?"
"Itulah kisah sejarah banglo kawan baik kau tu," jawab Hasrul sambil mengarahkan telunjuknya pada artikel yang ada di tangan Sem.
Sem kembali meneliti gambar-gambar itu. Jika apa yang ditunjuk oleh Hasrul itu adalah gambar banglo Dewi sekarang, ini merupakan kali pertama dia melihatnya.
"Oh, ya ke? Sebenarnya, Sem pun tak pernah tengok banglo tu lagi," jelas Sem sambil tersengih sumbing.
"Kalau dia duduk banglo yang di pinggir bukit tu, inilah banglonya," kata Hasrul yakin.
Perbualan mereka tergendala seketika apabila pelayan tadi tiba-tiba muncul sambil membawa pesanan Sem. Pelayan itu meletakkan jus tembikai dan sepotong kek coklat di atas meja kemudian berlalu.
"Abang buat research pasal banglo tu?" Sem sekadar meneka-neka.
Hasrul hanya mengangguk sambil menjuihkan bibir.
"Jadi, apa yang abang dapat daripada research tu?" tanya Sem sambil menyuap secebis kek coklat ke dalam mulut.
"Daripada apa yang abang dapat…" Hasrul mencapai semula gambar dan artikel tadi. Ditatap isi yang ada pada helaian itu. "Banglo tu sebenarnya milik sebuah keluarga pendatang asing dari Indonesia sepuluh tahun lalu. Keluarga Makojiwo, isterinya bernama Tatty. Mereka ada tiga orang anak. Dua lelaki dan yang bongsu perempuan."
"Keluarga Makojiwo? Kalau itu banglo milik pendatang asing… macam mana ibu kawan saya tu boleh beli banglo tu?" tanya Sem musykil.
"Ya, memang banglo tu milik keluarga Makojiwo. Tapi… sepuluh tahun lalu, mereka sekeluarga telah ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia kerana mereka sekeluarga tidak ada dokumen yang sah. Jadi, mereka semua terpaksa dihantar pulang ke nagara asal mereka."
"Dah tu, anak mereka kan lahir di sini? Takkan tak boleh jadi warganegara Malaysia kut?" tanya Sem beria.
"Seperti yang aku cakap tadi, mereka sekeluarga tidak ada dokumen yang sah."
"Dah tu, banglo tu macam mana pula?"
"Banglo tu, pihak kerajaan Malaysia telah ambil sebab dibina di atas tanah kerajaan. Lima tahun kemudian banglo itu telah dijual kepada sebuah syarikat swasta. Lima tahun kemudiannya baru ada pembeli, iaitu ibu kawan baik kau tu," jelas Hasrul teratur mengikut apa yang telah dibaca mengenai sejarah banglo itu.
"Kenapa kerajaan tak robohkan aje banglo tu?"
"Sebab kawasan itu tak strategik langsung untuk didirikan kawasan perumahan atau apa-apa sahaja pembangunan. Dahlah jauh dari bandar, jalan untuk ke sana pun terpaksa melalui jalan-jalan kampung."
"Jadi, apa kaitan dengan kawan Sem tu?" tanya Sem sudahnya. Dia masih belum dapat menangkap maksud sebenar yang cuba Hasrul sampaikan.
Hasrul mengeluarkan lagi isi sampul surat tadi, lalu dihulurkan sekeping lagi kertas kepada Sem. Sem mencapai kertas itu lalu ditatap. Gambar sebuah cermin berbingkaikan ukiran kayu berwarna emas dan gambar seorang wanita. Sem meneliti dalam-dalam gambar itu.
"Isteri kepada Makojiwo adalah penganut ilmu hitam. Dia telah memuja cermin itu untuk melariskan perniagaan suaminya dan menghapuskan semua musuh perniagaan suaminya. Ini pula gambar-gambar mangsa-mangsa yang telah mati akibat sihir perempuan tu." Hasrul menghulurkan lagi kepingan gambar-gambar mayat yang mati di dalam keadaan yang amat mengerikan.
Mangsa berjumlah lapan orang semuanya. Mangsa pertama mati apabila terjerut leher akibat terjatuh semasa menyidai pakaian yang telah dicuci. Mangsa kedua mati dilanggar kereta. Mangsa ketiga mati akibat letupan gas ketika memasak. Mangsa keempat mati akibat lemas selepas jatuh ke dalam perigi. Mangsa kelima, akibat terkena renjatan elektrik. Mangsa keenam, akibat dilibas bumbung zink rumah selepas ditiup angin, menyebabkan kepalanya bercerai dari badan. Mangsa ketujuh mati dihempap pokok tumbang. Dan mangsa terakhir mati akibat dipatuk ular tedung selar.
Sem terkejut melihat gambar-gambar itu. Terlalu tragis melihatkan kesemua mangsa-mangsa yang mati akibat sihir isteri Makojiwo itu. Selera makannya tiba-tiba hilang.
"Jadi apa maksud gambar-gambar ini dengan banglo tu?" tanya Sem masih tidak memahami apa yang cuba Hasrul sampaikan.
"Isteri Makojiwa telah memuja cermin itu. Cermin itu sudah disihirkan. Khadam peliharaannya hidup di sebalik cermin itu. Apa yang si pemuja inginkan, yang berkaitan dendam, pasti khadam yang dipeliharanya itu akan melunaskan dendamnya. Sepuluh tahun lalu, kisah cermin tu memang popular. Cuma sekarang ia sudah lenyap ditelan waktu. Aku rasa, kawan kau juga telah memuja cermin tu. Sebab tu apa yang dia niat pada orang yang dia benci tu terlaksana. Sihir daripada cermin itu yang telah menunaikan hasrat kawan baik kau tu," jelas Hasrul cuba memahamkan Sem.
Terbeliak biji mata bila mendengar penjelasan Hasrul. "Takkanlah cermin ni masih ada di banglo tu lagi? Takkan emak Dewi tak pernah baca artikel ni? Kalau dah tahu rumah tu bahaya, kenapa perlu dijual? Robohkan sajalah."
"Sebab tulah aku nak jumpa kawan kau tu. Aku nak tanya dia, sama ada di rumah dia ada ataupun tidak cermin seperti di dalam gambar itu," jelas Hasrul sambil memuncungkan bibir ke arah gambar cermin yang masih ada di tangan Sem.
"Sem dah cuba ajak dia Sabtu ni, berjumpa dengan abang. Tapi… dia ada hallah, bang. Lagipun Sem takut dia tak nak jumpa abang kalau dia tahu abang nak jumpa dia sebab nak bincangkan hal ni. Mungkin perkara-perkara ini akan menakutkan dia nanti." Sem sekadar meluahkan apa yang menjadi kegusarannya ketika ini.
Hasrul mengeluh halus lalu mengelamun seketika. Cuba menukar strategi baru untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh Dewi ketika ini.
"Kalau macam tu, apa kata kau ke rumah dia dan cuba cari cermin ni. Ada ataupun tidak cermin macam ni," pinta Hasrul sambil menuding jari ke gambar itu.
"Nantilah Sem cuba minta dia ajak Sem ke rumah dia. Tak pun, nanti Sem cuba minta tolong kawan Sem. Dia perempuan, mungkin lagi senang untuk dia ke rumah kawan Sem tu," jawab Sem yakin.
Hasrul hanya angguk akur.
SELESAI sahaja menunaikan solat zuhur, Dewi terus melangkah turun, menuju ke meja makan. Memang sudah menjadi kebiasaan mengambil makanan tengah hari selepas solat zuhur. Hari ini Mak We masak sambal tumis ikan bilis, keluban daun salam dan pucuk ubi masak lemak. Baunya amat menyelerakan.
Selepas sahaja Dewi melabuhkan punggung, lekas Mak We menyenduk nasi ke atas pinggan Dewi.
"Mak We makanlah sekali," ajak Dewi mesra.
"Tak apalah, Cik Dewi. Mak We nak siapkan kerja-kerja di dapur. Tak siap lagi." Itulah alasan yang Mak We kerap gunakan bila Dewi mengajaknya makan bersama.
Semenjak Dewi berpindah ke rumah ini, susah benar melihat senyuman Mak We. Mukanya sentiasa muram dan kelihatan sedikit menyeramkan. Dewi cuba mendekati kehidupan orang tua itu, tetapi Mak We seolah-olah melarikan diri daripadanya. Bila Dewi ingin menolong di dapur, lekas sahaja orang tua itu memaksa Dewi supaya jangan susah-susah untuk menolongnya.
Dewi akur dengan setiap permintaan Mak We yang menyatakan dia tidak biasa diperhatikan semasa membuat kerja. Dia lebih suka menyendiri. Tanya sepatah, jawab sepatah. Kadangkala Mak We hanya mengangguk dan menggeleng sahaja. Mak We dilihat lebih rapat dengan Pak Mat, pemandunya. Tapi perangai Pak Mat dan Mak We sama sahaja, dua-dua pendiam. Maklumlah, suami isterilah katakan.
Dewi menyenduk lauk pucuk ubi masak lemak ke dalam pinggan. Dituang kuah yang kekuning-kuningan itu ke atas nasi supaya lebih berkuah. Kemudian, dia menyudu pula sambil tumis ikan bilis yang jelas kelihatan ikan bilisnya seekor-seekor di sebalik cili giling. Dan akhir sekali, disudu beberapa sudu keluban daun salam yang menjadi kegemarannya.
Keluban daun salam cukup popular di negeri Johor. Ulam daun salam digaul dengan kelapa parut yang ditumis dengan beberapa biji bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili merah yang dikisar, melazatkan lagi ulaman itu. Selain daun salam, daun pegaga, pucuk paku rebus dan pucuk ubi rebus juga boleh digunakan. Jika di utara tanah Semenanjung, ia kelihatan seperti kerabu. Bezanya, keluban ini tidak diletak buah-buahan, kacang dan budu. Rasanya juga berbeza.
Berselera Dewi menyuap makanan ke dalam mulut. Dalam masa 15 belas minit dia sudah menghabiskan makanannya. Selesai sahaja mencuci tangan, Mak We cepat-cepat mengemas meja makan. Dewi mencapai tisu yang ada di tengah-tengah meja. Dilap mulutnya. Beberapa saat kemudian, dia melangkah menuju ke ruang tamu.
Dicapai alat kawalan jauh televisyen. Ditekan butang on. Tertayang sebuah sinetron Indonesia di saluran TV3. Sinetron yang bertajuk Bawang Merah Bawang Putih itu sedikit pun tidak menarik perhatian Dewi. Kisah dua remaja yang berebut harta dan lelaki, membuatkan dia bosan. Kisah yang dianggap sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Si Putih tuli walaupun didera oleh Si Merah yang kononnya jahat. Tapi, dibiarkan sahaja siaran itu tertayang di hadapannya.
Fikiran jauh menerawang. Wajah Andy mengisi segenap ruang mindanya. Ini kali pertama dia merasakan rindu yang mencengkam sanubarinya. Mengingatkan nama Andy, wajah itu datang menyerikan pandangan. Kenangan manis keluar bersama Andy kelmarin masih segar di ruang minda. Senyuman Andy, gelak tawa Andy, kegarauan suara Andy dan ketampanan wajah Andy menggetarkan jiwa wanitanya. Indahnya perasaan ini. Seolah dia tidak mahu lagi hidup berjauhan dengan Andy. Ingin sahaja Andy sentiasa ada hadapan matanya. Membelai kasihnya yang ikhlas.
"Dewi." Tiba-tiba suara Andy menjelma dari belakang.
Lekas Dewi menoleh. Bibirnya mengukir senyuman melebar bila melihat wajah Andy muncul di hadapan mata.
"Apa Andy buat di sini?" tanya Dewi tersekat-sekat. Jantung tiba-tiba berdebar laju, ingin tercabut dirasakan.
Andy melangkah menghampiri Dewi lalu melutut di hadapannya.
"Dewi, sudikah awak jadi teman wanita saya?" Andy melamar Dewi seromantik yang boleh sambil menghulurkan sekuntum bunga mawar merah yang entah dari mana datangnya.
Senyuman Dewi semakin melebar luas. Tidak menyangka Andy akan melamarnya ketika ini.
"Betul ke apa yang saya dengar ni?" tanya Dewi seolah tidak percaya sambil mencapai bunga mawar yang dihulur oleh Andy.
"Betul, sayang. Saya cintakan awak," jelas Andy lagi lalu dicapai tangan Dewi dan dikucupnya mesra.
Hati Dewi bagaikan melayang dan terbang di awang-awangan. Bahagia rasanya bila mendengar kata-kata lamaran Andy tadi. Dia mencium bunga mawar pemberian Andy tadi.
"Kenapa bau bunga ni busuk?" rungut Dewi manja.
"Sebab… ini bunga tahi ayam. Hahaha…" jawab Andy sambil mentertawakan Dewi sekuat hatinya.
Tuk! Tuk! Tuk! Lamunan Dewi terhenti apabila pintu diketuk kuat dari luar. Lekas dia berpaling ke arah pintu utama banglo itu.
"Aku berangan ke?" Dewi tertanya sendiri sambil tergelak.
Dewi melangkah menuju ke pintu utama. Dikuak daun pintu. Hairan, tiada sesiapa di luar. Dia melangkah keluar mencari siapa yang mengetuk pintu. Dilihat kereta ibunya tiada. Mungkin Pak Mat ke kedai runcit untuk membeli barangan mentah untuk makan malam nanti, Dewi berandaian. Jadi siapa yang mengetuk pintu tadi? Selepas mencari-cari sekilas, namun si pengetuk pintu tidak juga ditemui di situ. Dia kembali melangkah masuk ke dalam banglo.
Memeranjatkan! Apabila dia menoleh semula ke daun pintu, dia terlihat secebis kertas tertampal pada permukaan daun pintu. Dewi melangkah mendapatkan cebisan kertas itu. Ada tulisan di atas permukaannya.
Tolong jauhkan diri awak daripada Andy. Dia bukan lelaki baik untuk awak sukai. Dia memikat awak hanya atas sebab taruhan sahaja. Selepas dia berjaya memiliki hati awak, Andy akan tinggalkan awak tanpa belas kasihan.
Dewi terkejut. Dia kembali mencari-cari kelibat manusia yang menampal cebisan kertas itu. Dilihat ke arah pintu pagar rumah, tiada sesiapa. Malahan, pintu pagar sedari tadi memang sudah terbuka. Dia kehairanan. Siapakah yang telah menghantar cebisan kertas ini?
Setahunya, tiada siapa yang tahu dia tinggal di banglo ini kecuali Sem, Siti dan Andy. Tidak mungkin Sem, sebab Sem memang tidak pernah tahu jalan untuk ke banglo ini. Siti? Mustahil Siti, sebab Siti dan Sem masih belum tahu akan hubungan intimnya bersama Andy. Andy? Mustahil Andy yang menghantar sesuatu yang berbentuk ugutan, yang membabitkan dirinya sendiri?
Siapa sebenarnya yang mengirimkan cebisan kertas ini? Bolehkah apa yang tertulis di atas kertas ini disahihkan? Benarkan apa yang cuba disampaikan kepadanya melalui cebisan kertas itu? Tiba-tiba kepercayaannya kepada Andy jadi goyah. Kerinduannya terhadap Andy tiba-tiba jadi pertikaian.
Dia cuba untuk tidak berfikir yang bukan-bukan. Dia perlu mensahihkan apa yang tertulis di atas cebisan kertas ini. Jika apa yang ditulis ini benar, pasti dia akan kecewa dan dia tidak akan sesekali dapat memaafkan Andy kerana mempermainkan perasaannya. Beberapa saat kemudian dia melangkah masuk ke dalam banglo dengan perasaan penuh tanda tanya.
Siapakah yang mengirim cebisan kertas itu? Apa tujuannya?
DEWI menghenyakkan tubuh di atas tilam. Cebisan kertas yang diterima entah daripada siapa petang tadi, masih di tangan. Dibaca ayat-ayat itu berulang kali. Pening kepalanya memikirkan tujuan pengirim mengirimkan kertas ini kepadanya. Yang membimbangkannya lagi, adakah ayat-ayat di atas kertas itu betul.
Benarkah Andy sekadar ingin mempermainkan perasaannya? Adakah kebaikan Andy selama ini hanya sekadar taruhan? Mengapa dia perlu melalui semua ini?
Dewi semakin tertekan apabila pelbagai persoalan yang bukan-bukan semakin menujah-nujah ruang mindanya. Tiba-tiba perasaan rindu yang ada sebelum ini kian menipis.
Siapakah sebenarnya pengirim cebisan kertas ini? Apakah tujuannya? Adakah si pengirim ingin membantunya atau menghancurkan perasaannya? Dia perlu siasat terlebih dahulu sebelum mempercayai 100% isi kandungan cebisan kertas ini. Dia tidak mahu berat sebelah. Dia mesti mendengar kata Andy juga.
Tapi, jika apa yang tertulis di atas kertas ini adalah benar, sudah pasti ia satu tamparan hebat untuknya. Andy telah mencuri hatinya. Andy sudah terpahat dalam sanubarinya. Rindunya hanya milik Andy seorang. Jika Andy hanya ingin mempermainkan perasaannya, dia pasti kecewa yang amat sangat. Dewi semakin gelisah dan dibelenggu kerunsingan. Cebisan kertas itu betul-betul membuatkan dia lelah untuk bernafas. Hatinya sudah mula merintih sedih. Hanya tunggu air mata sahaja untuk mengalir. Tapi, pada tanggapannya, cebisan itu hanya sekadar ingin mempermainkannya.
Dia cuba mengabaikan kewujudan cebisan kertas itu. Namun kembali pula menatap apa yang tertulis di atas kertas itu. Ah! Dia tidak boleh untuk mengabaikan apa yang tertulis di atas cebisan kertas itu. Dia tidak boleh. Perasaannya tidak seteguh yang disangka untuk menanggung kerunsingan ketika ini. Perasaan rindu kepada Andy bertukar-tukar dengan perasaan benci bila ayat-ayat yang ada di atas cebisan kertas itu kembali terbayang-bayang dalam kepala. Dia perlu bertanyakan hal ini kepada Andy sendiri. Dia perlu mendapatkan penjelasan daripada Andy. Segala persoalan perlu ditanyakan sendiri kepada Andy untuk mendapat jawapan yang pasti.
Tapi… jika khabar ini membuatkan Andy tiba-tiba marah, bagaimana? Ia akan mengeruhkan hubungannya bersama Andy yang baru ingin bermula. Argh! Ingin pecah rasanya kepala Dewi ketika ini. Pening! Dia takut hal itu bakal merubah perasaan Andy terhadapnya. Tapi… jika dia tidak bertanya terus kepada Andy, dia pula akan terus dibelenggu kerunsingan.
Dewi mencapai bantal. Cebisan kertas tadi diletak di atas meja solek. Kepala dihenyak ke atas permukaan bantal. Macam-macam persoalan menujah-nujah ruang mindanya. Terasa berdenyut-denyut urat saraf kepalanya memproses segala jawapan untuk setiap persoalannya. Dia tidak sanggup untuk kehilangan Andy. Dia juga tidak sanggup untuk terus dipermainkan oleh Andy.
Tanpa disedari oleh Dewi, tiba-tiba cermin soleknya bergoyang perlahan, dengan sendiri. Terasa seolah ada angin sepoi memenuhi ruang bilik itu. Angin itu melintasi tubuh Dewi. Pantas Dewi menegakkan badan. Mata melilau melihat seluruh pelosok sudut bilik tidurnya. Kejadian yang hilang sebulan lalu berulang kembali. Tiba-tiba perasaannya bertukar menjadi cemas dan takut. Kekalutan mengenai hal cebisan kertas tadi tiba-tiba hilang begitu sahaja. Dilihat jam pada skrin komputernya yang ada di sebelah kiri katil. Sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Matanya terus melilau ke sana sini.
Dewi bangun dari perbaringan lalu mendudukkan diri. Matanya masih meliar melihat keadaan biliknya. Kedinginan angin mula hilang. Keadaan kembali sunyi sepi dan tenang seperti sebelum ini. Hanya kedengaran bunyi dentingan jam meja yang ada di atas meja soleknya. Dewi kembali membaringkan tubuh, ketakutan dan cemas. Matanya terbeliak dan melilau ke sana sini tanpa ada arah yang tetap.
"Dewi…"
Namanya diseru. Sayup-sayup kedengaran di hujung pendengarannya. Lekas-lekas Dewi membangunkan diri, dalam posisi duduk.
"Siapa?" Dewi memberanikan diri bertanya. Perasaan takutnya memberanikan lidah. Mata terus melilau ke sana sini.
"Dewi…" Suara itu memanggil lagi.
"Kau siapa?! Baik kau keluar kalau kau berani!" bentak Dewi sekuat hati. Perasaan takut terus mencengkam perasaan berani.
Kedengaran suara seorang wanita mentertawakannya. Suara itu juga sayup-sayup kedengaran.
"Kau siapa ha? Baik kau pergi! Jangan ganggu aku lagi!" bentak Dewi lagi. Suara itu semakin galak tertawa.
"Pergi!!" Kali ini Dewi menjerit sekuat hatinya lalu menghenyakkan kepala di atas banta, lalu ditutup telinganya dengan bantal.
Beberapa saat kemudian, suara itu hilang daripada pendengaran. Keadaan kembali tenang. Dewi memejamkan mata di bawah bantal. Tidak sanggup untuk mendengar hilai tawa suara entah daripada siapa itu. Peristiwa yang dianggap sudah lenyap berulang semula. Dia tidak tahu sama ada apa yang berlaku ini mainan perasaannya atau benar-benar berlaku.
Dewi kembali mengalihkan bantal yang menutup telinganya. Dilihat seluruh sudut biliknya. Sama seperti tadi. Tiada apa-apa yang berubah. Dia menoleh ke arah tingkap pula. Masih tertutup rapat. Dia menghela nafas lega. Perlahan-lahan dia mengiring, menghadap komputer. Dia melelapkan mata untuk tidur. Tapi matanya degil.
Kerunsingan mengenai cebisan kertas itu kembali menerkam ruang mindanya semula. Dia kembali gelisah. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Bertanya kepada Andy ataupun tidak? Persoalan itulah yang masih tergantung jawapannya. Dalam kerunsingan itu akhirnya dia terlelap.
|
Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
BalasPadamBergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).
Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :
- SBOBET BOLA
- SBOBET CASINO
- ION CASINO
- MAXBET
- TANGKAS 365
- 368bet
- SABUNG AYAM
- CBO855
Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )
PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
-Bonus Depo Bola 50%
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman
Costumer Service 24 Jam Online :
Pin BBM : 7B2EC260
Pin BBM khusus : mgmcash8
Whatsapp atau nomor sms :
+66615620266
YM : mgmcash88